Operasi di office suami. Mereka mengadakan gotong-royong membuat pembersihan besar-besaran. Banyak yang dibuang atau dibuat hapus kira. Nasib memang baik kerana selama Rina membeli secara online, barang mesti dihantar ke office en. suami. Lebih mudah untuk tujuan serahan~ tak payah adik posto tu panjat tangga sampai tingkat 4 kalau guna alamat Rina. Sangat bertimbang rasakan...hehe
Maka ini adalah barang yang diarahkan oleh Pn. Bos en suami kepada staffnya untuk diketepikan, dibungkus dan dimasukkan ke dalam kotak. Pernah sekali kotak yang dihantar LC diminta bukak oleh Pn Boss sebab dia teringin nak tengok. Itu yang dia suda tau tu... Syukurrr..
Mari tengok, barang-barang yang nyaris dibuang ini..
Semua yang telah diasingkan .. ada sesat alas cawan dumex juga.
Cantik pinggan ni... takkan satu je? Amboiii ...jawab en suami. hehe
Pinggan dodol biru tebal ni ada 3 ketul... syukur
Alas cawan.. banyak juga tapi cawan satu pun tak de
Piring 5 roses dan twin roses...
~semua ini adalah antara pinggan mangkuk
yang diguna bagi tujuan jamuan
sekitar tahun 1970an dulu. Dengar khabarnya,
kuih dan hidangan pun dibawa
secara sukarela jika ada
apa-apa jamuan dan lawatan
untuk tetamu. Sebab itu macam2
piring ada..