Showing posts with label Road Movie. Show all posts
Showing posts with label Road Movie. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Ali Setan




Kelompok anan-anak sekolah yang menaiki bas dan gemar
berkumpul di kerusi bahagian belakang,lazimnya di bilik
darjah pun posisi itu jua lah tempat kegemaran mereka.
Mereka kelompok murid-murid lelaki yang berperangai
Rabel dan nakal-nakal.Gemar membuka butang baju
bahagian atas biarpun bulu dada ada Cuma 3 helai.
Melipat kaki seluar agar diketahui orang yang dia tidak
Memakai setokin ke sekolah.
Itu senario kurang lebih 30 tahun sudah.

Bus Lipis-Jerantut jam 1.30 jumaat yang lepsa,sendat
sarat dengan penumpang.Diramaikan oleh anak-anak
sekolah yang hendak pulang ke kampong sempena
cuti hujung minggu yang panjang,bersambung dengan
cuti hari buruh.

Mujurlah saya ini lelaki tua yang manco perkasa persis
Indiana Jones.Jika tidak membeli tiket kelas berdiri
bagi perjalanan memakan masa selama 1jam 20 minit
bukanlah sesuatu yang selesa..Had muatan penumpang
yang tetera tulisanya 40 orang sahaja,tetapi hari itu
angka had muatan itu ditambah lagi 30 orang..

Di hati saya terkenangkan saranan Meor,kehidupan
dan pengalaman yang anugerahkan hendaklah kita
raikan.Maka moment itu saya raikan secara berlapang
dada.Di layar kepala saya dendangkan irama
lagu “Cotton Field”dari ClearWater

Gadis pengacip tiket itu juga agak menghiburkan
sebenarrnya.Biar bukanlah secantik Maya Karim
namun dia ada cirri-ciri “A Girl Next door”.
enak dipandang mata…dengan izin “Phiwwiiiittt”

Kondisi kerusi bas yang ini saya lihat sangatlah aduhai…
2-3 buah darinya telah roboh bahagian penyandarannya.
Saya memdapat jawapan kepada kejadian ini
dengan membuat rumusan sendiri bersandarkan
kepada cara kenderaan awam ini di pandu.
Anil derebar itu samaada kakinya ada penyakit
Untut yang memberat atau helakang tapak kakinya
telah Terikat 3 lapis batu bata.Bebanan itu telah
menyukarkan beliau untuk meredakan tekanan
pada bahagian paddle minyak.

“Tinggggg!!” loceng isyarat berheti berbunyi.
Saya tersentak dari lamunan.Seorang anak sekolah
dari kelompok barisan bangku belakang meluru
membolosi saf-saf penumpang yang berdiri.
Rambut nya disisir tacak-tacak bagai duri landak.
Tubuh nya cekeding saling tak ubah Apek Sinario.

“…Bas ni kalau tak berhenti aku terajang karang”
Hamburan suara radang beliau mengertak.

Hati kecil saya tak putus berdoa,agar bas ini segera
berhenti di posisi yang tepat.Saya sangat risau
jika anak sekolah rambut tacak-tacak itu mengamuk.
Saya yakin tendangan beliau pasti akan membuatkan
bas ini tunggang terbalik paling kurang pun 7 kali
pusingan.

Saya tahu sangat anak-anak sekolah yang suka duduk
bahagian bangku belakan, handal-handal dan brutal.
Kurang lebih 30 tahun dulu saya pun dalam list
kelompok itu.Buckle tali pinggang siap lambang
tengkorak kering.Kelompok yang sangat handal
dengan temberang dan angan-angan.

Setelah lebih 30 tahun berlalu saya menjangkakan
anak-anak sekolah semakin bertambah bertamadun.
Rupanya emmm alahai…..

Wednesday, August 5, 2009

Nature Guide: Lost in space




Usai solat subuh saya bergegas ke tandas awam terminal bas K.T.
6.30 pagi 17hb,mengujungi tandas ini saya berhasrat mencadangkan
agar pihak pengurusan tandas awam ini dapat membuat rombongan
lawatan sambil belajar ke Kuala Lipis.Sila lawat dan tinjau2 bagaimana
si penjaga tandas awam stesen bas Lipis menjalankan tugasannya.
Tapi maaf jangan belajar dengan pihak pengurusan masjid di sini
kerana mereka masih kurang cekap dalam bab menjaga kebersihan
tandas.

Kerana pihak hotel masih belum mengizinkan saya chekin,saya akur
dengan saranan abang perebet sapu tadi supaya saya mengalas perut
dahulu di warong kampong di sisi hotel tersebut.7pagi pihak warong
itu baru mula mahu menjalankan urusniaganya.Saya tetarik dengan
khidmat pelangan yang di berikan oleh pelayan tersebut.Ceritanya
begini,dalam jarak lebih kurang 1o kaki dari saya anak muda itu
itu memberikan bahasa isyarat menujukan jari telunjuknya kepada
saya kemudian ibu jarinya di sua2kan ke mulut beliau.Saya faham
maksud beliau menayakan sama ada saya mahu memesan minuman
Saya menulis di kertas besar2 "KOPI O" dan pamerkan kepada
anak muda itu.

"KOPI O se meja depang!!!!!"

La saya ingatkan dia bisu tadi.Baru saya faham lain padang lain
belalang.Nasib baik nasi dagang di sini sedap.

7.30 pagi.

"Cik nor mengantuk dan penat saya hilang bila mendapat senyuman
manis dari awak terima kasih.Agak nya orang2 sini manis2 belaka
macam awak ye?...hi..hiii"

Tanpa bersusah payah menunggu saya di izinkan checkin,biarpun
masih jauh dengan waktu di izinkan oleh peraturan hotel.(WINK).

Saya melepas geram dengan tidor seharian skip lunch.Selesai asar
bila hari dah agak redup saya ke pantai Batu Buruk.

"Batu Burukkkkkk.....!!!!!"

"Ngape nama mu buruk,sedangkan tempat mu elok aku tengok?"
"cume agok pelik,gedung A&W besor di sini,makanang nya bukang
molek..cuma nanti perut mu buncek,tak lawo mu,awang..wok..!!"
"Aku arap2 bior lah gedung kepok lekor atau kedai ikang singang
mok moh yang beso di sini baru la kena..dok gitu?"

Monday, July 27, 2009

Nature Guide:Terminal


9.30 malam

Perjalanan malam ke K.T jika tidak saya telah menelan pil mencegah
mabuk 1/2 jam sebelum,tentu saya telah meluahkan isi perut saya
sekarang.Bukan dek kerana mabuk di goyang bas,tetapi mabuk
kerana di sajikan dengan video clip dikir barat pop dari peti tivi
bas ekpress ni.Si penyanyi yang asal kejadiannya jantan tapi telah
menukar diri menyerupai perempuan bergelek2 di situ..uweeek!!
Tak paham satu abuk tak tau mende buah butirnya, saya akan
nyanyian itu,tatawarna nya yang vibrant menyengat mata dan
membuatkan pandangan saya berpinar-pinar.Lalu saya pejamkan
mata,teringat meor yang sedang bergelut menyiapkan D.R.U.R.
Di hati,saya humming irama Lagu aman lagu damai.ZZZzzzzz...

Sedar2 jam 3.00 pagi 17hb tiba di terminal bas K.T....mamai-mamai.
Kali terakhir saya jengah KT,tika saya berusia awal 20an..ha..ha..ha
buta kayu juga lah saya di pagi2 buta ni,orientasi becelaru.Nak terus
ke hotel satu kerja bodoh lah,silap2 kena tahan di pak gad atas tuduhan
menceroboh..mujur ada warung kopi buka kat food court terminal itu.
Saya heret langkah saya ke situ dalam keadaan masih bingung2..pekena
kopi "O" panas.

Sekumpulan Brader Bond kelihatan belonggok di meja ke3 besebelahan
dengan meja saya.Biarpun berpakaian pereman tetapi lagak mereka
telalu obvious di pandangan mata saya,sekali imbas saya tahu mereka
matbond.Mata orang seni ada sikit istimewa..ha..ha..atau mereka terlalu
taksub dengan gaya Gelak Khas..ha..ha..ha.
Kalau just a layman macam saya boleh perasan depa tu bond,apatah lagi
penjenayah kelas atas..ha..ha..ha..dalam dunia ini ada orang sanggup
mati kerana gaya...ha..ha..bior mati eksen jgn mati ekseden.....

Laungan Azan berkumandang,mengerakan saya naik ke bahagian
atas terminal mencari surau.

Tuesday, July 14, 2009

Rush Hour


K.L Sentral.
Tiada apa yang menarik,menaiki komuter di waktu puncak
bersesak-sesak,bahang panas tubuh2 manusia mematikan
nyaman penghawa dingin.Mual menjolok ruang tekak tika
terhidu hamis peluh bangla yang berbaur dengan tengik
oudour muranhan neng2 seberang,barangkali juga dari
Gro2 bermekap tebal.
Mujur muntah ku tak terluah,keatas peha gebu mulus
sang amoi bercelana panas pendek.Aku juga berdoa
agar jalur tetek amoi itu tidak tecemar oleh isi
perut aku yang likat dengan kari mamak.
Di sudut jauh sepasang remaja melayu,telah melucutkan
malu aku kira kerana mereka gagal menafsir maksud
lambang amaran bercumbu di dalam tren,sedangkan
aku lihat tanda amaran itu jelas tertera di kaca jendela.

Selamat menjadi marhaen.

P/s saya tangguhkan sambungan siri pengembaran
Nature Guide saya kerana rasa mual ini.

Wednesday, July 1, 2009

Nature Guide: Heartbreak Hotel


Kurang 15 minit ke pukul 3ptg.Panas matahari semakin terik berbahang
Badan saya sudah melekit dan sedikit masam kerana peluh.Jadual bas
ekpress saya ke K.T bertolak dari Temerloh pada jam 9.30mlm.
Maka masih banyak masa dan saya tak nak cuma melanggut sorang2
di Bandar ikan patin ni.Pikir punya pikir saya memutuskan untuk sewa
bilik hotel,sekurang2 nya boleh saya merehatkan badan serta dapat
"refreshing" sikit kira ok lah.Saya teringat satu hotel murah kat kawasan
bandar lama Temerloh.Dulu saya pernah tolong kakak sepupu berniaga
nasi lemak dikedai kopi bahagian bawah hotel ni.Masa lama2 dulu masa
muda2 dulu..ha..ha..ha.

"2 pulu lapan linggit maaa...mandi punye tempat lua loo...bole ka?"

"Boleh la apek..."saya malas nak banyak soal...janji saya bole ZZZzzz
sebentar,cuaca panas bikin mata layu loooo...

Sengket abis hotel ni...tuala good morning nipis ya rabbi lebar 2 kaki.
see through plak tu..ha..ha..Hotel ni pada fikiran saya kalau di tahun2
70an mesti ada 'Ayam' punye..ha..ha..
To add more blues..sebelah bilik saya ada lelaki Tionghua sedang melalak
karaoke lagu balada cina, melancholy sungguh.Lalakan beliau membuatkan
saya dapat rasa betapa laranestapa jiwa mamat tu.Sambil bebaring
saya menatap sayap kipas di lelangit kamar sedang berputar.Fikiran saya
megubah irama lagu cina sebelah kepada irama lagu Sumbangsih nyanyian
M.Bakri..alang2 blues biar rabak terus....ha..ha..ha

2bulan 5hari sebelum tarikh hari ini saya menerima SMS:

"Ubi...koi sedang nengok aok kat tivi ni...ehhh..awak dah berisi
sikit yek!"

"Ehhh...yek ke saya tu Riha...ha..ha..orang lain kut"

"Tak yoh pedaoh lah..koi kenal ngat lagi ex hero koi weh"

"ha..ha..ha..itu semalam yang dah jauh...kamu masih seperti
dulu Riha..masih suka berseloroh...tapi sekarang saya bukan lagi
Eric Estrada kamu yang dulu..semua dah pudar...dah tua..ha..ha"

"tapi manisnya masa bersisa...ha..ha..sebenornya koi kadang2 tu
teringat juga kat aok weh...tapi keadaan telah membatasi kita..dapat
tengok aok kat tivi ni terubat juga lah ghindu..ha..ha"

"oppppsss...kamu jgn genit dan nakal Riha...yang semalam biarlah
berlalu...momment itu kita simpan saja..seperti janji saya dulu
saya akan selalu mendoakan kebahagian kamu..saya bersyukur
kamu sekarang melalui momment2 bahagia dalam berumah tangga."

"Terima kasih...aok bila lagi..tak baik membujang lama2...ke dah ada?"

"Emmmm...Insyallah...tapi tak berani nak cakap Riha,saya ni masih
marhaen dan selalu rabak2 macam dulu jugak...cuma doa2 kan lah saya"

"Koi doa sokmo kat aok..cuma kalau jadi esok aok jgn lupa jemput koi
tak yoh bebesor sgt amik wajib je Bi"

"Terima kasih...insyallah"Alamak aku jadi rindu bangat sama Pan..emmm
terang cakap padaIbunya lebih2 lagi ..ha..ha..ha biasa la manusia...
macam meor bilang itu elemen kasih sayang ...ha..ha..ha.

"Ubi...koi sayang aok...jaga diri baik2..ha..ha"

"he..heee...terimakasih sekali lagi,kamu juga! titipkan salam pada
suami kamu"

Azan asar dari masjid yang jaraknya kurang lebih 200m mengejutkan
saya dari mimpi di siang hari.Astarfirullah...bergegas saya bagun mandi
kemudiannya ke masjid.

P/s: Orang Temerloh kalau kamu mendakwa bandar kamu tersohor sebagai bandar ikan patin,sila buat sesuatu terhadap acaman kepupusan spesis ikan itu di sungai Pahang.Misalnya cuba buat projek santuary ikan patin pulak,macam yang di buat pada Kelah. Jangan hanya berbangga dengan Patin sangkar je weh.Intan u take note....consultan fee saya tak mahal...belanja makan je..he..he

bersambung

Tuesday, June 23, 2009

Nature Guide: Panggilan Pulau




Catatan ini akan berbentuk Chronicle kisahnya.
Mudah-mudahan anda tidak akan jemu.

Bermulanya kisah, saya di minta oleh pihak UNDP bahagian
Pembangunan Taman Laut untuk sama beserta Team
Xplorasi RTM menjayakan pengambaran rancangan itu di
Pulau Redang,Trengganu.

Kelaziman bermusafir secara Backpacker telah agak lama
tidak saya lakukan.Namun kegiatan itu bagaikan badi
yang telah melekat di jiwa saya.Pada kesempatan yang ini
semangat cinta lama itu saya nyalakan kembali asyiknya.
Beg di galas langkah di ayun..cool beb….

16hb Jun 09
Perggghhh..ini hari tren betul2 tepat pada waktu,sedang elok
saya dapatkan tiket ke Mentakab,train pun sampai.12tgh hari.
Hari yang panas,di luar tingkap pemandangan nya terik
berbahang menyilau mata.Makanya perjalanan ini agak bosan.
Pejam mata tido.

Mentakab di restoran kenalan saya Abg Dollah,saya makan nasi
berlaukan masakan Pahang citarasa Indon.Saya tak salahkan
Abang Dollah barangkali dia amat sibuk bersama beruang dia
SiMuda dan rusa2nya di Kuala Gandah,maka terpaksa dia
mengunakan tenaga kerja orang dari seberang di restoran beliau.
Barangkali kerana jam sudah 2.15 ptg tentu saja perut saya kelaparan
jadinya santapan itu mampu juga saya habiskan.Terus terang
masakan neng2 dari indon itu tidak serasi dengan tembolok
saya.Biarpun biasanya saya tak begitu cerewet dlm bab makan.

Belas dengan seorang pemandu teksi yang mengantuk menanti
pelangan saya mengambil keputusan menyewa teksi beliau
dengan kadar rm 10 untuk ke Temerloh.

“Susah bang,la ni nak dapat penumpang…orang da bekereta
belaka…tambah pulok perebet sapu pun melambok…!!”


“Bersyukurlah kerana tuhan masih menyediakan kamu dengan
watak2 orang seperti saya.Watak orang yang tak mampu
bekereta.Melalui watak itu jalur rezeki kamu”
saya sekadar
bermonolog…saya tahu pemandu teksi itu sukar untuk faham
bab2 hakikat..ha..ha..ha.

bersambung

Monday, May 25, 2009

Hujan Panas

Purnama mengambang namun ozon tetap bocor
Stesen Keretapi Jerantut 12.45 tgh hari
'Train to Wakaf Baru will reach here at 3.00pm"
Aku terdengar kerani kaunter itu memaklumkan kepada
pasangan mat salleh di depan aku.

Oh banyak masa lagi!..maka aku amik keputusan lepak
kat cybercafe azmi yg terletak lebih kurang 200meter
dari stesen.
Wah..panas betul cuaca hari ni.Kemarau!.Seminggu
sebelum hari ini aku ke Taman negara dengan harapan
nak buat guiding.Alas!!! kat sana pun kemarau pelawat
sekarang.Barangkali akibat outbreak H1N1...atau juga
sebab tempat itu dah hilang berkat sebab banyak maksiat
yang membiak macam kata Ben.Guide2 setempat pun
mengeluh dengan kemarau itu.Freelancer macam aku
lagi2 lah pulak perit dan runsingnya dengan poket
yang semakin mengering.Pehhh..kena cari alternatuf
lain sebagai sumber rezeki ni..tapi apa aku boleh buat
dalam usia yang dah asar nak masuk magrib ni...
selama ini itu je kerja yang aku tahu dan selesa...
rabak..rabak

2.00ptg
"Apek...ini surau kunci ke? aku bertanya pada apek
penjaga toilet stesen.
"Kunci"Apek
"Mana mau angkat itu kunci?"
"tak tau loooo"
Ooo..sekarang malaya bukan negara Islam Hadari lagi
aku lupa.Apa khabar Islam Hadari sekarang?!

2.30ptg
"Kuala Lipis 1"
"4 ringgit"
Aik..!!!! jadual train berubah..tambang pun naik...baru
sebulan aku tak naik train...cepat betul berubah.
Depa tak tahu ke aku semakin rabak..rabak..

3.00ptg
Bayang rene train pun tak muncul....aku tengok
mat salleh dua orang tu dah resah.
Welcome to malaysia my friends..ha..ha..haa..
nak buat macamana KTMB itu sendiri telah membawa
maksud Keretapi Tak Tentu Masa Berlepas.
Aku cabar pak2 menteri jom ikut aku berkelana
dalam dunia orang rabak2 tak yah lama 1 minggu
cukup...ada berani ka? Go deep into the society
bro kalau mahu tahu senang susah nya rakyat.

4.30
Dalam train berselang dua seat di depan aku
seorang ibu muda bersama anak perempuan
yang manis seusia Pan aku jangka.Anak cilik
itu tersenyum pada aku.
"Pan beban rindu ini uncle galas dan ianya
amat menyengat lagi ngilu...."
Barangkali...ya barangkali kita tidak lagi dapat
bertemu bagai dulu.Tidak mungkin uncle dapat
merangkul kamu dengan kasih sayang,tidak lagi
dapat uncle merasa lembut nafas mu di dada sewaktu
kau lena di sisi uncle...namun itu takdir yang uncle
kena redha dan akur.Pun begitu saat semalam waktu
bersama kamu ada lah momment paling bahagia
buat saya.Kamu akan terus bersemadi di hati hingga
ke nafas terakhir saya di dunia ini.Sentiasa setiap
detik hidup yang saya lalui akan saya iringkan doa
agar kamu berbahagia dunia dan akhirat.Kamu akan
menjadi kenang-kenangan dalam doa saya.

"Tiket En."Inspektor tiket
"opppss...nah"Lamunan aku terhenti.
"Gua Musang!.."
Hah patut lah harga Rm 4.00.Kerani tu silap dengar
dan aku pula tak tengok2 dah tiket tu tadi...!!!
Chissss!!!! rabak..rabak...

Rumah 9.30 malam

Berus dan warna2 arkrilik aku palit2 di dada
kanvas buat melayan rasa racau aku.
PURNAMA MENGAMBANG NAMUN OZON
TETAP BOCOR..aku lahirkan di dada kanvas.
Aku semakin rabak dan blues

Monday, September 22, 2008

Rapuh


Apa khabar puasa kita? Masih orait-orait?!

Ahad 2 minggu sebelum ini di bangku menunggu stesen keretapi
Jerantut.Di situ gua duduk.minda tidak begitu dapat mencerna maklumat
dari pembacaan kitab Insan Ingatlah hasil karangan Tuan guru Nik Aziz..
Kerana lapar?barangkali!!! jam tangan gua menujukan tepat pukul 12tghari,
Kruukkkk….krukkkkkkk…perut berbunyi…he..he…sabar..

Mungkin juga minda gua teralih kepada keletah anak kecil di sebelah gua.
Dialog antara anak perempuan comel itu dengan ibunya telah menarik deria
dengar gua untuk menikmati perbualan mereka.

“Mak adik raya ni nak buat rambut botak”
“Eissshhhh…merepek adik kan budak perempuan”
“Bole..bole adik nak botak juga”

Bentak anak kecil itu yang gua kira umurnya barangkali dalam usia 4 tahun.

“La orang prempuan tak bole botak,tak baik haram.bedosa!”
“Bole adik tengok orang dalam tivi tu bole!..”
“Gasak adik la…adik nak buat rambut Mawi ye”
“Haah”


Tivi????…punah..punah..

“Mak…adik teliur la tengok orangputih tu minum,nape dia tak pose?”
“La dia orang kapir…mana pose”
“Ooooo kapir…macam setan mak ye?”
“Haah”


Glup!..kapir?…setan?…

Di hati kecil Gua segera berdoa
“Ya Allah kau lah zat yang memiliki hati yang berdolak balik,tetapkan lah
hati ku di dalam agamaMu sehingga akhir hayat ku!”

Entah macamana gua rasa macam ada yang longgar dengan cara si ibu itu
menerapkan nilai Islam pada si anak.Alangkan manisnya jika si ibu itu
boleh becerita pada si anak tentang kisah Baginda Rasulullah S.A.W berbuat
baik kepada si perempuan yahudi buta yang selalu menyakiti baginda.

Mana tahu diatas kehendak Allah suatu hari si kapir itu akan Islam,manakala
kita yang lahir Islam ini silap haribulan bole jadi kapir..eee..ngiluuuu gua..semoga
Allah memlihara kita semua.Gua rasa macam nak bagi hadiah novel Ayat-ayat Cinta
kat si ibu ni…hiii…hiiii..

Amcam pose kita? Masih Orait-orait…

Pose Gua..ha..ha..ha…payah mau cakap..ha..ha..
Especially…Bazzar Ramadhan..banyak kasi pose gua rabak dan serpi-serpih..
Anika warna warni Bazzar tu…sejujurnya bikin pose gua rapuh…
Dari aroma juadah makanannya yang dipamer sampailah kepada
peha-peha putih gebu amoi-amoi yang tumpang memeriahkan suasana.
Puas gua memujuk mata gua untuk jagan teramat focus kepada peha putih gebu
itu,tapi alahai sekejap saja berpalingnya.

Tapi jagan ekk lah…bab peha amoi putih gebu ini,si orang AWAK yang paling
tebal racist tu pun akan cair leleh…juga…ini kan pulak gua yang iman senipis
tisu bawang ini..he..he…rabak…rabak…

Pose…pose…jaga pose..tahun depan gua boikot bazzar Ramadhan
takut dengan peha-peha putih gebu amoi-amoi.he..heee