Assalamualaikum
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah. Itu sahaja lah yang pertamanya melintasi hati ini di saat mendengarkan dengan tenangnya, sang suami melafazkan akad. Alhamdulillah yaAllah, akhirnya diri ini sah menjadi isteri kepada Mohammad Safuan Arif dengan sekali lafaz. Bersaksikan keluarga, saudara mara dan rakan-rakan, kami telah disatukan jua dengan ikatan halal ini pada 1 April 2017.
Perasaan bercampur baur datang silih berganti. Tak percaya rupa-rupanya telah bergelar isteri, kepada lelaki yang sangat dicintai sepenuh hati. Terima kasih tuhanku, untuk nikmat dan kebahagiaan ini.
Benarlah, jodoh petemuan ajal maut segalanya telah ditulis dengan sempurna olehNya. Yang paling utama, berdoalah. InsyaAllah, semuanya akan dipermudahkan. Syukur alhamdulillah kami betul-betul dipermudahkan. Nanti lah kita share ya semua preps, dos and don'ts. Tapi spoiler alert, awal-awal je korang akan semangat sangat pasal preps ni. Bila dah betul-betul tengah prepare, hari-hari berdoa yaAllah cepatlah majlis, biar habis semua ni. Malas dah fikir bhahaha.
Eh ke tu budak ni je yang rasa?