Showing posts with label tv dan movie. Show all posts
Showing posts with label tv dan movie. Show all posts

Tuesday, January 31, 2012

Tersentuh

tadi ustat don bercerita tentang cintakan rasul.
dah seminggu tak berkesempatan tengok sebab balik kampung.
however, malam ni agak tersentuh jiwa lah.

1. first time tengok a caller yang menangis sebak kerana terlalu sayangkan rasulullah SAW.
berapa ramai antara kita yang mengalir air mata bila bercerita tentang nabi Muhammad SAW.
sebak hati bila dengar dia bercerita yang dia nak sangat bermimpi jumpa nabi.
sayang sungguh dia akan junjungan kita itu.

tambah sebak bila ustat don sendiri tersekat-sekat menahan air mata.
aku? senang-senang keluarkan air mata pada cerita tv.
romantik komedi pun boleh keluarkan air mata.
baca chicken soup for the soul pun boleh sebak.
yang ni aku memang epic failed.

2. bila ustat don suruh tengok keliling rumah.
apakah benda yang boleh mengingatkan kita pada baginda Rasulullah?
yang boleh buatkan kita berselawat padanya hari-hari?
pusing kepala pandang rumah sewa ni. ada lah kecik cenonet plaq yang bertulis Allah dan Muhammad.
 itupun my kid kat skul yang kasi. hadiah hari guru.
 masyallah... i'm so proud to display my collection of books but yet benda-benda gini boleh terlalai.
kalau ada pun, letak dalam bilik tidur. padahal masa banyak dihabiskan di ruang tamu ni.

berubah please cek chun.

Friday, January 27, 2012

Rindu

seminggu lepas aku dilonggokkan dengan video flashmob yang dibuat oleh MAS sempena menyambut tahun baru. dilonggokkan dengan erti kata lain hampir semua orang kat twitter menuit tentangnya. wajib lah tengok kan. menarik betul. walaupun tiru idea dari negara lain, but watdeheck kan. payah tu nak co-ordinate semua benda kasi flow smoothly.

kendian dalam banyak-banyak lagu nih, aku terminatla pulak lagu yang makcik-makcik dekat minit 3.11 ni nyanyi. selalu dok dengar kot lagu ni. memang membangkit nostalgia masa kecil la makcik weh. dah satu kerja dok mencari lagu tu kat you tube. nah ambik. jumpa sekali dengan lirik. 

rupanya group indon. dangdut lagi yukk.. nama pun Favourite's Group. hambik kau. mudah nak ingat rupanya nama group dulu-dulu ni. teringat pulak posing abah time muda dulu.  

Rindu
kalau hatiku sedang rindu
pada siapa ku merayu
karna hati bertanya selalu
berlinanglah air mataku
akan ku cari walau kemana
kini aku berkelana
kehujung dunia emgkau ku cari

kalau hatiku sedang rindu
pada siapa kumengadu
kalau hati bertanya selalu
berlinanglah airmataku

rindu
mengapa rindu hatiku
tiada tertahan kau tinggalkan daku seorang

engkau pergi tiada pesan
kabar darimu ku nantikan
karna janjimu kau lupakan
meranalah aku seorang
akan ku cari walau kemana
kini aku berkelana
kehujung dunia akan ku cari


Saturday, September 24, 2011

Medium, lagi cerita i can see dead people


sejak Cole Sear mengaku yang dia nampak orang mati, habis semua citer paranormal aku minat. kau ingat senang nak nampak orang mati? in daily basis pulak tu. what if yang datang tu jenis comot momot dan rambut macam kak limah? 


korang perasan tak kalau hantu orang putih jer mesti muka lawa. hantu orang melayu manjang buruk. tak kisah la sebelum mati tu dia cantik mengalahkan deborah henry. bila dah mati, rambut mesti jadi macam kak limah. apakah?
heroin dengan anak-anak dan laki 
sekarang kat Fox network ada Medium. citer heroin yang boleh bercakap dengan orang yang dah mati, dan selalu mimpi past or future events. Allison Dubois (Patricia Arquette) yang bekerja dengan DA office, kena la jumpa dengan ramai penjenayah untuk di dakwa. selalunya dia akan mimpi semua benda regarding the event. so expect i-feel-you-when-we-handshake scenes. tapi yang banyaknya dia akan terus mimpi pada malam dia jumpa suspek.

aku baru tau rupanya cerita ni based on a real person. the Allison Dubois rupanya memang pun jadi medium untuk solve banyak kes polis. tapi kesian kan. dah la tolong orang. lepas tu kena feel their pains throughout the case.

siri ni dah premiered dekat Amerika since 2005 dan dah habis pun last January 2011. sempat la bertahan sampai seven seasons. patutla kat Fox sekarang siap tayang hari-hari. dah tu buruk gila, grainy bila tengok kat tv. hadap jugak la sebab dah syiok.

serius aku teringin jadi macam dia.



Saturday, August 6, 2011

the kitchen goddess

tengah-tengah hari buto mengadap Nigella Bites, memang lah sangat sengai. kalau tak puasa, no hal la. layan AFC sampai sari suntuk pun takpa. tapi sebab dah minat, aku tahan jer. lagipun kalau tengok gambar makanan dengan bernafsu, kang makruh dibuatnya. kalau nak tau banyak lagi perkara pasal puasa boleh belek blog janji alam nih.

jadi kalau tak tahan tu, jangan la dok belek blog masakan lama-lama. lebih-lebih lagi blog yang hebat fotografinya. ayam masak kicap biasa pun boleh nampak sedap luar biasa. kalau dah kira menitik ayaq lioq tu, baiklah korang klik pangkah jer kat screen tu.
ni namanya mezza knife. peberet nigella untuk hancurkan nuts and herbs 
sebenarnya nak cerita pasai ms nigella lawson yang hebak nih. yang sorang ni memang bisa meruntuh sukma den ler. tengok lah baper kali repeat pun, den totap nak nengok juga. heran tul. lama-lama dok renung sendiri, aku dapat la beberapa konklusi.

  • her talent in cooking. tak payah kalut nak bukak restoran. cukup popular kat siri tv jer dan tulis beberapa buku masakan.
  • her pots and pans. yang ni memang buat aku drooling. senangnya kalau ada semua benda macam tu. nak jugak skillet pan, dutch oven, kitchen aide merah.. ya betul. aku aiming natang ni sebab terpengaruh dengan nigella. bukan sebab mat gebu pun ada satu. heh. 
  • her kitchen gadgets. sampai la tak jumpa nak cari kayu alah buat korek lemon tu. alaaa..yang nak perah air lemon tu.. merata Ikea, Living Quarters, Jusco, Tesco, Sunshine aku cari. ni kalau jumpa kat Giant, memang aku nages. yang lain aku kumpul sikit-sikit. untuk memudahkan kerja la weh. save time maa. kang bosan dok dapur lama-lama.
  • her books. walaupun tak de banyak picthas untuk di drooling, tapi aku ada la satu. jenuh la kalau nak kumpul semua. ni pun pejam mata jer aku beli nih. rm79.90. gigil gak nak bayar. tajuk tu yang tak tahan. How To Be A Domestic Goddess.. perhhh.. sungguh terasa goddessnya. 
  • her sexy bod. need  me to say more? heh. 
  • her choice of words. kalau dah guna 'volaptuous and creamy' just to describe her egg custard, tak ke wicked cool gila. jamie oliver cuma reti sebut 'wicked' jer. 
  • her attics. dia ni messy jugak bila kat dapur. boleh senang-senang jilat jer spoon or laddle. memang tak kisah nyer type. lepas tu makan dengan hebaknya sampai boleh bikin orang drool. tengah malam pun boleh bukak esbok lagi. comei. aku takkkk.. mau aku gemok lagi kalau buat gitu weh. 

    pic source:
    http://img.foodnetwork.com
    http://homecookingrocks.com

    Sunday, June 12, 2011

    great voice + poor = stardom

    this video remind me of Paul Potts of British Got Talent. what is it with opera that can bring tears to everyone who listen to it? beats me.
    but Paul Potts win hand down. still had the goosebumps like the first time I watch his video.

    Monday, May 9, 2011

    the doctors in the house. errrr... not dr M

    my peberet doktor at the moment is Cal Lightman. dulu minat sangat dengan doktor Gregory House. to me, depa ni sempoi in their own way. and sexy too. walaupun ada yang fictional, tapi tak mustahil depa ni maybe exist dalam duniya nih.

    • ni lah doktor House. doktor mulut paling capoi dan sadis dalam dunia pemedikan tv. 
    • suka fikir out of the box. 
    • guna unorthodox way to cure his patients. 
    • tak pernah simpati pada pesakitnya.
    • cakap ikut sedap mulut.
    • suka ikut kepala sendiri walaupun ada team perubatan sendiri. 
    • asyik telan vicodin sebab nak tahan sakit kat kakinya.
    • pernah di vote as the second sexist doctor in tv after dr Doug Ross in ER. 
    • yes.. to me he is sexy..  
    • tapi dah kurang minat sebab dia sudah in bed sama his love interest dalam citer ni, si Lisa Cuddy. somehow the heat lost its sizzle when the hero gets the heroin. lagi suka tengok depa in light banter during previous season. 
    • doctor Cal Lightman, own The Lightman Group. 
    • specialist in body language. he knows when someone tells a lie. 
    • ada team sendiri, depa ni boleh dikategorikan as human polygraph machine. mesin yang boleh test orang menipu yang kena pasang wayar bersirat kat body tu.
    • keje depa ni detect orang yang menipu dengan perati muka dan body language. 
    • hidung berkerut, kening ternaik, gosok jari, twitched lips, sampai ke urat muka bergerak pun depa boleh baca dan tau yang orang tu tengah bohong. 
    • dia ni macam konsultan la untuk polis, dan sapa-sapa yang banyak duit yang sanggup hire depa nih. ada 1 scene jutawan tu upah depa untuk tengok gepren dia nak kawen sebab duit or sebab cinta kat dia. 
    • duda anak pompuan remaja dah. nightmare dapat daddy gini prangai nya. tak boleh nak buat jahat wo. habis dia selidik boyfren-boyfren budak ni. 
    • punya slang british yang mengoda. yap.. sexy okeh. 
    • yang menariknya citer ni based on Paul Ekman, a pioneer in facial expressions
    source:
    1. wikipedia
    2. http://78.109.164.61/house-m-d

    Sunday, April 24, 2011

    hello!! remember me?

    hello
    it's me again
    a whole lot's changed
    since i left and
    i don't know i guess
    i felt like checking in

    surprise

    you let it ring
    well it's your turn to
    leave me hanging
    i don't care
    i know you love it
    when you see me call

    i wonder who you're loving now

    i'm guessing we won't work things out

    you know what they say

    you can't have it so you want it back
    i'm way past that
    believe me
    if you could be in my life
    like you've been on my mind
    it'd be so easy


    hello
    it's me again
    it's three days now
    that you've been in my dreams
    and i don't know, i guess
    you've just been on my mind
    i don't know, i guess
    i think about you all the time

    i wonder if she's much like me
    i wonder if she's what you need

    you know what they say
    you can't have it so you want it back
    i'm way past that
    believe me
    if you could be in my life
    like you've been on my mind
    it'd be so easy
    i know i'm to blame
    but it kills me that
    i made you hate me
    like you've erased me
    and i know what they say
    they say you'll be happier
    better off without me

    i'm sure it's hard to see me
    i'm sure you don't believe a word
    because you've heard it all before
    and we're so far from where we were

    (da da da da da dum)

    goodbye
    i'll let you go
    i'll get back to life
    and living solo
    cause i know i need a few years on my own

    you know what they say
    you can't have it so you want it back
    i'm way past that
    believe me
    if you could be in my life
    like you've been on my mind
    it'd be so easy
    i know i'm to blame
    but it kills me that
    i made you hate me
    like you've erased me
    and i know what they say
    they say you'll be happier
    better off without me 


    cc: merata alam mencari cd minah ni. tak dapat-dapat. satu lagu lagi yang best is Mr Johnson. Schuyler Fisk ni memang rowk!!

    Thursday, April 14, 2011

    awek teror main gitar, i present to you, Schuyler Fisk!!!!

    cek baru kenal sorang awek cun nih. pandai plak tu main gitar. suara sodap weh. namanya Schuyler Fisk. macam mana nak sebut tu?  ni hah..  Sky-ler. minah ni lahir tahun 1982. dulu pernah berlakon kat siri tv di Amerika tu. tak heranla sebab mak dia pun berlakon. mak dia, Sissy Spacek ni lah yang ajar dia main gitar.  mak cek chun ajaq masak jer. kalau ajaq main gitar, mau anak dia dah boleh kalahkan Yuna nih. hoho.. merepek sudaaa..

    Schuyler ni main folk musik jer. patutla cek tak kenai. ya lah, kalau hari-hari dengar Red FM, korang ingat ada ker dia nak pasang lagu jenis folk-folk ni semua. ada la sorang brader yang teror main gitar ni yang introduce cek kat Schuyler. brader ni memang power bab-bab gitar ni. sampai 6 biji gitar dia himpun. hari-hari tukar gitar macam orang pompuan tukar beg ker bang aidid? :p

    berbalik pada si Schuyler ni, debut albumnya pernah dapat no 1 kat  iTunes Folks Chart pada 2009. banyak lagu sedap-sedap weh. buat layan jiwang malam-malam. meh cek chun introduce kat hampa lagunya yang berjaya mendapat tempat kat my not-so-folk-soul nih.

    lagu yang diperkenalkan oleh brader gitar tu. dia kata ni gepren lama. tengok Schuyler main gitar, berkobar hati teringin gak nak memetik gitar. tapi berkobar time tu jer la. masa mana nak pi belajaq. nak apdet blog pun dah jadi seminggu dua kali jer ni. 

    lagu best kalau teringat ex-boyfren, teringin gak nak tau sekarang dia macam mana, dah ada awek ke belum, you know.. saja tanya-tanya khabar. uitt.. banyak ker ex bf cek chun? ada laaa.. muahahahaha..

    dan lagu yang palinggggggggg cek suka sekali. paling yummeh to me. ni kalau mat salleh, dah tentu depa guna masa berarak nak masuk kawen tu. so romantic ho ho. tapi memang betul ler. lagu ni depa guna masa wedding rehearsal dalam pilem I am Reed Fish.

    pic source: http://www.binsidetv.net/

    Sunday, April 3, 2011

    Jalan-Jalan Cari Makan - the review

    plak musim lepas yang sangat diinginkan oleh para tokei restoran dan gerai
    dari dulu lagi tiap-tiap ahad mesti tunggu jam 12 di tv3. seronok tengok Maria Tunku Sabri makan dengan lahapnya. minum air segelas dengan sekali sedut. i cannot. tak payah try pun dah tau. napas tak panjang macam maria. dan sekarang Maria dah digantikan dengan Qi. si blogger boy dekat tv9 yang hangat diperkatakan dengan Yuna. by the way, next episode will be featuring Yuna as the guest.

    dan sepanjang pemerhatian cek chun;
    1.  host JJCM mestilah makan dengan laju + pantas = lahap. kalau tak mampu, tektik mencepatkan camera digunakan. teknik ni selalu digunakan semasa Maria makan. untuk Qi, tak perlu nak run laju-laju. dia memang semulajadi lahap dah. 
    2. Qi memang layak untuk jadi host atas dasar yang disebutkan diatas. tengok dia makan, terus hati berkata - ohh sedapnya.. tapi ada juga yang kata Qi loqlaq. makan tak sopan. well, mana boleh nak puaskan hati semua orang kan.
    3. Qi kurang vocabulary untuk describe the food. balik-balik pedas, sempoi, sedap, manis, masin (tak pernah dengar lagi). berlemak dan power. sila belajar dan tengok macam mana si Makansutra kat Singapore, mr KF Seetoh  describe the food ye Qi comei (well, ok, i think he's cute apa) 
    4. guest di JJCM tend to eat dengan sopan dan gorjes nya. dalam hati mungkin depa ingat makan kena kontrol, camera tengah shoot.
    5. gaya makan guest tak in sync dengan ayat di mulut. last week, si polan cakap - emmm sedapnya.. tapi cubit lauk sebesar lidi cuma dan makan dengan hati-hati takut lipstik comot.
    6. so far, heliza dan ana rafali berjaya makan dengan bestnya. they are not in no 3 group. tips - jemput makanan sikit dan makan cepat-cepat. kompem nampak macam makan dengan sedap. mimik muka dan mata yang bolat juga menyumbang kepada 'nampak sungguh sedap' makanan yang dimakan.
    7. makan memang peberet past time rakyat malaysia. gerai atau restoran yang sedap, memang kompem kena beratur sebelum dapat masuk makan. lepas masuk JJCM, terus makanan jadi tak sedap lepas tu. uitt.. kenapa ya?
    pic: http://grandna.blogspot.com

    Friday, February 11, 2011

    i had a wake up call just now

    you have the chance
    live your life to the fullest

    that was what marlene wrote to cathy in her final note. she's taken her life by blowing her head off. with her own gun. i think she was afraid that her on and off  Alzheimer will bring danger to her love ones. just few hours before, she was pointing the gun to cathy's son, who come to help repairing the broken grandfather's clock. when Alzheimer struck, poor marlene will lost all her memory, and think that the boy came to rob her. this episode of  The Big C really move my tears.

    that two simple sentences really hit me on the head. why waste my time by letting the time fly. do something. move the body. moveeeee....

    Monday, January 24, 2011

    the walking dead : yang bisa buat aku seram tapi nak tengok jugak

     
    nak tengokkkkkkkkkkkk...
    tapi takot..
    apahal seram sangat nih..
    memang sah kena tengok ramai-ramai

    adoihhhhh...
    sadis nya cerita.
    takotttt...
    tapi nak tengok..

    kejap-kejap slowkan volume
    kejap-kejap tutup muka
    awatlah hantu nya real
    seram bukan sebab muka hantu
    tapi sebab teknik kamera tu
    tetiba nampak jari runcing di celah pintu
    cehh.. seram la plak nak type ni
    korang tengok sendiri la
    kat astro fox 9.55pm, setiap isnin

    inilah padahnya kalau komik di tv siri kan.
    kan dah terpaksa tengok.
    kalau tak, rugi la
    dah masuk season 2 di US.
    kita baru episod pertama.

    dicipta oleh  Robert Kirkman, Tony Moore and Charlie Adlard
    tentang sekumpulan manusia yang perlu melarikan diri dari menjadi mangsa zombi
    atau mayat hidup.
    sebab tu lah dinamakan the walking dead.
    mayat hidup berlegar-legar mencari mangsa.
    aiyarkkkk... best nih
    tapi takutttt..
    hangok sunggoh
     

    source :
    wikipedia
    http://www.platformnation.com
    http://www.theofantastique.com

    Tuesday, January 11, 2011

    cengeng ka

     
    pernah tak tetiba keluar airmata bila tengah kusyuk tengok tv? tak kira la cerita apa pun. kekadang tu tengah tengok sports pun boleh menangis. mana tak menangis. kalau dah bertahun tak pernah menang-menang. tak pun menangis sebab ter miss sepakan penalti yang kita rasa adik darjah tiga tu pun boleh score. sakit hati sampai boleh keluar ayaq mata. memaki tu tak payah cakap la.

    cerita yang selalu boleh bikin meleleh air mata tentulah cerita melayu, orang putih dan paling hebat sekali bikin leleh ialah hindustan. adakah kerana kita paham jalan cerita dan dialog maka kita menangis sayu sama? kalau cerita melayu tu, cek boleh la paham. tapi ni cerita hindustan. berkaca-kaca air mata mak dengan makcik kita tiap kali tiba bab hero kena hempuk atau hero terpisah dengan heroin sebab ayah heroin tak restu hubungan.

    nak kata depa paham bahasa hindi. iskkk.. setakat nehii kabhi nehi tu depa tau la. tu pun sebab selalu dengaq lagu hindustan tu. cerita melayu yang depa paham lagi la. kusyuk sungguh tengok cerita. tetiba nampak air bergenang kat kelopak mata.

    cek pulak? cerita orang putih saja. tengok oprah pun boleh bergenang ayaq mata. kehkehkeh.
    pictha: http://static-p4.fotolia.com

    Monday, January 10, 2011

    macam-macam di AJL

    10. seronok dengar lagu-lagu lama juara lagu. patutnya tiap-tiap tahun buat macam ni.

     9. kak pah dah bertudung. ayu sunggoh. mungkin tok t share tudung dia. sebab tu jambul tok t terselak banyak lak malam ni.

    8. fb status tetiba melonjak laju jer komen-komen kat sana. dengan mata nak tengok tv, dengan tangan laju menaip kat handphone. nasib ler dapat kawan-kawan spisis reporter belaka. masing-masing punya analisa sendiri. boleh masuk malaysia book of record la macam ni. komen panjang woo. ini kalau masuk contest nufnang tu, saheh dah boleh menang camp digi :p

    7. penuh magik dan gimik. kena tembak, rendam dalam ayaq, burung-burung terbang, hantu menyanyi.

    6. tetiba tomok teror menari. siti teror bersilat.

    5. ana main gitar. yuna main keyboard. chicks rules!!! caya lah hampa.

    4. faizal dan ely punya lawak yang 20% saja lawak. yang lain nya ke laut.

    3. ray ban aviator yang cun dan kalis ayaq. kalau la susuk muka cek sesuai, dah lama dah cek sambaq yang kaler grey.

    2. tetiba karan takdak masa faizal tahir nak mula nyanyi. watdeheyhelloanybodyhome!!!! (iklan: abang aididdd.. pinjam ayat hampa sat. cek suka :D)  panaih hati dey. panaih badan boleh dikipas lagi. mujoq karan ada balik 4 minit kemudian. dapat la tengok separuh..huhuhuhu

    1. ana rafali???? 
         huhhh!! mujoq hero cek menang gak persembahan terbaik.

    Sunday, January 9, 2011

    Juara lagu 2010 : bolehkah bakal juara lawan mantan?

    Nampaknya mantan-mantan juara sangat hebat. Suara sunggoh power. Selama berbelas-belas AJL, bab ni cek chun notice sunggoh. Yang menang memang suara terbaik dari ladang.


    Dimulakan dengan fran. Walaupun dah lama tak menyanyi, dia memang tetap hebat. Cun pula malam ni. Gown pun cun. Berjaya tone down body fran yang chubby cun tu.


    Ramai pula kacau bila Nash nyanyi. Suara sumbeng mana ntah. Tak hormat majlis langsung. Tau la lagu tu cerita pasai isteri. Sebok pula suara sumbang dok jerit-jerit. Metaliti ke jamban betoi la.


    Suara Nash? Cek chun seriau juga kalau-kalau dia tarik tak menjadi. U should look at my face. Siap ada kerut-kerut bila Nash tarik tang korus tu. Memang layak ah dia dapat standing ovation.


    Owhh kenapa cek nampak M Nasir sangat hensem. Suara tak payah cerita ler. Kulitnya sangat flawless. Dia suntik botox kah??

    psssstt.. I vote for faizal tahir. Tak kira la dia nyanyi dalam ayaq ka. Atas laut ka. Suara ko jangan ke laot wehh. Dengaq tak??

    Ohh my hero..

    Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

    UPDATE:
    ana rafali? aiseymen.. iskkk.. takpa la dah rezeki dia.
    faizal..ohhhh. mu tetap seksi walaupun basah atau kering pakaian mu.

    Thursday, January 6, 2011

    the big C

    C for cancer
    C for cathy

    http://www.sho.com/site/thebigc/season1/images  
    and when the big C came, even plain cathy can change.
    when you know that you maybe have a year to live, no wonder cathy full of energy.
    doing things by impulse.
    hold away all the fear.
    and expect lots of sarcasm and witty scenes :)

    cancer doesn't mean the end of the world.
    so what if you had a year to live!
    carpe diem cathy!!
    http://greenwichroundup.blogspot.com
    catch THE BIG C on diva astro channel.

    Tuesday, January 4, 2011

    mind blowing criminal

     
    korang kenal tak mamat nih? tiap-tiap hari cek layan dia. kat tv la. pasaipa cek rasa macam dia ni seksi semacam ja. seronoknya tengok dia berlakon sambil makan popkon.
    adakah kerana kepala botaknya? 
    body dia kah? 
    mata dia kah?
    bibir dia kah?

    tapi bila belek-belek pon, cek tengok dia ni bukan hensem pong! 
    ntah la. tak reti nak describe la. hampa tengok la sendiri. semart ke tak semart :) 
    gara-gara dia la, cek chun pulun p feringgi dan pulun beli siri 1 sampai 4. rabak duit sekejap. satu siri dah 4 dvd. dah la jenis tengok semua cerita sekali jer. tapi kalau bab kartun, yesss.. 4-5 kali pon boleh layan woo.. 

    tapi sebenarnya, bukan sebab dia la. cek tertarik hati nak tengok dan mengkaji pemikiran orang-orang gila yang tahap IQ masing-masing hebat dari orang biasa. sampai buat jenayah pun, payah polis biasa nak tangkap. kekadang sampai tak terpikir dek akalku yang biasa ini  akan perbuatan depa tu. 

    bila polis biasa dah sampai tahap tepu, tak tau nak buat macam mana lagi nak tangkap orang jahat,  maka datanglah hero pujaan hati bersama geng bas sekolahnya dengan menaikki kapal terbang ke destinasi jenayah. kerja depa cuma membuat analisis tentang perangai seseorang penjenayah itu berdasarkan petunjuk seperti cara mayat dibunuh, disembelih atau dikerat-kerat.  sesuailah dengan kerja depa yang berkerja di FBI di bahagian Behavior Analysis Unit or BAU.
    source: http://www.seat42f.com

    Sunday, December 26, 2010

    gahnya mereka

    terpegun seketika tatkala melihat Nona di tv3 tadi. acara pertunangan yang gilang gemilang. bunga sakura merah jambu bertaburan dilantai dan gah 'tumbuh' di merata dewan.  tiga puluh ribu kuntum semuanya. bukan setakat untuk ditabur kuntum-kuntumnya, tetapi sudah dijadikan hamparan sakura. cantiknya lahaii.. 

    sekali pandang, laksana upacara perkahwinan. betuah badan. itu baru pertunangan. tentu makin hebat tatkala perkahwinan yang bakal menjelma setahun dari sekarang.

     hantaran bertukar tangan yang  berupa tepak sirih dan manisan macaron yang digubah bak sirih junjung. sekotak besar coklat gordiva yang pastinya sudah mencecah ribuan ringgit. kek berfondant cantik. semuanya digubah dengan teliti dan menawan.

    majlis yang gilang -gemilang di adakan di hotel shangri la. se gah tempat yang dipilih. begitu juga hiasan dalamannya. digarab hebat oleh Nas, kalau tak silap cek chun, pengubah tersohor yang sudah mencipta nama di luar negara.

    bertuahnya mereka.

    Saturday, December 4, 2010

    penyanyi dan lagunya

    rasanya dah tiga kali cek tengok 2010 american music award  (AMA) nih. gempak sunggoh persembahan masing-masing. ye lah, bila duit dah banyak. macam-macam props dan gimik awak boleh bawak naik ke pentas. tu tak masuk lagi penari latar yang bersepah-sepah diatas pentas yang sunggoh besar itu.

    nak bandingkan dengan anugerah kat Malaysia? tak boleh la bang. kita bajet ciput. depa bajet juta-juta. jadi kita tengok saja dan ambil apa yang patut. jangan la ambil yang dedah atas bawah tu. tu tak seswai sangat tau. tapi tu la yang depa dok buat sekarang. pakai dedah-dedah jalan atas red carpet. mungkin dedah itu lebih sikit bajetnya dari bajet untuk props persembahan :-p
    baju beginilah yang lebih menjadi pilihan artis Malaysia

    sebab yang buat cek terpikat nak tengok music award ni again and again? hari-hari dengar RED FM. tiap-tiap jam akan keluar lagu yang sama. sampai boleh berhumming ikot rentak. padahal kekadang lirik lagu pon tak tau apa dia kata. rasanya semua stesen radio punya formula yang sama. ulang lagu yang popular tiap 3-4 jam.

    jadi bila cek tertekan channel di starworld dan terdengar lagu yang familiar, baru lah cek tau rupa penyanyi tu. ahaks. sampai ada satu part tu cek rasa - ehh. betoi ka dia yang nyanyi. rupa tak macam suara pon :-p. cek pon naik semput bila tengok katie perry tarik lagu tak lepas.
    budak kecik yang menang besar
    ini pun salah satu sebab cek dok tengok AMA. NKOTB dan BSB bergabung. meletup!!! the right stuff to end the show.

    p/s: semua pictha di google :) 

    suatu masa dulu, korangla the right stuff!!!!!!!

    Sunday, October 24, 2010

    lagu yg macam mana awak suka?

    sejak dua menjak ni kalau dengaq dangdut, apesal badan juga mo goyang? bukan dulu tak suka dangdutkah? dulu suka, tapi tak da la sampai goyang. bukan semua dangdut cek layan. inul cek banned. yang cek suka amelina ah ah, sheeda dan mas idayu. bukan penyanyi yer. tu hah.. lagu-lagu depa.

    tapi sejak bila minat dangdut ni. cek pon konpius ni. adakah sejak berjinak-jinak kat kedai karaoke satu lagu singgit tu? bawak geng ramai-ramai pastu dok sendat-sendat dalam tu. sengal masing-masing. hehe nyanyi tak hengat duniya. sepupu sepapat semua penoh sampai rapat..ngeeee..

    ari sabtu la paling cek minat. THR GEGAR pukol 12 malam. dok cet atau blogwalking sambil mulut kumat kamit nyanyi lagu tah apa-apa. non-stop lagu dangdut, dari yang cek familiar sampai yang cek tatau langsung apa butir bicara penyanyi tu.

    dulu-dulu kalau lagu slow rock memang cek banned habih. tambah-tambah kumpulan yang start dengan hurup S - spring, spoon, sting, spin, spank. ok. yang last tu memang cek tipu je nama tu. tapi hakikatnya memang cek tak suka langsong lagu selow melow ni. mendayu gila. tapi sekarang kenapa ada satu folder penoh lagu-lagu macam tu dalam mp3 player.. owhhhh goshh.. adakah umor telah memainkan peranannya?
    antara lagu yang cek layan. adakah sebab cek boleh nyanyi lagu ni tanpa semput?

    dalam kereta cuma dengar lagu kat RED FM. sronok. hari-hari depa pasang lagu yang sama sampai nak boleh hafal dah. cuma yang best nya depa ada lagu retro juga. teringat zaman tommy page.. owhhh.. tua sudah cek nih..

    pic ehsan google. sila klik pic untuk tau sumber.

    Saturday, July 3, 2010

    movie mahai

    melopong sat ari tu tengok tiket movi dari k ija. husband dia beli untuk tayangan amal bomba penang. tapi tiket tu ada 1 jer. sebab tu dia bagi kat chun. tengok rega tiket.. mak aiii.. tiket apa nihh.. rupanya untuk derma. tom kuz men nih..iskkkk.bes nih.dah la awai sehari dari tayangan primier. rugi la kalo tak p.
    masa dok belek2 tiket tuh, depa pakat2 cakap.. apa lagi..bleh la ngorat abang bomba..hahahaha..aduyaiiii.. ke situ lak.. tapi hari tuh, aku balik lambat lak. penat sangat, pastu pikir2.. nak ke tgok sorang nih.. last2 kol k ija balik, dia mai ambik tiket tu bagi kat kawan husband dia..hehehe..sori la k ija..

    notis pendek saja

    semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

    gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...