Showing posts with label aiskerim. Show all posts
Showing posts with label aiskerim. Show all posts
Sunday, June 5, 2011
Strawberry Dew..
Assalamualaikum...
sesi mengabiskan strawberi part 1..
di entri ni, saya ada citerkan kisah tragis strawberi yg kami petik dr ladang arituh..
menitik2 air strawberi laksana jus merata-rata sementara nak sampai ke umah..
so balik tuh, gerak gempur la saya di dapur, misi menyelamatkan strawberi ni..
godeh godeh internet, jumpa satu resepi ni..
sangat simple dan saya tak penah buat lagi...
hasilnya sangat sangat mabelesss....hihihii...:D
terima kasih pada (kak) Kenari..
izinkan saya tepek2 di sini plak ek...:D
STRAWBERRY DEW
- sumber Kenari@TryMasak
Bahan-bahan
- 2 sudu besar gula
- 200g nature yoghurt tanpa perisa
- sedikit esen vanille
- sedikit air limau
- Vanille Eis Cream 1-2 scoops *saya tukar aiskerim Milo
- 200g strawberry
Cara-cara
1. Masukkan gula,air limau dan esen vanille kedalam yoghurt dan kacau hingga sebati.
2. Bersihkan Strawberry dan blend hingga halus.Tinggalkan sedikit untuk hiasan jika suka.
3. Masukkan youghurt kedalam gelas atau bekas dessert.Letakkan 1-2 scoop eis cream keatasnya, tuangkan starwberry sauce, hias dengan strawberry dan taburkan sedikit kacang hazel....dah siap untuk dihidang! yummy yummy
Tuesday, May 31, 2011
Aiskerim Lagi dan Lagi...
assalamualaikum...
short entri..saje nak share aiskerim Milo anda jadi sihat dan kuat ni pada semua..
sebenanye resepi asal aiskerim coklat..
tapi rakyat jelata kat umah ni request nak perasa milo plak..
saya buat half adunan..saje nak test test dulu..:)
hummmmm memang terangkat la...tambah2 lak time camni yg dah nak masuk summer..
time kasih banyak2 ros yang share dlm Jintanmanis...
AISKERIM MILO (asalnya Rich Chocolate Ice Cream)
Sumber resepi dari buku masakan Chocolate Katherine Edelston
Di edit oleh Ros@Jintanmanis
Bahan-bahannya
400ml whipping cream
100gram coklat masakan *saya tukar 2 pek milo panjang2 tu..
2 sudu besar serbuk koko@ 2 sudu kecil coklat emulco *saya tak letak
1/2 cawan gula
2 biji telur
2 biji kuning telur
50ml susu segar
Cara-caranya
1. Potong kecil-kecil coklat masakan, jika menggunakan serbuk koko, campurkan sedikit air panas supaya menjadi pes, di dalam periuk masukkan 50ml susu segar dan 50ml whipping cream bersama coklat masakan serta pes koko, biarkan coklat larut dan ketepikan, pastikan api yang digunakan perlahan dan haruslah sentiasa dikacau. Setelah semuanya larut dan sebati, tutup api dan ketepikan.
* Saya campurkan serbuk milo dan susu segar, larutkan mcm step kat atas
2. Kemudian di dalam bekas lain, satukan telur dan kuning telur serta gula, pukul sedikit menggunakan hand whisker, satukan bancuhan coklat cair tadi dan kacau sebati, selepas itu, panaskan air didalam periuk dan masak menggunakan cara double boiler, kacau sehingga adunan menjadi pekat. tutup api dan sejukkan sebentar.
*saya pastikan adunan betul2 sejuk, baru campurkan dengan whip cream yg dah dipukul
3. Di dalam mangkuk adunan pukul baki whipping cream sehingga creamy dan kental, akhir sekali satukan adunan coklat dan kacau hingga semuanya sebati, sejukkan di bahagian freezer peti ais sekurang-kurangnya 4 jam atau semalam. Sedia untuk dinikmati bersama sos coklat dan badam cincang. Selamat Mencuba.
Saturday, May 21, 2011
Aiskerim Lagi..
assalamualaikum..
selamat berhujung minggu buat semua..
skarang cuaca tak menentu di sini, last week hujan renyai so suhu turun dlm 13 darjah camtuh..
tapi hujan pon takde la mcm di Msia..renyai halus-halus setakat basah jalan aje..hehehe
arini plak, Sabtu (Samstag) panas, 25 darjah..
pening plak kepala dok lelama kat luar..huhuhu
layan aiskerim memang menarikkk...heheheh :D
simple aje resepinya, saya ikut puan ros ni, buat 2 perisa..strawberi dan vanila..
tapi tak bape jelas plak bila snap gamba..hihihhi
time kasih ros, izinkan saya tepek tepek di sini plak ye..:D
HOMEMADE ICE CREAM
- sumber Cookpad.com, ditranslate oleh Ros@JintanManis.com
Bahan-bahan
3 biji telur
200 ml whipping cream
80 gram gula
2 sudu kecil esen vanila ( ni ros tambah)
sedikit esen strawberi dan pewarna merah (juga ditambah)
Cara-caranya
1. Asing putih dan kuning telur, kemudian pukul putih telur hingga menjadi meringue.
2. Di dalam bekas lain pukul pulak whipping cream sehingga menjadi krim, tapi tak perlu terlalu kental.
3. Kemudian pukul pula kuning telur dan gula, hingga kembang dan putih, akhir sekali campurkan ketiga-tiga bahan tadi dan masukkan esen vanila, gaul dengan spatula atau handmixer, pastikan sebati. Simpan di dalam peti ais sehinga aiskrim keras dan sedia untuk dihidangkan.
Nota dari Ros: Ros bahagi dua adunan aiskerim ni, satu letak perasa strawberry dan satu lagi perasa vanila..
Monday, May 16, 2011
Homemade Aiskerim..
assalamualaikum..
aiskerim ni kalu di german derang panggil Eis..
best giler makan time cuaca panas..
arituh la, izzah dok request eis ni, pasal kami ada gak makan di kedai eis, ada yg non-alcohol tp kalu amek sepinggan tuh dlm 5 euro gak..
so sbb takleh nak pulun eis kat kedai selalu kan, terpaksalah saya merajinkan diri..hihihi..
tapi versi saya ni tak la sesedap yg kat kedai tuh, cuma cukup la buat lepas gian...hehehe
tapi aiskerim yg saya buat ni kengkadang jadinya lembut, kengkadang jadinya terkeras skit..
nasib baik masuk dlm mulut cair gak, so buleee la kan...hihihi :P
AISKERIM STRAWBERY (asalnya AISKERIM TEMBIKAI)
- sumber Nadia@MyResepi
- dishare bersama: Ros@Jintanmanis
Bahan-bahannya
300cc tembikai ( ros guna 200ml - saya pakai strawberi fresh)
1sb madu ( x letak)
300cc fresh cream ( ros letak 200ml)
3 sb gula halus ( 2 sudu besar)
Cara-cara
1. Masukkan madu dan tembikai ke dalam food processor. Mix sampai jadi jus
2. Pukul fresh cream dengan gula selama 5 minit. ( ros pukul sampai creamy dan agak kental)
3. Masukkan tembikai ke dalam fresh cream. Kacaukan.
4. Bekukan dalam freezer
5. Bila aiskrem hampir beku, keluarkan dan kacau/pukulkan. Ulang 2-3 kali. ( ros pukul sekali je, pastu terus simpan dalam freezer- kes malas nak pukul banyak kali lah ni hehheehe - dah chekgunya males pukul byk kali, anak murid pon males jugek..hihihi :P)
Subscribe to:
Posts (Atom)