Anak-anak akan mula bercuti utk summer holiday pada 18 Julai nanti. Sekolah akan dibuka semula pada hari Rabu, 3 September. Bulan September nanti, Irfan akan naik Year 5, Aisyah Year 3 dan Danish akan memasuki Reception. Untuk mempersiapkan pelajar2 bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang, mereka telah melalui "Transition day".
Kelmarin (2 July) merupakan Transition day di sekolah anak2. Anak2 dibawa ke kelas baru yang mereka akan belajar pada sesi depan dan juga diperkenalkan dengan guru kelas yang baru. Disebabkan Danish akan memasuki reception pada tahun depan, jadi parent juga dijemput hadir sama semasa transition day tersebut.
Danish la yg paling happy bila saya pun join juga dengan dia dalam kelas. Utk sesi depan, Danish diletakkan di dalam kelas RSD, iaitu di bawah jagaan Miss Day. Cikgu yang sama masa Aisyah reception. Cikgu yang Aisyah paling suka juga.
Sempat curi snap beberapa keping gambar utk kenangan dalam blog...
Saya pula yang seronok dapat sertai Transition day ni. Seronok tgk cara cikgu alu-alukan kedatangan pelajar2nya. Seronok tgk cikgu lakukan sesi ta'ruf. Tak kering gusi tgk cara kawan2 Danish perkenal diri dan cerita pasal hobi masing2. Cikgu pula bukan main pandai mainkan peranan. Tiba giliran Danish, dia senyap seribu bahasa. Haih, lelaki melayu terakhir sungguh la. Miss Day pula yang kenalkan Danish kat kawan2.