Yang tudung hijau tu sahabat saya, nama dia Nureen Farhah. Sir Nik panggil dia Hah.
Jadi anak tunggal di rumah memang membosankan. Tak boleh bayang anak-anak tunggal boleh hidup tanpa adik-beradik yang serabut di rumah. Bosan tahap tak ingat sampai dah lupa macam mana perasaan bosan yang lebih membosankan. Kerja lah Sara oi. Malas !
Makanya saya telah mengimport Nureen Farhah dari Mersing untuk menemani hari-hari sunyi di rumah. Hoyyah hoyyah rutin harian terus berubah. Facebook, blog dan tumblr terus ditinggal sepi tak berupdate.
Student law UIA ni memanglah laughing machine. Kalau dia cakap, velocity tahap bullet train sampai aku tak faham, kesudahannya aku cakap 'Ooo' je. Err. Setiap masa Nureen akan ditemani kawan baiknya yakni sebijik botol air gedabak di sisi. **Tiada dalam gambar** Just letting people know, Nureen is a Herbalife businesswoman, which she applies the product to herself. Tengoklah muka dia yang glow tu, compare dengan muka aku yang agak-agak gemuk kelabu asap.
Kak Iti memang unbeatable almaklumlah newly wed.
Hari kedua, aku angkut Nureen jenguk bandar Pekan dan sekolah kitorang yang dia tinggalkan masa form 4. Angkut Hazie and Fiq sekali, then melahap di restoran makanan segera paling maju di bandaraya Pekan.
Then, di petang hari, balik sekolah semula nak join sukantara. Acara tarik tali. Geram rasa nak join bebudak Serai Abadi tarik tali masa lawan dengan Serai Harmoni. Berkerut-kerut muka. Nasib baik menang. (Sila jangan pelik, nama rumah sekolah aku memang pakai nama serai2 ni)
"Saya ingat mak-mak mana lah datang sekolah nak support anak diorang sukan" kata Cikgu Shamsul. Err.
One thing, Nureen is a good cook. Superb. And apabila dia datang rumah aku, she migrated the superb-ness to me when she taught a few new-easy recipes included a choc cake and savoury meals. Then bila dia dah balik Mersing, I tried to bake a choc cake with the same steps but it didn't turn out well. Err. Ok sedih sebentar tapi rasa kek tu boleh tahan tapi yang tak tahan nye adalah ketidakjadian kek tu disebabkan aku terlupa nak bubuh baking powder and sodium bicarbonate. Ohh terasa loser. Kalau potong kek tu dalam fridge, mau patah pisau plastik. Keras woo. Tapi tapi, sedap !
Dari Kuantan, aku angkut Nureen pergi PJ sebab ada hal di BestEd berkaitan visa. Then, ke Shah Alam jumpa adik lelakiku di MSU dan bergerak ke Meru, Klang visit my cousin yang baru mendirikan rumah tangga. Still not late to wish Selamat Pengantin Baru to Kak Iti ! Her husband, Abg Apes is a nice guy anyway.
Kemudian, on then next day, pergi Muar jenguk adinda perempuanku. Then masa berpisah adalah bila drop Nureen di sebuah bus stop di Batu Pahat so that she could take a bus to Mersing. Ok tak perlu kot bagitahu yang aku sebak time tu. Lambai dari jauh sambil cover2 muka sedih haru. Terima kasih kerana sudi menjenguk saya ye !
Ok rindu Nureen. LOVE YOU ! <3 Bye !