Salam Perjuangan ;
Maaf kerana beberapa hari tidak dapat menghantar ‘posting’ terbaru ke blog ini. Ini kerana kesibukan berkempen dan Rembau yang tidak punya liputan 3G Celcom yang bagus.
Hari pertama
Pendaftaran dilalui dengan tenang. Alhamdunillah tiada sebarang masalah dengan borang pencalonan termasuk 4 calon ‘sekutu’ dari PAS dan keADILan telah diterima pencalonanya. Sebanyak 4 bantahan dibuat atas alasan teknikal dibuat oleh pihak kita ke atas pencalonan – pencalonan dari BN. Walaupun bantahan berpandukan kesalahan yang termaktub dalam buku panduan calon yang dikeluarkan SPR tetapi semuanya seperti biasa ditolak.
Sekaran (pengundi di Pedas) telah membuat bantahan dan meminta penjelasan mengenai nama menantu Abdullah Badawi yang tidak mempunyai Bin. Setelah disemak ia ditolak kerana anak yang lahir dan membesar di
Ceramah
Sebelum hari penamaan kita telah berjaya menganjurkan program Pelancaran Bilik Gerakan Utama P131 keADILan Rembau. Sambutan kita – kira 500 orang penduduk setempat memang benar benar menggalakan.
Hari ini jentera mula berjalan dengan agak lancar. Ceramah malam ini dibuat di depan masjid Kg. Batu.
Ceramah berjalan di banyak tempat hampir tiap malam saya pasti berceramah di dua tempat tetapi ceramah semalam bersama Hj. Zaharin (bekas s/u Bahagian Umno Bandar Tun Razak) di Kg. Batang Nyamor, bersebelahan kononya kampong kelahiran menantu Presiden Umno mendapat perhatian. Ramai kehadiran dari ahli Umno setempat juga.
Rasanya Hj. Zaharin telah berjaya memberikan penerangan yang baik menerangkan mengenai betapa perlunya menolak menantu Perdana Menteri untuk menyelamatkan Umno dan
Laporan Polis
Setakat ini tiga laporan Polis telah dibuat. Laporan Polis seperti berikut