Sunday, January 30, 2011

mari melihat awan

tepi sungai di bandar alor star 
di tepi sungai perak di pekan kuala kangsar
 cek chun ada satu perangai. suka tengok awan. kalau keluar tak sah kalau tak pandang ke awan. bila dah nampak awan cantik, terus nak ambil gambar. tak ada kamera, pakai handphone pun jadi. dari awan cerah, sampai ke awan gelap cek ambil gambarnya. indah sungguh ciptaan yang esa.
di tepi sungai bandar alor star

keluar dari highway gurun. terus berhenti di tepi jalan. baru lepas hujan lebat dari penang hingga ke sungai petani



naik menara ni, boleh nampak langkawi tau

mendung tak bererti hujan

Friday, January 28, 2011

wuhuuuu.. happy tahap gaban

di capture dari www.benashaari.com
suka tak kalau idola datang komen kat blog. suka kan. kan.. rasa mau sengih sampai telinga baca. semalam incik ben tulis entry kat atas tu. dia terharu sebab cek chun dengan deno buat entry dia masuk RAPI. sebenarnya cek chun dah lamaaa dah nak buat entry pasal RAPI ni. dah dapat first hand info la katakan.

masa ben cakap kat blog pasal dia di interview oleh satu majalah, cek terus roger si ita di facebook dengan pertanyaan -
adakah anda menginterview ben ashaari hari ini?
perhhh..tekaaan mengena tu.
memang ada diskus pun ben. tapi tak heboh la kat blog. nanti hilang seri. biar tuannya sendiri yang bagitau. lagi afdal.

dan semalam, ramai la yang follow blog cek ni. thanks to yott, cikgu mata coklat - cek cikgu konteks lens :p matika, storm bladder, amalina, eyka, najah hijriah, asyfiqaz, syafiq rosli, sunah dan tasha yang sudi singgah dan komen.

dan tadi..jeng..jeng..jeng.. datang pula idola yang satu ni. pembenteras MLM dengan cara yang sempoi. tak sangka. sudi juga singgah blog maifood sana. sebenarnya cek yang pelawa dia singgah. blog dia memang hari-hari kena jengok. seronok seh baca. sinis, lawak dan penuh info. yang peliknya benda-benda sains yang sangatlah alien tu, cek boleh paham. baguih ni kalau aidid ni jadi cikgu ke lecturer ke, sahih ramai budak dapat A.

maseh yer bang aidid. datang penang nanti mai la rumah. nak makan apa, meh cek masak.
ehh.. nak otograp :-p

myvi putih yang hantu

Kuala Lumpur, 28 Jan (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia, (PDRM) berkata dakwaan berlakunya satu kes penculikan kanak-kanak di Puchong dekat sini yang disebarkan melalui internet dan khidmat pesanan ringkas (SMS) hari ini adalah palsu.

"PDRM menasihatkan anda semua untuk tidak terus menyebarkan spekulasi dan insiden yang diwar-warkan. Terima kasih," kata PDRM dalam laman sosialnya.
Media cetak dan elektronik dan orang awam di sekitar pusat bandar raya pagi ini gempar dengan dakwaan berlakunya penculikan itu.

SMS yang diedarkan berbunyi, "PERHATIAN: Sila sebarkan sekiranya nmpak (nampak) MYVi Putih No.Plat: WUS948 yang dipercayai dipandu oleh seorang lelaki berambut panjang atau wanita bertudung sila hubungi En. Rashid 0196267828.
"Suspek telah melarikan seorang bayi berusia setahun yang ada di dalam kereta pemilik kereta menghantar anak ke nursery (nurseri) baru sebentar tadi di area (kawasan) Puchong. Keprihatinan anda amat dihargai ni (ini) berita benar." Sila sebarkan.
-- BERNAMA

cek chun terima berita ni dari pesanan blackberry pagi tadi.  kemudian bila buka blog, lagi ramai dah menyebarkan kisah penculikan ini. ramai rakyat malaysia yang prihatin ni. bagus lah. masih banyak punya belas kasihan yang tinggi untuk memastikan penjahat ni di tangkap.

memang hantu lah sapa yang punya angkara. agak-agak bila berita ni tersebar, si encik rashid tu akan terima sms maki tak? ntah-ntah dia tak bersalah pun. ada sapa-sapa dah telefon tanya ka?

kenapa saya suka taiping : part 3

kedatangan cek chun ke daerah ini sebenarnya untuk menikmati taman tasik taiping yang memang terkenal di perak. oleh kerana perancangan adhoc, maka kami hanya google untuk melihat penginapan yang sesuai. akhirnya setelah melihat iklan hotel flemington di you tube, ya betullah tu, dorang buat iklan di you tube. kami pun booking dengan gagahnya melalui telefon.

 sangat inovatif sebab kita boleh lihat sendiri rupa bilik dan hotel. kekadang gambar di web site boleh mengelirukan. nampak sungguh cantik, tetapi rupanya nan ado. bilik air pun buruk, tub mandi pecah. kisah benar ni. cek chun sendiri yang  kena. tapi berapa kerat hotel yang akan berbuat demikian. flemington pun buat mungkin kerana hotel ni masih baru. cantik la untuk ditunjukkan pada pelanggan. harga berpatutan. superior room rm128 dan kami minta extra bed, rm50, termasuk sarapan untuk dua orang.

pagi-pagi selak langsir dan dihidangkan dengan permandangan macam ni. mana nak dapat wehh..
yang paling best, flemington ni terletak dalam taman tasik taiping. wuhuuuuu!!bilik kami bertentangan dengan hutan hijau ni. kalau nak bilik berhadapan dengan taman tasik, kena lah tambah rm20. tapi, kalau dapat bilik bersebelahan dengan rumah buruk warna kuning tu, adehh, memang tak dapat den nak nolong. jadi, baik bertanya sebelum anda konfem bilik.
dalam ni tiada almari yer. semua main sangkut tepi meja solek. ada flat tv dengan astro channel. takda la banyak channel pun. standard hotel la. bangla sesat dalam gambar ni tengah dok prepare extra bed kami. mujoq tak hensem macam shahrukh. kang tak pasal-pasal bergambar sekali.

cek paling suka bilik air. ada paip besar atas kepala. sedap mandi air terjun :p ada hose air tu. tu wajib ada weh. paling tension kalau ke hotel takda hose air macam ni. dah la takda cebok. biasa la weh. orang kampung. tak retinya nak lap-lap.

cc: entry tak berbayar ni untuk info kawan-kawan yang ada plan nak ke taiping.

BEN ASHAARI BLOG

mujoq buka lagi. yang semalam cek chun dah terlepas.
maklumlah, kita jenis tulis blog malam-malam.
jadi untuk masuk ke blog list incik ben, mesti la menjawab beberapa soalan wajib seperti disini la.
cek chun apdet blog hari-hari, kekadang ada dua entry. tapi satu tu mesti la.
jumlah entry sejak may 2009 hingga sekarang adala 223.

sebab apa pulun sangat nak masuk blog list ni cek chun?
1. follower ben ramai, jadi cek chun pun dapat la tempiasnya.
2. tiap kali cek chun apdet entry, setengah pengunjung datang dari blog ben.
3. tengok la dekat widget 'berapa orang online' tiap kali ke blog ben, paling cikai pun 6 orang. tu pun pagi-pagi buta. ehh..mana kau tau ni cek chun? erkk.. ada sekali tu, tak boleh tidur, blog ben la cek chun terjah :p
4. kat blog ben ada banyak list, boring-boring cek dok buat blogwalking kat situ la.

bila dah popular hang nak buat apa cek chun?

cek chun tetap macam ni la.
tulis apa yang cek chun nampak hari-hari.
lagipun tujuan utama berblogging nak menulis apa rasa hati. 
almaklumlah, sudah tersasar sikit ruang lingkup kerja dengan apa yang dipelajari

sekian. harap dapat pertimbangan dari pihak tuan.
'BERKHIDMAT UNTUK BLOG'
cek chun

Thursday, January 27, 2011

busuk la!! tak reti mandi ka?

 @ : sedap pulak kangkung ni. hampa buat kangkung goreng belacan ka? macam ni hari-hari kan best.

# :  tepi.. tepi... busuk la.. hampa ni tak mandi ka?
* :   huhh.. mengata dulang paku serpih. mengata kura, dia yang lebih.. tengah tunggu lah ni, ramai pulak customer abang tu hari ni. tension betul..
# : tu dia dah sampai,eh.. ko busuk, ko start dulu la..

 * : perhhh.. seronoknya kena sental macam ni. lembut ja berus. ni kalau tidoq sedap nih.
* : hihihihihihi.. oii..geli laa... selow la skit bang. adehhh.. tak tahan nih..hihihihihi (sambil tarik kepala masuk   dalam cengkerang)

@ : hah..kan dah comey tuh. wangi pun..macam tu la anak mami. kena rajin mandi tau. jangan asyik makan kangkung saja.
* : elehhh.. mami pun makan tak berhenti-henti :p

Wednesday, January 26, 2011

kenapa saya suka taiping : part 2

di sinilah cintaku bertamu : bukit larut aka maxwell hill








 

Tuesday, January 25, 2011

ben ashaari : zuraita mohd anua

tu diaaa..yang di tunggu dah tiba.
lama dok tunggu ni.
baru hari ni berita diterima.
kebetulan pula sekarang tengah heboh blogger sejuta.
lepas ni mencanak la pageview incik ben ni.
tahniah ye ben.
moga banyak lagi iklan masyuk.

sebenarnya awak tulis apapun, cek chun baca jer.
tak kisah la apa orang kata.
bagi cek chun, depa tu semua sukakan awak.
dan kisah ben jadi bahan bacaan mereka juga.
sebab itulah masing-masing punya masa dan tenaga untuk mengata.
anggap sajalah sebagai pujian untuk anda.
dari mereka yang sanggup singgah, membaca dan mengulas.

tak lengkap kalau cek chun tak ucapkan terima kasih pada yang mewancara.
awal-awal lagi dah di pesan, jangan lupa beli RAPI febuari ya.
ada idola kamu :)
ya, of course i will zuraita mohd anua
sokong awak, sokong incik ben jugak
mana tau lepas ni editor kata, you pergi interview mat gebu pula
jangan main-main kuasa blogger
bisa runtuh kedai mamak besok depa serbu
nak cari RAPI buat pengubat rindu

cc: ita, incik ben memang selalu nampak serius, tapi dalam hati tetap ada taman :p

picta source : mat gebu

Monday, January 24, 2011

the walking dead : yang bisa buat aku seram tapi nak tengok jugak

 
nak tengokkkkkkkkkkkk...
tapi takot..
apahal seram sangat nih..
memang sah kena tengok ramai-ramai

adoihhhhh...
sadis nya cerita.
takotttt...
tapi nak tengok..

kejap-kejap slowkan volume
kejap-kejap tutup muka
awatlah hantu nya real
seram bukan sebab muka hantu
tapi sebab teknik kamera tu
tetiba nampak jari runcing di celah pintu
cehh.. seram la plak nak type ni
korang tengok sendiri la
kat astro fox 9.55pm, setiap isnin

inilah padahnya kalau komik di tv siri kan.
kan dah terpaksa tengok.
kalau tak, rugi la
dah masuk season 2 di US.
kita baru episod pertama.

dicipta oleh  Robert Kirkman, Tony Moore and Charlie Adlard
tentang sekumpulan manusia yang perlu melarikan diri dari menjadi mangsa zombi
atau mayat hidup.
sebab tu lah dinamakan the walking dead.
mayat hidup berlegar-legar mencari mangsa.
aiyarkkkk... best nih
tapi takutttt..
hangok sunggoh
 

source :
wikipedia
http://www.platformnation.com
http://www.theofantastique.com

kenapa saya suka taiping : part 1

pohon-pohon hijau yang rendang
melambai-lambai daku ke mari
rupanya mahu tunjukkan ini
indahnya ciptaan tuhan

semoga kau tetap teguh berdiri wahai pokok
walaupun sepuluh tahun lagi
aku akan tetap ke sini
memandang awan
memendam rasa 

cc: aahhhh... I'm suck at poetry


Saturday, January 22, 2011

Friday, January 21, 2011

Lebih berharga dari beg dan stiletto

Suatu waktu dulu, beg lah terapi jiwa. Kasut juga tak terkecuali. Walaupun masa tu gaji seciput cuma tapi kasut tetap diborong dan disusun disetiap anak tangga. Gaji sikit, kasut pun murah. Janji tiap hari kasut bertukar.

Beg pula diatur penuh almari. sampai masanya, diberi pada saudara mara. Selalu yang bernasib baik mestilah adik terchenta. Pantang sampai ke rumah, ditapaunya barang se beg dua.

Tapi tu dulu. Zaman jurasic. Zaman yang setiap hari tahu seronok saja. Zaman yang belum mengenali bahawa itu semua membazir. Pembaziran yang nyata boleh membuatkan cek tepuk dahi berkali-kali. Mana tak nya, bila di buka almari, beg sudah pecah disana-sini. Walhal jarang diguna pakai. Beg pun sudah tahu merajuk memakan diri.

Sekarang zaman celik mata. Baik simpan perkakas dapur. Boleh juga guna hari-hari. Kalau disimpan dalam almari pun, konpem tak makan hati. Yang besi tetap jadi besi. Tak kan berkarat jika elok cara simpannya.

Mata tiba-tiba bercahaya bila masuk ke bahagian dapur di mana-mana pasaraya. Macam budak-budak dilepas bebas dalam toys r us. Semua nak beli. Semua nak guna. Nak steamer buat kuih talam, nak pisau macam nigella lawson guna, nak belanga tefal, nak cast iron pan, nak griller macam jamie oliver, nak itu, nak ini.

Mujoq masih ingat pesan aruah tok. Jangan ikotkan hati. Nanti mati.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, January 20, 2011

Nak tengok mind boggling things?

Ambik nih. Sebijik 4.99. Sebijik.. Not se kilo. Patut elok je segar bugar. Tak ada sapa pun nak sentuh kat tesco nih.

Harga barang HAMPIR semua dah naik. Welldone Malaysia. Kita boleh!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Mind boggling facts

1. Why is that when everytime I'm thinking of washing the car, suddenly the sky turned dark and gloomy?

2. Why is that everytime I'm entering the car wash, cars suddenly appears out of nowhere and always and always make me the last one to queue for the service?

3. Why is that everytime I'm waiting here, my stomach will be rambling like they never had a proper meal in ages?

Sigh...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

si cerdik yang tak berapa nak cerdik

Wednesday, January 19, 2011

cik mat bagi award, cek chun sengeh sampai telinga

letih betul lately. kelas banyak pula dua hari lepas. makan pun tak sempat (betoi ka) tapi bila dah hadap nasi dengan ikan keli bersambal tu, lupa sat letih-letih yang ada. bila dah masuk suapan ketiga, maka dengan rutinnya handphone dibuka. mula-mula ronda blog sendiri dulu. tengok komen - sengeh sorang, tengok shoutbox- ehh.. ada pesanan dari ah mat gebu.

ah mat gebu: salam che chun, ada award utk blog anda di sini http://tiffinbiru.blogspot.com/2011/01/creative-blogger-award.html

senyuman dah makin melebar. letih serta merta hilang. idola weh.. idola.. nak saja cek pekik dalam kantin tu - eh mat gebu bagi award la! kang tak pasai-pasai kena cop tak betoi pula. cool cek chun.. cool.. jaga tertib. sekolah ni. ingat sikit noo..

panjang aih intro. :D kasi can la. idola nih (sengih lagi sampai ke telinga) jom tengok apa yang cik mat bagi untuk kali kedua ni.

PENGERTIAN TENTANG AWARD INI ADALAH:-

PENCIL Yang Besar
Menunjukkan Kesenian Yang Begitu Peka Terhadap Blog Anda Dan Mencerminkan Sesuatu Nilai Penghasilan.

FILEM Bergerak Tanpa Henti
Menunjukkan AWARD Ini Di FOWARD Kepada Bloggerist Yang Betul-Betul Layak Menerima.

LOGO Bulat Berkelip-kelip
Jika Di Perhatikan Betul-Betul, Ia Adalah Manusia Yang Berkepalakan Monitor Komputer. Ini Membawa Maksud Anda Adalah Seorang Yang Begitu Bijak Menguasai Dunia Alam Maya Ke Globalisasi.

Untuk Maklum Balas Penerima AWARD Ini, Ikhlaskan Hati Untuk Membuat Entri/Posting Berkenaan AWARD Ini Dengan Kreatif Dan Penuh Estatik Beserta FOWARD Kepada 5 Orang Yang Betul - Betul Layak Menerima AWARD Ini. Anda Juga Boleh Meletakkan AWARD Ini Di Side Bar Atau Di Mana - Mana Yang Bersesuaian. Tinggalkan Comment Untuk Ucapan Manis Anda.



 entah apalah yang cik mat nampak kreatif dalam blog cekrasala ni. entry pun kadang-kadang cek chun kopipes dari emel atau facebook. kadang-kadang saja cek chun menaip dari hati. sambil pandang-pandang sekeliling, buka mata dan lihat dengan mata hati. apapun, thanks cik mat, sudi menjengah diri membaca entry di sini. special thanks untuk mereka yang tak jemu-jemu membaca dan mengomen dalam cekrasala.

dengan ini, cek chun pun nak mengetag kawan-kawan yang lima itu. 
  • dak hijau yang hati sekarang berbunga-bunga - solihin zubir
  • puan suri yang sangatlah solehah lagi rajin menapau untuk hubby terchenta - suri solehah
  • officer nisa yang rajin buat kerja tak payah tunggu dateline tiba - tinta kedua
  • kak T yang rajin di sekolah, di rumah dan di alam maya - kami in the house 
  • mamat hensem yang sekali pandang cek chun ingatkan paijai tahir - saya ialah saya
cc: masih dalam mode sengih

jom gegar blog

nampaknya incik ben menganas lagi. ni lah segmen terbarunya. dah lama rasanya cek chun tak menjoinkan diri. kang kalau cakap sibuk, ada orang bising lak. oklah.tak sibuk, sebab tu tak join segmen ben yang sampai 500 blog tu. 

macam mana ben nak gegar? kita tunggu lah besok malam. tarikh tutup segmen ni malam besok lah. tomorow night. kalau nak extend lagi tarikh tutup, pi sendiri bodek ben dengan ayam kenny rogers sekoq. tu pun kalau dia layan.

nak tau berita lanjut, sila lah ke blog ben ini. 

Monday, January 17, 2011

tengok balik sapa yang hampa add kat facebook

 Social network users now easy targets for criminals

PETALING JAYA: Forget about bringing criminals to book, the crooks are themselves going to the book – Facebook, that is.
Many are targeting Malaysians – via their personal details posted on Facebook.
They are lifting information such as addresses, telephone numbers and even photographs for crimes ranging from drug trafficking to blackmail and sexual harassment.
Experts have criticised Malaysians for being too naive in accepting “friendship” requests from strangers.
Last year alone, some 400 crimes involving Facebook were reported to a cyber security group.
The trend is worrying because an international survey last year revealed that Malaysians had the most number of friends on social networking websites like Facebook with an average of 233 each – and spent up to nine hours each week logged on.

source: the star online 

cek kenal dua tiga orang kawan yang suka sungguh add sesiapa saja di facebook. rasanya cita-cita dia nak samakan rekod friends lady gaga. malangnya kawan cek ni cuma seorang penyanyi di fun fair dan karaoke saja. dan kalau dia pakai macam lady gaga, memang saheh la ramai akan add dia. silap-silap orang gelar dia boy george malaysia. ya.. kawan cek chun tu lelaki.

tapi setakat ni, belum ada lagi cek dengar dia kena tipu di facebook. rasanya friends dia yang dah mencecah  ribuan orang tu pun muak baca status yang diapdet tiap jam. dah macam twitter dah layaknya. sampai nak masak nasi untuk buat nasi goreng cendawan pun distatusnya. harap-harap lepas ni, tak adalah status 'sedang bergayut bersama awek yang baru dikenali di fb' ditaipnya.

berhati-hatilah bila nak add sesiapa saja di fb. cara paling mudah, buat dua akaun. satu untuk family dan kawan rapat manakala satu lagi untuk anda berlagak diva @ artis in the making @ kenal-kenal di cyber @ ikut suka la sebab apa pun anda nak buat akaun kedua ini. jangan secara terang-terangan meletakkan maklumat peribadi anda.kang kena stalk naya.

kalau rasa anda tak cantik macam gadis-gadis shawl, anda silap. kecantikan itu berbeza pada setiap individu. kalau dah ada yang sukakan anda, tak mustahil hari-hari distalknya anda. alam cyber boleh dibawa hingga ke realiti. itu sudah pasti.

selain orang yang tak dikenali, paling cek tak suka, time cikgu-cikgu add murid. tolong lah. nak add murid boleh. tapi buat lah akaun lain. tengok sendiri la cara anda apdet status. semua bergantung kepada mood masing-masing.

tengah gembira -
  • eaa.. bestnya dapat handbag baru. tq hubby. 
  • wuhuuuu.. projek berjalan lancar. 
  • besok meting port biasa. close deal bro. masyukkk..hahahaha
tengah sedih
  • moga Allah damaikan hati ni..
  • duduk seorang kat rumah. huhuhuhu..hubby tak balik lagi. 
  • sampai hati mereka. kerja kita buat, depa yang dapat nama :( 
tengah marah
  • bodoh!! bab* ingat lawa ka buat perangai macam tu.
  • gamp**** , si**, keja macam tu pun tak boleh buat ka?????
dan setelah terpapar status di wall, maka akan berkerumunlah anak-anak murid bertanyakan berita.
  • kenapa cikgu? 
  • sapa marah kat cikgu nih? 
  • cikgu marah kat sapa?
  • cantiknya beg cikgu...
  • sabarlah cikgu. Allah bersama orang yang bersabar. 

watdehey. yennadey. macam tu ka kita nak bagi anak murid baca. fb tu tempat untuk sesama kita. bukan untuk budak-budak bawah umur. biar mereka berfb sesama mereka. kalau cikgu-cikgu nak membimbing. elok buat satu lagi akaun untuk tujuan itu. mungkin sekarang kita tak letak semua status-status macam yang ditulis kat atas tu. tapi the day will come. cek sendiri yang malu bila baca anak murid menasihat guru. dah terbalik. tolong ya. semak balik sapa yang hampa add dalam facebook itu.

entry khas untuk yang sedang hangat dilamun chenta


Are u in luv with someone
When you are together with that special someone,
You pretend to ignore that person,
But when that special someone is not around,
You will look around to find them,
At that moment, you are in love.

Although there is someone else who always makes you laugh,
Your eyes and attention will go only to that special someone,
Then you are in love.

Although that special someone was supposed ta have called you long back,
To let you know of their safe arrival,
Your phone is quiet,
You are desperately waiting for the call,
It is clearly to say that you are in love.

If you are much more excited for one short e-mail from that special someone than other many long e-mails,
You are in love.

When you find yourself as one who can not erase all the messages in your answering machine because of one message from that special someone,
It could not be denied that,
You are in love.

When you got a couples of free movie tickets,
You would not hate to think of that special someone,
Then, you are in love.

You keep telling yourself,
"that special someone is just a friend,"
But you realize that you can not avoid that person's special attraction,

At that moment, you are in love.

While you are reading this page,
If someone appears in your mind,
Then you are in love with that person.

p/s:Love is when you found chemistry with someone whom can be referred as soul mate and ready to start a life where your heart and soul stay together

cc: to dak ijau, this one for u. ahakss :p 

are u one of the smart people?


The power of human mind

Can you raed tihs? 
Olny srmat poelpe can. 
I cdnuolt blveiee taht I cluod aulaclty uesdnatnrd taht I was rdanieg. 
The phaonmneal pweor of the hmuan mnid, aoccdrnig to a rscheearch at Cmabrigde Uinervtisy, it deosn't mttaer in waht oredr the ltteers in a wrod are, the olny iprmoatnt tihng is taht the frist and lsat ltteer be in the rghit pclae. 
The rset can be a taotl mses and you can sitll raed it wouthit a porbelm. 
Tihs is bcuseae the huamn mnid deos not raed ervey lteter by istlef, but the wrod as a wlohe. 
Amzanig huh? Yaeh and I awlyas tghuhot slpeling was ipmorantt!

 

Sunday, January 16, 2011

kellie's castle yang penuh misteri

 kagum seketika tatkala melihat istana ini dari kejauhan. sungguh gah tersergam. makin indah kalau dapat disiapkan seperti yang dirancang. istana william kellie smith ini dibina di tengah-tengah ladang getahnya di batu gajah, perak. mula dibina selepas kelahiran pewaris yang ditunggu-tunggu oleh kellie.
  ketaksuban kellie pada agama hindu telah menyebabkan beliau mengambil seni bina dari India untuk rumahnya ini. malah batu bata juga diimpot dari sana. terdapat terowong bawah tanah yang menghubungkan kuil hindu yang berdekatan dengan istana.
bahagian atas istana

 di menara yang tinggi ini terletak lif dalam rumah yang pertama di tanah melayu. kellie juga memasang impian untuk membina padang tenis di tingkat dua. di tingkat atas sekali merupakan tempat untuk berhibur, melayan tetamu sambil melihat kawasan naugan beliau. cerita pembinaan istana ini sungguh gah hingga mendapat tempat di akhbar London Financier pada november 1911.
di lorong inilah dikatakan bayang-bayang jelmaan kellie sering kelihatan. mungkin tak sanggup meninggalkan istana kesayangan. who knows..
pandangan dari atas istana. sanyup mata memandang
nak tahu lebih lanjut pasal istana ini? klik saja di wikipedia dan info dari kerajaan negeri perak ini

Saturday, January 15, 2011

thanks nuffnang

 
 seronok pula tengok earning baru nih.
tetiba mata dah nampak tanda kaching!! 
$ $ laa.
tak sangka, ada juga yang klik iklan tu ya.
thanks to the anon.
u rock ahh.

impian nak membeli semakin hampir nampaknya.
tak sia-sia cek letakkan iklan dalam ni.
jom sapa nak ikut cek p shopping?

buat ramai ja cek chun ni. hehehe..
tapi excited la tengok earnings makin bertambah.
sen by sen.
lepas la nak beli kicap kipas udang original.
duit blogging beb.
bukan duit minta suruh orang klik.

seronok seronok juga.
motif asal berblogging jangan lupa.
jangan dikejar traffik sampai niat asal terpesong.
jangan jadikan blog medan merapu yang penuh dengan perkataan lucah ala-ala porno.
paham tak tu cek chun???
cc: tetiba teringat lagu Kaching! by Shania Twain

pictha: http://www.cartoonstock.com

momentum..sila kembali segera

memang betul la. bila dah mula bersekolah, habis semua blog melayang. nak menulis punya la seksa (ayat bombastik disitu). kerja yang bertambah, jawatan pun banyak, maka balik selalu dah lambat. bila dah lambat selalu la penat. bila dah penat nak buka lappy pun payah dah. bila dah payah, macam mana nak menaip di blog?

cek chun sendiri perasan. masa cuti lepas, bukan main sakan apdet entry. yelah.. dok saja kat rumah. nothing to do. setakat masak dan kemas rumah. laju la menulis. seronok sebenarnya menulis di blog ni. sumber aliran kreatif. kalau suka, ada la orang lain yang baca. kalau depa tak suka, tuan blog saja baca. tak ada sapa yang rugi disini.

sebab tu cek sangat respek para ibu terutama yang bekerja. tak kira la jadi cikgu ka, jurutera, kerani atau wartawan. kerja di opis dah penat, balik rumah kena sinsing lengan dan memasak, mengemas, membasuh apa yang patut pula. nak tengokkan anak lagi. kalau dah 4-5 orang? tak kena double flat. itu tak masuk dengan baby besar lagi. syukur lah kalau baby besar rajin menolong. kalau jenis order saja, jenuh!!

harap-harap lepas ni, kurang lah sikit sibuk itu. kelmarin pusing tiga buah sekolah dalam daerah ni. cari buku teks untuk budak-budak. penuh dah buku dalam kereta. sampai cekgu sekolah tu kata - lepas ni boleh buka koperasi ni. lol. apa saja demi anak-anak terchenta.

p/s nampaknya jualan RAPI febuari ni bakal mencanak naik. nak tau kenapa? beli saja laa :p

notis pendek saja

semua kandungan merupakan luahan rasa cek yang tak seberapa. kalau ada yang cek cedok saja, insyaallah akan diletakkan link atau url tempat kopipes dijalankan.

gambar adalah milik persendirian. lagipun bukan cun mana pun kalau korang nak ambik. kalau berkenan jugak, sila la buat link ke blog cek noo.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...