June 18, 2009

Aktiviti Cuti Sekolah June 2009

Sepanjang Cuti Sekolah tahun ini banyak aktiviti yg aku sertai..alhamdulillah..walaupun dgn berbadan dua ini aku masih sempat lagi nak enjoy dan release tension..
So aku dah masukkan serba sedikit gambar2 kenangan untuk sepanjang aktiviti musim cuti ini, cuma aku tak sempat nak arrange semua ni mengikut turutan..nnt ble ada masa lagi aku akan edit bagi teratur..walau macam mn pun aku harap semua terhibur.....


Gambar beramai-ramai..setelah penat beraktiviti...sebenarnya ramai lagi ahli keluarga yang lain tapi masing2 tak dpt balik kerana kerja dan keadaan yg tak mengizinkan..ada juga antaranya yg Antisosial..so..sendiri mau ingat la kan...Apa Yg Penting!! Kerjasama....


HOOORAYYYY!!!!Dalam ramai tu...ada anak sorang yg antisosial..lihat sajalah Danial..dgn selambe de' nye.....eh! anak aku tu!!!!
Apa Aku Kisah!!!!!(pinjam trademark Selangor Kontijen!!!)

Mak Siti Family Day (4-5 June 2009)


Pada tahun 2009 ini,satu rancangan telah diadakan oleh org2 tertinggi keluarga utk mengadakan hari keluarga..Tujuan hari keluarga ini satu sahaja..adalah bagi memastikan hubungan kekeluargaan ini bertambah erat.Selain itu ianya juga merupakan aktiviti terbaik bagi mengisi cuti sekolah yang telah tiba..Hari keluarga ini telah dirancang selama dua inggu sahaja.Walaupun ianya julung kali diadakan secara formal ,namun ianya satu permulaan yang sangat baik..memandangkan ahli keluarga Mak Siti yang semakin tahun semakin bertambah dan juga kes2 kekeluargaan yang bertambah dari hari -kehari( berdasarkan rekod pendaftaran kaunseling abg .yahya)..hehe
Acara hari keluarga ni sebenarnya dimulakan dengan majlis tahlil untuk arwah ayah tercinta beserta juga kenduri akikah untuk anak aku..Balqis.(pada 4 hb-khamis mlm jumaat).Yang mana yg pergi tetap tidak kami lupakan..
Pada 5hb, barulah aktiviti riadah dimulakn seawal jam 9 pg..pada mlmnya...ahli keluarga juga beramai2 menghabiskan masa menonton wayang "Jgn Pandang Belakang Congkak " di BP Mall..
aku je yg tak pergi sbb kena balik rumah mertua..klu tak panjang citer nye plak...


Ini lah dia Mak Siti, pengerusi Kaluarga. Nama penuh adalah Hajah Siti Zainab Shaikh Hamid..
Pada hari tersebut mak siti hanya tersenyum melihat gelagat anak,menantu,cucu dan cicit yang menggila pada hari tu...Aku ada buat struktur atur keluarga mak siti dlm family harritage..ada masa nnti aku link kan ke sana..so ble lah tengok brp ramai keluarga mak siti ni... ramai...

Ini plak..Abg ipar aku (cikgu Yahya)..dia yang menganjurkan dan menjadi tulang belakang pada hari itu..dibantu oleh isteri dia (Cikgu azimah)..o.kla..abg yahya..terus pegang jawatan tu ye....
apa pun tahniah lah...segala dpt berjalan dgn lancar...




family day cont'....

Cuba perhati betul2 gambar ni...apa yang pelik nyer..
Ha...yang peliknye..org semua melonjak kegembiraan ..yg akk aku sorang tu plak nak lari ke mana?nak bunuh diri kat jln raya ke??Betul2 sakit jiwa minah tu...heheheheeh


Hairi dgn tegas memberi arahan kepada ahli kumpulannya...
Ada mcm The Rock la muka tu...




Kump.aku tgh mengatur strategi untuk menang....Tapi muka Azham mcm dah menunjukkan nak main kotor jer??!!

Aktiviti sepanjang Family Day Mak siti

Semasa Fam.day banyak aktiviti telah diadakan bagi memeriahkan majlis..dan antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti : Meniup belon sampai pecah, Masuk air dalam botol menggunakan span, Bowling menggunakan buah kelapa, Da Di Du, dan sampul surat beracun...
Semua ahli kelarga telah dipecahkan kepada 4 kumpulan yang terdiri ari pelbagai peringkat umur..ini bagi memastikan keadilan yg saksama..



Entah apa yg anikman buat ..org tiup belon dia sedut belon..sampai nak muntah le..yg tak adil nye tu..org lain smua mewakilkan kanak2 tetapi kump.3 mewakilkan hairi..tengok badan je la..tau angin tu bnyk ke tak!!

Ini pulak aksi Arif yg menyemat je dgn cermin mata hitam dia sepanjang hari bermain bowling...relexla..tak de yg ble full pin pon..laman tokmak berbatu kerikir..hahahhaha


Ha..ini antara org kuat majlis...klu bermain mengalahkan bebudak kecik..padahal umur dah tua..tapi klu dgar suara tak sorang brani lawan...tak pe la..sementara masih single la era kan....



Ha..yang ni pemenang tempat terakhir..(4th)..sorylah ye..nest time kerja keras lagi..
Arif ,K.Nor,Lisa,Anikman dan Akish

family day cont'....

Semasa sesi ambil hadiah..


Ahli kumpulan juara..cuma k.nek je yg menyebuk..dia organiser mn ada main apa2 pun ..tapi bab hadiah nak ambik plak...heheheh



Naib Juara: kumpulan akulah tu...
Aku , Kusya,Azham dan Ayu..


Posted by Picasa


Tempat ketiga: Kump.K.Mah ,era ,Aiman dan ...

Sukan Mara Semalaysia (8-12 June 2009)


Tahun ni aku berpeluang sertai kontijen Selangor..tapi sebagai penyokong je la..hubby aku yg dpt join pasukan bola sepak, itupun reserve je..hahaha..tapi apa yang penting kitorang dapat cuti lama sket kali ni dan jalan jauh sket..
Memang dah banyak kali aku kena pegi KPM bandar Penawar ni..tapi semuanya cancel ..mcm2 hal la..so kali ni aku dpt la sampai gak..
So ,dalam minggu tu aku stay kat umah akk aku kat masai,ajak stay kat KPM ..tapi pada 10 hb..aku dan k.mah stay kat Desaru resort..dapat half price coz kwn ajak DIN keja kat sana..best gak tempat tu..tapi sayang tak de gambar..sbb cameraman sibuk kat padang..

Kat sebelah ni gambar kitorang tgh mkn western food kat salah satu kedai poular kat bandar penawar ni..tapi yg teruknya..order satu jam baru dapat mkn..aduih..tension..




Kat atas ni plak aksi aku dan danial semasa nak tengok zila lawan badminton ..beri sokongan beb..


Sebelum game ,sempat gak bergambar...
Posted by Picasa

Jom ke BP Walk

Semasa cuti sem kali ni ,aku berpeluang berkumpul dgn kekawan kat tempat lepak biasa ktorang la..kat mana lagi klu tak Ramli Cafe' di BP Walk. So kat bawah ni aku sertakan beberapa gambar kenangan. salah satu gambar adalah merupakan mercu tanda bagi Batu Pahat (Gambar tangan sedang memahat batu) .Mlm tu kitorang lepak sampai kul 1 mlm...


Posted by Picasa

Term of Use