Monday, December 29, 2008

Motivasi Diri

" Jika doamu dimakbulkan, tanda ALLAH menyayangimu, jika doamu lambat dimakbulkan tanda ALLAH ingin mengujimu, jika doamu tidak dimakbulkan tanda ALLAH merancang yang terbaik untukmu" INSYAALLAH sama-sama kita imarahkan hari-hari kita, mudahan sama-sama kita mendapat keampunan, barakah dan rahmat dariNya...aminyarabbalalamin...... Semoga kesihatan, rezeki, ketakwaan, kesabaran, keimanan dan kebahagiaan berkekalan di samping keluarga tersayang hendaknya......SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1430H yang lebih bermakna.

Sempena tahun baru ini semoga keazaman kita untuk memajukan diri di dalam bidang keusahawanan akan lebih membara lagi. Untuk mencapainya sudah semestinya kita perlukan semangat yang kental..... yang perlu sentiasa dibakar. Dan untuk memastikan semangat kita sentiasa terbakar sudah semestinya kita perlukan sesuatu sebagai pendorong ataupun sesuatu sebagai motivasi diri. Apa yang rakan-rakan semua jadikan sebagai pendorong atau motivasi diri anda? Bagi aku motivasi tersebut lahir dengan membaca buku-buku motivasi yang banyak terdapat di pasaran. Banyak jugalah buku-buku yang aku baca...contohnya Rich Dad Poor Dad oleh Robert T Kiyosaki dan Sharon L Lechter, buku-buku karangan Azizi Ali dan juga beberapa orang penulis tempatan. Namun lama kelamaan aku tersedar yang buku-buku tersebut lebih tertumpu kepada perniagaan yang berskala besar yang sudah pastinya perlukan modal yang besar maklumlah mereka adalah jutawan dalam bidang hartanah. Bagi aku yang mempunyai pendapatan yang tak pernah cukup ni sudah pastinya agak sukar untuk mengikuti nasihat dan cadangan mereka. Dari situlah minat ku mula beralih arah kepada buku-buku yang lebih menjurus kepada keusahawanan yang berskala kecil dan akhirnya aku terjumpa dengan buku-buku tulisan Dr Rusly Bin Abdullah yang kini telah bergelar Dato'. Beliau merupakan bekas pengurus bank yang berhenti kerja untuk berniaga di pasar-pasar malam. Kini beliau telah berjaya membuka sebuah institusi pendidikan dan latihan yang dinamakan sebagai Institut Teknologi Kulinari Tanjung Utara (ITKAU).

Buku pertama beliau ialah MENJEJAKI JUTAWAN SENYAP...yang menceritakan tentang kejayaan pendatang Indonesia yang datang sehelai sepinggang ke Malaysia boleh mencapai taraf jutawan sedangkan bumiputera sendiri masih hidup dalam lingkungan zon selesa (termasuk aku la ni). Di samping itu juga diceritakan tentang kejayaan anak bumi sendiri yang juga berjaya mencapai status jutawan dengan menjalankan perniagaan berskala kecil yang biasanya kita lihat dengan sebelah mata. Semua cerita itu adalah kisah benar. Buku inilah yang membuka minda aku kepada perniagaan berskala kecil. Lain-lain buku karangan beliau ialah Petunjuk Jalan Kekayaan, Biar Kecil Asalkan Berhasil, Orang kaya Bertaqwa dan Aku Tak Nak Miskin. Jadi aku sarankan agar rakan-rakan membaca buku-buku ini kerana ia amat sesuai dijadikan sebagai pembakar semangat di dalam bisnes yang kita ceburi ini. Bak kata beliau ..."Bermulalah dengan apa yang ada...berniagalah tanpa perlu berhutang. Berjiwa besarlah bukan berhati besar..tidak perlu kesempurnaan sebelum berniaga. Dekatkanlah diri dengan ALLAH dan fahamilah diri sendiri...tingkatkan ilmu dalam bisnes yang diceburi. Ambillah iktibar dari mereka yang telah berjaya." BIAR KECIL ASALKAN BERHASIL DARIPADA BESAR AKHIRNYA BUBAR.... SELAMAT MEMBACA

Sunday, December 28, 2008

Aktiviti Terkini



Semalam aku sibuk mengangkut beg yang disimpan dalam bilik atas untuk dibawa ke bawah. Beg ini adalah sebahagian dari beg yang telah di tempah oleh Mr Zamri....(tq banyak-banyak atas pembelian. Nanti beli lagi ye...) jumlah semua adalah 1000 beg. Beg ni aku buat secara berperingkat..maklumlah masih kerja lagi dan tak lama lagi aku berenti kerja (kilang tutup akibat ekonomi global) jadi bolehlah aku tumpukan 100% fokus pada cendawan aku ni.


Rumah cendawan yang dirancang rasanya dalam bulan 2 baru dapat dilaksanakan. Lambat lagi le aku nak ada rumah cendawan ni. (gambar sebelah ni tak berapa clear sebab time ambik dah pukul 6.50 petang macam tu.. sebab tu kabur sikit)

Friday, December 26, 2008

Sedikit Info Tentang Serangan Serangga

Topik ini ada kaitan dengan masalah misilieum hilang yang aku hadapi. Terima kasih kepada En. Mahawir dari mycendawan.blogspot.com atas info yang telah diberi. Setelah di belek-belek beg yang terkena masalah tu memang berlaku lebihan air pada sebahagian beg cendawan menyebabkan air bertakung di bahagian bawah. Namun terdapat juga beg yang kelihatan elok..takde air yang bertakung. Yang ini mungkin disebabkan serangan bakteria atau serangga seperti yang telah dinyatakan dalam blog beliau. Tadi aku telah mendapat balasan dari email yang aku hantar kepada drpokok@doa.gov.my (telah dijawab oleh puan Normah Ibrahim) beliau telah mengcomformkan punca masalah tersebut.. di bawah ni sebahagian dari jawapan dari puan Normah Ibrahim untuk rujukan rakan-rakan semua.

Dari simptom yang saudara ceritakan itu kemungkinan beg media tersebut telah diserang oleh 'spring-tail' iaitu sejenis serangga yang sememangnya suka makan misileum (akar) cendawan/kulat. Serangga ini halus dan perlu dilihat di bawah mikroskop untuk melihatnya. Dia merebak dengan cara melompat dari satu beg ke beg yang lain.

kawalan:

1. keluarkan SEGERA semua beg-beg yang menunjukkan simptom dan kukus selam
2-3 jam untuk membunuh telur, anak dan serangga dewasa yang berada
di dalam
beg media. Beg media tersebut sama ada dibuang atau dijadikan baja


2. sembur rak-rak cendawan, lantai dengan campuran klorox 1% dan air sabun

3. jaga kebersihan rumah cendawan dan persekitarannya.

Untuk maklumat lanjut bolehlah email ataupun telefon beliau. Jadi lepas ni terpaksa la aku buang semua beg yang kecundang tu dan buat pembasmian secara besar-besaran. Lagipun masa ni pengeluaran beg cendawan terpaksa dihentikan buat sementara akibat kekurangan bekalan benih. Jadi di kesempatan itu bolehlah aku bersihkan rumah cendawan aku tu....

Sunday, December 21, 2008

Berita Baik Untuk Usahawan Dan Bakal Usahawan IKS

Tadi masa aku jejalan, aku tertengok banner ni:

Ekspo Industri Desa Malaysia & Pameran Mesin Iks Antarabangsa Sarawak 2008

Pada : 25-29 Dis 2008

Tempat : Waterfront Kuching, Sarawak



Jom le kita pakat gi ramai-ramai.. mana taukan ada sesuatu yang boleh dijadikan idea pada hari tu untuk memajukan bisnes masing-masing. Lagipun ada pameran mesin sekali.. silap-silap ada mesin yang jual kilo nanti.. ekekeeke.. gurau je. Ok.. Bagi sesiapa yg ada di kawasan Kuching jom le pegi. Masa kalau tak silap dari 9am hingga malam.. rasanye la.

Tuesday, December 2, 2008

Benih oh Benih


Pada minggu ni terdapat masalah untuk mendapatkan benih... macam-macam masalah.. Ni yang buat aku rasa nak buat benih sendiri. Nak pegi bertapa lepas ni. Oh...ya pada minggu lepas abang aku telah membeli benih dari seorang pengusaha cendawan dari sebelah Sri Aman. Beliau dah berkecimpung selama 15 tahun dalam bidang ni. Dah buat benih sendiri pun.. benih yang dia hasilkan seperti gambar di sebelah.. Jika anda perhatikan betul-betul.. anda mungkin perasan...media yang digunakan ialah padi. Rasa aku ini lebih mudah, ialahkan padikan senang nak dapat kat sini.. kalau biji gandum tu rasanya payah kot.. Tak penah lagi jumpa biji gandum kat kedai. Dari segi pertumbuhan misileum aku rasa ok je.. elok je rupanya. Putih melepak.