Thursday, July 29, 2010

Raya versi edah

Salam semua..

Hari ni nak bagitahu, semalam saya dah completekan mengganti puasa tahun lepas.Kira macam dah raya lah... :D :D

Sangat seronok kerana dalam banyak2 hari, semalam adalah hari mencabar sepanjang berpuasa kerana bermeeting di uoa bangsar dari jam 9 pagi sampai ke 3 ptg...ketika orang lain menikmati pizza didalam meeting room, saya terpaksa mengexcusekan diri keluar bilik.. :(.dugaan...walaupun orang lain dah lama habis mengganti, saya tetap seronok jugak..it's an achievement okey to complete 15 days fasting in other month than Ramadhan Al Mubarak. :D

Lagi beberapa hari saja Ramadhan bakal menjelma...Harapnya ramadhan kali ini dapatlah melaksanakan ibadat dengan sebaiknya..

Rindu sungguh nak bertarawih di masjid..dah 2 tahun saya tak dapat bertarawih di masjid..bukannya apa..si debab izz takde siapa yang nak jaga..harapnya setelah dia berumur 2 tahun 6 bulan nie..dapatlah mummy bertarawih di masjid..

Akan berusaha untuk memperbanyakkan bacaan Al-Quran sehingga khatam disepanjang Ramadhan ini..

Berusaha untuk bangun sahur setiap hari wlaupun dengan sebiji kurma sahaja.

Berusaha untuk masak setiap hari dibulan Ramadhan ini. biarlah ia sesimple menggoreng telor sekalipun.. :D at least dapatlah memasak untuk en meor and izz..takpe2 liya kan ader..liya boleh tolong beli lauk tambahan.. :D :D

InsyaAllah..saya cuba melakukan terbaik untuk Ramadhan 2010. Doakan saya ya..

Apa plan ramadhan korang??

gambar ikhsan google

Tuesday, July 27, 2010

nisfu sya'aban

Alhamdulillah..hari ini dapat saya berpuasa. Ada dua puasa, satu adalah nisfu sya'aban dan yang satu lagi puasa ganti :D hehe malu jer nak mengaku baru nak ganti..tapi so far Alhamdulillah.hari ni hari ke 14 out of 15. so maknanya tinggal sehari je untuk mengganti puasa..

sebenarnya apa nisfu sya'ban yer?sejujurnya, dengan ilmu agama saya yang maha cetek nie..saya terpaksa meng'wiki' untuk mendapatkan serba ringkas maknanya.

Apakah dia?

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu.

Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.

semoga puasa saya hari ini diberkati dan diterima Allah s.w.t.. Aminn

Monday, July 26, 2010

sibuk dan sangat sibuk

Assalamualaikum...

sunyinya blog saye..lama betul tak tulis blog..ada kawan beritahu saya..'tunggulah sampai kau ketagih menulis dekat blog..memang hari hari kau tulis blog'. hehe benarkah begitu?pada saya itu terpulang kepada diri sendiri.setakat 6 bulan saya mula berjinak dengan blog, belum lagi perasaan ketagihan tu datang..(hehe pakai ayat ketagihan pulak, mcm d*d*H...owh yer, baru jer dengar berita ade artis kena tangkap sebab benda tu..iskk..eh tetiba pulak ko edah...)

sebenarnye last 2 weeks memang sibuk sangat dekat opis.biasalah kalau nak submit tender kan..mesti sibuk.mesti macam masa tu tak cukup..mesti macam nak kena stay back hari hari..pastu mesti rasa mcm eh, kenape diorang ni submit macam nie..eh nape tak ikut format..format kan dah bagi..eh, nape dia bagi dlm pdf. macammana nak edit..eh..eh..ehh dan bermacam eh.tapikan..paling sedihnya kali nie..semua eh eh eh kena buat seorang..kawan baik yang selama nie bersama2 menghadapi eh disaat akhir..dah tiada disisi...takde disisi ek..bukan takde dimuka bumi ini..dia yang saya maksudkan tu..tengah duk mencari pengalaman yang amat berharga untuk masa depannya..sedang amat bersedih mengharung kehidupan seorang di seberang laut tanpa anak dan isterinya. Memang saya sedih dia tak ada..tapi saya tahu..ada sebab dia memilih untuk berjaya! saya amat pasti....saya pun pasti dia baca ini dengan semangat yang pastinya lebih membara..Good Luck my friend... ok ok takmo sedih..saya tau anda kuat!saya pun kuat jugak tau, proposal saya siap walaupun saya balik lambat setiap malam..and incik suami merajuk dengan saya.. hahahha

dan..sebab itulah, pada weekendnya, saya menunggang honda saya bersama izz dan ayahnye ke Kulim.meraikan majlis perkahwinan anak kepada sahabat baik suami saya..gambar tak dapat upload sebab lupa nak amik..mana nak amik, kenduri kawin tu..dia orang jamu nasi minyak, laksa, soto, pulut durian..cempedak goreng....mak aiihh.mana tak lupoo nak bergambo. sedap gila!
lepas tu..kami sambung perjalanan ke Pulau Mutiara..Inilah first time izz naik jambatan penang..dia tak tau dulu mummy dia masa blajaq, dok ukuq jambatan saja..(heh tetibe pulak cakap utara..hang pasai apa???). Kami tidur dekat Batu Feringghi...kami memang suka pakai hentam aje..takde pun book hotel ke ape ke..pakai hentam ajer..tetiba pulak dah sampai Feringghi baru tau yang sekarang peak season untuk pelancong dari middle east..hotel fully booked!! tinggal yang RM800 ke atas saja..isk..mahal gile! dahla nak duduk semalam jer..akhirnya..setelah bertanya di semua kaunter hotel, dapatlah kami duduk di HOTEL HYDRO..nama memang tak boleh blah!..tapi okeyla facilities pun okey.. tak okey amendenye..cuba tengok 2 orang nie!




Yang si kecik asikla nak mandi pool.yang ayahnye asikla nak duduk dlm bilik hotel. aduss..pening kepala nak melayan..apepun, dalam masa yang cukup singkat, dapat jugaklah kami membawa izz berkenalan dengan rama-rama. kami pi butterfly garden semata-mata nak tunjuk izz butterfly yang dia asik menyanyi..as expected, dia menyanyi lagu butterfly sekuat hati bila nampak semua rama-rama tu. rugi tak amik video! paling klakar bila ada budak arab sebesar budak form 5 menangis sakan nampak butterfly sebab takut and izz menyanyi suka hati.

kami membeli sedikit buah pala and asam bagai kat Jalan Penang. Sempat jugak pekena nasi kandaq kat restoran hamidiyah...sedap...hmm balik tu, terjadi peristiwa yang tak berapa best..tayar pancit di tepi highway..dekat2 exit juru kot...nasib baik masih awal dan terang benderang..bersyukur ada PLUS ronda yang datang membantu kami..cuak weh..tak penah terjadi perkara sebegini.balik ke kl dengan tyre spare..6.30pm bertolak..8.30 pm dah sampai Jalan Duta Toll. gile laju en meor bawak!

oh ye, sempat tunjuk izz pintu pagar USM kejuruteraan jer.tak dapat nak singgah sebab dah petang sangat.dapat amik ambar dari dlm kereta je! :(



* kampus dah bertambah hijau..tengok pokok2 dah besar2..bilalah saya ada peluang berjalan dengan proper..nantilah..akan kujejak kampus ku..sangat emosional bila nampak pintu masuk ini..

Tuesday, July 6, 2010

Where Am I gone to???

salam.. kalau ditengok pada tajuknye..memangla terang lagi bersuluh nak bagi excuse kemana telah ku pergi membawa hati tanpa jejak selama lebih sebulan. cemburu benar bile memikirkan kenapa angot and apid boleh update blog selalu. ala sebenarnya mereka - mereka blogger tegar nie..semuanya hidup tanpa alasan dan juga penuh dengan action..bukan macam saye..hua hua

Cakap pasal hidup tanpa alasan dan juga full of action, haa nak bagitau yang last weekend, dalam keadaan kaki dan badan yang kesakitan akibat bermain bola jaring pada pagi sabtu, saya berjaya menghadirkan diri ke seminar hidup luar biasa, by Dr. Azizan Osman at Wisma MCA. Pada saya, memang seminar ni berbeza dari yang biasa dan memang memberikan banyak impak positif bagi diri saya. betul..tak tipu..Sudahla ini mini seminar terakhir yang akan dikelolakan sendiri oleh Dr. Azizan, memang rasa bertuah sangat coz I made a right decision to follow mr hubby. Memang suka cara doktor control audience dan memang hebat teknik yang dia perkenalkan. tapi memanglah namanya mini seminar kan..makanya bukanlah semua rahsia dan teknik2 kita boleh tau..kenalah pergi the secnd level of the course..which I have registered :D. 30 July sampai 1 August..applied leave already.... :D

Seminar hidup luar biasa ini adalah untuk individu2 seperti saya yang mahukan hidup luar biasa..yang mahukan hidup kaya dan berjaya..tanpa lupa pada jalan Allah...itu yang benar...oh lupe nak bagitau..salam seminar ni, untung kerana dapat dengan 3 orang bercakap.saperkah???
1.Dr. Azizan Osman himself
2.Pak Habib..yer Syed Hussian Al Attas tuh..the killer writer tuh..and handsome some more(jgn bgtau mr husband k.nanti dia rasa terancam..)
3.Billi Lim..yer yang menulis buku mengenai kegagalan tuh..(serius dia lawak okey!)

Doakan saya mendapat keberkatan kawan2..excited selepas mendengar mereka2 semua bercakap.. juga membuatkan saya berasa akan cuba untuk menulis dengan lebih kerap.

Saya kaya dan berjaya!

p/s:takde gambar sbb berry power drained..selepas saya tak membawa buku dan pen dan menulis nota kuliah dengan blackberry..sigh.. isk edah kamu nie!!!!