Bergurau senda,berjenaka atau berkelakar selalunya dianggap sebagai pengendur ketengangan..
Sama ada di pejabat,dalam rumah tangga atau ketika bersantai,aspek humour boleh menjadi perisa yang menambah keceriaan..Justeru itu,tidak hairanlah orang yang mempunyai karekter kelakar atau "sense of humour" mudah disenangi sesiapa sahaja..
membuat orang lain senang hati atau gembira sebenarnya termasukla dalam perkara kebajikan..
Rasulullah juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan sahabat.
Malah baginda selalu ketawa sehingga menampakkan barisan gigi hadapannya..
Namun ketawa Rasulullah bukanlah ketawa yang berdekah-dekah,mengilai atau terkekeh..
Ketawa baginda dengan sekadar maksud untuk menunjuk peribadi Muslim bahawa tidak salah manusia bergurau senda tetapi mestilah dalam batas kesopanan yang dibenarkan..
Malah dalam pergaulan,jangan pula kita memperbodohkan diri sendiri,memperbodohkan orang lain atau bercakap yang bukan-bukan,semata-mata kerana mahu orang lain ketawa dengan jenaka kita.
Ini selaras dengan peringatan baginda yang bermaksud..
"celakalah orang yang berbicara,,lalu mengarang cerita dusta agar orang lain ketawa..
Celakalah!"
(Riwayat Abu Daud)
Juga peringatan baginda lagi,
"seseorang Mukmin belum sempurna iman hingga dia meninggalkan dusta ketika bergurau dan meninggalkan bertengkar sekalipun benar"
(Riwayat Ahmad dan at-Tabrani)
Bergurau sendalah,tetapi dalam batas yang dibenarkan syarak..