Ini adalah ruangan peribadi penulis. Jika anda terasa atau sentap dengan sajian di dalam ruangan peribadi ini, sila tekan pangkah di hujung atas belah kanan. Segala yang di coretkan adalah hak penulis, tidak kira ianya adalah kisah benar, luahan hati mahupun rekaan semata. HARAP MAKLUM.

Wednesday, February 3, 2016

That moment when people ask you, "Are you ok?". Right at the moment where you are hiding your feelings, your secret, your sadness from all.

Have you ever been there?

Saturday, January 30, 2016

1) Kadang kadang, setan jahat suka hasut. Dia suruh aku tanya: Kenapalah kau ni selalu je terkawan dengan manusia pelik? Pelik pelik. Yang datang menghampiri dan cuba masuk mesti yang pelik. Pelik juga.

2) "Aku rasa banyak malaikat menjaga kau."

Di sudahi dengan ketawa kuat di suatu sudut kedai makan hipster sebulan yang lepas.

3) Percaya dan yakin ni sesuatu yang kau kena rasai sendiri kewujudannya. Susah nak cerita dan buktikan kepada orang lain. Cuba cari sesuatu yang unik. Buat apa yang orang lain jarang boleh buat. Kau akan faham sendiri nanti. Kalau kau faham.

4) 2tahun dah lama lepas. Kalau ada janji, mungkin dah kira terburai kot. Kotlah.


Saturday, January 23, 2016

I don't need man's money. I just need someone who can be my bestest friend forever. Barulah syiok nak main baling baling bantal dalam bilik.

Wednesday, January 20, 2016

Pelik. Takut. Tunggu je la apa yang bakal terjadi. Kalau molek, Alhamdulillah.

As what my friend said : "This is such a shock! Like, too hurry and so sudden."

Itu dia sebagai kawan yang kata. Ini, tuan badan ni dah tak tau nak kata apa.

Monday, January 18, 2016

Susah juga nak buat keputusan. Beberapa kali menghadapi situasi seperti itu membuatkan dia banyak berjaga jaga.

Kisah silam yang sebelah sana buat dia rasa insikior dengan keadaan dirinya. Terlalu drastik keputusan yang sebelah sana impikan, sedangkan mereka belum pernah bersua muka; kenalpun baru seminggu cuma.

Kenapa terlalu yakin?

Friday, January 8, 2016

Pelik juga rasanya. Ke mana hilang perwatakan mesra, gembira dan kelakar yang selama ini menghuni diri dia? Mungkinkah sebab peningkatan usia, perwatakan itu turut sama fade away?

Kadang kadang, pengalaman betul betul mengubah perwatakan seseorang. Salahkan siapa? Nobody. No one. It's just a flow. Believe me, you'll someday be in her shoes. InshaAllah.

Tuesday, January 5, 2016

Doa semoga cepat cepat di permudahkan dan di makbulkan apa yang di minta agar terkambus apa yang bukan di punya.

*sigh*

Periksa diri - apa lagi yang belum di lunaskan?




Thursday, December 31, 2015

It is funny when people who we thought is one of our close friend, contact almost everyday for almost 3years, tak sedar kehadiran kita.

"Kita dah berkawan ke tahun lepas?"

*bunyi petir*

Manusia paling clumsy yang aku kenal pun boleh ingat bila tahun perkenalan kami, dan beliau adalah lelaki.

Allahu. Bertabahlah hati. Takpelah. Kita berkawan kerana Allah.

Aku harap, setelah aku mati nanti, kamu takkan lupa akan aku yang pernah jadi kawan kamu. Maybe it's only me yang anggap dia kawan baik.

Sedih weh! Sentap juga. hahaha

Kesudahan 2015 yang agak menyedihkan.

Wednesday, October 28, 2015

(1) Kesibukan dengan banyak benda prioriti sampai tak tahu nak letakkan yang mana dulu yang mana kemudian. Satu persatu datang berduyun duyun. Ingatkan datang silih berganti. Tapi bukan. Ia datang bergondong gondong bertambun tambun.

(2) Menonton muvi untuk kesekian kalinya seorang diri lalu di cop "Forever alone. Kau memilih sangat."
:
:
Alhamdulillah, ini ujian aku, kawan. Aku doakan kau takkan pernah rasa ujian sebegini di kalangan keluarga terdekatmu. Amin.

(3) "Penyakit ini tiada ubatnya," seseorang berkelulusan kedoktoran pernah berkata kepada saya lewat 5-6tahun yang lampau.

Tiada sakit yang tiada ubatnya. Itu janji Allah.

(4) Tak sangka ada yang sanggup membunuh diri gara gara ayat penyata di atas.

(5) Harapan dan doa terus menerus. Semoga Ya Rahman membantu dalam menyembuhkan. Stress juga berkeadaan begini.

(6) Ikhtiar. Ada review positif yang agak banyak di situ. Berharap semoga berjaya. Tak sabar tunggu Sabtu sebagai langkah pertama. Allah humma yassir walaa tu-assir.

[+] Hal duniawi semata. Iman nampaknya agak merudum. My bad.

Monday, October 12, 2015

Sometimes, terfikir, salah ke kalau tak amik port pasal muzik?

Ada masa tu terasa macam makaih, susah juga nak masuk dengan some people bila mereka borak pasal muzik. Terasa seperti berada di hujung penjuru bilik sensorang. Down gila kot. kah!

Dedulu, di hidangkan dengan muzik muzik pengaruh (atau pilihan?) ex-bf. Seronok betul di perkenalkan dengan macam macam band baru yang tak tahu. Best! Underground band, tak sangka pulak muzik muzik tu boleh kena juga dengan halwa telinga ni.

Eh, masa zaman belajar dulu pun dengar muzik. Layan juga apa jenis genre pun. Even hard core. Tapi I am not jenis yang really into the music. Yeah. Muzik ni kadang pengaruh kengkawan juga. Semasa belajar dulu, dengar Evanesence, Linkin Park (oh, sangat suka dengar muzik beliau), Padi, etc. Semua tu pengaruh rakan sebaya.

Sekarang? apa yang ada dalam radio je la dengar. Bila dah semakin matang, kita dah jarang nak ambik tahu muzik terbaru. Masa kita banyak terisi dengan benda lain yang lebih bermanfaat (eceh!). Mungkin juga sebab dah takde orang nak mempengaruhi diri, jadi kita pun dengar apa yang lalu di telinga je la. Takde pulak rajin nak download lagu tu - kecuali yang betul betul menangkap gegendang telinga ni ( lagu cheerleader contohnya).

Oh, satu lagi masalah aku, aku pesen tak ingat artis apa lagu mana. Aku jenis yang ingat melodi dan rentak lagu. Artis mana tu kadang kadang je aku ingat - itu pun kalau yang aku hafal liriknya (sikit sikit kira ok la tu. kikiki).

So, berbalik kepada persoalan utama tadi. Penting ke kena tau muzik apa itu ini?

Really?
Related Posts with Thumbnails