Wednesday, May 27, 2009

Umno turut adakan ceramah di Penanti


Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya begitu 'teliur' (teringin) menyertai pilihan raya kecil di Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti tetapi apa boleh buat ia tidak mendapat perkenan Presidenya, Dato' Seri Najib Tun Razak yang kononnya tidak mahu terjerat dengan mainan politik pembangkang dan mahu menumpukan hasrat menjana ekonomi.

Di Penanti, walaupun ia tidak mendapat restu penyertaan calon Umno dan BN namun mulai dua malam berturut-turut parti yang hampir tengelam itu mula mengerakkan jentera penerangan ke beberapa buah kampung hatta di luar Penanti dengan harapan rakyat tahu kenapa BN bertindak begitu.

Semalam dikhabarkan Ketua Umno Bahagian Bukit Mertajam, Dato' Musa Sheikh Fazir mengadakan pidatonya di hadapan 40 orang di Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh.

Malam ini Exco Pergerakan Pemuda Umno Malaysia, Lokman Nor Adam dijangka mengadakan peneranganya di Dun Penanti. Sehari sebelum ini beliau sempat bertemu pemuda di Bahagian Tasek Gelugor di Kampung Lubuk Meriam (terlalu hampir dengan Penanti) dengan kehadiran 50 orang tempatan.

Semalam Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti KeADILan, Badrul Hisham Shaharin ketika berucap di Bilik Gerakan Utama PAS N12 berkata, Umno sekarang macam gila talak berkokok di luar gelanggang.

Pakatan Rakyat katanya, tidak takut menyertai pilihan raya untuk mengembalikan hak rakyat yang telah mengangkat Adunnya sebelum ini. Berlainan dengan Umno dan BN mereka bimbang kalah kerana bagi mereka kekalahan merupakan azab yang paling pedih.

"Umno bukan senang melihat kita dok hentam mereka saban malam bagi menerangkan penyelewengan yang telah dilakukan. Mereka geram tak tentu fasal sehinggakah Timbalan Presiden Umno, Muhyidin Yassin tiba-tiba mengeluarkan kenyataan Umno tetap dibelasah oleh pembangkang walaupun tidak bertanding di Penanti," tegasnya.

Satu lagi kebimbangan Umno dan BN di seluruh negeri ialah golongan 'celik komputer' yang mana rata-rata golongan berkenaan tidak menyokong BN.

Sementara itu Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam ceramahnya pula menegaskan, Umno hampir dengan 'sakratul maut' maka mereka akan lakukan apa sahaja untuk menarik perhatian masyarakat termasuk menangkap sesiapa sahaja yang dikhuatiri boleh menjejaskan pengaruh Umno dan BN.

"Sekarang ini ahli dan penyokong Umno tinggal golongan yang gigit mee tak putus sahaja yang ada gigi lazimnya keluar atau tidak memberi sokongan padu pada BN. Golongan veteran lebih senang dengan keadaan lama," jelasnya

Di minta lapor diri di IPD Seberang Perai Tengah untuk ambil keterangan

Pagi semalam, saudara Yasir (teman yang sering menemani che'GuBard) menerima panggilan telefon di telefon bimbitnya bertanyakan di mana che'GuBard sering berada....namun beliau telah menjawab tidak tahu.

Kira - kira 4.00 petang semalam sebelum bermula Program Safety Riding bersama Yasir Said (Juara CubPrix Asia) di Guar Perahu,cheGuBard pula dihubungi oleh seorang yang memperkenalkan dirinya sebagai Chief Inspektor. Beliau menyatakan terdapat beberapa laporan polis ke atas che'GuBard berkaitan ceramah. Maka diminta ke IPD Seberang Perai Tengah segera untuk dirakam percakapan.

Sebentar tadi telah hantar satu sms kepada pegawai polis berkenaan memaklumkan bahawa amat sibuk dengan jadual kempen yang ketat. InsyaAllah akan pergi sebaik sahaja punya masa.

Namun bagi che'GuBard ceramah yang disampaikan beralaskan cukup fakta, tidak ada apa yang perlu ditakutkan maka ceramah akan tetap diteruskan dengan nada dan fakta yang tetap sama.

Buat PDRM harap hentikan jadi 'alat' Bn..... Beratus laporan polis yang cheGuBard buat termasuk yang dilampirkan bukti tetapi tidak satu di siasat...sebaliknya baru ada 'beberapa' laporan polis berkaitan ceramah sudah 'cergas' bertindak.

Nota : sebentar tadi beberapa anggota polis berpakaian seragam juga datang ke Markas Utama keADILan PRK Penanti untuk mencari YB Zuraidah, Ahli Parlimen Ampang.

TV9 tukar Zahid dengan Ezam tanpa persetujuan Husam

Malam tadi saya dijadualkan berdebat dengan Naib Presiden UMNO yang juga seorang menteri kanan kabinet Malaysia: Datuk Zahid Hamidi. Persoalan sekitar rasuah dan korupsi yang sangat relevan dengan ancaman negara masa kini.

Iklan mengenainya telah disiarkan berhari-hari oleh TV9 dan juga TV3. Saya telah menyatakan persetujuan saya menyertai debat ini selepas pegawai saya mengesahkan dengan pihak pengajur, Datuk Zahid confirm datang. Zahid, tegas saya, bukan orang lain.

Isu sepenting ini, jika kita serius, hendaklah dibincangkan dengan penyertaan pihak yang berautoriti, samada dalam parti mahu pun kerajaan. Itu sebab saya mensyaratkan tokoh seperti Datuk Zahid atau orang yang sepadan dengan beliau.

Jadualnya, 26 Mei, malam. 25 Mei, malam, TV3 mula menyiarkan iklan saya berdebat dengan Sdr Ezam, tanpa persetujuan saya terlebih dahulu. Pada hemat saya, penganjur langsung tidak profesional dan Datuk Zahid langsung tidak bertanggungjawab. Kalau Datuk Zahid menggantikan seseorang seperti Setiausaha Politik beliau, cukup untuk menunjukkan rasa hormat terhadap tanggungjawab beliau kepada masyarakat umum sebagai Menteri Kabinet.

Jika Zahid tak berkelapangan di saat akhir selepas berhari-hari iklan tersiar, saya mencadangkan kepada pengajur, ia diadakan pada tarikh lain Datuk Zahid berkelapangan.

Tengah hari semalam, saya telah meminta pegawai saya menyerahkan dengan serahan tangan satu surat meminta Datuk Zahid mengotakan janji beliau dan dapat hadhir seperti yang diiklankan.

Mengikut pembantu di pejabat Datuk Zahid, bos mereka ke luar negara! Saya rasa tak menasabah. Sebab itu, selepas
sah Datuk Zahid tidak hadhir ketika program hampir dimulakan malam tadi, saya telah menalipon sendiri beliau. Datuk Zahid ada di Malaysia!

Saya meminta Datuk Zahid menetapkan satu tarikh baru bagi debat kami. Penganjur boleh menghubungi Datuk Zahid semula. Sebulan tak ada kosong, tiga emapat bulan lagi tidak menjadi masalah kepada saya.

Janganlah iklan berdegar-degar, tetapi tidak siapa ingin mengambil tanggungjawab dari gagalnya debat pada malam tadi. Tidak Zahid, tidak juga TV9?

Saya sudah berada di Sri Pentas malam tadi. Zahid tidak muncul.

Saya kesal, tapi saya bersedia menunggu untuk tarikh yang baru.

nota : nampaknya Zahid ini gangster 'berlesen' yang hanya berani cara jahat, debat cara baik tak berani.. sila klik sini untuk baca lagi pasal gangster Zahid.

Aangkara siapa di belakang tabir ? - petugas Pahang

ANGKARA SIAPA DI BELAKANG TABIR?



Dua Pemidang ini dijumpai oleh Kontijen AMK Pahang yang meronda di sekitar JDM Mengkuang. Pemidang pertama ditemui di Simpang Institut Tengku Bainun dan yang kedua ditemui di Simpang Tiga Mengkuang.


Ketua Kontijen AMK Pahang yang diketuai Sdr Kamarul Hatta, Timbalan Ketua AMK Pahang, Sdr Arman Rashid, Ketua Penerangan AMK Pahang dan Sdr Saiful Adli Sahidan, AMK Bentong meronda seluruh kawasan JDM Mengkuang menemui Pemidang-Pemidang tersebut dan mereka telah berhubung dengan saya untuk tindakan setersnya. Saya pinta mereka tanggalkan poster itu dan laporkan kepada Markas Pusat di Yayasan Aman.


Sdr. Nor Azman Hashim, Pengarah Strategik PKR Johor yang bertugas di Markas JDM 4, Mengkuang Semarak menyatakan bahawa UMNO berada di Penanti walaupun mereka tidak bertanding, dan gerakan mereka diterjemahkan melalui poster-poster dan gerak kerja secara tidak langsung. Berhubung Pemidang 1, jelas menunjukkan permainan api perkauman yang sangat bersifat prejudis kepada kaum Cina. Pihak yang berkenaan jika didakwa mesti diambil tindakan keras di bawah Akta Hasutan kerana menimbulkan rasa tidak selesa diantara kaum di Pulau Pinang khususnya di Penanti.


Sdr. Hatta, Ketua Kontijen AMK Pahang berpandangan bahawa beliau tidak menjangka perkara-perkara begini boleh berlaku di Penanti dan menganggap perkara begini terakhir berlakunya di PRK Bukit Gantang.


Puan Dasimah Zainuddin, Ketua Wanita Bentong merangakap Pengarah Pilihanraya Wanita PKR Pahang yang bertugas di Markas Mengkuang Semarak amat sedih dengan sikap pihak lawan yang begitu jijik dan berkata perkara ini sebagai tragedi sedih kerana ada puak-puak didalam pilihanraya ini menghina kaum wanita.


Puan Hendon Jaafar, Bendahari PKR Bahagian Kuala Krau menyatakan perbuatan ini mencerminkan bahawa puak-puak yang menentang PKR ini sebagai sangat terdesak. Beliau tidak yakin bahawa perkara ini dilakukan semata-mata oleh calon-calon Bebas dan yakin ada tangan-tangan lain yang berdiri dibelakang tabir.


Sdr Arman Rashid, Ketua Penerangan AMK Pahang menganggap poster-poster itu adalah perkara yang jijik dan biadap dan menunjukkan bahawa mereka kini sudah ketandusan idea untuk memenangi hati rakyat supaya terus menyokong mereka sedangkan rakyat kini telah lebih terbuka khusus didalam isu perhubungan kaum. Yang peliknya Perdana Menteri Malaysia melaungkan 1Malaysia yang ingin menggambarkan semua kaum adalah satu bangsa Malaysia tetapi laungan dan slogan serta bicara tidak selari dengan tindakan. Kita yakin kalau UMNO masih begini, UMNO membawa mereka kearah kehancuran dan rakyat akan menghukum mereka didalam Pilihanraya Umum akan datang.


Puan Zaleha Babjan selaku Ketua Bilik Gerakan JDM 4 Mengkuang Semarak menyatakan bahawa Pemidang ini merendahkan martabat wanita dan beliau menyeru semua wanita di DUN Penanti mengundi calon PKR, Dr Mansor Othman. Selepas pentadbiran PR di Pulau Pinang, masalah perkauman tidak timbul lagi kerana Kerajaan Negeri memberikan khidmat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Saya mencabar sesiapa yang mengeluarkan poster ini sila tampil kedepan.


Sdr Zabidi Abas, Ketua AMK Negeri Johor yang bertugas di JDM 4 berkata: Pada pandangan saya Pemidang tersebut berniat jahat dan merupakan fitnah terbesar terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, isu ini sudah lapuk dan tidak dapat mempengaruhi pengundi di DUN Penanti. Mengenai Pemidang perkauman itu jelas menunjukkan bahawa ianya ditaja oleh tangan yang lain yang menaja calon Bebas.
Puan Fairouze Harun, Exco Wanita Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Exco Wanita PKR Pusat yang menjadi Penyelaras JDM 4, Mengkuang Semarak menyatakan bahawa Pemidang ini sangat tidak bersopan. Manakala Puan Zainab (Kak Zah) Timbalan Ketua Wanita PKR Bentong: " Ayat ini dari manusa yang rendah moral ".
Puan Siti Sabariah binti Haji Arshad berkata: Orang yang buat Pemidang bukan sahaja tidak bermoral tetapi singkat pemikirannya. Ingat - Memfitnah itu adalah lebih dahsyat dari membunuh.
Sdr Saiful Adli, AMK Bentong: "Ini adalah sikap kurang ajar mereka itu."
Sdr Adnan Abu, Ahli AMK Johor: "Tindakan manusia kurang berakal"
Dimana-mana Pilihanraya Kecil yang sebelum ini diadakan berbagai-bagai Pemidang busuk dan jijik seumpama ini telah direntang oleh pihak-pihak tertentu untuk menentang calon-calon PR. Ia berlaku di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Pihak-pihak itu adalah pengecut dan tidak berani bersemuka. Dan di Penanti ini, walaupun mereka tidak bertanding, mereka berkempen secara aktif di belakang tabir, dan yang peliknya semua Pemidang-Pemidang ini diletak berhampiran dengan poster-poster seorang daripada calon Bebas itu. Adakah calon Bebas itu ditaja oleh mereka?

Tuesday, May 26, 2009

Taktik jahat Umno , melalui calon bebas ...??

Semalam tiba - tiba nampak banyak banner seorang calon bebas di PRK Penanti 2009. Entah bila dan siapa gantung tak tahu tiba - tiba banyak je nampak.... nampaknya banyak juga perbelanjaan seorang calon bebas ini. Tapi banyak tempat sebelah banner beliau tergantung banner fitnah DSAI.

Kerana banner 'sampingan' itu tidak punya logo maka banner tersebut dikutip oleh petugas PAKATAN. sila klik sini untuk lihat banner yang dikutip.

Mengikut laporan ada juga banner yang bersifat perkauman seperti "Jangan Undi Keadilan untuk membebaskan Pulau Pinang dari cina" dan "Orang cina sokong Mansor kerana PAS dan KEADILAN alat cina".

Kepada petugas harus lebih hati - hati. Puak psywar Umno dah mula buat kerja. Mereka takut nak bertanding tetapi hanya berani untuk menfitnah. Maka betullah telahan cheGuBard dalam posting lepas. Sila klik sini untuk baca lanjut.

Unit Ehsan akan kembangkan sayap ke Negeri Sembilan

Kesempatan berada 'lama' di Pulau Pinang telah di manafaatkan semalam dengan mengadakan perbincangan bersama Saudara Zulkarnain Mohd Ali, pengasas Unit Ehsan, Rizal Tahir dan beberapa orang kuat Unit Ehsan. Perbincangan berkisar pada bagaimana mengembangkan Unit Ehsan ke beberapa tempat di luar negeri Pulau Pinang sejajar dengan memupuk semangat sukarelawan muda.

InsyaAllah dalam masa terdekat Unit Ehsan Negeri Sembilan mungkin akan diwujudkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai unit Ehsan sila klik sini.

Umno buat rombongan pada 31 Mei......

Strategi Umno tidak mahu bertanding untuk elak dari Pilihanraya ini jadi medan mendedahkan kepincangan dan penyelewengan serta jenayah pemimpinnya. Harapan mereka jika Umno tidak tanding maka keADILan akan memperlahankan jentera kempenya.

Malang sekali bagi mereka jentera keADILan tetap berjalan seperti biasa. Umno dan kepincangan regim Bn diserang dari segenap sudut. Ramai orang Umno tegar pun mula 'tersedar' dengan apa yang berlaku. Gusar dengan perkembangan tersebut maka Umno telah menganjurkan rombongan percuma termasuk wang poket disediakan pada hari mengundi.

Umno Bahagian Permatang Pauh dipercayai mengadakan rombongan ke Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan tujuan melarikan sebahagian besar ahlinya pada 31 Mei ini.

Kegiatan tersebut dipercayai semata-mata menghalang ahlinya daripada menyertai pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) N12 Penanti yang menyaksikan pertandingan empat penjuru tanpa penyertaan Barisan Nasional (BN) iaitu tiga bebas dan seorang calon Pakatan Rakyat.

Dimaklumkan oleh sumber, bas disediakan di semua cawangan dan terpulang kepada ahlinya untuk turut serta atau sebaliknya.

"Kepada mereka yang tidak kesempatan menyertai rombongan tersebut mereka dinasihatkan memboikot pilihan raya berkenaan bagi mengurangkan peratus jumlah keluar mengundi," kata sumber terbabit.

Pada pendapat mereka, kata sumber itu jika peratus jumlah keluar mengundi turun tidak mustahil calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman kalah dan menyukarkan pentadbiran Kerajaan Negeri untuk mengisi kekosongan kerusi Timbalan Ketua Menteri 1 yang tinggalkan penyandangnya sebelum ini Mohamad Fairus Khairudin.

Tindakan Umno dan Barisan Nasional (BN) itu bukan sahaja menjejaskan pentadbiran Kerajaan Negeri bahkan boleh mencetuskan salah faham dan perpecahan sesama parti gabungan Pakatan Rakyat.

Ini merupakan peluang untuk Umno dan BN membalas dendam kekalahan bertubi-tubi mereka ketika berhadapan dengan Pakatan Rakyat sejak kebelakangan ini.

Namun kata sumber itu, bagi mengatasi perkara ini daripada berlaku jentera Pakatan Rakyat harus melipat gandakan gerakan penerangan kepada rakyat betapa pentingnya pilihan raya kecil ini diadakan untuk melincinkan pentadbiran Kerajaan Negeri pimpinan Lim Guan Eng yang jelas berjaya memperkenalkan beberapa strategi pembangunan serta membantu golongan miskin tegar walaupun baru memerintah setahun berbanding Umno dan BN

Monday, May 25, 2009

Anwar tawar untuk masuk keADILan...

Hari ini calon cap kunci yang bertanding di Pilihanraya Kecil Penanti 'Kak Minah' telah membuat pendedahan yang dia ditawarkan oleh Anwar Ibrahim menjelang PRK Penanti. Kak Minah dalam sidang medianya yang dihadiri oleh anak perempuan dan suaminya mendakwa Anwar terpaksa membuat tawaran kerana kekuatan yang ada padanya dan ketakutan yang Dr. Mansor akan kalah.

Tawaran Anwar yang kononya dibawa oleh seorang ahli MPT yang berasal di Pulau Pinang dan pembantu kepada exco Kerajaan negeri yang berketurunan cina ini menawarkan :
  • RM80,000
  • tawaran jawatan YDP MPSP
  • dengan syarat masuk keADILan dan kemungkinan akan ditawarkan bertanding dengan tiket keADILan kerana potensi Kak Minah untuk menang Pilihanraya lebih besar dari maka kalau Kak Minah menang maka Kak Minahlah calon Timbalan Ketua menteri yang paling layak......
Teman wartawan yang menyerahkan bukti perbualan yang dimaksudkan tersebut turut tergelak dengan fakta 'tawaran' tersebut. Tentu ramai turut merasa lucu dengan tawaran tersebut.

Ingat lagi Anifah Aman juga pernah kata Anwar Ibrahim pernah tawar dia jadi Timbalan Perdana Menteri dan lepas itu senyap lepas kena cabar buktikan dakwaanya.

Ingat lagi Hasan Malek yang kononya mendakwa didatangi duta kecil Anwar Ibrahim untuk buat tawaran 'berjuta'. che'GuBard juga pernah cabar Hasan Malek (ahli Parlimen Kuala Pilah) yang mendakwa dirinya akan dilantik Najib sebagai Menteri Negeri Sembilan supaya buktikan tawaran yang didakwanya...namun Hasan Malek terus senyap bisu lepas itu. Untuk baca mengenai lawak Hasan Malek ini sila klik tajuk dibawah.
tunggu sahajalah siapa lagi nak buat kenyataan ditawar Anwar Ibrahim.

Dalam kempen pilihanraya kali ini kita masih menanti strategi biasa yang belum digunakan iaitu ahli Pakatan Rakyat keluar parti .......

Sebenarnya tak payah susah payah nafi kes Aminah ini tetapi hanya perlu kesian melihatnya.

Sunday, May 24, 2009

Umno tetap turun ke Penanti

Umno takut untuk kalah namun masih nak tunjuk gah.... Semalam Pemuda Umno Malaysia turun ke Penanti untuk membuat program penerangan. Lokasi sekitar 'Lubuk Meriam' dengan barisan penceramah 'hebatnya' seperti Lokman Adam.

Tajuk ceramah semalam semata - mata membelasah parti keADILan dan Anwar Ibrahim. Bermacam macam cerita fithnah tanpa fakta dihamburkan. Paling lucu menurut Lokman "Pemuda Umno jangan cepat rasa kecil, kita mesti bangga kerana Pemuda Keadilan nampak hebat kerana di barisi oleh bekas pemuda Umno yang dididik dengan hebat"....

cheGuBard tak perasan pula bila pernah masuk Umno atau tahu tak majoriti anak muda dalam keADILan ini bukan bekas Umno dan keADILan merupakan parti pertama, yang bekas Umno dah ramai yang keluar masuk Umno semula yang ada majoriti tak pernah masuk Umno....hahahahaa....

Menurut seorang teman pengendali laman pro Umno menyatakan semalam, beberapa teman 'pejuang cyber' Umno sudah mula berada di Penanti.

Rupanya Najib mula mula ingat tak nak masuk tanding sebab nak elak kena belasah...tetapi nampaknya sejak semalam keadaan berbeza...ternyata Najib tetap menjadi sasaran maka beberapa team telah diturunkan oleh Umno untuk 'counter' serangan. Dijangkakan 'team pcywar' Umno akan memulakan tugasnya secepat mungkin.

Hati - hatilah kepada petugas Pakatan Rakyat, jangan terlalu selesa.

Semua tenang tanpa Bn













Bengkel Safety Riding bersama juara ASIA


BENGKEL 'SAFETY RIDING' BERSAMA
YASIR SAID, JUARA CUB PRIX ASIA
26 MEI 2009 , 4.30 PETANG
JALAN PASAR MALAM, KG. GUAR PERAHU, PENANTI

demo 'wikang' dan 'williey'
demo dan taklimat safety riding
pertandingan berkaitan safety riding
percuma servis dan minyak 4T bagi 100 motorcub yang pertama

anjuran : keADILan N.Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah serta AMK Permatang Pauh semua di jemput hadir

Kesempatan mendekati golongan muda telah dipergunakan sebaik mungkin untuk mempromosi gaya hidup sihat. keADILan akan mengadakan satu program ke arah mendekati anak muda yang bermotorsikal dengan mempromosikan pemboncengan selamat / safety riding.

Semua anak muda di kawasan sekitar dijemput bersama dalam Bengkel 'Safety Riding' bersama Juara Cub Prix Asia - saudara Yasir Said. Dalam program ini sebanyak 150 motorsikal pertama yang memenuhi ciri keselamatan motorsikal (yang ditetapkan oleh JPJ) layak untuk mendapat perkhidmatan servis motor dan menukar minyak 4T secara percuma. Selain itu Yasir Said akan memberikan taklimat dan demonstrasi pemboncengan selamat dan turut diadakan ialah beberapa pertandingan melibatkan pemboncengan selamat. Demonstrasi willie dan wikang (iaitu dua aksi porpular anak muda bermotorsikal akan dipertontonkan juga.

Melalui program yang dianjurkan secara bersama oleh keADILan Negeri Sembilan dengan kerjasama AMK Kedah, AMK Permatang Pauh dan AMK Bkt Mertajam, diharap dengan program ini keADILan bukan sekadar mampu mendekati anak muda dalam siri kempen pilihanraya tetapi lebih dari itu dapat mempromosikan pemboncengan selamat seiring dengan gaya hidup sehat anak muda.

Bekas pejuang dan presiden Korea meninggal dunia.


Bekas Presiden Korea Selatan, Roh Moo Hyun dijumpai mati. Beliau dipercayai membunuh diri. Klik disini.

Semasa melanjutkan pelajaran di Korea cheGuBard sempat bertemu beliau. Kali pertama melihat dari dekat pada 18 Mei 2006 sempena sambutan ulangtahun hari memperingati Tragedi 18 Mei di Gwangju, Korea Selatan dan dalam satu majlis sempena ulang tahun kemerdekaan Korea, yang diadakan di Seoul, cheGuBard dan beberapa teman sepengajian telah mendapat peluang bertemu dengan beliau.

Roh Moo Hyun adalah diantara pejuang-pejuang yang bersama-sama dengan Kim Dae Jung untuk memperjuangkan demokrasi di Korea Selatan. Semasa tempoh menjawat jawatan Presiden beliau telah memberikan tumpuan serius ke arah penyatuan Korea Selatan dan Korea Utara.

Korea Selatan telah kehilangan seorang tokoh besar!

Saturday, May 23, 2009

Talqin untuk Umno gambar 'real'

Pada 20 Mei yang lepas cheGuBard telah mendapat email yang dihantar oleh seorang pengirim yang tidak dikenali (sila klik sini). Gambar upacara 'talqin untuk Umno' itu menurut penghantar email tersebut telah dibuat oleh sekumpulan orang Melayu (ahli Umno) yang tidak puas hati dengan isu tanah. Kononya ia berlaku dalam kawasan yang diwakili oleh Naib Presiden Umno sendiri.

Kemudian pada 22 Mei 2009, portal berita Malaysiakini pula telah mengesahkan mengenai ketulenan gambar tersebut namun gagal mengesahkan lokasi majlis 'Talqin untuk Umno' itu berlaku.

Menurut Malaysiakini
Gambar misteri itu memaparkan empat lelaki berbaring dalam satu barisan sambil diselimuti bendera Umno di atas sebuah pentas – yang kelihatan di dalam dewan.
majlis talqin umno funeral prayer 200509
Sekumpulan kira-kira 40 penduduk kampung, sebahagiannya orang tua berkopiah putih, berdiri di hadapan "mayat" tersebut dan mengangkat tangan seolah-olah sedang berdoa.

Gambar tanpa tarikh itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang petunjuk lokasi berlangsungnya upacara itu.

Semakan Malaysiakini mendapati foto itu asli dan tidak diubahsuai secara digital, seperti pertindihan imej.
sila klik sini untuk membaca lanjut di Malaysiakini.

Penanti penerus agenda Reformasi


Penanti bukan sekadar untuk memilih seorang Ahli Dewan Undangan Negeri yang baru di Penanti atau memilih Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Namun Pilihanraya Kecil Penanti ini ialah untuk memenuhi iltizam Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk memenuhi hasrat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan bagi semua seharusnya melihat pilihanraya kecil Penanti ini sebagai penerus agenda reformasi.

Perkara tersebut telah diungkap dalam satu forum TvMutiara pada 21 Mei yang lalu yang dirakam secara 'live' di Yayasan Aman, Penanti.

Forum yang dikendalikan oleh che'GuBard, telah menampilkan calon Adun Penanti Dr Mansor Othman dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Sila klik sini siri 1 dan klik sini siri 2 untuk menonton lanjut rakaman forum tersebut.

TVantara : Edisi khas Dr Mansor Othman


TVantara telah menyiarkan edisi khas ; Dr. Mansor Othman.

Sekali imbas, Mansor Othman tidak memaparkan imej ahli politik tradisional yang lazim diukur atas kehandalan berpidato atau kepintaran menonjolkan diri .

Edisi Khas Dr Mansor Othman ini dibawakan khas oleh TVMutiara.com untuk tontonan anda semua bagi mengikuti perkembangan pilihanraya kecil N12 Penanti, Pulau Pinang

sila klik sini untuk terus ke link video khas.

Ihsan TVMutiara.com

Dr. Mansor ditentang 3 calon bebas

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akhirnya mengesahkan bahawa Pilihan raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti akan ditandingi oleh 4 calon.

Calon Pakatan Rakyat daripada KeADILan, Dr Mansor Othman akan menentang calon-calon Bebas iaitu, Aminah Abdullah, Nai Khan Ari dan Kamarul Ramizu Idris.

Semua calon kini boleh berkempen sehingga jam 12 tengah malam, 30 Mei nanti.

Sementara itu, calon-calon Bebas akan menggunakan simbol 'Kunci' untuk Aminah, Nai (Wau) dan Kamarul (Payung) sepanjang pilihan raya ini.

Berita perkembangan dan liputan Penamaan Calon Dun Penanti sejak pagi tadi

Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Penanti baru selesai sebentar tadi. Berikut adalah laporan lintas langsung daripada wartawan Wan Nordin, Azamin Amin, Sabri Said dan Izwan Abdul Halim yang memaklumkan setiap perkembangan yang berlaku di Dewan Semarak Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jalan Berapit, Bukit Mertajam,Penanti sejak pagi tadi.

11.55 pagi: Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya,Roslan Yahaya, mengesahkan calon Bebas,Mohd Saberi Othman dibatalkan pencalonannya.

11.15 pagi: Tempoh bantahan telah tamat pada jam 11 pagi tadi dan Pegawai SPR, Roslan Yahaya akan membuat pengumuman tidak lama lagi.

10.00 pagi: Masa pencalonan telah ditutup dan masa bantahan bermula selama sejam sehingga jam 11 pagi nanti. Jika tiada bantahan, maka PRK Dun Penanti akan menyaksikan pertandingan 5 penjuru antara 4 calon bebas dengan calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman.

9.55 pagi: Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Momammad Nizar Jamaluddin tiba di kawasan pencalonan. Para penyokong yang terdiri daripada lebih 4,000 orang bersorak menyambut kehadirannya.

Ada yang berteriak 'Bubar Dun' dan 'Bubar Perak'. Nizar yang melambai tangan dan bersalaman bersama para penyokong meminta semua bersabar dan berkata, perjuangan masih belum berakhir dan kini pihaknya sedang membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah semalam.

9.50 pagi: Sehingga kini seramai 5 calon termasuk calon-calon Bebas iaitu, Aminah Abdullah; Nai Khan Ari; Khairul Romizu Idris; Mohd Saberi Othman dan calon Pakatan Rakyat daripada KeADILan, Dr Mansor Othman telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk bertanding dalam PRK ini.

Tempoh pencalonan akan berakhir jam 10 pagi nanti dan dijangka bilangan yang bertanding adalah seramai 5 orang termasuk calon daripada Pakatan Rakyat.

9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan pemimpin veteran DAP tiba di kawasan pencalonan untuk memberikan sokongan.

9.15 pagi: Bebas pemimpin Gerakan,Nai Khan Ari menyerahkan borang pencalonan sebagai calon Bebas.

9.10 pagi: Seorang calon bebas, Khairul Romizu Idris yang juga bekas calon bebas PRK Parlimen Bukit Gantang tiba di Pusat Penamaan Calon IKBN sebentar tadi. Dalam pilihan raya kecil di Bukit Gantang beliau tewas dan telah hilang wang pertaruhan.

9.05 pagi: Calon Bebas, Mohd Saberi Othman memasuki IKBN untuk serahkan borang pencalonan.

9.02 pagi pagi: Calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman masuk ke dewan untuk serah borang sebagai calon Pakatan Rakyat.

9.00 pagi: Calon Bebas, Aminah ABdullah masuki dewan untuk serah borang pencalonan.

8.55 pagi: Calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman dilihat memasuki kawasan perkarangan Dewan IKBN dengan diiringi para pemimpin Pakatan Rakyat yang diketuai Dato' Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mat Akin.

8.50 pagi: Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu tiba di luar Dewan IKBN.

8.45 pagi:Perarakan calon Pakatan Rakyat, Dr Mansor Othman telah bermula seawal jam 8.30 pagi tadi dengan diiringi selebih 4,000 penyokong daripada KeADILan, PAS dan DAP.

Para penyokong Pakatan Rakyat kelihatan masih terus memenuhi ruangan kawasan yang diperuntukkan untuk Pakatan Rakyat.

Dr Mansor telah memasuki tempat penamaan calon iaitu Dewan Semarak, Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Penati jam 8.40 pagi tadi.

Turut kelihatan pemimpim Pakatan Rakyat di kawasan penamaan calon adalah, Naib Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat, Haji Anuar Tahir dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.

Pihak polis telah membuat beberapa sekatan terutamanya untuk penyokong Pakatan Rakyat apabila sekatan sejauh 300 meter sehingga menyebabkan para penyokong terpaksa berjalan kaki agak jauh untuk ke kawasan perhimpunan. Tetapi bagi calon bebas, sekatan dibuat berdekatan dengan kawasan dewan pencalonan.

8.20 pagi: Calon Bebas, Nai Ari Khan tiba di pusat penamaan calon.

8.00 pagi: Suasana terkawal dan lengang. Pihak polis ditempatkan bagi mengawal keadaan sekitar IKBN.

7.45 pagi: Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Mansor Othman tiba di pusat penamaan calon. Beliau masih menunggu kehadiran penyokong parti lain dari jarak 300 meter dari kawasan penamaan.

7.40 pagi: Calon Bebas, Aminah Abdullah tiba di pusat penamaan calon di Dewan Besar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bukit Mertajam bersama suami dan tiga anaknya.

Wednesday, May 20, 2009

Kejohanan Snooker keADILan Rembau sempena Keputeraan DYMM SPB Yg Di Pertuan Agong



keADILan Rembau akan menganjurkan satu Kejohanan Snooker seperti di bawah

Kejohanan Snooker keADILan Rembau
sempena Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda Yg Di Pertuan Agong
26 - 28 Jun 2009
di Dataran Senawang, Negeri Sembilan

Kejohanan ini untuk memupuk semangat 'kecintaan' dan 'kesetiaan' anak muda kepada institusi raja di Malaysia selain dari menjadikan snooker sebagai aktiviti riadah yang sihat kepada anak muda Malaysia.

JOM SERTAI KEJOHANAN INI !!!

64 Pemain yang mendaftar awal adalah layak untuk menyertai kejohanan ini. Pertandingan adalah secara KALAH – MATI ( Free Table Charge ) yang akan diadakan selama 2 hari berturut-turut.( 6 – 7 Jun 2009 ). Format pertandingan adalah BEST 64-3 Frame, BEST 32-3 Frame, BEST 16-3 Frame, SEMI/QUARTER-3 Frame dan FINAL-5 Frame.

SYARAT – SYARAT PERTANDINGAN :

  • Bayaran Pendaftaran sebanyak RM 40.00 ( Tidak akan dikembalikan )

  • Pemain mestiah berpakaian kemas dan berkasut.

  • Penyertaan akan dibatalkan jika peserta pertandingan tidak hadir dalam masa 15 minit di hari pertandingan.

  • Penyertaan adalah terbuka kepada semua pemain kecuali Pemain Negara @ Pemain Negeri @ Professional.

  • Pengadil layak untuk membatalkan penyertaan sekiranya peserta pertandingan tidak mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

  • Tarikh tutup pertandingan adalah pada : 24 hb JUN 2009

  • Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang aduan & bantahan tidak akan dilayan.

HADIAH :

Hadiah Pertama : RM 1001 & Piala.

Hadiah Kedua : RM 701 & Hadiah Iringan.

Hadiah Ketiga : RM 501 & Hadiah Iringan.

Hadiah Keempat – Kelapan : Hadiah Istimewa

BERMINAT ??? :

Sila mendaftar di Kaunter Pertandingan SQ SNOOKER, Dataran Senawang dengan Pegawai Pendaftaran, En Amat (0173116124). Sebarang pertanyaan - Azizi (0123696474 ) @ Sani (0129781707)

Tok Mat 'nakal' tembak peluru angin...



Hari ini che'GuBard mendapat ratusan sms, panggilan telefon dan email mengenai benarkan dua ADUN keADILan akan meletakkan jawatan ?

Ruangan Nasional, Berita Harian melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan bahawa sekurang kurangnya dua wakil rakyat pembangkang akan meletakkan jawatan.

Kenyataan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Sembilan ini sebenarnya hanya menggambarkan 'kenakalannya' dan umpama menembak peluru angin.

Kenyataan ini lebih kepada usaha Pengerusi Umno tersebut yang mahu mengalihkan isu dan perhatian ahli Umno dari krisis dalaman yang berlaku dalam parti Umno dan Bn itu sendiri.

Bn di peringkat pusat sedang bergolak dengan kenyataan dan pergeseran terbuka. Umno yang takut akan kuasa rakyat yang bersungguh - sungguh mengelakkan pilihanraya sedang ditempelak oleh rakanya dalam MCA dan Gerakan yang mahukan pilihanraya di Perak. Pergolakan dalaman PPP mula sudah membabitkan pemimpin lain di dalam Bn.

Di Perlis Umno yang gagal menyelesaikan masalah dalaman terus melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi Perhubungan dimana telah menyebabkan sekurang kurangnya 1000 ahli Umno keluar parti secara terang menyertai keADILan.

Di Terengganu walaupun di pangku oleh Naib Presiden merangkap Menteri Dalam Negeri gagal mengawal dan menenangkan pertembungan kem bekas Menteri Besar dan kem Menteri Besar sekarang sehingga membawa kepada ancaman bunuh.

Di Pahang Umno Bahagian teruk bertembung dengan Menteri Besar Pahang dengan saling membogelkan diri dalam pendedahan isu rasuah. Namun Polis mahupun SPRM gagal menjalankan peranan masing - masing dalam menyiasat pendedahan yang dilakukan.

Di Selangor protes senyap kem penyokong bekas calon Timbalan Presiden dan bekas Pengerusi Perhubungan serta kem bekas Menteri Besar Selangor yang kalah Ketua Pemuda makin terasa. Usaha melantik bekas calon Ketua Pemuda sebagai Ketua pemikir Umno Selangor tidak memadamkan sama sekali protes senyap yang masih berterusan.

Di Negeri Sembilan khususnya masalah dalaman Umno makin parah. Seorang ahli Parlimen yang pernah kononya menuduh 'seorang budak pejabat bank' dihantar oleh Anwar untuk membelinya sedang heboh mempersiapkan diri sebagai bakal MB kononya kerana hubungan baiknya dengan Presiden Umno. Antara serangan yang dilakukan kepada Pengerusi Umno Negeri Sembilan ialah orang Pak Lah, budak Khairy Jamaluddin dan menguruskan Umno secara adik beradik. Tuduhan orang Pak Lah atau budak Khairy cukup ditakuti dalam Umno setelah melihat bagaimana Khairy diperlakukan oleh Najib dengan tidak menamakan beliau dalam kabinet walaupun menang Ketua Pemuda.

Bukan menjadi rahsia tuduhan ahli Umno yang menyatakan betapa pengurusan Umno dan Kerajaan negeri dikuasai oleh Mohamad Hasan, Azman Hassan (abangnya) dan adik beradiknya yang lain. Malah dalam banyak perkara Azman (Datuk) dilihat lebih berkuasa dari Mohamad.

Tidak tahan dengan tekanan yang diberikan maka sebaik sahaja sah Najib menjadi Presiden Umno, Mohamad perlu cepat membuat penyesuaian semula. Maka abangnya terpaksa berundur. Protes dari bahagian Umno masih kuat seperti dari Umno Bahagian Seremban.

Kenyataan Pengerusi Umno Negeri Sembilan tersebut telah dibantu dengan penulisan berita yang sengaja berniat jahat dengan menyataakn penafiaan dua ADUN keADILan iaitu ADUN Sikamat dan ADUN Ampangan.

Semua ini che'GuBard sekali lagi menganggap ia cuma usaha nakal dan terdesak Mohamad. Ini menggambarkan Umno yang tak henti - henti berpolitik.

che'GuBard mengajak Mohamad selaku Menteri Besar Negeri Sembilan untuk henti hanya bermain politik sebaliknya memberikan tumpuan kepada isu pentadbiran dan kebajikan rakyat.

Pusat Khidmat Rakyat Rembau (PKR) yang dikendalikan oleh keADILan Rembau sendiri mempunyai berpuluh kes keluarga miskin dan susah serta Aduan rakyat yang lama tidak selesai dalam DUN Rantau yang diwakili Menteri Besar sendiri.

Hampir semua pengadu menyatakan bawah mereka telah pergi mengadu ke Bn atau kerajaan namun setelah gagal diselesaikan baru dibawa ke pengetahuan keADILan Rembau. Tanpa ada sumber keADILan Rembau tetap terus membantu rakyat termasuk dalam DUN Rantau yang tidak mendapat perhatian Menteri Besar.

Lebih parah lagi bantuan dari kerajaan seperti dari Jabatan Kebajikan telah dipolitikan. Ada keluarga atau individu layak diketepikan hanya kerana mereka dikaitkan dengan parti selain Bn dan menambah lekib parah lagi apabila Datuk Ishak, Ketua Bahagian Umno Seremban sendiri menyatakan kes kepayahan rakyat yang diketengahkan oleh beliau juga diketepikan, mungkin kerana dia tidak sebulu dan pernah membuat laporan rasuah mengaitkan Mohamad Hasan sekeluarga.

Jika Menteri Besar berhenti bermain politik dan 'berniaga' sebaliknya menumpukan kepada kebajikan rakyat maka sudah tentu rakyat akan lebih bertuah. Malangnya tidak di Negeri Sembilan, rintihan rakyat tidak dilayan. Menteri Besar yang sibuk berpolitik dan berniaga ini pula sering menggunakan media dengan memberikan liputan luar biasa terhadap usaha sedikit seperti menyampaikan beras sekampit dan sebagainya. Bantuan JKM mahupun pusat zakat diberikan imej Umno dan rakyat dipaksa berterima kasih dengan Umno.

Dalam Rembau di mana Mohamad sendiri Ketua Bahagian Umnonya, telah muncul perbagai isu yang tidak berkesudahan seperti Isu tanah Sendayan. Sekurang kurangnya 13 keluarga Melayu lagi masih tergantung kesnya di mahkamah. MB seharusnya perihatin tetapi sebaliknya hanya berkeras memberikan kata dua dan tawaran tanpa mendengar rintihan masalah sebenar.

Pemilik tanah adat di Kampung Chengkau, Kampung Waris dan kawasan sekitarnya yang terjejas kerana projek landasan berkembar keretapi langsung tidak mendapat perhatian Mohamad. Tanah mereka akan dirampas dibawah Akta Pengambilan Tanah dengan harga RM1.20 sekaki. Harga yang terlalu jauh lebih murah dari harga yang diletakkan oleh jurunilai. Penduduk berkeras isunya mudah pampasan tak masuk akal, mereka bukan menolak pembangunan sebaliknya memohon hak tanah mereka. Mereka mahu tanah mereka diganti di dalam kawasan Rembau semula. Tanah Adat (tanah rizab Melayu) ini maruah keluarga mereka mereka tidak mahu melihat keluarga mereka hilang tanah. Mereka telah pergi ke banyak pihak termasuk cuba berjumpa Mohamad namun gagal mendapat perhatian. Jika tidak kena gaya dua minggu dari sekarang 40 buah rumah akan menyembah bumi, akan sekali lagi peristiwa Kampung Berembang, Selangor akan berlaku. Mohamad tidak punya masa buat mereka, keADILan Rembau semalam telah bertemu dengan wakil penduduk terbabit.

Di Selangor berita gembira buat rakyat orang Asal apabila kerajaan Pakatan Rakyat Selangor membatalkan saman terhadap tanah orang asal yang mahu diambil kerajaan Bn dahulu. Malah hak milik diperolehi oleh orang asal terbabit. Malangnya di Negeri Sembilan, penduduk orang asal yang telah meneroka tanah sejak ratusan tahun di Kampung Tangai Gua Batu Maloi (sempadan Rembau - Tampin) sedang tidak nyenyak tidur apabila tanah mereka hendak dirampas untuk membangunkan kawasan pelancongan. Mereka yang tidak mempunyai hak undang - undang ke atas tanah itu sudah mendapat surat arahan 'menghalau' dengan mengosongkan tanah. Mereka juga sudah pernah naik bas ke Seremban untuk bertemu MB namun gagal. keADILan Rembau juga sudah bertemu wakil mereka berbincang mengenai masa depan mereka.

Itu baru cheGuBard singkap masalah dalam rekod Pusat Khidmat Keadilan Rembau.

Keadilan Rembau yang tidak mempunyai sumber, tidak mempunyai kuasa malah ditindas dihimpit dengan menggunakan perbagai aparat di bawah regim tetap terus menghayun langkah tidak kira semak atau rimba, siang atau malam, hujan atau panas akan terus membela dan memperkasakan rakyat.

Kepada Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikenali sebagai tokoh korporat berhentilah 'berpolitik dan ' berniaga' berikanlah tumpuan pada rakyat.

Umno ditalkinkan di Sabah...


gambar ini dihantar melalui email. Menurut sumber tersebut peristiwa ini berlaku di kawasan Naib Presiden Umno dari Sabah, ia merupakan protes penduduk setempat kerana tidak puas hati dalam isu tanah.

Umno telah mati di hati rakyat !!