Followers

Monday, February 28, 2011

andai si dia terbaik untuk kte...larilah ke mana,dia tetap milik kte.

Bagaimana  seorang pelajar tahun akhir universiti yang  hampir bunuh diri kerana  depresi (tekanan) setelah ditinggalkan kekasih mengubah  kehidupannya 180  darjah menjadikannya insan yang paling bahagia  di muka bumi ini dengan perkahwinan  di usia awal. Berikut adalah coretan terus dari  hati dan mata pena beliau.



*****

Saya  berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami  saya  berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa?   Pasir?"

Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya  pernah  teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari  tarikh kami 'declare', untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun,  saya  ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur,  saya  hampir bunuh diri. Saya mengalami tekanan hidup sehingga tidak berhubung dengan dunia luar.

Tapi selepas itu baru saya sedar  kehadiran suami saya yang sudah 4  tahun menunggu peluang. Pada mulanya,  saya ingat sekadar 'cinta  rebound', tetapi selepas 2 bulan berkenalan  dan bercintan, suami saya  melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya  ingat satu gurauan. Akhirnya  si dia berani hubungi ayah saya dan minta  izin untuk berkahwin kerana  takut kehilangan saya lagi.

Ayah  saya pun dahulu berkahwin ketika belajar; ketika beliau tahun 1 peringkat  ijazah.

Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya cuma tinggal 2  bulan  untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju memandangkan  saya  sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami   berkahwin. Dengan mahar RM 200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran,   tiada majlis, kami bernikah.

Simple bukan? Kenapa perlu pening?

Kalau anda lelaki, anda mesti  ingin berikan segala yang terbaik untuk  bakal isteri anda.

Dan, kalau  anda perempuan seperti saya, semestinya  inginkan hantaran yang tinggi  (lulusan ijazah sekarang, hantaran  RM10K ke atas). Perlu tidak?

Maaf perempuan, kalau terasa. Saya  bukan jual diri, saya tidak  perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri  sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah  kalau kita kahwin cara Melayu; bukan cara Islam.

Saya perempuan  lulusan ijazah, saya ada tulang 4  kerat, dan saya boleh berusaha,  kenapa perlu mengharap dengan lelaki?  Suami bukan untuk dibebani, tapi  untuk disenangi. Isteri bukan untuk  dibeli, tapi untuk dikasihi.

Kos  kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba serbi. Hantaran,  majlis,  belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan  masih  ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru.

Kenapa perlu buat  majlis  di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal  untuk  katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan  peralatan.  Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul  depan  orang.

"Seganlah. Nanti orang kata apa."

"Isk, buat malu  belajar  tinggi-tinggi, tak dapat hantaran." 

Hai, ni mentaliti Barat.  Bagi yang  beragama Islam, ingat rukun nikah.

Tanggungjawab selepas  kahwin yang  penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan  untuk anak  pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin  bukan murah.  Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada  RM400-500. Tapi di  hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat  tinggi sekarang.

Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di  pasar? Harga lampin pakai  buang? Dan sekarang, anda masih terfikir  pelamin itu penting? Ini tak  kira duit nak beli kenderaan, beli rumah.  Pening!!

Jadi jangan bebankan  diri anda dengan majlis perkahwinan yang  membazir dan tidak perlu.

Saya bahagia sekarang. Boleh keluar  dengan suami tanpa rasa takut dan  malu, disentuh lelaki bukan mahram.  Dan suami saya tidak perlu takut  saya diambil lelaki lain seperti dahulu.  Apa semua yang pasangan bercinta  lakukan, kini kami lakukan dengan  halal. Dan kami boleh lakukan lebih  dari itu, dengan halal. Tidak perlu  risau. Kami aman dan bahagia. Saya  dan suami masih bercinta. Masih  belajar mengenal sesama sendiri. Dan  percayalah, tak guna bercinta  lama-lama. 

Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk  anda. Saya dan  suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya  mampu tanggung  hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa  menyusahkan suami?  Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi  pelajar perubatan,  anda faham maksud saya), untuk mendapat keputusan  yang cemerlang. Saya  tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur  cintakan suami saya. Saya  tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa  senang dengan saya. 

Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang  ada saya terima.

Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami  anda. Dan  bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima  kekurangan dan  kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian,  perbezaan itu  melengkapkan.

Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga  anda semua merasa tenang dan bahagia. 

- Artikel iluvislam.com 

Nota : Perkongsian di atas merupakan satu contoh bahawa perkahwinan di usia muda merupakan satu pilihan yang ada bagi masyarakat kita. Walaubagaimanapun, keputusan mendirikan rumah tangga perlu dibuat dengan hikmah bergantung kepada keadaan pasangan masing-masing kerana kehidupan selepas bernikah adalah cabaran sebenar dan pastinya kita inginkan rumah tangga yang berkekalan sehingga akhir hayat.

"Dan  antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa  Dia menciptkan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada  jenis kamu sendiri, supaya kamu BERSENANG HATI dan hidup MESRA  dengannya, dan dijadikan di antara kamu (suami isteri) perasaan KASIH  SAYANG dan BELAS KASIHAN." (Surah Ar-Rum, 21)





Monday, February 21, 2011

moga2 ia dpt memberi manfaat untuk semua...

Bacalah Surah Yusuf Ayat 4

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy syamsa Wal Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Bermaksud:
"Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya," Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Kemudian sambung Surah Thaahaa Ayat 39

‘alayka mahabbatan minnii walitushna’a'laa ‘ainii”

Bermaksud:
"Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu di asuh di bawah pengawasanku."(Qs.thaahaa:39)

Caranya:
Setiap kali bertemu atau bersua dengan kekasih/suami, bacalah kedua ayat ini.

Utk dapatkan kesan yg baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dgn hanya membaca di dalam hati.

Selain itu, agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua2 ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali.

* Penting! Anda dilarang sama sekali menggunakan ayat ini dgn tujuan yg tidak baik.
Amalkan surah Thaha. Ayat 1-6 baca dan amalkan untuk melembutkan hati.


Cubalah baca ayat alfatihah sebanyak 7x,setiap selesai solat.Setiap kali baca,sampai " ia kanak budu wa i' ya kanas ta in"
( hanya kepadamu tempat aku meminta dan memohon pertolongan )
berhenti sekejap,dan niat hajat dlm hati,sesudah itu teruskan bacaan.

Untuk di buat penawar,bacakan pada sebekas air 7x selepas solat,buat minum dan sapukan dimuka. Setiap kali air handak habis,tambahkan air.
Kalau boleh,jangan habiskan,tinggallah walaupun sedikit air didalam bekas tersebut.

Inyallah jika amalkan,segala jenis penyakit dapat disembuhkan dengan izin Allah s.w.t....

Wednesday, February 16, 2011

ingatlah wahai kaum ku...moga2 kite x tergolong dlm golonganya

Untuk dikongsi bersama..... .......

1. Bulu kening - 
Menurut Bukhari, Rasullulah melaknati perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki memakai gelang berloceng - 
Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng sama juga seperti pelacur dizaman jahiliyah.

3. Wangian - 
Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.

4. Dada - 
Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari S ura h An-Nur Ayat 31.

5. Gigi - 
Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

6. Muka dan leher - 
Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.

7. Muka dan Tangan - 
Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.

8. Tangan - 
Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.

9. Mata - 
Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.

10. Mulut (suara) - 
Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari S ura h Al Ahzab Ayat 32.

Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.

11. Kemaluan - 
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari S ura h An Nur Ayat 31.

Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.

Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.

12. Pakaian - 
Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah.

Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 59. Bermaksud : Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah diken ali Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Sesungguhnya sebilangan ahli Neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk Syurga dan tidak akan mencium baunya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim. Keterangan : Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.

13. Rambut - 
Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam Neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.

Thursday, February 10, 2011

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...
1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain
.
2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.


4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa.

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

surah yusuf untuk dikasihi suami

إِذۡ قَالَ يُوسُفُ لِأَبِيهِ يَـٰٓأَبَتِ إِنِّى رَأَيۡتُ أَحَدَ عَشَرَ كَوۡكَبً۬ا وَٱلشَّمۡسَ وَٱلۡقَمَرَ رَأَيۡتُہُمۡ لِى سَـٰجِدِينَ

Ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: "Wahai ayahku! Sesungguhnya aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku". yusuf ayat 4

Tuesday, February 8, 2011

zikir melembutkan hati suami

ari nie terjumpa zikir ni,ni pn copy dr blog bayuborneo,thanks yea...yelh,org ckp sharing is caring.ada ilu kte sme2 kongsi kan?sme gk cm aku,bru berumahtangga,masih banyak ilmu yg harus aku pelajari.


Zikir Pelembut Hati - 
Zikir ini elok diamalkan oleh isteri yang mahu hati suaminya menjadi lembut.

1. Ya Aziz

2. Ya Jabbar

3. Ya Mutakabbir

Selepas membacanya beberapa kali, hembuskan ke atas suami sekiranya suami tidak perasan. Atau isteri membacanya waktu suami tidur nyenyak. Hembuskanlah di tapak tangan dan letakkan di hati (dada) suami. Mudah-mudahan Allah lembutkan hatinya. Bila hati sudah lembut, mudahlah dibuka kunci perhubungan atau pintu perbincangan.



hati lelaki ni kte susah nk tafsir,lbh2 ag klu suami kte sendiri susah dibawa berbincang...sume yg terlintas di kepala dy sume btol,org len je yg slh.aku plg x ske lelaki cmni,hangin satu badan gk kdg2 lau jmp lelaki cmni!!tbe2 mood marah,sabar...hehehe.ok lh,spe2 yg keras kepala 2 korg leh bc zikir ni,x kre pd adik ke,abang ke..sape2 jelh aslkn untk niat yg baik.Allah swt tau niat hati kte...beramal lh.

korang klik la lagi ya!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...