Budget Percution untuk Island Hopping & Snorkeling di Pangkor
9:03 AM
ida ahmad
6 Comments
Awal cuti sekolah kami ke Pulau Pangkor. Memang tak dirancang sebab dah pernah ke sana dan dah banyak main air dari minggu sebelum tu. Tiap2 hari dah mandi swimming pool sepanjang dekat 2 minggu ni tapi dah alang-alang di Lumut sampai 5 hari, rugi pula kalau tak lajak ke Pangkor.9:03 AM ida ahmad 6 Comments
Di Pangkor dan Lumut antara tarikan utama adalah makanan laut yang dikeringkan seperti ikan bilis, sotong, udang, ikan masin dan makanan yang diproses dari makanan laut ni. Selain tu di tempat menarik di Pangkor termasuklah Kota Belanda, Island Hoping, Snorkeling, tokong Cina dan Taman Foo Lin Kong. Di Taman Foo Lin Kong ni ada replika tembok besar Cina selain tokong Cina.
Disebabkan kami dah pernah ke sana, jadi tujuan kami kali ni hanyalah island hoping dan snorkeling sahaja. Selepas ni memang snorkeling sahaja la island hoping pun dah x nak, sebabnya nanti saya kongsikan.
Budget
Keseluruhan budget percutian pendek kami di Pulau Pangkor untuk snorkeling adalah RM178.50. Detail saya share di bawah ni.
Parking Kereta
Tempat parking bertingkat Lumut |
Kami keluar pagi lepas checkout dari Hotel Swiss Garden Lumut. Sampai jeti pukul 9.30 pagi & parking di bangunan parking bertingkat tapi yang luar bangunan sebab malas nak jalan jauh & turun tangga atau lif. Kos 60 sen sejam. Total kami kena masa nak balik RM6. Lama juga kami stay Pangkor 😄 walaupun hanya habiskan masa snorkeling semata-mata.
Tempat kami parking, depan sikit dari exit ja, tepi jalan :D |
Feri
Feri Lumut ke Pulau Pangkor |
Sewa kereta atau teksi
Bila keluar dari jeti ja, ramai penyewa kereta yang akan menunggu. Ada yang offer RM40 untuk sebiji kancil half day. Siapa yang nak jalan-jalan Pulau Pangkor dan melawat tempat menarik di sana, bolehlah ambil option ni.
Teksi van pink Pangkor |
Kami pilih ambil teksi ja sebab memang tak nak jalan2. Tambang teksi a.k.a van pink RM15 untuk ke Pantai Teluk Nipah. Kami pi waktu cuti sekolah weekdays. Hari lain kalau harga berubah tak tahulah ya.
Rate Snorkeling dan Island Hopping di Pangkor
Dalam teksi driver teksi tu sembang rate island hopping dalam rm60-80 boleh dapat. Masa dalam feri ibu google ada yang dapat rm40-2 orang. So bila dapat offer RM70 untuk 5 orang private boat, kami terus lupa nak nego dah. Haha !! Diorang jampi kot supaya tak minta tawaq.
Ok, kami ada bawa rashion a.k.a bekalan makanan siap2 macam snickers, air coklat, roti, nutella, tuna saki baki dari hotel. Cuma tambah mineral water 1.5L RM3. Goggle, jaket keselamatan, roti untuk bagi ikan makan, island hopping dan snorkeling dah termasuk dengan pakej. Masa fleksibel, boleh calling2 untuk pick up anytime.
Island Hopping
Budak kecil tu, enjoy gila naik bot. Siap betul2 nganga makan angin |
Bagi yang pernah pi island hopping, cubalah tanya rate terus ke Pulau Giam untuk snorkeling sahaja. Kami agak menyesal sebenarnya ber-island hopping tu. Dekat ja pun.. Semua pulau tu cuma ada di sekeliling Pulau Giam ja, tengok bentuk2 batu kesan dari hakisan dari ombak dan perubahan cuaca membentuk shape seperti kaki, penyu, buaya dan sebagainya. Sebab dah pernah tengok jadi biasa2 ja la.
Pantai
Kami sampai di Pulau Giam dalam pukul 11 pagi. Dari bahagian pantai ni di Pulau Giam, kami boleh nampak Coral Beach di Pulau Pangkor. Matahari hampir terpacak kat kepala. Adoi !!! Memang sunburn teruk la gini. Ha, benda wajib kalau snorkeling dan ke pantai adalah SUNBLOCK dan kami tak bawa. Kan dah kata trip kami ke Pangkor tak dirancang.
Abah & anak-anak memang redah ja. Mereka tak perlu risau sebab memang kulit putih melepak. Kena panas sedikit ni boleh jadi tanned, tak ada masalah. Yang ibu kulit sawa tak matang ni, kena panas terik memang bertukar jadi Dayang Senandong.
Sini pantai cantik tapi snorkeling tak best sangat |
Kat Pulau Giam ni ada juga gerai kecil yang jual makanan. Jadi, kalau tak bawa bekalan, masih boleh jamu selera. Harga masih mampu dan tak mencekik.
Menu makan dan harga di Pulau Giam |
Lepas puas main panas, kami call bot untuk pick up dan bawa ke bahagian belakang Pulau Giam ni. Kat sini lagi best untuk snorkeling. Jadi, kalau nk bersnorkeling sahaja, terus minta ke sini. Mesti boleh dapat rate lebih murah, insyaAllah. Kami ingat anak2 nak main pasir tu yang minta bawa ke pantai. Rupanya semua dah pandai bersnorkeling lepas abahnya ajar. Tak main dah pasir pantai. Lagi-lagi tengah panas berdengung.
Snorkeling
Perjalanan naik boat ke tempat snorkeling kejap ja, kurang 5 minit.
Masih boleh main pasir di air cetek |
Sini lebih seronok. Iman pun berani jadi kami boleh sama2 berenang tak perlu take turn jaga Iman. Iris dan Nazhan pun selamat berenang sendirian sebab sentiasa pakai jaket yang bantu terapung.
Akibat tak bawa sudu, Iman main celup2 jari ja.. Emm emmm |
Di sini, ada few spots untuk snorkeling dan ada juga tempat cetek untuk main air dan pasir. Oklah. Masa kami pi tak la crowded sangat orang, just nice. Masih boleh nampak anak-anak dari jauh.
Port snorkeling paling hot kat tempat bot berbumbung tu. |
Masa mandi mana nk perasan sunburn sampai hangitkan. Punya syok, snorkeling xpuas - puas. Expecially anak-anak. Langsung tak naik ke darat. Sebab ingat nak balik Penang, kami pun xboleh la stay lama lagi. Pukul 4, kami panggil bot untuk pick up.
Tempat Mandi
Sampai Teluk Nipah, cari tempat mandi tapi tak ada orang jaga pula. Semua bilik berkunci. Jadi kami ingat salin ja la baju budak2 sementara tunggu makan. Nasib baik, tengah tumpang salin baju, owner bilik mandi datang jadi dapatlah mandi dengan sempurna. Sekali mandi RM1.50. Kami kena RM4.50 semuanya.
Makan-makan
Kami makan di kedai makan betul2 seberang jalan tempat mandi tu. Kami order nasi goreng cina, nasi goreng kampung & nasi goreng ikan masin. Air pula air kelapa-1, laicikang-2 dan 2 milo ais. Semua total RM35.
Tinggal suami ja belum mandi dengan Iman. Iman dan mula tunjuk sign mengantuk dan ready untuk lentok. Abahnya angkat juga bawa pi mandi. Balik2 dah segar bugar dah.
Tambang teksi van pink ke jeti Pangkor
Nak naik teksi balik... Menapak jauh juga. Kena ke stesen teksi yang ada di hujung pantai. Bakar la kalori nasi goreng ikan masin tadi. Tambang masih sama RM15 sekali perjalanan ke jeti.
Di jeti kami jamak takhir. Surau bersih. Kami sempat catch feri 5.30 petang tanpa perlu menunggu. Sampai Lumut pukul 6. Hujan.. Beli barang lagi buat orang Penang. Dekat pukul 7 kami gerak balik Penang. Sampailah Penang pukul 9 malam. 2 jam ja perjalanan Lumut-Penang (bukan island).
Jadual perjalanan feri pergi balik Pulau Pangkor |
Best memang best sebab semua orang enjoy main air ! Kalau nak tahu tempat best dan menarik di Pangkor, boleh baca entry ni.
Selain tu hari Ahad malam ada Pasar Malam di Manjung dekat2 dengan Giant Manjung. Syok ! Baju2 yg pakai balik ni grab kt sana sebab dah habis baju nak pakai:D.
By,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382
www.mysupervitamins.com
www.idakhairani.com
www.sarawakauthentic.blogspot.com
Resepi Cheese Cake Jepun dengan 3 bahan sahaja
4:22 PM
ida ahmad
2 Comments
Cheese Cake adalah antara kek kesukaan saya. Sedapnya walaupun baru terbayang. Bila tahu ada cara mudah buat cheese cake, saya pun belajar. Tengok video di youtube. Bila google, ada resepi lain juga tapi macam-macam bahan lagi nak kena cari. Yang saya cuba ni, paling mudah sebab bahan-bahannya cuma 3. Bila siap, sedapnyaaa... Cheese cake ni macam sangat sedap, tak manis dan cukup lemak berkrimnya.. walaupun tak ada letak susu. Tak tahu la resepi cheese cake lain ada letak susu tak.4:22 PM ida ahmad 2 Comments
3 bahan untuk buat cheesecake Jepun ni hanya telur, cream cheese dan coklat putih.
Nama sebenarnya cheese kek ( kek keju ) ni adalah
"Japanese cotton cheesecake" atau "Souffle Cheesecake "
Bahan-bahan dan sukatan:
120 g Cream Cheese
120 g Coklat Putih
3 biji telur
Alatan :
Bekas kek saiz 6 inci
Mixer
Oven
Bila siap, korang akan dapat nak 1 kek bulat saiz 6 inci. Namun, ibu guna bekas leper ja, jadi dapatlah bulat besar tapi pendek.
Cara-cara buat cheese cake yang sedap dan senang ni adalah
1. Panaskan oven pada suhu 170 C dulu.
2. Double boiler coklat putih. Double boiler tu apa? Google.. hahaha!!
Alaaa.. letak coklat putih yang dipecah-pecahkan ke dalam mangkuk. Mangkuk tu pula letak dalam cooking pan yang isi air. Panaskan atas api. Jadinya dalam mangkuk tu tak ada air la tau. Kacau guna spatula.
3. Telur pula asingkan telur putih dan telur kuning. Telur putih letak dalam mangkuk dan simpan dalam peti ais dulu.
4. Kemudian masukkan cream cheese dalam coklat putih yang sedang dilembutkan guna kaedah double boiler. Kacau sebati.
5. Angkatkan dari dapur dan masukkan telur kuning ke dalam campuran tadi, kacau sebati.
6. Keluarkan telur putih dari peti ais, guna mixer untuk pukul telur sampai jadi whip yang tebal, ini dipanggil meringue. Mula-mula guna kelajuan sederhana dan lama-lama makin laju. Meringue sudah think dan firm bila kita terbalikkan mangkuk tu, meringue tak jatuh.
7. Ambil 1/3 meringue dan campur dalam campuran creamcheese tadi. Kemudian campur lagi 1/2 dan kacau bagi rata sebelum campur semua sampai habis. Tipnya, campur sedikit dan kacau.
8. Masukkan adunan creamcheese dalam acuan. Untuk elak kek pecah, boleh juga guna tip ini.
Sapu minyak pada kertas parchment (alaa kertas minyak selalu orang guna untuk baking-baking tu), alas bahagian bawah acuan dan keliling acuan dengan kertas parchment tadi, jadi bentuk silinder. Masukkan adunan dan hentak supaya udara naik ke atas.
9. Masukkan acuan tadi dalam dulang yang berisi air panas dan masukkan ke dalam oven.
10. Bakar 15 minit pada suhu 170 C, kemudian 15 minit lagi pada suhu 160 C. Bila dah siap, biarkan lagi dalam oven yang auto off tu selama 15 minit. Siap !
Rasa cheese kek ni sangat sedap & merbahayaaa !!! Nangis tau kalau dapat cheese kek sedap ni. Susah nak stop makan.. Huaaaa:((
Pada yang tak berapa nak faham cara-cara nak buat cheese cake ni, boleh layan video you tube yang jadi rujukan saya ni.
By,
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382
www.mysupervitamins.com
www.idakhairani.com
www.sarawakauthentic.blogspot.com
Tempat Berkelah Best di Selangor, The Nahara, Kalumpang sesuai bawakeluarga dan kawan-kawan
1:52 AM
ida ahmad
2 Comments
Alhamdulillah, cuti Maal Hijrah baru ni kami penuhi dengan cuti santai bersama keluarga dan kawan-kawan di Nahara Training Resort, Kalumpang, Sungai Inki, dekat Kuala Kubu Baru, Selangor. Sepanjang perjalanan pergi dan pulang diiringi dengan lagu 1 Muharram nyanyian ibu :P1:52 AM ida ahmad 2 Comments
The Nahara yang damai |
Lain kali involve family lagi ya che abang sekalian |
Wakaf kami no 6, ada 2 meja dan tempat membakar tu. |
Ramai yang baru kenal :D |
Meh layan gambar yang tak seberapa yaa.. Ibu tengok makanan dan air terjun, lupa camera dah.. Ada hasil dari camera kawan - kawan juga ni.
Masih jinak-jinak merpati Nuh Iman dengan air sungai |
Surau yang bersih dan unik |
Syok gila ! Tambah-tambah time ni tak crowded. |
Kalau korang berminat, boleh layan facebook The Nahara. Ada beberapa gambar, ibu pinjam dari facebook tu.
Jambatan untuk ke wakaf seberang sungai |
Chalet hitam putih untuk disewa |
Kolam yang cantik |
Kalau korang malas nak prepare makanan sendiri, boleh order di sana juga. Kat pokok2 ada ditampal menu-menu yang available. Jadi, boleh main order saja! Selamat bercuti-cuti Malaysia!
Blogger
Cadar Patchwork Yang Cantik
5:05 PM
ida ahmad
0 Comments
Alkisahnya walau berlegar-legar orang iklan cadar patchwork ni di FB, hati belum terbuka nak membeli. Ibu memang particular betul part cadar, kena feel sendiri dengan jari jemari.5:05 PM ida ahmad 0 Comments
Ida Khairani
www.ceriterakami.blogspot.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com
Resepi Brownies Sedap dan Mudah
12:27 AM
ida ahmad
0 Comments
Resepi brownies ni saya catat dari youtube video. Senang jugalah. Yang penting hasilnya sedap. Lain kali saya bagi gambar satu persatu prosesnya. Kali ni tak sempat nak snap lagipun pertama kali buat.12:27 AM ida ahmad 0 Comments
2. Angkat mangkuk dari dapur dan masukkan gula dan serbuk koko. Saya ada jumpa cara yang mix guna mangkuk lain dan campur bila coklat sejuk. Namun tadi saya guna mangkuk yang sama & tak tunggu sejuk pun, hasilnya tetap sedap dan puas hati.
Ida Khairani
Shaklee Independent Distributor 846056
013 488 2382
www.mysupervitamins.com
www.idakhairani.com
www.sarawakauthentic.blogspot.com
Percutian percuma ke Bangkok untuk ahli Shaklee baru yang komited !
4:07 PM
ida ahmad
0 Comments
4:07 PM ida ahmad 0 Comments
Resepi cup cakes tanpa oven hanya microwave
4:42 PM
ida ahmad
0 Comments
4:42 PM ida ahmad 0 Comments
Projek jahitan senang sarung kusyen
5:16 PM
ida ahmad
0 Comments
Projek hari Ahad ibu! Ibu suka tengok kertas dan kain cantik-cantik tapi tak pandai menjahit sangat. Dalam tak pandai tu pun, gigih beli mesin jahit juga beberapa tahun lepas. Mesin jahit yang dah lama jadi tukun, 2 minggu lepas di warming up kembali.5:16 PM ida ahmad 0 Comments
Sarung Kusyen Panjang |
Pelapik dulang |
Kanak-kanak dan menyorok dalam almari..Berpisah tiada
8:21 AM
ida ahmad
0 Comments
Almari memang sudah legend jadi tempat sembunyi zaman kanak-kanak. Nampaknya dah tiba masa anak-anak pula. Teka dalam gambar ni ada berapa orang dalam almari?8:21 AM ida ahmad 0 Comments
Kenangan kanak-kanak |
Selain itu, almari juga jadi tempat menyorok barang mainan dan masukkan apa yang anak-anak rasa muat walaupun kita ibu bapa ni rasa tak muat.
Kanak-kanak dan almari |
Ida Khairani
www.idakhairani.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com
D.I.Y Roadmap untuk anak-anak
11:01 AM
ida ahmad
4 Comments
Kalau ada kotak kadboard di rumah, memang otak berlegar ja nak buat apa. Macam-macam boleh buat. Kali ni kita buat peta besar punya. Anak-anak pasti boleh join melukis dan mewarna dan enjoy main lepas tu. Dah besar gabak ni, banyaklah ruang untuk main-main. Kuranglah sesi bergaduh rebut kawasan.11:01 AM ida ahmad 4 Comments
Jom lumba! |
D.I.Y road map untuk anak-anak ibu main |
Giants menyerang! |
Kereta giant mengganas!!! |
Selamat Mencuba!
Ida Khairani
www.idakhairani.com
www.mysupervitamins.com
www.sarawakauthentc.blogspot.com
Resepi Choc Chip Muffin Yummy
5:22 PM
ida ahmad
0 Comments
5:22 PM ida ahmad 0 Comments
RESEPI CHOC CHIP MUFFIN
BAHAN-BAHAN
250 gram tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat
2 -3 sudu besar serbuk koko
175 gram gula kastor
150 gram choc chip
250 ml susu segar @ susu cair
90 ml butter yg dicairkan
1 biji telur bersaiz A
1 sudu teh esen vanila
CARA-CARA
1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas.
2. Masukkan juga gula ke dalam adunan tadi. Ketepikan.I
3. Pecahkan telur di dlm mangkuk kecil yg lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur kuning telur dan putih telur. Ketepikan.
4. Masukkan susu cair ke dalam bekas tepung secara sedikit demi sedikit sambil digaul rata (menggunakan senduk kayu).
5. Masukkan teur, butter cair @ minyak dan esen vanila. Gaul lagi.
6. Masukkan pula chip coklat @ choc rice sambil di gaul sederhana.
7. Panaskan oven dengan kepanasan 160 darjah selama 10 minit terlebih dahulu.
8. Masukkan bacuhan ke dalam cawan muffin 3/4 penuh
9. Taburkan sedikit choc chip di atasnya sebagai hiasan. Tak letak pon tak pe, sebab di dalam adunan pon dah ada terlalu banyak chips.
10. Bakar selama 20 minit.
Ida Khairani
3 Tip Menarik Rezeki
10:09 AM
ida ahmad
0 Comments
10:09 AM ida ahmad 0 Comments
Dari Pamukkale ke Cappadocia, Turki
11:02 AM
ida ahmad
0 Comments
Perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia boleh tahan lamanya. Seharianlah juga. Maybe dalam 12 jam perjalanan. Tak ingat sudah tapi alah bisa tegal biasa. Since akan berhenti setiap 2 jam tak kematu la punggung. Tidur? Tak dapat kecuali kalau Iman tidur bolehlah terlelap kejap.11:02 AM ida ahmad 0 Comments
Subhanllah.. Suka suka.. Cantik sangat ! |
Nuh Iman territory |
Tanaman bunga dikawal sebab boleh dibuat ubat atau dadah
|
Ayam dan tomato bakar, nasi, ubi, carrot dan roti pita.. ! |
Ada pizza arini !
|
Kami juga ziarah masjid, muzium dan makam Maulana Celaleddin-i-Rumi yang menjadi pusat dan orang penting dalam penyebaran Islam suatu masa dahulu. Penduduk sekitar sini adalah yang masih kuat Islamnya insyaAllah berbanding kawasan Turki lain.
Tasbih yang sangat besar kepunyaan Maulana |
Kambing biri-biri |
Masjid yang jadi pusat penyebaran Islam di Konya
|
About Me
Popular Posts
- Tempat Menarik Yang Kami Lawati di Bursa, Turki
- Budget Percution untuk Island Hopping & Snorkeling di Pangkor
- Ada apa di GM Klang ?
- Resepi bubur nasi ayam dengan keledek
- Kunjungan ke Petrosains KLCC sangat berbaloi
- 6 tips latih anak bercakap
- Apa yang Menarik di Batu Ferringhi dan Tempat Makan Best
- Set tambah susu ibu paling berkesan dan jadi pilihan no. 1 ibu
- Tips tambah susu ibu
- Review Rumah Sewa Best di Seoul Korea
Blog Archive
-
2014
(72)
- December (6)
- November (4)
- October (12)
- September (3)
- August (5)
- July (12)
- June (8)
- May (10)
- April (7)
- March (2)
- February (3)
-
2012
(40)
- November (1)
- September (8)
- July (2)
- June (2)
- May (2)
- April (1)
- March (9)
- February (6)
- January (9)
-
2011
(121)
- December (7)
- November (15)
- October (10)
- August (6)
- July (6)
- June (13)
- May (11)
- April (14)
- March (11)
- February (11)
- January (17)
-
2010
(102)
- December (7)
- November (21)
- October (3)
- September (4)
- August (15)
- July (18)
- June (4)
- May (11)
- April (2)
- March (2)
- February (5)
- January (10)
Nazhan Milestones
- follow my movement with his eyes
2 months
- start smiling to people
2 months 1 week
- start to watch tv
- lift his head while lying on his tummy
- start sound more that 1 suku kata such
as qu-ak
2 months 2 weeks
- babble to himself and to anyone who babbles with him
- watch tv
2 months 3 weeks
- roll over from his tummy to his back
3 months 1 week
- start to laugh but so rare
- can hold objects in his hands
3 months 3 weeks
- like to do push up
4 months
- roll over from back to tummy
4 months 1 week
- blow raspberries
- drool
- grasp his feet
6 months
- creep
7 months 1 week
- sit
- 1st tooth
8 months
- crawling
8 months plus
-cruising and still
9 months
-waving bye-bye
10 months
-clapping hands
13 months
-standing 1-2 seconds
13 months 2 weeks
-standing steadily
14 months
-walking 4-5 steps
Labels
- Ibu's Expression (144)
- holiday (67)
- Cerita Shaklee (38)
- Kids Development (35)
- Resepi (31)
- Cerita Abang (29)
- Nazhan's Expression (29)
- Cerita Adik (22)
- Kedai Makan Best (22)
- Kids Activity (21)
- Petua (20)
- D.I.Y (17)
- Info Kesihatan (13)
- Speech Therapy (11)
- penyusuan susu ibu (10)
- Korea (7)
- Cerita Nuh Iman (5)
- Turki (5)
- Baby Recipes (4)
- Motivasi (3)
- Parenting (3)
- Family Activity (2)
- Abah's Expression (1)
- Contest (1)
- Iris's Expression (1)
- Little one Expression (1)
- Locate Us (1)
- Nuh's Expression (1)
- Pneumonia (1)
- Rumah Sewa (1)
0 comments:
Post a Comment