Hustle : Joshua Bryce Newman
Charlatan : Talk > work
Martyr : Work > talk
Hustler : Work = Talk
Translator
2 Dis 2011
19 Okt 2011
16 Okt 2011
Aku Terima Nikahnya - Ustaz Hasrizal
ISBN: 978-983-097-189-6 Baca: 2011-10-09 Rating: 10/10
Nota ShimG:
Buku ini amat berharga buat para pelajar yang sedang hangat bercinta atau kepada suami isteri yang sudah kurang cinta dalam rumahtangga mereka. ShimG mengalakkan semua pasangan yang ingin berumahtangga memiliki buku ini sebagai panduan dalam berumah tangga.
Erti sebuah perkahwinan
Erti hidup pada memberi, saya(Penulis) berumah tangga bukan untuk menerima, tetapi untuk memberi. Memberi perhatian, memberi kasih sayang, memberi nafkah, memberi kasih sayang, memberi kebaikan.
kebaikan isteri disyukuri, kekurangannya diredhai.
Ustaz Pahrol Mohamad Juoi"bertemu tak jemu, berpisah tak gelisah"
Berapa ramai yang menluangkan banyak masa bersama keluarga, tetapi hakikatnya mereka tidak bersama.
Manusia tidak mungkin hidup tanpa ujian, kerana ujian-ujian itulah sebernarnya kehidupan kita.
Rumah tangga dibina bukan hanya atas cinta tetapi juga pada saling mempercayai.
Menguruskan fikiran tentang perkahwinan
Perkahwinan sebenarnya mengabungjalinkan antara cinta, tanggungjawab, kasih sayang dan peranan.
Pepatah arab mengatakan"air yang tidak mengalir, akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong, akan dibunuh oleh masa kosong itu.
30 Sep 2011
The 4-hour Work Week : oleh Tim Ferriss
Sebuah buku yang akan membawa anda lari dari perspektif biasa. Mungkin agak sukar diterima bagi orang yang tidak terbuka mindanya. Bagus untuk seseorang yang memerlukan sesuatu yang lari dari kebiasaan. Sesuai untuk bos, orang yang ingin memulakan perniagaan, usahawan, dan orang-orang kreatif.
Re: nota saya
Lakukan seminimum yang boleh untuk hasilkan impak yang besar.
Jadi kaya bukan bermaksud membolehkan kita beli banyak benda tetapi kita boleh memilih apa yang kita hendak lakukan, dan dengan siapa. Ia termasuk gajet atau tools(seperti macbook, ipad etc..). Tetapi ia adalah bonus bukannya maksud.
Jadi bukan bos atau pekerja, tetapi jadilah pemilik. Jadi pemilik keretapi, dan pastikan kita ada orang lain yang pastikan keretapi itu berjalan mengikut jadual.
New rich lifestyle( gaya hidup kaya baru; GHKB) tidak sama dengan Old rich lifestyle (gaya hidup kaya lama; GHKL).
GHKB fokus kepada aliran tunai setiap hari.
GHKL fokus kepada aliran tunai BESAR suatu hari nanti.(KWSP, pencen, etc...)
Setelah lama bekerja dalam suatu bidang kita akan mencari-cari tujuan, maksud kita bekerja.
Duit adalah nilai praktikal bergantung kepada beberapa W's yang anda kawal dalam hidup, What you do(apa yang anda lakukan), When you do it(bila anda lakukan), Where you do it(dimana anda lakukan), and who do you do with(dengan siapa anda lakukan).
Seorang banker terikat di pejabat yang kaya raya adalah lebih kurang 'power' berbanding seseorang yang hanya berpendapatan $40K tetapi boleh memilih semua W's dan hanya bekerja beberapa jam setiap minggu.
Pilihan adalah 'power' sebenar. Kebolehan untuk memilih adalah 'power yang sebenar.
Bersara adalah bukan matlamat akhir yang sebenar. Ia umpama anda tidak sukakan kerja anda. Jika anda betul-betul suka kerja anda, anda takkan boleh bersara.
Tukarkan persaraan menjadi mini-persaraan sepanjang kehidupan. Sasarkan untuk projek 2 bulan dan cuba 1 bulan berada di luar negara untuk dapatkan perspektif baru.
Keadaan tidak pernahnya sempurna 'Kalaulah' adalah satu penyakit. Fokus kepada kekuatan adalah lebih menyeronokkan daripada meperbaiki kelemahan diri sendiri.
Masa senggang yang tidak produktif adalah racun.
Ukur kewangan bukan dari segi jumlah keseluruhan pendapatan tetapi dari segi $/jam. Sasarkan $5,000/se jam (wah kalau tukar wang malaysia mahu $15,000).
Skrip berbeza tetapi hasil yang sama, orang Pesismis: Oh tiada harapan lagi. Baik duduk tak payah buat apa-apa. Orang Optimis: Semuanya ok. Tak payah lakukan apa-apa. Dua-dua sama, tidak terjadi apa-apa.
Lakukan yang tidak realistik lebih senang daripada lakukan realistik. 99% daripada penduduk dunia tidak yakin dan percaya mereka boleh mencapai sesuatu yang hebat, jadi mereka sasar sederhana.
Oleh yang demikian, persaingan lebih sengit di tengah-tengah berbanding di atas. Lebih senang mengumpul 10Juta berbanding 1Ribu. Sasaran yang tinggi akan menghasilkan adrenalin yang tinggi.
Kebosanan adalah musuh, bukan kegagalan.
Dreamlining:
Perkara yang penting selalunya kita sukar untuk buat keputusan.
Cadang keputusan daripada meminta keputusan.
sambung lagi...

- Kehendak yang diatur dengan langkah-langkah mudah.
- Matlamat hendaklah tidak realistik untuk menjadi efektif.
- Hidup seperti jutawan memerlukan sesorang melakukan perkara yang menarik, bukan saja memiliki barangan yang dicemburui ramai.
Apa akan jadi jika anda tidak akan gagal?
Apa akan anda lakukan hari-hari jika dalam bank anda ada $100Juta?
Apa yang boleh buat anda bangkit dari katil dengan seronok?
Penulis tidak percayakan perancangan jangka panjang. Penulis meletakkan sasaran dreamline untuk 3-6 bulan akan datang.
Jika berkenaan dengan penyelidikan, cari orang yang pernah lakukan dan tanyakan mereka bagaimana untuk lakukan. Elakkan membaca terlalu banyak buku dan artikel internet, ia akan menyebabkan paralisis dengan analisis.
Perkara yang penting selalunya kita sukar untuk buat keputusan.
Cadang keputusan daripada meminta keputusan.
sambung lagi...
Langgan:
Catatan (Atom)