Wednesday, June 29, 2011

jom solat

Assalamualaikum.

Selamat Menyambut Israk Mikraj

Wait, ada sambutan ke? Ok setakat aku hidup sepanjang hari ini, langsung  takde sambutan di TV hatta di mana-mana sahaja. Sara, kau tak tengok channel Oasis kot.

Mungkin semua orang dok tumpu pada perlawanan Malaysia vs Taiwan, tu sebab tak buat apa2 sambutan. Tapi jangan dilupa, Israk Mikraj tanda termaktubnya arahan bersolat 5 kali sehari.

image003image018
image010image0010

“Mahasuci Tuhan yang telah mengIsrakkan hambaNya dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang Kami berkati sekelilingnya ...” (Surah Al-Israk:1)


Haa kamu ! Dah solat belum?

Tuesday, June 21, 2011

nikmat

Nikmat penglihatan salah satu nikmat yang wajib disyukuri. Alhamdulillah kerana sehingga ke hari ini, kita masih berupaya menikmati keindahan alam ciptaan Allah kalau tak, takkan aku mampu mengarut-ngarut di belog kesayangan ni

"Betullah orang kata, hati si buta lebih terang dan bersih dari si celik sebab tak melihat perkara-perkara yang tak sepatutnya di sekelilingnya."

Berikut merupakan kata-kata seorang budak yang kebosanan di rumah yang baru insaf lepas menjalani latihan marathon drama melayu leleh-leleh tahap tak ingat bertajuk Hani. Haku memang tak suka lah leleh-leleh ni tapi haruslah leleh apabila menonton drama melayu sedih-sedih kang mak aku pelik tengok anak dia tengok drama macam tak berperasaan. But but tak boleh lawan ratu air mata nan seorang. Haaa you jangan sengih-sengih. 

Ceh ceh bulu mata melentik gtuh

Sungguh haru cuti 3 bulan ni. Mahu kerja namun malas ehh  orang tak mahu berpekerjakan aku. Ahh alasan. Cuti 6 bulan lepas SPM dulu pun tak sebosan ni. Mungkin sebab ada adik-adik yang serabut  di rumah yang boleh buat teman meround town cuci mata di kala weekends and lawan game online kat facebook. Adik-adik juga ada untuk menserabutkan rumah then aku ada kerja untuk mengkemaskan rumah. Nampak sangat aku ni rajin. Habis tu, baju 2 bakul tak berlipat tu apa? Hey shadap you ! 


Heyy ni bukan bilik aku !

Hari-hari layan rutin yang sama jek kat rumah. Hari-hari dengar suara Jesse McCartney. Hari-hari kat dapur, ceh ceh nak bagitahu jugak. Heyy you Nureen, you made me fall in love with Yiruma lahh. Gila soothing 'River Flows in You', memukau-mukau. 

In conclusion, aku harus create sesuatu untuk mengisi masa yang terlalu lapang ni. 

Masa yang lapang juga satu ujian. 
Ingat lapang sebelum sempit.


p/s : Terasa loser sebab baru bukak khazanah drama melayu yang dah lapuk zaman P. Ramlee. Tak pernah sangka drama melayu pun ok jugak untuk dilayan bagi mengubati kebosanan. Drama-drama yang bertuah adalah seperti Nur Kasih, Adamaya dan Nora Elena yang jiwang karat geli-geleman tapi aku tengok jugak.

Saturday, June 18, 2011

...



Geram aku tengok budak ni gelak. Rasa nak tampar ehh cubit2.

Terasa jugak nak gelak tak ingat dunia macam tu bila tengok lawak Jozan tapi memandangkan aku seorang yang sopan-santun maka aku tangguhkan dulu niat tu. 


Tapi-tapi ...

Cuba bayangkan bila kita gelak-gelak sampai guling-guling then kejap-kejap lagi Allah pun panggil. Tak sempat pun nak istighfar. Woo takut. Budak ni takpe lah, dosa pun takde lagi. 

Ajal maut tak kira usia, takkan ditangguh atau dipercepat walau sesaat. Semalam kita dapat tahu yang seorang kawan sakit, masuk hospital, tengok-tengok petang tadi dah takde. Kelmarin elok-elok jek kita main kejar-kejar dengan seorang kawan, alih-alih dapat mesej dia dah takde. Kun fayakun. Itulah iradat ALLAH. Kehendak DIA, kita takde kuasa untuk menjangka, sesungguhnya ALLAH maha mengetahui. Kadang-kadang terasa perjalanan hidup ni panjang lagi, tapi kita tak berdaya nak estimate bila penghujung perjalanan hidup kita. Mungkin hari ini?

Sekadar nak mengingatkan diri-sendiri sebab baru menerima berita pemergiaan seorang kenalan di kolej. Alhamdulillah diberi peluang menziarahi arwah beberapa jam sebelum beliau pergi. 

Semoga arwah Afiq Aiman dicucuri rahmat-NYA dan tergolong dalam kalangan para syuhada'. Semoga segala amal dan ibadatnya diterima Yang Esa. 


Tuesday, June 14, 2011

Dia ialah ...

Bila dah bosan tahap tak tahu nak buat apa kat rumah maka aku click new post di blogger.com dan cuba menggagahkan diri menerbitkan entry bernas untuk tatapan diri sendiri.

A few days past, someone forced asked me to talk about her here. Maka aku pun terpaksa dengan relanya menerima permintaan beliau. Ohh tidaklah, aku memang nak bercerita pasal minah sorang ni sebab, sebab, sebab ...










She was the best roommate of mine ever !
Haruslah 'was' sebab roomate aku sekarang Cik Berok ni.











Named Wan Sharmaine gives a picture of Kelantan behind. Well, she is truly a Minah Kelate sebab time Kelantan kalah dengan Terengganu dalam Final Cup haritu pun sedih gile2. Takpe Ninie, orang yakin Ninie boleh ganti tempat Khairul Fahmi satu hari nanti. Yang tu yang awak nak kan? Hee ...

We've been roommates for a year and another year in KMS, we moved to separate rooms. Ok memang sedih sebab terpisah dengan orang yang kita boleh go on well. She's someone who respects one's privacy so well. The moment she saw something wrong with me inside, she wouldn't directly ask at that instance, she'd wait till all cools down, then only she'd approach. I appreciated her way so much. 

Ok teringat time aku demam sem 1 dulu, minah ni paksa aku makan ubat. Macam mak mak lah you.  Medicine is not something easy to be swallowed unless when harsh headache comes to attack. Sakit gigi too. Aku rasa aku genetically bermasalah dengan gigi sebab sekarang pun terasa tooth aching. 

Ninie is a future dentist. One thing yang aku musykil ialah she's soft-hearted, tengok elephant show pun leleh, macamana nak cabut gigi manusia? Apa2 pun, praying for the best for your future. 

All in all, orang nak minta maaf kat Ninie if you have felt offended bila bercakap dengan orang bermuka kurang perasaan ni. (Dia selalu cakap aku takde perasaan and sombong) But I'm certain that you know me quite better than you see me physically kan. 

Love you forever Ninie ! <3 sila jangan leleh baca entry ni =P

Monday, June 13, 2011

nilai berjabat tangan

Ok rumah dah kosong. Adik-adik semua dah balik ke tempat belajar masing-masing. Selamat meneruskan perjuangan kepada Abe, Abby dan Wina. Nasib baik ada kawan2 baik bernama laptop Lenovo dan lcd Samsung  menemani hari2 sepi ditinggalkan di rumah seorang diri. Kawan2 alam maya dan komen2 facebook juga banyak membantu sampai nak asapkan dapur pun liat

Semalam dua kali berulang-alik ke terminal bas nak hantar adik-adik. Adik laki aku balik Shah Alam dengan seorang kawan dia and aku tak suka kawan dia. Suka hati kau je Sara tak suka budak tu. Memang patut, sebab masa aku sampai di platform bas tu, tangan kanan dia pegang sepuntung rokok. Bila nampak parents aku, dia beredar dari tempat tu.

Aku kan bersangka baik,  ingatkan dia nak buang rokok tu then nak salam ayah aku. Ohh nehi nehi. Bila dia datang balik, dia buat donno jek. He gave me a totally negative impression about his internal personality. Di mana adab terhadap orang tua? Susah sangat kot nak hulur tangan pada bapa seorang kawan. Maaflah aku ni berprotokol sikit, kan Encik Adzrul. But this is not what we call protocol tapi nilai adab dan rasa hormat terhadap orang tua. Kadang-kadang isu kecil macam ni boleh jadi isu besar di mata aku sebab dari kecil, aku dididik untuk ringan menghulurkan salam termasuk ibu kawan-kawan aku. 


Aku sangat suka tengok seorang sahabat menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ahli keluarga sahabatnya. Nampak keikhlasan dan nilai sebuah persahabatan kerana Allah. Terlihat di situ dialah sahabat yang boleh membimbing dan menghulurkan bantuan bila sahabatnya dalam kesusahan bukan sekadar bersahabat bila nak enjoy. 

Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
p/s Tiba2 teringat nasi ayam mak Shura.

Friday, June 10, 2011

ugut?

Seeepooky ...

Pernah ada pengalaman ditelefon then diberitahu anda disaman?

Mygod that really happens on me !

Disebabkan aku terlupa nak beritahu pihak sebuah syarikat ni untuk membatalkan perjanjian yang aku buat 2 tahun lepas, aku disaman. Perjanjian yang aku kira bawah ingatan dan sedar. It might be my own fault la kot sebab tak baca betul2 details dalam kertas perjanjian tu tapi setahu yang aku ingat, I did read them all ! In some ways, I'm quite particular dalam bab ni tapi ape kes aku boleh terjerat dalam benda ni ek? Ok masa tu baru 17 tahun, kira belum matang lagi and tak notice apa long-term effects akibat perbuatan menandatangani dokumen yang tak penting without parents' knowledge. But how can you expect from a 17-year old girl to understand all and after 2 years, dia disaman sebanyak RM10 000? Nak korek celah mana duit banyak tu? Celah gigi kau boleh? 

Alhamdulillah mama dah tanya Auntie Juliet, peguam yang juga kawan mama di TKC dulu untuk tanya hal berkaitan ni. As far as I've been informed, perkara ni mungkin satu ugutan and I've been cheated. Takkan senang2 jek pihak syarikat tu nak mintak RM10 000 sekelip mata dari seorang budak yang masih bergantung kepada saraan ibu bapa. Kalau betul la aku disabitkan untuk kesalahan tak ikut perjanjian, mana semua hak aku sebagai pelanggan syarikat tu yang aku sepatutnya dapat selama 2 tahun ni? Mana short notice sebelum saman? Penat jek aku leleh.

Pesanan untuk semua dan diri sendiri, berfikir sebelum bertindak. Eventhough in some sides, that matter may look silly, jangan mudah terjerat macam aku. 

Hope for the fair judgement.

Wednesday, June 8, 2011

PUIO

Banyak benda berlaku yang nak dicerita tapi tak tahu nak susun ayat macam mana.




Sara Sara bes tak BTN ?

Kuarters KLIA Nilai tak bes, kalau Savannah Hill Ulu Tiram bes. Mana satu kau nak?



Oops tetiba terasa nak share something. Masa ice-breaking LDK di BTN, setiap ahli group diminta describe pengalaman manis masing2. Maka aku tak terkecuali maka aku pun cerita pengalaman manis aku adalah sewaktu menerima offer letter daripada pihak universiti yang aku nanti-nantikan bagai menanti bulan jatuh ke riba selama sebulan.

Masalahnya offer letter dah dapat, tapi nak mereply tu punya la malasss. Haa kau ! Jangan nak menuduh aku malas tak bersebab . Ada sebab okayy. Sebab dia demand 10 pieces of passport photos with white background and aku tak cuci2 lagi photos tu sebab malas. Nak pergi kedai and post office pon malas ehhh takde masa. Mama selalu kata aku suka buat kerja last minute. Haaa memang betul ehh salah la ma. Ok janji pagi esok nak pergi post office.


Aku memang suka taruk benda alah garis2 ni.