entri kali ni saya nak share tentang pasaraya barangan harian dan stail promosi di German..
hidup sebagai full housewife di sini, salah satu skop 'kerja' saya adalah beli barangan harian hehehe..
kebiasaannya saya membeli sendiri dan jalan kaki kerana pasaraya2 ni dekat je dengan umah..
di kawasan umah saya ni, pasaraya yg paling dekat dengan rumah saya ialah Penny (120 meter), Edeka (260 meter) dan Aldi (500 meter)..
Saiz pasaraya ni biasanya dlm satu bangunan yg sederhana besarnya, dan banyak di dalam sesuatu kawasan tu. contohnya dlm Duisburg ni, ada 4 pasaraya Penny, ala ala Tumas Manja kat Kuantan tu hehehe....
barang yg dijual biasanya barang2 makanan, basah dan kering, beku dan tak beku. pakaian or barang elektrik or kuali dll biasanya dijual time ada promosi sahaja..
Penny
Aldi
dan ada jugak pasaraya dalam bangunan besar, contohnya REAL, Kaufland dll, kadang2 jauh skit dr kawasan perumahan dan dalamnya ada kedai2 kecik..ala ala Giant tu hehehe...
barang yg dijual, selain barang2 makanan, biasanya ada jual peralatan elektrik, pakaian dll..
REAL
masa urusniaga plak Isnin - Sabtu sahaja. Ahad kebanyakan kedai kat German ni T.U.T.U.P
dan ada pasaraya yg bukak seawal 7 pagi dan tutup pukul 10 malam..
pasaraya di sini kebanyakannya tak kasik beg plastik free, so biasanya kita akan bawak beg plastik siap2.. macam saya, selalunya lea akan volenteer bawak beg shopping ni..(masa pegi je la, tengah kosong hehehe)
di sini biasanya promosi dengan katalog, setiap minggu akan sampai katalog kat post box..
then, promosinya dari seminggu ke seminggu..yg biasanya buat sale tengah, hujung tahun, or sale penghabisan stok tu biasanya hanya pasaraya barangan biasa (baju, perabot dll)
biasanya kat katalog akan ada tulis dr berapa hb ke berapa hb..
contoh di bawah ni, dr 24 - 29 September 2012
kalau barang2 yg HOT tu, kena serbu hari Isnin pagi2 tau.. sbb kalau pegi Sabtu, hehehe ikut nasib la..:P
dan banyak2 pasaraya harian ni, ada ranking murah dan mahal dr segi harga barang..ada jugak ranking dr segi kepelbagaian barangan..
contohnya, kalau di Duisburg ni, antara pasaraya murah ialah Penny, Aldi, Lidl tapi pasaraya yg dlm kategori murah ni, biasanya kurang kepelbagaian nya..huhu..
kerana stail di sini, setiap pasaraya ni akan keluarkan produk sendiri, jadi produk sama tp jenama lain tu kurang la variasinya...
kalau pasaraya yg besar macam Edeka dan REAL tu, kadang2 harga barangan mereka mahal sikit tp lebih banyak pilihan..so mana mana pon ada pro & contra nya...hehehe
dan kalau dekat2 perayaan standard di German ni, biasanya semua pasaraya akan buat promosi benda yg lebih kurang sama...
contohnya New Year, semua akan berlumba2 jual mercun...i likeeeee....hehehe
dan skarang ni, tak lama lagi Holloween (Oktober), so banyak la jual benda2 sereeeemmmm ni, walaupon Duisburg tak sambut (baca: tak coti)...yg ni i tak like...huhuhu
promosi Halloween kat Aldi
promosi Halloween gak kat Penny
dari segi kualiti or mutu plak, kalau jenama standard yg ada di mana2 pasaraya tu, mmg la kualitinya kita sedia maklum..
dan kalau produk keluaran pasaraya tu sendiri, biasanya mana2 pon lebih kurang. contoh macam susu segar, tepung gandum or air mineral.. (tak tahula orang lain, kalau saya sama je rasa susu segar Penny dengan susu segar Aldi huhu)
cuma kadang2 macam tisu toilet, tisu dapur tu saya memilih jugak....hik hik hik
harga?
tentulah produk keluaran pasaraya tu sendiri lebih murah dr produk jenama lain..muahahaha....
tp apapon, biasanya harga produk sendiri sesuatu pasaraya tu sama je dengan produk jenama pasaraya lain, contohnya susu segar keluaran Penny dengan keluaran REAL sama harga €0.51
ni contoh barang yg dipromosikan..
biasanya kat sesuatu pasaraya tu, ada section barang €1..
TOM TOM Navi System €119
Sabun Persil €3.99
Softlan 1 liter €1.29
Toshiba 3D Full HD LED 46 inci €798
XBox 4 GB Set + CD Soccer €198
secara personal, saya rasa sistem ni bagus. customer yg kurang duit macam saya ni leh compare barangan mana di pasaraya mana yg lebih murah...hahaha :P
mungkin barangan asas tu sama harganya, tp bila time nak membeli barang2 lain, mmg katalog ni sangat membantu tau..
dan setakat pemerhatian saya, walaupon pasaraya ni sebelah2 tp still masing2 ada pelanggan. dan contohnya di kawasan rumah saya ni ada 3 pasaraya, tp masing2 leh hidup kerana pelanggan biasanya akan pergi pasaraya yg terhampir dengan mereka (kalau hanya nak beli barangan harian biasa). macam saya akan prefer Penny dari Aldi, or takkan sanggup nak pegi Lidl yg tak tau kat mana...ekekeke...:P
dan satu lagi yg saya suka, sikap pekerja2 yg trust kita as pelanggan. susah nak jumpa pak or mak guard yg jaga kat muka pintu..
bawaklah beg besar mana pon masuk pasaraya..biasanya cashier tak cek pon (takut kita curi ke). cuma Kaufland yg selalu cek kalau kat troli kita ada plastik.
staf dia plak tak ramai dan multipurpose (bagi pasaraya sederhana). dialah cashier merangkap tukang susun barang...kalau tiba2 mesin recycle botol ada problem, dia gak yg pegi tengokkan...hahahaha...
mmm rasanya itu aje yg teringat unt ditulis. sekadar pengalaman benar unt dikongsi bersama semua pembaca dan unt kenangan saya di kemudian hari...:)