Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan cacamerba. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut kaitan pertanyaan cacamerba. Isih mengikut tarikh Tunjukkan semua catatan

Jumaat, 17 Januari 2020

ati teringin gak nak buat galeri.

lukisan yang terhasil tak banyak beredar di tangan orang atau diterbitkan... kecuali hok sikit-sikit jual dulu, sebahagian besonya tersimpan sebagai koleksi peribadi... kalu diperap aje, takut basi dalam kotak... tapi kalu dah framekan gitu:

http://cemomoi.blogspot.com/2018/10/duniaku-cacamerba-9.html
http://cemomoi.blogspot.com/2016/09/atas-gobok.html
http://cemomoi.blogspot.com/2016/09/dalam-gobok_2.html
http://cemomoi.blogspot.com/2016/09/dalam-gobok.html

nampak cumel gak kalu aku susun molek2  kat rumah buat satu galeri peribadi.

masaelahnya ruang dah tak berapa cukup... mural yang aku buat dulu pon tinggal sejarah je...dah ditutup dek rak buku... aduyai



https://www.youtube.com/watch?v=vORiyeh_1nY

Khamis, 30 Ogos 2018

duniaku memang cacamerba


Allah bagi beberapa kelebihan pada aku tapi aku tidaklah polish sesetengah bakat yang ada.. biarkan ia sekadar suka-suka atau terendam dalam bilik air je...


dalam kerjaya camtu juga... bidang yang aku belajo jauh sangat dari apa yang aku ceburi dalam kerjaya... menongkah arus! ye dalam idop ni banyak beno aku menongkah arus... dan kerjaya pertama aku selepas degree bermula di DBP


tapi takmoo cerita yang kat DBP... nak kongsikan kerjaya di tempat kedua yang mungkin kekal sampai pencen. dan cerita yang nak dikongsikan ni pon bukan kerja teras sebab ketika ini aku ditempatkan di sebuah jabatan lain.


13 mei 2011


sebelum Istana Negara berpindah, aku berkesempatan untuk mengunjunginya. Sebelum ditukarkan menjadi muzium, kami gie survey dulu melihat warisan ketara dan tak ketara, dan nilai sejarah dan budaya yang menjadi khazanah untuk tatapan generasi akan datang.
ada banyak protokol istana yang dimaklumkan dalam sesi tersebut. tentunya pengalaman lawatan tersebut aku kongsikan dengan bos aku yang sangat hebat dari sudut ilmu seni dan budayanya (mendiang) Siri Neng Buah, keturunan Siam. responnya sangat teruja apabila dia menambah seperkara mengenai etika raja beradu yang sesungguhnya bagi aku sesuatu yang tidak pernah diketahui.

"Raja tido sorang diri? bia betui boh!" "hoo la en. amir..." (sangat tertib bila bercakap)... "Rajo-Rajo Melayu dale hikayat dulu-dulu meme ghoyak tido asing" "

"Bakpo lagu tu boh" aku tanya penuh minat dan takjub, kerana sangkaan orang biasa dalam gambaran kita mesti la raja-raja dilayan oleh para gundik macam filem-filem gitu!

Antara sebabnya ialah dulu-dulu untuk tujuan mengelakkan sebarang pengkhianatan. macam kita tengok filem la kan, ada raja yang diracun atau diserang ketika dalam bilik tido.

pada hari ini, aku tak pasti le peraturan yang itu masih dilaksanakan ke tak... yang tu eeelok le sapa yang nak tau gi tanya orang yang keja kat istana... maklumat yang aku kongsikan ini hanya berdasarkan istiadat raja-raja melayu yang disebut dalam hikayat je




Jumaat, 24 Januari 2020

dalam segmen 'duniaku cacamerba', aku tumpahkan segala pengalaman idop yang membentuk identiti, cita-cita dan harapan idop.

memang mustahil untuk jadi manusia sempurna, tetapi sekurang-kurangngya aku mencuba segala bidang seni daripada penulisan ilmiah, cerpen dan puisi, lukisan dan khat, pertukangan kayu dan simen, arca, ukiran, fotografi, video, dan apa-apa je la untuk menerokai kelainan dalam bidang kemahiran.

semua itu kerana melayan jiwa muda

meningkat usia, kederat pon terbatas, dulu jalan kaki laju, nak laju lagi bawak kapcai.. bila 4 siries, jiwa pon dah slow. patut la kita besa tengok orang cam gini dah mula beralih arah minat lagu-lagu lama, daripada rock kepada dangdut... lebih teruk daripada itu, daripada minat kat awek mata mula tengok kat janda... kikikiki...

maka aku beralih arah kepada jiwa easy rider. gamaknya, daripada jiwa kacau nak jadil lebih cool and steady

sebenonya, ada beberapa perkara seblom aku buat keputusan nak amik moto jenis ni. pemilihan moto sebenonya melambangkan identiti kita. kalu korang jenis mat jambu maka sesuai le pakai skuter atau vespa, kalu kategori mat smart eeelok la pakai touring, naked atau superbike... maklum la nak kena pakai suit khas slain geng ni slalunya t-shirt mesti masuk dalam... 

tapi kalu jenis sempoi atau serabai, sesuai le korang pakai motor kangkang gini... walopon ada je yang smart pakai moto ni macam terminator tu, lebih banyak yang jenis muka poyo macam tak sudah tu yang layan moto camni. 
tak caya, cer tengok mat salih geng punk.

wokehhh, ada masa kita sambung lagik yea, insha Allah

jangan lupo subscribe youtube ; 'budak cemomoi'






Isnin, 6 Mei 2019

mula berblog pada 2009... macam besa orang yang baru berblog besanya lebih tertumpu kepada pengalaman sendiri. crita skema tentang biodata sendirik dan syok sendirik. apabila dah meningkat dewasa dalam berblog, mula la skop perbincangan lebih luas kerana kita cuba menarik pengunjung dengan isu yang ditampilkan.


blog aku hanyalah himpunan pengalaman yang digarap sesempoi mungkin dengan adunan isu semasa, pandangan dan selitan perkongsian ilmu mengenai nasihat agama.


warna latar kerap berubah. bukan sekadar kerana cita rasa, perkembangan blog itu sendiri, malah kekadang terkait kerana serangan virus. jadi evolusi kandungan blog aku juga tertempias kat template blog.

bila makin lama berblog dan berkawan ramai dengan rakan maya, aneka gaya dan cara kita dapat tengok. buruk baik blog ni juga pelbagai. penat merayau tak kira masa ke blog orang, tersengih sensorang, berdebat melalui keyboard, berasa ati dan kecik ati orang tak nyebut atau ziarah kita, dan macam-macam lagik. 

bila dah lama berblog akan sampai satu tahap ingin mencari kelainan. jadik, aku bagi hint2 kat kengkawan... daripada begitu aktif pada 2010, akhirnya blog aku makin suram hingga la kelam dan tak produktif. salah satu punca utama kerana aku rasa dah terkena sindrom penyakit tiga serangkai. kemuncaknya, 2013 takde satu n3 pon yang tersiar. dah setahun aku tinggalkan, ada la sorang dua rakan maya yang masih sudi ziarah tanya kabo. tapi aku biokan tanpa jawapan.

2014, makin bizi, tapi aku cuba idopkan balik... namun takde kekuatan dan keghairahan. untuk memastikan dia tak mati begitu aje, aku kongsikan maklumat berkaitan agama dengan sajian video yang bersuaian. jumlah n3 mendadak pada 2016 hinggalah 2018. hal ini kerana mematuhi matlamat ingin mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran... bukan apa, almaklum la kita tak mampu nak jadik ustaz, tok siak, tok imam jauh lagi nak jadik ulama yang tugasnya berdakwah. sedangkan di akhirat nanti Allah tetap tanya kita dakwah orang ke dok?

(pageblog paling ramai yang suka tengok)

dari sudut personel, pada 2018 tu, banyak n3 aku menggunakan puisi. kebetulan nak mengadap pru14 yang kelihatannya melayu makin kuyu. pic sebeno dan crita idop aku dah mula terpapar seawal april 2018. rentetan itu, 2019 aku putuskan, bila dah takde orang yang bertandang, bole le aku tonjolkan diri dan watak diri. sebelom ni memang nak bersembunyi sebab nak mengelak wujudnya penyakit tiga serangkai. so blog ni memang jadik autobigrafi aku... sebab keinginan nak menulis autobiografi tu dah lama, cuma bila menulis kat blog ni rasa lain sket, sebab kita sedang berkarya dan bermonolog dengan rakan maya berbanding menulis dalam word besya-besya gitu... so bole le search keyword cacamerba atau tag 'identiti' dan 'seni'


Isnin, 11 Februari 2019

pada 2003, aku berpeluang g kursus pembikinan video korporat. dari zero nak jadik hero, aku hanya pak turut dalam group tu sebab takde basic langsung pasal video, sedangkan ahli yang lain dah ada yang pro bab kamera dan editing. namun dengan semangat waja, aku balik terus berjinak-jinak dengan kamera. sibuk ganggu kengkawan cameraman bertanya hal-hal kamera. akhirnya, dengan ati cekal aku g beli handycam dan cari program editing. dari situ aku nak terokai satu lagi cabang seni.


bila dah gila dengan kamera ni, banyak le aku cuba hasil video tu... satu kesoh hok slalu dok teringat adalah apabila aku kena g manila. ketika orang lain present dengan slideshow, aku amik pendekatan guna video... keh3x sebenonya aku tak brani nak sembang panjang kat depan khalayak. jadik bila kita bagi orang tengok video, cepat la abih peruntukan masa presentation tu. tapi rupanya video aku dapat perhatian sorang penceramah bengkel tersebut yang juga merupakan sorang pengarah filem.. aku tak prasan dia puji aku tapi sorang peserta filipina di belakang aku cepat-cepat respon pujian tu dengan pertanyaaan, "amir, are u director?" kih3x "no laaaa"




sesuai dengan tagline blog ini 'Terokai Seni", ada beberapa video telah aku paparkan dalam blog ini... pnah hasilkan 2 buah video perasmian program, kini bila banyak waktu senggang aku mula menghasilkan video peribadi. hok mana bule kongsi korang bole le tengok kat sini... selebihnya aku buat untuk tontonan anak isteri, mengimbau sejarah kelahiran mereka, memvideokan semua gambo-gambo lama untuk dorang menghargai apa yang mereka perolehi di samping aku jadikannya sebagai medium dakwah untuk dorang dengan memasukkan petikan ceramah dalam storyline video family.

Jumaat, 6 Mac 2020

sambung balik...

kalu korang dok kat petronas sungai besi pepagi nak g keja tu, atau jalan cheras, atau mana-mana penjuru nak masuk kl ni, cuba le peratikan motor kangkang... dalam seratus pon kekadang susah nak nampak dorang ni. jadi, statistik ni menjadkan 'geng kangkang bin ketiak nampak'ni sebagai spesis 'rare'

berbanding pakai jenis motor lain, sama ada yang mahal-mahal macam superbike, touring dan seangkatannya apa lagi kapcai, tarikan orang ramai pada motor kangkang sangat istimewa. tua ke muda ke ataupon bebudak... respek dorang sangat lain macam



terserempakmurid skolah, mereka akan melambai, ada gak yang jerit "awie!" kalu jumpa orangkampung masa ride cuci mata, mereka angkat tangan... pnah gak ada dua orang budak dalam kereta bergegas ke cermin belakang nak folo aku bila kereta bapaknya memotong aku. tak puas lambai dalam kereta, akhirnya dorang buka tingkap... terpaksa la aku yang kejap-kejap angkat tangan sebab nak amik ati dorang.



masa mula beli moto, geng opis memang takde kerja lain la... ada aje isu nak di'provoke'. layan aje la keletah kengkawan... sambl telinga kena tebal

satu lagi perkara yang geng kangkang agak direspek kat atas jalan ialah mereka jarang buat hal: bawak lelaju dan langgar lampu isyarat. bila bawak motor ni, dah namanya easy rider maka bawak pon terkedek-kedek la. begitu juga bila kat traffic light, napa pulok nak langgar lampu merah kalu dan spiritnya bukan nak tergea-gesa. jadik, automatik geng kangkang jadik agak berdisiplin. barangali ini gamaknya yang menyebabkan geng kangkang jarang ditahan polis kalu terserempak roadblock!

jangan lupo subscribe youtube ; 'budak cemomoi'

Isnin, 8 April 2019

budak penanggah bin pak pacak!


rasa-rasanya, aku mula masuk tv pada tahun terakhir di ukm. sorang kawan aku bagitau member dia nak datang temu ramah rakaman tv 'siswa' tentang pelan memendekkan pengajian 4 tahun kepada 3 tahun. kawan aku tu minta jadi responden tapi aku tanak. macam-macam alasan bagi tapi dia merayu minta tolong jugakkkk... bila jumpa kru rakaman ni, cepat-cepat aku cakap, "err... aku ni pakai selipar je nih, bole ke?" konon nak berbasa-basi... ceh! selamba kuda je dijawabnya, "takpe, awak tak pakai sluo pon tak kesah!" bila balik kampong, mak aku tanya, "hari tu jiran ada bagitau nampak ko dalam tv?" wooo glamer pulak rasanya.


kat dbp, pnah gak terlibat dalam rakaman bicara tentang program pengembangan bahasa melayu. zaman tu aziz deraman jadik kp dan panel dalam rakaman tersebut. dah penerbit rtm suh tanya, aku pon buat-buat la macam peserta luo yang bertanya tentang kerjasama ASEAN dalam pengembangan bahasa melayu. bila bertuko ke jabatan warisan, satu ketika aku menganjurkan program blajo menulis jawi melalui kaedah penulisan khat. ada juga rakaman daripada tv hijrah... brasa macam orang beso bila menjawab soklan wartawan yang bertubi-tubi... anak buah sempat kerlih, "amboi! pandai beno la encik amir menjawabnya yea...! " ngeh3x, aku klentong je tu!


bila ditukarkan ke sebuah kementerian, aku banyak jadik budak penanggah. cuma budak penanggah  hok ni je yang sempat copy. hok yang di ukm, dbp dan warisan tak jumpa pulok cari. takpe janji dah masuk TB, kui3x


yang ni bukan siaran, tv, melainkan terbitan dalaman kementerian je


Isnin, 3 September 2018

13 Disember 2013, Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Kuala Kangsar


satu ketika diberi peluang mengenal lebih dekat dengan budaya kita dalam pembuatan seramik, ati bagai digaru.... dah lama tak main tanah liat. selalunya bila berkunjung ke kuala kangsar atau ke kuching, kita hanya tengok je seramik yang dijual tu... tapi bila disuruh menguis bakat terendam, bole tahan juga memasing tunjuk bakat.

bila dah ada ilmu, kononnya balik rumah nak le perturun warisan. ada pulak oven yang dok beli tapi jarang guna... apo lagi dengan semangat membara, aku beli sket tanah liat yang dijual di tempat latihan kitorang tu...


sambil gentel dengan anak-anak kat rumah... macam-macam otromen betmen yang kluo... keh! keh! keh! dah siap mesti la kena bako kan... suhu mesti kena tinggi... teruk betui, bak kata orang tua-tua "kalu kail panjang sejengkal jangan lautan dalam nak diduga"... perghhh! oven kami punah, bukan kerana tanah liat tapi skill ilmu di dapur tu yang zero... tu la tanak tanya bini camne nak guna oven!


Rabu, 3 April 2019

dah hampir doplo tahun kerja gomen, aku sokmo brasa nak pencen awal... ada menda yang brasa tak sronok di ati dari sudut tasaufnya... jadik aku buat keputusan insha Allah nak pencen umo 50 nanti... mudah-mudahan Allah beri keberkatan atas niat dan tujuan nak pencen tu...

bukan menolak rezki yang dah Allah berikan ni... kurang-kurang pon, kalu aku pencen awal akan ada bebudak baru yang dapat keje, kan... la ni susah nak dapat keje. aku pon pnah lalui saat-saat yang graduan lalui la ni... sedey bin azab bebeno rasanya!



ok, rentikan bebelan...



waktu senggang aku suka buat macam-macam keja... kalu tak bertukang, aku akan berkebun... tanam pokok macam-macam ketnya banyak yang tak jadik dari jadik! keh3x... try and error

untungnya rumah aku last skali, bukan corner lot tapi ada la 5 kaki tanah tepi... yang lebih rahmat lagik, masa buat perumahan, pemaju salah ukur. punya la salah ukur, ada tanah lebih bule buat sebijik rumah lagi. so pemaju buat jalan tepi rumah aku yang patutnya jalan mati. dah buat jalan pon masih berbaki hampir 5 kaki. sebelah tu pulak asalnya estet... 2017 setel urusan pindah penduduk, pemaju stat bina rumah, masih berbaki 3, 4 kaki lagi tanah kosong yang asalnya semak samun... alhamdulillah dah penuh pokok aku kejakan tanah tu...
 
ingat lagi, dalam bulan jun dan julai 2017 dorang sibuk ratakan tanah. jadik aku amik kesempatan gali anak pisang yang ditinggalkan dan kayu beluti yang tak lagi digunakan. aku punggah dan tanam pisang hingga masuk bulan remdan... jadik letih tak terkabo masa tu. kayu beluti aku buatkan pondok jadik la tempat bertapa setiap malam. petang-petang kekadang layan cekodok sambil tengok anak main bola. perghhh! romantis!

bila pokok pisang dah beso dan kluokan hasil, keja-keja pembinaan rumah makin hebat. dorang nak buat tembok tinggi untuk rumah orang kaya, hingga menyebabkan banyak pokok pisang aku jadik korban... nak marah pon ada, tapi ati melayu cepat sejuk sendirik... huuu!

kawasan tu dah pon rimbun.... bukan pisang aje, doyan pon ada tapi tunggu la jadik saka sebab tanam dengan biji. ada jiran kabo, "brasa macam dok kat kampong pulak" dan yang lebih bombastik lagik, "mir, kalu aku lalu kat sini rasa macam kat jengka je!"

ceh! melampaunya metafora ko ni
 
 


Selasa, 16 April 2019

journey to china




melihat pada beranda rumah-rumah pencakar langit, kebayakannya dipasang cermin. aku fikir mungkin dorang pasang untuk mengelakkan kain yang bersidai dengan aneka rupa dan saiz yang memang mencacatkan pemandangan kota. 

di celah-celah hutong/lorong rumah merpati yang hebat tu terselit juga rumah-rumah tradisional. rumah lama ni masih sarat dengan simbol reka bentuk china klasik. pintu gerbang dibina. penunggu pada laman besanya patung naga, singa, harimau dan macam-macam lagik. 


ketika sibuk mengambil gambo, tetiba nampak di pintu rumah tergantung ayat al-quran menggunakan khat gaya kaligrafi cina. ini simbol pemiliknya muslim. cuma tak kelihtan pulak tuan rumahnya. khat gaya china disebut Sini ni mempunyai kelainan bentuk dan menggunakan berus berbanding cara di timur tengah yang menggunakan pen atau batang resam.

brasa sronok bila tau ada sedara muslim di kota ni.
 

 




Isnin, 22 Oktober 2018

menjadi perfect adalah impian sume orang... dalam seni juga aku ingin jadik perfect malangnya aku cuit sana sikit, sini sikit akhirnya tak jadik hapa... keh!3x. kartun menjadi bidang utama dalam cabang seni yang aku ceburi. dalam pada itu aku cuba lukih potret, terkial-kial. hasilnya tak pnah memuaskan dan tetap ada pengaruh kartun... aku cuba juga mengukir dan bertukang bahkan membuat kerja tangan membuat kolam ikan untuk meluahkan ekspresi seni dengan medium berbeza.

satu lagi cabang seni yang aku ceburi dan slalu jadik bahan contengan waktu mesyuarat ialah seni khat. oleh kerana aku minat juga seni lukisan cina, maka dalam lukisan aku, aku terapkan khat sebagai ganti tulisan cina. kesempatan untuk menerapkan kemahiran menulis khat ini aku lebarkan ketika aku bertugas di sebuah jabatan yang memang menjaga warisan bangsa.

approach yang aku gunakan ialah belajar tulisan jawi menerusi khat. kebiasaannya orang belajar jawi hanyalah melalui kaedah ejaan bahasa melayu yang dipindahkan daripada tulisan rumi kepada jawi. belajar tatabahasa dan nahu ni suatu yang boring gila bagi kebanyakan orang. justeru, aku gunakan khat dengan harapan apabila kita pandai menulis jawi dengan cantik, minat untuk mempelajari jawi akan berkembang. lazimnya khat tertumpu kepada penulisan ayat suci al-quran dan hadis. dalam hal ini, aku mohon penceramah yang juga rakan sefakulti dulu untuk menerapkan bahasa melayu dalam penulisan khat tersebut... amik je la pepatah ke, kata-kata hikmah ke, janji dorang tulis jawi, bukannya tulis arrob!
 


Isnin, 8 Oktober 2018


DBP 14 Julai 199...


selepas konvo, esoknya aku mula kerja kat DBP... tahun-tahun tersebut keadaan ekonomi mulai suram sebelum melarat hingga ramai siswazah menganggur. keadaan politik juga muram hingga mencetuskan fenomena perpecahan politik orang melayu yang agak kritikal


(selain buku daftar istilah pelancongan, buku ini turut terima sedikit hasil tangan aku, seblom tinggalkan dbp. buku ini dah ditambah baik dan ada cetakan terbaharu dengan wajah baru)

berbeza dengan dbp, hubungan keakraban sangat hebat ketika itu. kalangan kitorang tak kira pangkat seiring bekerja dan mengeteh bersama-sama. dari kawan baik yang berpangkat rendah, orang dolu-dolu sebut 'peon', aku banyak belajar perkara asas dalam hal pejabat termasuklah bagaimana nak regangkan kertas sebelum kita nak photostat dokumen. hingga ke hari ni, aku masih merindu zaman keja di dbp.

kerja aku lebih banyak membuat promosi penggunaan bahasa di sektor swasta... pasang pameran sampai kul 2, 3 pagi... merata tempat pergi hingga ke sabah serawak. patut la masa temu duga dulu panel dok tanya bole panjat-panjat dinding tak? dan dia suh aku eja 'bank' dalam jawi.


heh! temu duga di dbp juga punya sejarah tersendiri. aku terbaca suratkabo ada temu duga peon sambilan. sedangkan masa tu aku tengah keja kilang sambil cari keja. oleh kerana gaji lebih kurang je, tetapi pengalaman berbeza aku amik keputusan untuk mohon. sampai hari yang ditetapkan, panel penemu duga sound kat aku, "ko ni ada degree tapi dah macam zaman 80-an siswazah takde keja. kebetulan dbp nak temu duga pegawai kontrak minggu depan, kalu awak minat isi borang kat luo nanti minggu depan datang temu duga..." pucuk dicita ulam yang dalam... rezeki jangan ditolak.. min kulli fajjin amik

(antara karya merapu yang terkelecoih waktu keja di dbp. puisi merapu gini bole juga dilihat kat sini dan sini)

Isnin, 12 November 2018

24 oktober - 6 november 2010



journey to china


berpeluang jalan-jalan kat china kali ni memang luar biasa. luar biasa kerana programnya memang jalan-jalan makan angin. melawat tempat-tempat pelancongan dan mempelajari china menguruskan pemeliharaan warisan ketara dan warisan tak ketara. trip ini dianggotai semua negara asia tenggara bersama tuan rumah dan jepun... tapi orang jepun balik awal sebab panas ati... takyah crita la hok tu

sama macam g australia dulu, kat china bibir aku pecah lagi tak tahan sejukkkk... pakai baju berlapis pon aku rasa macam nak beku. gamaknya, suhu pnah gak cecah 0 celcius. sesekali angin kuat, aku macam nak tergolek diterbangkan angin... huhh! serik la nak g obesi lepas ni.

seperkara yang tak tahan kat sini, tiap kali g lawat satu-satu tempat baru, welkang drink mesti disuakan arak. budaya dorang gitu la kot. bagi peminat arak sudah tentu balun cukup-cukup... almaklum bukan stakat free, mesti arak yang ada stended, kan. geng vietnam dan thai aku tengok paling kuat perabihkan minuman tu. bukan takat welkang drink je, ada adat perkahwinan etnik china yang akan berlumba minum arak dengan pasangannya. jadik dalam hal ni, sorang pompuan akan bagi arak pada peserta lelaki... lepas tu masing-masing akan pegang telinga pasangan sambil minum sampai merah-merah muka... hadirin yang lain tumpang gelak dan tepukkkk.

dalam satu demo perkahwinan etnik, beberapa peserta ditarik ke pentas untuk mencuba merasai dikahwinkan... keh3x kalu betui-betui pon ok gak, ada la ole-ole dari china nak dibawa balik, kan? bila bab gini, cepat-cepat aku jadik burung unta, sorokkan kepala dalam tanah sambil punggung terangkat, macam la orang tak nampak!
acara usung bini oleh peserta thai dan Vietnam!

Selasa, 18 September 2018

24 oktober 2009


walopon dah dok lama kat bandar, sifat kekampungan masih menebal... usia meningkat, tak menghalang untuk aku kembali menjadi kanak-kanak menyertai sekumpulan anak sedara mengagau paya. lagi pon idop ni jangan skema sangat... jangan serius kalu nak awet muda!

sekitar 1980-an


dah lama sangat tinggalkan kerjaya ni. dulu-dulu kami penah buat sampan daripada batang balak, sambil berlaga perahu dalam paya , tolak-menolak untuk kalahkan lawan, kami akan terbahak-bahak ketawakan geng yang jatuh ke dalam air paya. lebih nak pecah perut apabila masing-masing bergegas naik ke darat atau batang kayu yang tumbang untuk memeriksa kot-kot lintah melekat kat badan... paling tak boleh hengat bila ada yang menyelak sluo sambil tayang punggung mintak kawan suh check... keh! keh! keh! panjang beno lintahnyaaaaa

Isnin, 29 Oktober 2018

kebolehan menulis dan juga melukis yang dianugerahi Allah telah sikit sebanyak menambahkan koleksi peribadi aku. Alhamdulillah di setiap tempat aku bertapa, ada sesuatu yang aku tinggalkan. di sekolah menengah, dua cerpen telah diterbitkan dalam dua majalah sekolah yang berlainan. di universiti aku dilantik sebagai exco penerbitan sudah tentu ada sentuhan di situ dengan artikel dan juga kartun untuk dua buah persatuan, persatuan kebajikan anak-anak Pahang (pkap) dan sebuah persatuan pelajar islam ukm.

bila aku mula bekerja di dbp, ada gak artikel aku tertepek di majalah dbp dan dua buah buku yang aku turut bantu menyelenggarakannya. di sini, aku didedahkan dengan teknik penulisan teks ucapan perasmian program. bila pindah ke sebuah jabatan lain setelah mendapat jawatan tetap, beberapa tugas penyelidikan dan penulisan artikel serta penerbitan buku telah terhasil di sana. seronok sungguh apabila melihat kerja tangan kita berjaya disudahkan. di sini juga, teks ucapan aku yang telah dibaca oleh beberapa orang menteri dan vip berjaya aku kompilasikan namun sekadar untuk simpanan peribadi. malangnya buku tersebut telah diserang anai-anai tapi tidaklah sampai memusnahkannya.

paling seronok nak diperkatakan mengenai kerja penulisan ini bila aku diminta bertugas di sebuah jabatan yang memang berteraskan penyelidikan. ada banyak pengalaman tersebut telah aku tulis di blog ini seperti di sini, sini, dan sini dan arghhh! korang kobek je la. kebanyakannya berlaku di sekitar 2010.

aku juga pnah diminta untuk memenuhkan slot penulisan patriotik di laman web merdeka pada tahun 2007. rasanya laman web yang menarik dan interaktif tu dah ditutup beberapa tahun kemudian. sayang tul sebab dia mengandungi rentetan perjalanan sejarah negara.

pada 2014 aku menerima satu tugas berat menghasilkan sebuah buku. beratnya kerana bermula dengan 2 helai A4 yang maklumatnya cuma copy paste, aku kena jadikan sebuah buku yang mengandungi fakta sejarah yang betul. berat nanang tuuu... sapa nak bertanggungjawab dengan fakta... kerana ia terdedah kepada kontroversi dan perbahasan... kerana pengalaman dan keseronokan menulis buku, aku buat sorang-sorang. walaupun jawatankuasa dibentuk, hakikatnya akulah jawatankuasa itu. Alhamdulillah, ada beberapa ahli yang benar-benar membantu membekalkan maklumat untuk aku garap hingga menjadi sebuah buku yang kemudiannya dirasmikan oleh TPM!

(pic last tu nampak cam riak jeee... nauzubillahi min zalik. sebenonya tujuan bergambo begitu untuk merakamkan satu lagi hasil kerja tangan aku selain lukisan yang menjadi latar lokasi)
 
 

Isnin, 22 April 2019

susahnya idop waktu kecil di cemomoi sekitar tahun 1970-an dulu masih terngiang-ngiang. ke skoloh dengan kasut getah, disimbahi lecah atau debu tanah merah time lori tangki minyak sawit lalu ketika kitorang berjalan kaki pergi dan balik skoloh yang jaraknya lebih 2 km dari rumah, berkongsi paip air di tepi jalan dengan 4 atau 6 buah rumah, elektrik hanya ada sekitar tahun 1985 kalu tak silap (12 jam menggunakan generator), jamban di luar rumah (mesti nak berteman kalu nak membeser memalam buta), tiada motor apa lagi kereta kalu hendak ke bandar terdekat seperti triang (lebih 30 km)atau simpang durian (lebih kurang 24 km) terutama menjelang hari raya untuk mendapatkan bekalan dan macam2 lagi kesulitan idop menjadikan jiwa jadik kental. aku lahir di sini selepas ayah aku mula masuk felda pada tahun 1972. ayah aku beli moto honda c90 sekitar tahun 1983-84 kot, agaknya terpengaruh dengan iklan sudirman yang jadik public figure nyanyi "Honda c70 sekarang 90... la la la laaa")

dengo crita pada peringkat awal, kalu kluarga aku nak balik kampung nyambut raya, ayah akan berbasikal ke simpang pelangai yang jaraknya hampir 12 km melalui jalan berdebu untuk menunggu bas yang rupanya macam crita 'masam-masam manis' menghala ke kuala pilah. sesekali macam nampak2 je rumah kampung tempat ayah menumpangkan basikalnya bila aku lalu di situ pada waktu-waktu begini. teringat lagi dengan jambatan kayu yang merentangi sungai  semerting. bergegar dengan pelbagai irama bila bas dan lori balak lalu.

dari situ terus ke tampin dan mengambil teksi ke kuala sungga. kalu ada bas bole le ke batang melaka (kampung mak) dan terus balik ke kampung jus, selandar (kampung ayah). kalu nasib tak baik, pnah gak aku berjalan kaki dengan abang dari simpang jalan tampin-gemas ke tebong... aduyai menapak tengah panas sejauh 2 km ketika tu sangat melelahkan. begitu juga bila naik bas ke kampung jus, berjalan kaki masuk ke kawasan kampung sangat bergerutu  jiwa.

hari ni, sejauh mana aku pergi, aku jadik rindu dengan pengalaman kental yang aku lalui tu. teringat dikejar lembu ketika balik ngaji memalam buta di rumah isteri polis di balai polis cemomoi. suaminya dipanggil tok zali kekadang berburu dan penah membela beruk dan ungka. seblom ngaji kami main dulu dengan menatang tu selain menyakat ayam belanda milik dorang.

kalu ada wayang pacak, kami mengaji cepat-cepat dan mintak izin balik awal. slalu gak ada pentas lawak jenaka yang dipersembahkan oleh yahya sulong, r. jafar, param pendek, hamid gurkha dan ramai lagi. semuanya berpusat di skolah rendah cemomoi. heran juga, walopon jauh nak masuk ke cemomoi nih, mereka tetap sampai ke sini. sayangnya coverage aktiviti mereka ni rasanya tak pernah kelihatan di mana-mana majalah hiburan waktu tu... kalu tak mesti cemomoi dah lama glamer, tak payah le susah2 aku nak menjajanya termasuk menamakan blog ni sebegitu rupa kikiki...

Rabu, 21 November 2018

20 - 30 ogos 2006


pertama kali ke luar negara, menuju ke australia yang perjalanannya memakan masa 6 jam agak membosankan. untungnya pada waktu itu, kami memperoleh keistimewaan penerbangan kelas pertama. tido pon diberikan selimut. menjelang pagi dah ada kat melbourne untuk transit selama dua jam.


nak jalan ke mana la pagi-pagi buta gini. semua tempat tak bukak lagi. bandarnya pon masih tido. jadik kami amik teksi yang pemandunya berasal dari india untuk pusing keliling bandar. tak ubah macam crita 'masam-masam manis', "nanti balik kampong, buleh mak habaq kat orang kampong!"


bila tutup je pintu kereta, member segera bagitau, "kalu nak 'ekon' bukak la tingkap keta!" heh! gitu pulokkk.


mati kutu di melbourne berterusan ke canberra. sama macam putrajaya, kota ini hanya kota pentadbiran yang orang datang sebab nak buat keja. nak ronda-ronda pon stakat building rasmi je macam muzium, parlimen dsb. hampir seminggu di sini, dok makan kebab je la. otai ada pesan dulu "jangan lupa bawak megi" naik toya jugak makan megi.


menariknya dekat sini, bila meronda bawah pokok sepanjang jalan tu, kita akan temui kayu-kayu yang dirincih ditaburkan di bawah pokok. rupanya, setiap kali mereka cantas dahan yang besar, dahan tu akan dirincih dan ditaburkan semula di bawah pokok sepanjang jalan di bandar tu. secara biologi, ia akan menjadi baja semula jadi dan secara tak langsung menjadi penghalang rumput liar idop. kebersihan tayah cakap la, kan? dari sudut tu dorang lebih islamik daripada orang islam sendiri.


sebelum tinggalkan Australia, kami transit dulu di sydney untuk meningkatkan taraf ekonomi penduduk di sana. abih duit kami tabur di pedi market. nyesal pulok shopping kat canberra kerana harganya jauh beno besanya... merayau dengan feri dan masuk ke beberapa buah muzium. kat sini banyak gak la pilihan makanan. tapi awas! satu ketika kami nampak ada tomyam... sambil peratikan menu tu cehhhh! tomyam babi tuuu... sebbaik tak buat perangai kebuluq, main oder je.
 

 

TeRhAnGaT

get this widget here

nyinggoh borok ngekek

mai la slalu

Blog Archive

TerHangiTTT

SuaM KukU

tutorial kongsi panduan untuk beginner easy rider

sharing is caring bio sampei garing  utk sapa yg nak join geng kangkang@ketiak nampak