Thursday, December 3, 2015

Pengalaman sakit gigi geraham bongsu


Sapa pernah ada pengalaman sakit gigi geraham bongsu????

saya pernah! 

Selalu dengar orang bagitau, sakit gigi adalah sakit paling tak best dan paling sakit. 

Memang betul pun... Sengsara betul rasa kalau gigi sakit, nak2 lagi gigi geraham bongsu ni. 

Banyak sebab kenapa gigi geraham bongsu selalu sakit. Salah satu nye sebab gigi tumbuh terbaring. atau melintang. just like my case. 

Ni saya share sikit mcm mana cara pertumbuhan gigi bongsu ni. Kan dia tumbuh bila kita dah kategori dewasa. Masa tu kebanyakkan gigi lain mmg dah lengkap. Biasanya gusi pon dah penuh dengan gigi and si bongsu ni nak jugak tumbuh. Bila gusi dah full, ruang untuk si bongsu ni tumbuh dah tak cukup or tak ada.. jadi dia tumbuh ikut suka hati dia je... 




ada yg vertical impaction dekat soft tissue (gum/gusi), ada yg horizontal , distal dan sebagainya la mcm dalam gambar kat atas ni..

Ilyaas's 4yo convocation and 1st school trip

Ni cerita bulan 11 haritu. 

17 November, Ilyaas ada Convocation Tabika Kemas.
Buat dekat D Hotel, Seri Iskandar. 

Actually, convocation untuk pelajar 4 tahun pada hari Sabtu sebelumnya, tp masa tu kitaorg semua ada kat KL sebab husband attend workshop kat Le Meridien jadi we all tak attend pon convo 4 tahun tu. Masa tu dah inform cikgu dia siap2, jadi cikgu dah simpan kan hadiah2 Ilyaas. Rupanya untuk 4 tahun, Ilyaas dapat Pelajar Harapan. dapat la satu piala/trofi. 

Untuk convocation yg diadakan dekat hotel pulak, Ilyaas sorang je pelajar 4 tahun yg join memandangkan Ilyaas dapat Anugerah Pelajar Cemerlang 4 tahun. 



Waktu menunggu nak dipanggil nama. Kesian dia boring. Umi dengan ayah amik cuti half day nak attend convocation anak. Haruslah berbangga dengan pencapaian anak.. 
Alhamdulillah. Moga cemerlang dunia dan akhirat ye sayang. 

Wednesday, December 2, 2015

Doa Selamat & House Warming

Assalamualaikum wbt semua. 

27 hb November, Jumaat lepas, kami suami isteri sempat buat sedikit majlis untuk tujuan masuk rumah baru. Buat simple2 je. Doa selamat dan bacaan Yassin then makan-makan. 
Tetamu yg dijemput ialah parents and siblings side ganu and penang, as well as jiran tetangga di kawasan perumahan baru, jiran tetangga di kawasan perumahan lama dan office mates. 

Kami pilih hari Jumaat memandangkan perak dapat public holiday masa 27hb (cuti keputeraan sultan perak) dan my parents from penang pun cuti since my mum bekerja dekat kedah. One more thing, kebetulan, lebih afdhal buat majlis pada hari Jumaat, kira mcm officially pindah masuk pada hari Jumaat:D walaupun sebenarnya dah almost a week tinggal kat rumah baru sebelum majlis ni. 

Wordless Wednesday: Ilyaas Hafiy Selfie