...Kalau lah aku kena loteri...kalau lah dapat kawin 2-3 ...kalau lah aku dapat makan angin ke Paris..kalau..lah kalau la..kalau...kalau macam2 itu aku dapat pasti aku BERGUMBIRA..ha..ha..
Ape-ape je lah,angan2 itu elemen gumbira juga..ha..ha.
Wa..ha..ha masih yang sempoi2..mende yang sempoi je bole bikin wa gumbira...ha..ha..minggu lepas banyak wa dapat kegumbiraan.
1.Bersama-sama rakan REVOLUSINER di GK di malam keraian,sembang2 makan2.Wa gembira. (REVOLUSINER istilah Pak Samad pada Kami2 disitu)
2.Album DRUR meor dah lahir wa da dapat dengar.Sedap Wa gembira.
3.Beraya ke rumah Pokde Nan(Nan Blues).Sedap mat weh mi kari deme.Terima kasih pada akak,lain kali jemput lah lagi kome weh..ha..ha..ha.Keh Gembira
4.Bro Pyan sudi bantu mengemas dan bagi tip untuk bikin cantik skrip wa yang sulung,pun itu buah gumbira wa gak. (Tq Bro)
5.A.B dah luluskan "MAT FOREST" dan mengalaskan kepercayaan agar wa bikin lagi dua ceritera..ha..ha..ha. Gumbira gilerrrrr Wa.(tq Bro)
6.Lepak rumah Nikjidan..oppsss Istana Mistikal Nik..dengar kisah-kisah busker muda kental ni..seronok..gembira juga (Bro wa tengah layan CD lu...masyukkkkkk Maybe Ben nak 1)
7.Sham kalau wa tulis lirik lu kasi bikin lagu mau tak Sheikh? Gumbira juge wa kalau lu sudi..he..heeeee...hee
8.Di ribaan saya Pan melafazkan Ayatul Kursi dengan petah dan fasih...ini bikin hati wa sangat2 gumbira..ha..ha..ha
Selamat begumbira semua.Gumbira wa tak ada kelas kerana didalam rasa kita kena bebas dan telus...ha..ha...ha..ha..Wink
Ini hari,ini panggung menayangkan cerita yang berbaur dengan emo(gua pinjam istilah kaca, minta lu halalkan pinjaman ini kaca..he..he) ini cerita gua, cerita syok sendiri yang ingin di kongsi-kongsi maaf kalau lu orang boring.
Permata Hati:
Pan! Sewaktu kamu merenget-renget di ribaanku
“Uncle tak usah balik lah lagi esok,adik belum puas main-main dengan uncle”
Waduh dengan ayat mulus mu itu telah menyengat tangkal jantung nurani ku dengan lestrik sendu nan pilu.
Pan! Uncle sangat mengerti akan pahitnya menelan jadam kesunyian.Kerana antara kita telah punya pengalaman yang sama. Sama-sama telah merasai kehilangan insan yang tersayang.Bedanya ayahmu pergi sewaktu kau masih tidak mengerti apa-apa manakala Ibu uncle pulang kurang lebih setahun nan lalu.
Pan! Pada usia kamu cuma 2 bulan ayah mu telah di jemput tuhan.Pastinya kau tidak mengerti apa apa di saat itu,malahan raut wajah ayahmu pun belum mampu kau hafal.Kini pada takah usiamu 5tahun dan telah mula mengerti alam sekeliling maka sendirinya kau telah mula belajar mengenal erti yatim.
Pan! Tahu kah kau bahawa kini kamu adalah permata hatikerinduaan ku.Uncle amat bersyukur kehadrat Allah dan beterima kasih pada ibu mu kerana menghadiahkan ruang ini.Ruang yang mengizinkan kita bersama,mengenali dan bermesra.
Pan! Tika kau lena di sisi pembaringan ku kau akan merangkul ku dengan pelukan lembut mu,terasa jiwa berselimutkan kasih sayang dari alam Firdausi. Lembut elusan nafas kecilmu singgah di dada telah menyemarakan naluri kasih kebapaan ku.
Pan! Wajah lena mu akan ku tatap sepuas puasnya.Lalu ku kucup ubun-ubun mu. Lafaz doa ku titipkan
“Ya Allah kau jadikan lah anak ini anak yang soleh.Penuhi lah usianya kelak dengan kebaktian dan keberkatan.Jadikan dia anak yang sentiasa menaburkan bunga bunga doa buat ke dua ibubapa nya.Hidupkan dia di dalam Ilmu,Iman dan Amal”
Pan! Uncle sekadar bulan terpinggir di sudut yang jauh,mengharapkan agar sedikit sinar kasih ini bisa sampai dan dapat menerangi malam lara mu.
Pan! Ayuh tersenyum lah!!.Manis aromanya telah banyak mengusir sepi uncle.Lelaki ini cuma sekadar ingin tumpang berteduh di naugan erat kasih mu. Muaaahhhhh uncle sayang kamu.
LIPIS SUATU KETIKA
-
MALAY BAZZAR: Taring King Kong
________________________________________________________________________________
Wajahnya cemas dan gelisah.Perasaan ser...
TUNGGU PELUANG, CARI PELUANG..
-
Tunggu peluang, cari peluang..dapat peluang, ruang pun dibuka. Tunggu
peluang, payah le sikit sebab kita tunggu je, entah dapat entahkan tidak..
Saya berbu...
Catatan 16 September 2015
-
SELAMAT hari ulang tahun Malaysia kesayangan.
Hari depan Malaysia adalah hari depan anak-anak kami.
Hari depan anak-anak kami adalah hari-hari kami tidur...
ALMARI KACA UNTUK SEMUA
-
*almarikaca.blogspot.com *
*Merupakan sebuah platform perniagaan atas talian milik Usahawan Bumiputra
yang membantu para pelanggan dalam usaha mencari pro...
Olahraga
-
Isnin lepas, Alia balik sekolah dia bagi tau cikgu dia suruh masuk olahraga
sukan tahunan sekolah acara 400 meter, 800 meter dan 4x400 meter.
Sepanjang ha...
PROMOSI RAYA | POTRAIT KELUARGA
-
//// PROMOSI RAYA ////
..............................................................................................
*POTRAIT KELUARGA (DARI RUMAH KE R...
Rehat Panjang
-
Tali Gitar dah putus..
Tali Violin dah putus..
Tali Gambus dah mati..
Dah lama tak mengadun muzik..
Dah lama tak rakam muzik..
Dah lama tak tulis skor..
Dah ...
Salam Eid ul Fitr
-
Assalamu alaikum.
Selamat Hari Raya maaf zahir batin kepada semua kengkawan blogger.
InshaAllah panjang umur saya akan kesini lagi.
Take care. Pegi open h...
penyataan
-
*assalamualaikoum.*
*mungkin ini tulisan terakhir saya disini untuk tahun ini. insya ALLAH saya
akan berehat dari menulis sehingga hujung tahun.*
*tadi sa...
Umor..
-
aku dah jangkau 51.Tahun ni dah nak masok 52 tahun.Kira tua lah dah tu.Dah
masok kategori warga emas.Ini lah kita ni sebagai makhluk, Maha Pencipta
sediak...
Pujukan Hati
-
Kisah hidup aku berbeda. Kisah hidup aku serba tidak sempurna. Ada saja
kekurangan dan tidak kesampaian. Sepanjang perjalanan hidup, ada saja
roadblock, ad...