@churalliya

Monday, October 31, 2011

Keputusan Lengkap

Alhamdulillah, kesemua 3 pemenang telah selamat diumumkan. Kesekian kalinya mekchu ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyertai Contest@Mekchu. Tak sangka walau pun contest rupe itu, masih ada yang sudi join.. Tak tahu nak luahkan macam mana terharunya hati ini bila dapat kawan-kawan yang sentiasa support mekchu..

Kepada yang kurang bernasib baik, jangan sedih-sedih ok.. Sebagai menghargai  masa dan tenaga semua yang telah menyertai Contest@Mekchu, mekchu nak bagi something untuk korang dan disamping tu akan  publish setiap entry korang tu kat blog ni *wink


Ini adalah 3 pemenang yang sangat kreatif yang telah berjaya menambat hati..

Terima kasih. Thank you, Xie xie, Arogato gozaimasu, Gracias, Nandri, Komapsumnida, Gum xia, Makasih yaaaaaaa semuaaaaaa.....

Meow meow

Tiru status kat fb 'Benda pertama yang disumbat masuk dalam beg adalah bantal busuk anak'
Apsal tiap kali nak pegi jauh2 mesti sedih nak tinggalkan anak? Nak tnggalkan bapak dia tak sedih sgt sbb bapak dia pun selalu tnggalkan emak dia :)
Moga anak mama baik2 aje. Papa pun sama. Mama pegi 4 hari je, bukan lama sangat ponnnn #TDDMKA

Sorang kat Eagle Ranch, sorang kat stadium

Sabtu lepas ada mini gathering opismate kat Eagle Ranch, PD.. mini je sebab tak semua yang dapat join.. antara sebab utama ramai yang tak dapat join sebab nak gi tengok final bola malam tuh.. tidak terkecuali papa-jit..

Nak wat cane.. tak kan nak cancel pulak mini gathering tu kan.. mekchu tetap datang atas tanda sokongan yang teramat padu.. berdua-dua-an je ngan mi-cah..

Bila dah bawak budak kecik ni, paham-paham je lah.. tak banyak aktiviti boleh join.. tengok tang jauh je la.. orang dah start tressure hunt, kitorang baru sampai.. orang start sukaneka, dia baru nak tido.. orang dah habis sukaneka, baru hegeh nak bangun..

So, create aktiviti sendiri sajork.. ni gambar kat camera sendiri.. camera opis belum sempat copy lagi..

seorang kakak bersama adik kesayangannya.. ahaks...

mi-cah nak naik kereta kuda.. masa ni orang lain tgh tressure hunt

senyap je dia atas keta kuda tu.. rupanya dia takutkan 'thamby' yang bawak keta kuda tuh.. hahaha.. 

Eagle ranch ni memang cantik... ni kat pool yang dah boleh main lumba-lumba berenang..

stop it mama.. hahaha.. jgn durhaka.. 

jakuzzi pool.. mi-cah dikelilingi dayang.. sonang kojo omak ehhh...

ni pulak kat bilik.. 

suka sebab lain daripada lain.. jenis bandwagon..

Dan ketika itu, papa-jit sedang berhoya-hoya kat stadium shah alam sana..

 
 

Dan malamnya ada dinner ala koboi.. kali ni dinner tanpa karaoke atau alunan muzik jazz. sebaliknya makan sambil tercekik sebab orang dok jerit2 tengok bola..

topi tu kat bilik aje dia nak pakai.. kat bawah sana dia malew....

sepatutnya kami bersatu sebagai keluarga koboi pada malam hari tu.. tapi nak buat macam mana kan.. apa yang ada je lah... muka papa-jit merah sebab pantulan dari warna t-shirt yang dia pakai tu.. 

Tahniah kepada team N9.. tahniah kepada kembar terhangat di pasaran.. ehem ehem.. dan nak ucap tahniah jugak kepada diri sendiri sebab berjaya mengawal anak ke mini gathering tanpa suami disisi :)

Saturday, October 29, 2011

Harapan den ni tinggi nak monang

Jang,

Sumbek gol banyak-banyak,
Biar sampai jaring kuyak..


Kalo buleh tujuh kosong..
Bia dio balik melopong.. (melopong-lopong)


HOBEN JANG HOBEN..!!
HOBEN JANG HOBEN..!!
(nih last ni paling best)
HOBEN JANG HOBEN BEN BEN BEN BEN ben ben ben.. (layan)

Buat entry ni sempena Final Piala Malaysia malam nih.. rusa lawan penyu kan.. uish, tengok fizikal pun dah tau rusa sangat kuat.. rusa boleh lari laju.. penyu bolehhh?

Dan dek kerana final ni jugak maka papa-jit cancel nak follow kami ke Eagle Ranch, PD.. tsk tsk..

Dan dek kerana final ni jugak maka mekchu nak tayang gambar nihh... sukaaaaaaaaa......

 alo lo lo lo... lepas kempunan nak bergambar ngan kembar.. 

Seminggu lepas tu terus terberanak dalam senyuman.. hahahaha...

Friday, October 28, 2011

#3 Capo Grande::Didepanku ada mekchu

Dan pemenang yang terakhir yang bakal memenangi voucher RM50 daripada Matase Sutera itu adalah daripada seorang jejaka... dun play-play okeh..

Tahniah my fren... pemilihan ini adalah berdasarkan karangan yang mantap dan sentap..

Salam Mekchu,

Pada pandangan aku yang simple pimple ni ko adalah seorang yang comel pada mata kasarnya tapi kusut pada mata halusnya. Yelah, part muka dah OK tapi part telinga....Haishhhhh...Bukan kekusutan itu tu yang aku nak highlightkan sebenarnya. Tapi kusut time situasi yang memerlukan tindakan pantas dan tuntas (tiru ayat ko ni, point kase lebey okeh). Orang lain memang la nampak dia cun je dalam blog kan? Tapi aku yang tengok dia hari2 (hari kerja je) selalu nyaris terkusut sekali. Korang bayangkan la setiap kali ada problem dengan rambut serabainya (fitnah 1), gincu sampai ke pipi (fitnah 2), bedak muka yang pecah2 (fakta). Panik yang piknik kataku. Huhu. Tapi tu dulu. Masa tu dia belum MAMPU sangat lagi. Sekarang dia dah makin cemerlang. Mungkin sebab dah lama masuk U.Palingfirst.Time.Makan (UPTM) kot. Korang sebut je KEW PA apa, semua dia hafal. Buku sifir 4 angka dia hafal, dapat APC, buat ISMS lak sekarang. Kelllas ko!! Sampai pele lapu aku pun dia tolong jugak. Kalau tak, sampai sudah tak siap. Apapun aku suka bekerja dengan ko. Bina ayat SMS sama2 (yang ni kelas). Karang emel sama2. Taip surat sama2. Cari surat sama2. Setel problem sama2. Kira aku yakin la ko mampu tolong2 aku, kalau aku takde kat opis ke ko backupkan. Selain tu, ko selalu gak dengar luahan perasan aku. Pendengar yang baik, bagi nasihat dan komen yang membina. Dari zaman kejatuhan aku (sob sob) sampai la zaman kegemilangan aku (yeeha). Kira ko ada share gak sebab bilik ko sebelah bilik 'dia' je masa tu. Tak, bukan Faridah.. Sorang lagi. Huhu. TQ TQ. (4/4m)

Pasal blog ko ni, aku takde nak komen apa. Biasanya on the spot je aku sound kalau ada benda yang tak kena. Nama kan duk 1 opis. Sekarang lagi senang. Main kenyit2 mata lagi. Cuma aku tak puas ati (a.k.a Jeles) sebab ko ada segmen "Mari Kenali Mekchu". Sebab pe? Sebab aku takde segmen tu. Huhu. Aku ingat nak suruh ko tolong buatkan segmen "Mari Kenali Si Kacak Capo Grande" kat blog ko. Aku upah roti canai kat cafe + kuey tiow Uncle Burn. Ok tak?? Tu je la, yang lain macam blog lembap, error sana sini aku terus cakap je. Kira blog ko ni ada gak la hasil tangan aku. (2/2m)

Entry yang aku paling suka dalam ni mestilah entry mengenai Arissa's Choice. Arissa's Choice tu sebenarnya kedai online aku dan Wildcutecat. Kira kitorang ni menumpang populariti blog pilihan In Trend ni je la. Suka sangat, lepas ko buat entry je ramai call/SMS/emel/FB tanya pasal barang kitorang. Kitorang pun suka layan dan berbisnes dengan kenalan2 ko. Di samping menjaga nama baik Arissa's Choice, kami kena jugak akan jaga nama baik ko selalu. Promise!!! (2/2m)

Blog ko ni Chu dah OK sangat sebenarnya. Takde benda nak tambah dah. Simple, kemas, banyak gambar. Macam blog aku gak. Kira kalau aku komen ko, aku macam komen diri sendiri lak. Takyah tukar apa2, cuma tukar la tema tu. Asek oren je. Tukar la ke pink, warna kegemaran aku dan Viruspadu. Huhu, abaikan. (1/1m)

Kesimpulannya, tujuan aku menulis entry ini adalah tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memenangi ketiga2 baucer Matase Sutera yang bernilai RM50 setiap satu tu. Korang jangan jeles lak kalau 1 entry aku ni boleh menang sampai 3 hadiah. Walaupun aku fail BM tapi bila aku baca balik entry ni, aku yakin boleh menang dengan tenang. So, kenapa aku nak menang. Aku sebenarnya nak hadiahkan baucer tu kepada isteri aku yang tersayang, Wildcutecat yang berada tidak jauh dari kerusi kita. Ya, itulah sebabnya. Takde sebab lain dah. Eh, ada. Kalau aku menang, lebih kain Matase Sutera tu boleh la buat baju Arissa. Merasa gak dia pakai sutera. Nanti dia dah besar aku ceritakan pasal ko ye sambil tengok gambar2 ni. (1/1m)
kenanganku dengan mekchu dan beg retro bunga2...
kenangan memutar restoran berputar...
ko kenal sape kiri sekali tu?? bos ko...sebelah kanan aku tu kembar ko...tak menang gak tak tau la...huhu



Akhir kata aku tujukan sekali lagi lagu Andaiku Tahu dari Ungu untuk ko. Selamat memberi kemenangan kepada aku. (+1m)

Sekian,

YANG KACAK

Capo Grande.

p/s: aku tolong buatkan skema pemarkahan untuk ko. Kat hujung setiap perenggan ada markah aku dan markah maksimum dalam kurungan ( ) tu. Kalau kira markah aku 11/10. Sekian, untuk makluman dan tindakan anda seterusnya ;-).



Kalau baca satu per satu perenggan tu, macam sedih pun ada.. macam kelakar pun ada.. macam nak panggg dia pun ada.. kira lengkap la ramuan dalam karangan tu..

Kemenangan bukan sebab pilihan kekasih. ehhhh.. tapi sebab keikhlasan dan kekreatifan dalam menggubal entry contest ni menjadi sangat melekat di hati bila dibaca..

Siap ada pembahagian markah tu.. ahahaha.. pas tu siap ada markah tambahan.. acane mekchu tak bagi dia menang...

Sekali lagi, tahniah kepada en.capo dan seterusnya kepada isteri wildcutecat.. yeyyyyy, nanti boleh pakai sama-sama masa dinner KIK :)

Dan Yang ke-4

Ingat lagi mekchu mintak tolong korang pilih kan baju yang mana satu.. Nak claim hadiah katanya.. mengikut statistik, ramai yang pilih baju shocking pink nih..

Sangat cantik kan.. tapi tak de saiz :(

Jadi, setelah berfikir berminggu-minggu lamanya, maka mekchu amek keputusan untuk pilih baju ini...

Tak tahu lah kenapa pink itu singgah di hati :) mebbe sebab 2 pasang sebelum ni dah kaler hitam.. walau apa pun, hitam tetap sentiasa menawan..

Cakap je nak baju pink ni, terus tinie pos dan terus sampai opis dan esok tu terus pakai..

 Dah selamat pakai pun... tak meyempat kan...

Baju pink tu adalah kurung creepe daripada Matase Sutera.. Bila pakai kan, terasa selesaaaaa yang tersangat selesa.. lebih selesa dari berkemban tau.. bahu terletak, material sejuk.. ishhhhh, suka sangat lah...

Pakai gi wedding weekend lepas.. Gambar lek-lok nan-hado.. nasib ada sekeping depan cermin nih..

Ehhh... ada lagi sorang pemenang yang mekchu tak umumkan erkkk.. tungguuu kejapppppppppp (sambil ketap bibir) je lagi..

Thursday, October 27, 2011

Jam halusinasi

Cuti Deepavali semalam. Ingatkan senang bila ditugaskan menjaga beg dan makanan di bawah pokok..

Kunyah-kunyah..
Baring-baring..
Golek-golek..
Fesbuk-fesbuk..


Tapi akhirnya...

Korang nampak kan jam kat tangan tu pukul berapa...

Duduk diam-diam bawah pokok pun boleh berbelang... tak shukeeee...

Opsss... masih tidak jelas kelihatan baju punjabi si gadis melayu tersebut.. 

* Seronok pulak bila buat entry pendek-pendek.. dapat buat byk entry sehari.. suka tak macam tu?

Tanpa jemu

Hari-hari gini laa.. Cicah je montot kat kosi, keluarkan sikat, minyak rambut dan cermin ajaib.. Pas tu mengadap.

Cepat2 sikat rmbut, pakai minyak, pakai sepit sebelum ada yang pitammmm.. Hahaha..

Sejak tukar syampoo tuuuuutttt ni rambut kering sgt.. Lmbt lak tu nak tggu syampoo tu habis..

Cermin tu byk taw jasa dia.. Sbb tu kalo hilang, habis semua kena tuduh.. Hahaha.. Pernah sekali salah letak, merana ahkak ko seminggu :)

Sent from my Red ® Berry

Teatime with Chatime

Bila baca kawan2 blogger buat gathering, teringin sangat nak join.. walau pun tahu nanti kalau jumpa malu-malu nak berborak dan membelek bekberi yang lebih.. tak kira lah kan.. nak merasa gathering, sekali pun jadik la...

Sama jugak, teringin nak join event Nuffnang (bukan event yg besar2 tu (tidak layak), cukup setakat event minum petang bersama)

Tapi apa kan daya, jarak yang menjadi penghalang... bila part macam ni terasa sungguh tak best tinggal kat seremban.. banyaknya yang tertinggal..

Tapi part pegi keje 10 minit pun dah sampai, itu memang best..

Date: 5 November 2011
Time: 3.00pm – 5.00pm
Venue: Chatime @ Eat Food village, Publika, Solaris Dutamas

Kalau korang free, sila lah register di Nuffnang untuk Teatime with Chatime..



Best kan sambil minum-minum, sambil chit-chat.. alahai, sejak ada anak dan sejak pindah seremban ni dah lama tak dapat peluang gitu..

Bila cakap pasal event NN dan ulang alik seremban-kl ni, terus teringat kat kak jem.. hai kak jem, apa khabar? (ngengades nak tanya kabar kat sini kan) Sekarang, dia memang layak digelar puan badang :)

Wednesday, October 26, 2011

Pakai baju punjabi sambil makan maruku di tepi laut

Bajet sebelum cahaya matahari memanas mesti dh smpai kat laut.. Tp kita hanya merancang kan..

Sukanya mi-cah dpt main pasir, dpt main air, dpt main layang-layang..

Mama dia pun suka dpt makan maruku di hari deepavali di tepi laut :)

Happy diwale kpd yg menyambutnya dan selamat bercuti kpd semua..
Sent from my Red ® Berry

Tuesday, October 25, 2011

Warna Warni Deepavali

Terasa sibuk betul sehari sebelum raya ni kan...

Dalam kesibukan itu, sempat meracun ismy daniel ajak jalan-jalan kat bazaar deepavali tadi.. meriah uolss.. nasib baik bawak payung.. agak sauna mak nak ke sana...

Gi carik baju punjabi ni haa.. tak nak yang satu sut siap seluar ngan selendang tu.. dah ado.. nak cari baju sahaja.. kedai pertama dah membeli sbb panas terik punya pasal.. tapi kan uols, punjabi sut yang cotton kan, baru RM30.. choii... cantik2 okehhh... ada kaler merah hitam tadi tu.. tak mustahil malam ni mimpikan punjabi sut itu :(


RM13 sahaja utk baju raya mekchu esok? korang sanggup? harus polkadot..

Bila dah ada bazaar mcm tu haruslah ada banyak pilihan.. tapi part nak memilih tu serik sikit sbb peluh dah tik tik tik...

Blouse tu kebanyakannya tak de lengan.. gile nak pakai baju yg nampak ketiak? harus tidak diluluskan oleh papa-jit.. terus gi jahit lengan kat kedai2 situ jugak.. jgn risau, mmg akan ada kain khas untuk lengan pada setiap blouse..


Pas tu pekena KFC sempena dapat voucher dari Nini-D.. 25% untuk air dan 25% lagi untuk 2 pcs chicken.. rejeki.. rejeki...

Haaaa.. part tangan kaler2 mcm tak cukup kulit dah nak kaler tu akibat dah lama sangat tak de lipstick baru.. bila dah conteng2 terus pening nak carik balik kaler yang dah suka tadi..

Happy Holiday uols.. Gi jalan mana? Mekchu terasa nak makan maruku di tepi laut lah.. krup krap.. krup krap..

Monday, October 24, 2011

#2 PnStoberi::Entry Untuk Mekchu

Dan disusuli dengan pengumuman pemenang kedua Contest @ Mekchu (bukan pemenang ditempat kedua, tapi pemenang yang kedua)...

Ok, pemenang kedua (bukan pemenang di tempat kedua - masih ulang banyak-banyak kali) adalah daripada pn.stoberi yang suka makan stoberi cicah garam... (http://pnstoberi.blogspot.com/2011/10/entry-untuk-mekchu.html)

♥ Apa pandangan korang mengenai seorang gadis ayu yang bernama mekchu?

Komited dengan kerja juga keluarga
Cun dan cantik itulah orangnya
Suka tertawa rahsia awet muda
Itu lah dia Mekchu namanya


♥ Apa yang best@tak best mengenai blog kuning oren ni?

Setiap kali update pantas ku baca
Best semenya, manade tak bes nyer
Layout simple, tak serabut nak baca
Tp, eh, tak bleh tukar kaler lain yer.


♥ Entry macam mana yang korang suka/layan kat blog mekchu?

Entry jalan2 pun boleh juga
Kisah famili pun seronok baca
Entry makan2 mmg jarang-jarang ada
Apa2pun bleh la, asal dpt dibaca


 Cadangan untuk tambah baik blog kuning oren


Apa yang nak tambah?
Apa yang nak baik?
Seme elok dah
Tak perlu dah la nak tambah baik

♥ Kenapa korang nak menang voucher RM50 dari Matase Sutera 


Mekcu jelita ber Matase Sutera
Takkan Mekchu je sorang jelita
Ai pun nak la juga.

♥ sori la Mekchu, tak panjang smpai 2 muka
♥  ai da takde idea
♥ harap terima seadanya la yer
♥ikhlas ai buat ni, utk yu yer.


Clap.. clap.. clap.. Sebuah entry yang sangat kreatif.. siap berpantun yuu... wahhh, tak sangka pn.stoberi kita ada bakat terutamanya buat pantun 3 kerat.. hehehehe...

Itu pantun sempena bulan bahasa kan? Suka lah... :) Simple but nice....

Semoga dengan voucher RM50 tu nanti (+ kena top-up sikit) dapat lah melaram dengan baju cantik untuk raya haji nanti.. dah pegi HK, jangan lupa balik mesia okehhhh :)

Sekali lagi, tahniah kepada pn.stoberi. Terima kasih banyak-banyak kerana sudi join contest mekchu.. Harap-harap satu hari nanti kita bleh main laga-laga pipi...

* 2 down, 1 to go....huhu

Progress deko bilik anak

"Apa crita dengan deko bilik anak ko? Dah siap ke?"
"Kenapa dengan bilik anak aku?"
"Kan janji hari tu kata nak share.."
"oOoooooOooo bulat.. ada ehh?"

Sebelum dikatakan tidak menepati janji, cepat2 gi amek camera dan snappo bilik anak yang tak seberapa itu..

Sebelum raya hari tu dah cat bilik.. Biru tu awan, hijau tu rumput.. usah di tanya kenapa jalan raya tu tinggi sangat.. hahaha itu kena tanya papa-jit.. dia yang lukis ikut sedap..


Pas tu baru-baru ni dapat bbm dari papa-jit..


"Papa ingat nak buat macam ni la kat bilik najmi nanti"
"................"~ berfikir

Macam pernah ku lihat jalan raya tinggi itu, sebijik macam bilik mi-cah.. dan train tu juga teramatlah ku kenal, sebijik macam sticker yang beli online yang tak tertampal lagi tuuu... gilerr ahh.. sehati sejiwa sangat.. entah siapa lah orang tu kann... konpem dia seorang yang gojes jugak :)

Selepas bertafakur beberapa kektika... tiba-tiba terus sedar diri..

Cisssss.. itu bilik anak ngkolah  mekchu.. papa-jit senyap2 gi tampal.. hahahahaha tipah tertipuuuu... dia suka taw permainkan perasaan dari jauh..


Pernah tengok ketapi jalan atas jalan raya? tak pernah kannnnn.....

Gi kedai DIY baru2 ni dan terus berkenan dengan munge-munge tu.. nak tampal kat rumput :)

Jadi lah mi-cah oii.. setakat itu je dulu deko bilik anak.. katil, lemari, tv semua belum beli pun lagi.. akan menyusul selepas dapat bonus (kot) atau tunggu bila betul-betul muktamad nak tinggal kat rumah ni nanti..

Friday, October 21, 2011

Bahaya waktu lunch hari Jumaat

Hari Khamis lagi Geng Bas Sekolah mekchu ni sms ajak ngedate kat tesco waktu lunch hari Jumaat.. Geng Bas Sekolah (GBS) sebab sama-sama naik bas masa keje kat Putrajaya dulu.. sekarang 2-2 dah dapat pindah seremban :)

Dah lamaaaaaaa sangat tak keluar ngan GBS mekchu sorang tu.. banyak betul nak borak kalo jumpa dia.. tak de yang mendengar, 2-2 nak bercakap.. hahahaha... tipu!!

GBS mekchu ni tak suka diglamerkan kat sini.. makanya nak amek gambar dia pun sangat susah okeh.. nampak perut la, nampak gemok pendek laaa.. adoiiii, puas pujuk cakap nak letak watermark kat perut ngan muka.. tapi tetap tak nak..

Maka, ke tesco lah kami.. dan terus declare kedai feberet bila dibawa masuk ke Butik Nonie :)

kedai ni ngam-ngam kat area escalator.. tgk dari luar pun dah wahhhhhhhhhh... baaaanyak nye baju berbatu-batu..

mmg baju dia banyak stok yang plain, pas tu batu yang besar-besar tu.. penuh dada.. dan semua pun cantik..

mekchu hanya temankan GBS je nak carik baju kaler pepel.. nak cari baju pepel, nak cari baju pepel... sudahnya sendiri pun terjebak sama.. 

cemana la dalam byk2 baju bleh plak terjumpa baju ni kat celah bedah kedai tu.. 

Yang buatkan mekchu terus terjatuh hati sebab harga dia hanya RM89 sahaja.. baju yang lain-lain semua seratus ke atas. Dan batu kat leher tu sangat gojes.. ohhhhhh.... ini kalo tak beli memang malam nanti masuk dalam mimpi.. dan lagi satu, tak pernah ada lagi baju lengan yg grip macam tu.. selama ni rasa macam tak sesuai je kalo mekchu pakai lengan baju macam tu.. 

Dan.. GBS mekchu pun amek selai :) tak boleh la kawan dia ni nak cantik sikit.. hahahaha.. 

Masa nak amek gambar ni entah bape kali la dia pesan jgn nampak muka.. kalo nampak, putus kawan.. hahaha.. ok janji. dan terus campak kasut dan bengkokkan lutut supaya GBS nampak tinggi.. hihihihihi...

ini fitting room GBS ni.. terpaksa share sebab org dah ramai beratur nak fitting baju.. tp kitorang masih tak sudah2 lagi.. tu tengok atas lantai tu.. pitammmmmm....

GBS ni kaki shopping yang amat.. kat situ aje dia bleh beli 3 pasang baju.. dan 6 helai satin shawl.. pitammm lagi.. 

Mana baju pepel nya? Entah.

#1 Alycia::Ini Smua MEKCHU Punya Pasal...

Tiba lah masa untuk mengumumkan pemenang Contest @ Mekchu yang pertama (bukan pemenang di tempat pertama, tapi pemenang yang pertama)... 

Pemenang pertama (bukan di tempat pertama - harus kena ulang beberapa kali takut ada yang tersalah anggap) adalah daripada si comel alycia (http://myalycia.blogspot.com/2011/10/ini-smua-mekchu-punya-pasal.html)
klik banner tu jika berminat...
dateline : 20.10.2011

hahaha... mesti Mekchu saspen baca tajuk entry tu kan... baik jawab iye Mekchu, kalau tak kang acik majuk kang... langsung tak nak join contest ni...

sebenarnya entry ini direka khas semata-mata untuk menjoinkan diri dengan Contest@Mekchu tu... dah dia kata letak jer la tajuk apa-apa, janji ada Mekchu... acik pun lotak la tajuk camtu... ada brannn ... 

ok ok... straight to the point la... kena buat entry 2 muka surat ni wei... pengsannnn... tapi Matase Sutera punye pasal... acik layan...

Apa pandangan korang mengenai seorang gadis ayu yang bernama mekchu?

opppp... oppp... tajuk pun dah bikin panas... bukan gadis yer... mak gadis, silap taip tu haha... actually to be honest Alycia memang tak lah kenal sangat dengan Mekchu... hanya perkenalan di blog, terus bertentang mata... dari mata, boleh bergurau senda... suka tengok Mekchu posing di blog ala-ala iklan Colgate tu... siyessss, memang Mekchu posing suka buat iklan Colgate... tak caya jom tengok.. 


kan kan... suka tengok Mekchu buat iklan colgate tu.... kalau korang tak kenal Mekchu, mesti akan nampak dari jauh akan kata... ishhh, macam sombong jer dia... tak pun ish, macam garang jer... tapi smua tu tidak... itu hanya luaran jer... sebetulnya Mekchu seorang yang peramah... friendly... Alycia berkesempatan berjumpa Mekchu 2 kali... dan dua-dua kali tu rasa macam dah lama kenal... padahal setakat kenal kat blog jer... eh, ni  ayat betul yer.. bukan nak bodek-bodek yer (sila bagi extra mark kat sini haha)...

-- inilah buktinya kami boleh berbual.. bertepuk-tampar, berposing sama... tengok, buat iklan colgate lagi --

 Apa yang best@tak best mengenai blog kuning oren ni?

Yang best nya blog Mekchu ni sebab blog ni blog santai.... cerita pasal Mekchu, citer pasal Michah, citer pasal Papa-Jit... smua berkisar tentang family kecik ni... gaya pun santai-santai jer... takdelah menggunakan tatabahasa yang berat-berat... ayat macam orang nak sit exam SPM... smua santai... dan syabas jugak kat blog kuning oren ni  sebab telah berjaya menjadi pilihan dalam Blog Pilihan Intrend... memang kagum... 

-- inilah buktinya... kagum kan... hmmm, dalam ati ada can dapat ekxtra mark ni haha --

Alycia pernah buat entry pasal blog Mekchu kat Intrend tu kat sini...


Yang tak bestnya... kenapa Mekchu pilih blog ni kaler oren.. ce ambik biru ke.. merah nya makngah ker.. sebab dulu Alycia cadang nak buat kaler blog Alycia = oren.. pastu Mekchu dah buat, terus terpendam hasrat di hati.. terus buat kaler putih bersih huhu... bersih tu = frust la.... frustt tawwww...

Entry macam mana yang korang suka/layan kat blog mekchu?

Alycia suka layan entry pasal family kecik Mekchu... kalau hari-hari Mekchu citer pasal michah ker, papajit ker, mekchu pun takpe... wa layannn... sebab kita yang dah jadi mama gojes ni, bila baca blog berkisar family orang lain... rasa seronok sangat.... sambil baca tu, mesti teringat kat anak sendiri... mesti teringat kat laki sendiri... 

pastu akhir entry tu buat lah ayat....
tetiba semalam....

lagi wa suka... sebab pastu boleh sambung dengan ayat sendiri... hahaha (larikkkk)... sebenarnya rasa nak lempang-lempang aje pipi sendiri... sebab tak suka tawwww tertanya-tanya sendiri apa jadi pastu huhu...

 Cadangan untuk tambah baik blog kuning oren

Cadangannya Alycia maybe lepas ni Mekchu akan lebih rajin buat contets/GA... yelah kan, baru besttt... hari-hari masuk blog Mekchu ada Contest/GA... rasa hari-hari nak dapat hadiah... boleh meramaikan lagi kawan-kawan... boleh menglamerkan lagi blog oren ni.. kelas kau jahhh..

 Kenapa korang nak menang voucher RM50 dari Matase Sutera 

memang siyes la Alycia cakap... dari hari ke hari Mekchu tu macam saje jer tau kasi hati ni terbakar... asyik tayangkan jer baju batik Matase Sutera tu... bikin hati wa panas... bikin hati wa mau cepat-cepat siapkan draf entry ni pastu cepat-cepat tekan butang publish... panas ni... panas... mana tau nanti dapat duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan Mekchu pakai Baju Matase Sutera nanti... kelas kannn.... barulah dapat tayang rama-rama besar kat dada haha...

kalaulah dapat baucer RM 50 tu, bolehlah nanti beli 1 Matase Sutera buat topup... tak sabar pulak rasanya nak tunggu bonus bulan 12 ni... ngeh ngeh ngeh...

eh, manalah tau kot ada rezeki nanti kan... Alycia nak yang ni lah... tuwittt, dah cop dulu... memang malam-malam terbayang jer baju tu huhuhu...

Ok dah siappp... fuhhhhh, berpeluh den mengarang entry ni...
harap-harap ada peluang cerah untuk memang contest ni hehe...
amin amin amin..

Tahniah zura... Semoga voucher RM50 tu nanti dapat beli baju sutera hitam munge-munge pink tu.. baju tu mmg saiz ko tu.. dah pakai, sila tayang pada mekchu ok :) tapi ingat, kalau sama-sama berdiri pun mekchu tetap masih tinggi.. hahahaha...

Entry yang sangat ikhlas mekchu rasa.. dan sangat setuju dengan pendapat dan komen yang diberikan.. zura memang dari dulu selalu buat entry khas untuk mekchu.. jadi bila keluar contest mcm ni, mmg makanan dia lah... sekali lagi, tahniah zura a.k.a alycia.. mwahhhh kiri... mwaahhh kanan...  

Senyum sampai ke malam lah ye.. mentang-mentang blog dah berwajah baru, di tambah pulak dengan berita kemenangan ini, bertambah-tambah meleret lah senyum tuh... again, congrate my fren :)

Ada lagi 2 pemenang yang bakal diumumkan pada bila-bila masa :) Boleh je nak announce sekarang, tapi tak debar lah kan... 
 

Thursday, October 20, 2011

Aktiviti cat-cat

Sekian lama tak menjamu mi-cah dengan alatan tulis sejak dia membuat onar pada dinding megik nenek labu dia.. Tak kuasa kalau mekchu kena sental lagi.. tambahan pulak kuasa megik dinding tu seakan dah hilang :(

Malam tadi dia mintak nak main cat-cat.. Sebut chart-chart.. bukan kucing-kucing..

Lama tau, last main cat-cat masa bibik ada lagik.. sebelum keluarkan peralatan cat-cat, macam-macam pesanan keluar.. jangan main kat kapet nanti kotor, main kat atas lantai je.. pegang berus elok-elok, nanti kena baju.. jangan tumpahkan air, bla bla bla....

Tengok-tengok...
wahhh... dah pandai kaler ikut bulatan.. masa tu dia belum campurkan kaler lagi..

suruh pakai kaler pensel tak nak.. nak yang mencabar aje.. ko tak tahu mama ko ni sangat mencabar nak mengemas?

pas tu mintak lukiskan rumah.. apa lagi bentuk rumah yang pandai nak lukis.. konpem rumah bentuk kotak tu kan... hahahaha... tp mi-cah kagum ok tgk rumah ada banyak tingkap.. walau pun mula-mula dia komplen kat pintu tak de tombol =))


atap terbakar katanya.. hahaha...

rambut dah memanjang semula.. kembali ber k-pop la nampaknya..

Pernah membincangkan isu umur yang sesuai untuk hantar anak ke taska/pre-school? mekchu bincang2 dengan geng bas sekolah mekchu.. borak punya borak dan dapat kata sepakat bahawa tunggu anak berumur 5 tahun nanti baru nak hantar anak ke taska.. lambat? kenapa?

Sebabnya hanya 5 tahun itu lah sahaja masa yang ada untuk anak bermain secara bebas tanpa sempadan.. ecehhh.. memang kat taska pun main je yang lebih kan.. atau dgn kata lain anak tanpa sebarang komitmen..

Start anak dah masuk 6 tahun nanti, haaaaaa belajar lah sampai 20-30 tahun akan datang.. masa tu dah tak bleh nak skip-skip lagik dah.. korang kecik2 dulu ada tak rasa nak protes macam ni "sape lah yang wujudkan sekolah niiii....... *^$%$t&(m*^!!" 

Sebab tu tak nak lah pressure anak.. biarlah dia membesar seiring dengan perkembangan dia.. bila dah sampai masa nanti dia akan dapat menerima semua itu dengan sendiri..

"Papa dulu darjah 1 baru kenal ABC". Tapi kita tak boleh nak samakan budak zaman dahulu dengan zaman angry bird sekarang kan..eh, mi-cah tak pandai ok nak main game kat phone/ipad nih sebab kami tak galakkan..

Pendapat korang macam mana pulak? Alamak, ter serius pulak topik petang ni..

Tettttttt... masa menjawab telah tamat...

"Sila habiskan ayat anda yang terakhir dan letakkan pen di atas meja"

Ayat standard masa susah-susah amek exam dulu kan..

Entry di auto publish tepat jam 12 tengah hari 20 Oktober 2011. Dengan ini mekchu mengumumkan Contest @ Mekchu telah tamat.
Terima kasih sebanyak-banyak terima kasih kepada kawan-kawan yang telah join contest tersebut.. Nantikan pengumuman pemenang pada bila-bila masa dari sekarang. Ingat ye, akan ada 3 pemenang yang tidak bernombor :)

Terima kasih atas sokongan semua.. aaaaa aiiii sheteruuu.. (nak jugak)

Wednesday, October 19, 2011

Berapa Bintang?

Minggu ni adalah minggu SSR (Star Rating) dan boleh dikatakan minggu serba cemas!! atau pun minggu serba panik!!


SSR tu untuk dapat bintang... tentulah kami nak 5 bintang (sambil bayangkan tangan mengaut semua bintang yang terpapar di skrin tv dan masuk dalam poket)

Kalau tgh kalut, apa yang selalu terjadi? Mekchu kalau kalut, selalu terlupa password.. hahaha.. cuba tanya kalau tengah santai ke, tengah makan kinder bueno sambil goyang-goyang kaki ke, konpem boleh bagi password 13 simbol sekali pon...

Pengalaman selalunya lebih mendewasakan..

Sadarkah?

Sadarkah kamu bahawa Contest @ Mekchu itu akan tamat KURANG 24 jam dari sekarang?

Sadarkah?
Awas kamoo.. cepat-cepat habiskan draf>publish/e-mel>dan inform mekchu tak kira cara macam mana sekali pun asalkan maksud sampai..

Terima kasih kepada yang telah sudi join..

Maklumat lanjut mengenai contest DI SINI.. SINI.. SINI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...