TaBung KeCiL

Ku NorNadia

My photo
PeNang, Malaysia
Biotech Student in USM. but miss her life in UM. :)

Monday, May 30, 2011

Yang Terindah Dari Nya

Hello hello

Berkesempatan ke Penang Botanic Garden pada 24may yang lalu. Peluang melihat dengan lebih dekat flora di situ. Bau tumbuhan di situ amat segar. Rasa nyaman. I am Environmentalist!! ahahaha..;P Sungguh indah ciptaan Allah SWT. Syukran...















Orang ini indah ke?
oh tak indah. Lemak di pinggang itu..
Serius kena diet!!!!!! ;(








Sunday, May 22, 2011

Zhivilia Tu Sape eh?


Hello Mesia. Nak hello Rome juga sebab bestfren sedang sonok jenjalan kat sana. Syoknya. Bila turn aku nak g jalan jalan kat situ eh ;P Korang pernah dengar lagu Aishiteru by Zhivilia tak? Sesiapa yang rajin baca blog aku mesti perasan aku dah tukar lagu. Dulu bila aku dengar lagu ni aku tak suka sangat. Sampai la aku pi kaji lirik lagu ni terus rasa jatuh cinta kali ketiga. hahaha.

Part yang aku tertarik ialah masa chorus,


" Walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru "


Sweet tak? gegege..Harap-harap ada orang tacing baca entry ni. :)


p/s : Entry ni bukan nak menggatal just menghayati cerita Nur Kasih yang aku tengok semalam. For me, movie ni kurang umphhhhhh sikit, tapi input paling best ialah kasih sayang yang unlimited. Aidil nanges, tersentuh hatiku melihatnya..sob sob sob..

Aishiterrrrrrrrrrruuuuuuuu YOU..











Friday, May 20, 2011

Nur Kasih The Movie..


Salam. Malas nak update blog. wondew why? mungkin sebab migrain datang.;(

Okeh okeh. mood menulis dah datang so start dengan keterujaan nak cite pasal Nur Kasih. Aku tengok suma orang duk cakap cita ni best sangat, sedih bawak tisu banyak-banyak. Betoi ka? Malam ni baru aku boleh tau. heeeee.. Drama yang sebelum ni femes kat Tv3 dah kembali ke pawagam. So meh kita tengok review sikit pasal cita ni..



Comeynya Mia sara ni..





wow. kami tidak bercinta di luar lokasi ye.
Jawapan Bajet setiap artis mesia..


Sinopsis Nur Kasih The Movie :


Dugaan dan ranjau yang dilalui oleh Adam tidak pernah terhenti apabila Adam sekali lagi terpaksa menerima ujian getir bahawa anak dalam kandungan Nur kemungkinan akan meninggal akibat kemalangan jalan raya yang menimpa mereka berdua. Manakala Aidil pula terpaksa menjalani kehidupannya sebagai bapa tunggal kepada dua cahaya mata iaitu ilyas(7) (Mohd Ilyas Suhaimi) dan Maryam(5) (Mia Sara Nasuha) setelah isterinya yang tercinta, Alia meninggal dunia. Mampukah Aidil membesarkan Ilyas dan Maryam sendirian? Pengorbanan apakah yang akan di lalui oleh Nur Amina dan Adam? Adakah cinta Adam Dan Nur Amina akan terkubur?


What? Aidil dah jadi duda? ish ish. Sian nya.Nasib baik aritu masa pelakon-pelakon Nur Kasih datang buat promosi kat Sunway Carnival aku tak sempat tengok die. Kalau tak aku nak cakap



Aidil, boleh saya jadi penganti Alia?










Tuesday, May 17, 2011

FEEL GOOD, LOOK GOOD IN JUST 14 DAYS!

Hello hello

Sayang perut korang?? Nah Join la cabaran ni- Cabaran 14 hari



Kalau nak keep fit macam macha ni try la Nestle Blist.




Nilai kalori die sikit je,fat langsung takde.Patut la Nestle Blist ni bagus.




Terliur tak tengok?? Ape lagi serbu la kedai.Pi beli pastu minum puas-puas. Tak puas hati lagi pasal produk ni baca kat sini - Nestle Blist


p/s: aku dah beli yang package ni yang aku tulis dalam entry ni - Mau gebu gebu ;)







Wednesday, May 11, 2011

Tolong Tolong Mau Gebu Gebu

Salam.

Aku dah sangat desperate ni. Sangat Sangat Mau pegi satu tempat ni. Dah lama tak buat benda ni. Aktiviti masa senggang aku suka click sana click sini. Mampos Tesis tak nak buat pulak..haha..;) Dulu aku rajin buat Sauna. ermmm..Memang Best..Rasa fresh dapat pecahkan lemak-lemak degil..Nyahhhhhhhhh kau fat fat. Kau sengaja suka lepak kat badan aku kan kan?

Aku dengan ini umumkan aku nak ke sini..





Amacam sedap kan kalau dapat urutan urutan satu badan..Syiok gila. Actually badan aku takde la rasa letih sangat sekarang sebab VCO telah memberi aku extra energy sampai malam-malam aku selalu tak boleh tido..huhu..Tapi aku suka package ni. Dah la murah. Cheap cheap aje. Sukanya..So sape nak teman aku? RM22.90 only beb. Jom Jom Jom. Kalau aku ajak meow meow ok tak? haha..Gelak guling guling sket mcm icon YM tu..;)









Tuesday, May 10, 2011

Makan Nasi Sila Macam Tercekik Je.


Helo korang.

Last sunday, aku kuar makan dengan family kat Kedai Nasi Sila Lahar Kepar .Tempat ni femes bagi orang kat sebelah utara. Mula-mula hari Sabtu kami dah pegi, tapi mana la kami tau kedai ni tutup hari sabtu. So kami pegi lagi sekali dan aku 1st time baru nak rasa masakannya. Aku yang suka makan pegilah dengan rasa terujanya. Bajet femes memang femes. Tapi sistem layanan die sangat tak sistematik. Jom kita layan gambar dulu.Nanti baru bagi aku peluang kutuk sket..;)




Mula-mula kena beratur untuk amik makanan. Makanan korang amik nanti kena letak dalam talam..sweet macam kat umah kenduri je. Yang ni aku dah biasa.Kalau kat Nasi Kandar Beratur pon lebih kurang gaya ni. Beratur la dekat sejam baru boleh dapat makan..Yeay..



Ramai customers kedai ni.Meja full aje..









Mak order abc. Seb baik ni bukan orang kedai nasi sila yang buat. Korang tak leh detect ke ape yang aku nak kutuk jap lagi tu?




antara yang femes di sini. Nasib baik ayah tak amik banyak lauk sangat sebab masa tu dah lewat malam perot pon masuk angin. Aku plak masa ni pening sangat-sangat. Lagi pon kalau ayah amik lauk banyak pon tak guna, Nasi die "seroi".. eh, korang tak tau ape seroi eh? try google..hehe..Seroi tu maksud die nasi tu kering gila.Macam kena buat kuah banjir baru boleh makan..huhu. Tak best..Gulai die memang sedap. Tak boleh tipu la. Tapi mak kata, mak tak sanggup dah nak pi makan kalau nak kena beratur lama amik makanan.hihihi..


nak tau ape yang tak best lagi kat sini? Mestilah sistem air. Pernah tak korang g makan sampai korang nak g bayar, air tak sampai-sampai.. Kat sini je boleh dapat aku rasa. Sebab aku kena macam tu. Sampai ke sudah kami semua makan dan balik begitu sahaja tanpa minum air. Kalau tau nak jadi macamtu, baik kami semua order ABC..Tekak tak la kering. hahaha.. Pelik sungguh sistem dorang ni, Agak-agak ah. Lain kali baik tulis. "Air order di kaunter- kira Layan Diri" Daripada korang suh pekerja buang masa datang meja amik order air. Sebab aku duk perati ade je yang baru sampai dapat air. pelik ah kejap. Rupa-rupanya dorang celapak amik kat kaunter. Itu tandanya kedai tu tak boleh detect la customers mana yang belum dapat air lagi..ish ish sadis. Ayah pura-pura cool. Aku tahu.haha.Ayah stop makan dan g kaunter tanya mana air. Dorang kata jap lagi kami hantar. Okeh, ayah sambung makan sampai habis tapi tak hantar juga.


Lastly, ayah angkat kaki basuh tangan ke kaunter dan bayar. Sebelum melangkah keluar. Ayah sempat titipkan pesanan manis buat cashier kat situ yang maybe anak kepada owner.

" Tak guna kedai terlampau femes, kalau sistem teruk nak mampos"

Sekian.

Ayah cakap ni last time pegi. No more Nasi Sila okeh..;)


Monday, May 9, 2011

Yang Hilang Dah Berganti ♥



hello hello..

Sebelum nak cerita pendek, aku nak wish Selamat Hari ibu kat mak..Walaupon semalam dah wish..;) Cerita pendek aku untuk kali ni simple je..Tadaaaa..




Dah ade peneman baru untuk tangan kiri.

Harganya lari dari bajet asal..tapi tak kisah janji puas. nanti hantaran boleh request Chopard tak? hahaha..


Thursday, May 5, 2011

JanGan Ada ROOMATE Psycho


Hai hai..

Seronok ke ade roomate? 1st time aku dapat rumet masa aku masuk Matrix..Masa tu berdebar-debar je rasa.Kira mix feelings.Ada suka,cuak pon ada. Seumur hidup mana pernah ada rumet tetiba nak share bilik dengan orang lain.Memang rasa pelik sket la..Naseb baik dapat rumet yang ok.Bukan satu ye..sekaligus dapat 3 orang.Matrik kan share 4 orang sebilik.Since then, aku dah rasa ok. Masuk UM pon setiap tahun ade rumet baru. Sebab aku setiap tahun tukar kolej.haha.Jemu duk kolej yang sama je.Aku pernah juga ada rumet chinese.Tapi tak best sangat,sebab die suka suka hati nak pakai kasut dalam bilik. Naseb baik aku buat ruangan yang mereka tak boleh masuk.Dah tu suka hati die je nak bawak kawan-kawan masuk bilik memekak,kalau bahasa aku paham takpe gak.huisshh..memori semua ni..




Boleh gila kalau rumet macam ni


penyakit psycho sawan die dah datang.hahaaa..



Sampai ke sekarang aku masih ada rumet. Seb baik mek ni ok..aku dah kenal die dari zaman sekolah.;) Syukur aku tak dapat rumet yang psycho macam movie ROOOMATE..Mau mati aku kalau die macam tu..haha..Last Teusday nite, aku dan rumetku berkesempatan tengok movie ni. Ingatkan cite hantu, rupa-rupanya Rumet die lagi worse dari hantu..gagagaga..Gila ah orang macam ni. Review movie ni- aku rasa biasa-biasa ja..Korang tak payah buang duit la pi tengok.baik donlod je.Lagipon cite ni banyak 18sx..memang patut la kanak-kanak tak boleh tengok ;) Aku pon kanak-kanak lagi..hahaha..








Tapi aku suka la kat minah ni..Nama die Minka Kelly. Cun sangat. Bila nak jadi cantik macam die eh? Berangan lagi..





Kalau nak roomate salah seorang dari mereka ni agak-agak kena sepuk tak?^-^


Wednesday, May 4, 2011

Ape Yang menarik Tentang VCO Catalyst

Hello hello korang. Aku nak update pasal satu produk yang aku tengah cuba sekarang ni.dan aku pun dah jadi agent die..So korang kalau nak tau ape khasiat lagi korang boleh refer kat sini ye..ade panjang lebar aku ulas..;)






best dan excited bila malam-malam nak sapu kat muka..terbayang kulit bila bangun pagi rasa lembap halus je..hehe.




Kenal sape ni? aku nak cantik cam die gak..;) Nanti aku cite sape die..


Gosip-gosip Hangat

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...