Saturday, January 23, 2010

kisah aiskrim

Bahang menghasilkan peluh mencurah ke badan Alef.
"Ma, nak aiskrim !!!"
"Jom, gi kat depan, ada Baskin Robbin".
Bukan setakat aiskrim, BR Cookie Explosion With Orea pun Puan Jamilah belikan utk anak kesayangan dia. Black forest di tangan kanan.

Apa sebenarnya Baskin Robbins ni? Sekadar sebuah syarikat aiskrim dengan beverages yang pelbagai?


"Bukan susah utk menakhluki pemikiran orang Islam di Asia Tenggara", kata pengamal kuat Yahudi.
Mari sama-sama kita renungkan....

Friday, January 22, 2010

Kenali mereka.....

Siapakah beliau?

Ali Jum'ah Picture

Syeikh Ali Goma'a adalah Mufti Besar Republik Arab Mesir. Beliau merupakan penguasa Sunni kedua tertinggi di Mesir selepas Syeikh Tantawi dan adalah salah seorang daripada ulama terkemuka di dunia. Sebelum dilantik menjadi Mufti, beliau adalah seorang profesor undang-undang di Universiti Al Azhar. Syeikh Ali bertanggungjawab mengendalikan Dar Al-Ifta' Al-Masriyyah, iaitu sebuah lembaga kajian hukum Islam yang terkemuka, di bawah Jabatan Kehakiman Mesir, yang mana bertanggungjawab untuk meluluskan peraturan-peraturan rasmi agama. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai beliau sila lawati AliGomaa.net.

Kenali tokoh ini:

Gambar Sheikh Jibril

Beliau adalah Syeikh Muhammad Muhammad Sayyid Hasanin Jibril ataupun lebih dikenali dengan nama Sheikh Jibril. Dilahirkan di daerah Qalyubiyah, Mesir. Berasal daripada "keluarga Al-Quran" kerana ayahnya serta adik-beradiknya kesemua mereka menghafaz Al-Quran. Keluarga mereka bukan sahaja terkenal dengan kebolehan menghafaz Al-Quran dengan baik bahkan mereka juga mempunyai suara bacaan Al-Quran yang sangat fasih dan merdu. Untuk mendengar bacaan Sheikh Jibril, silalah lawati laman web Jebril.com.

Klik di sini untuk pilihan doa-doa harian

Monday, January 18, 2010

sempurnakah wuduk?

Salam alayk

Entry ini ditulis selepas sehari mendengar tazkirah berkaitan wuduk daripada Ust Sofi di surau Al-Furqan KMS

Memang satu topik yang aku kira patut dibicarakan disebabkan ada segelintir yang seolah-olah memandang remeh soal wuduk, aku tak terkecuali. Hakikatnya, wuduklah penentu solat diterima atau tidak. Khusyuk mana pun solat kiranya tidak disertakan wuduk yang sempurna, maka tak sempurna solat itu.

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a., katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w.:” Luas telaga ku pada hari kiamat lebih dari jarak Ailah1) dan ‘Adan’ airnya lebih jernih dari salju, lebih manis dari madu bercampur susu, bejana-bejananya lebih baik dari bintang di langit; Aku melarang umat selain umat ku yang akan datang minum di situ, sebagaimana seorang yang menjaga unta-unta orang lain yang akan minum dari telaganya; Ditanya Rasulullah s.a.w.:” Dapatkah tuan mengenal kami ketika itu?” Jawab Rasulullah s.a.w.:” Ya, ialah dengan bekas wuduk yang gilang-gemilang di muka mu sebagai tanda yang diistimewakan dari umat-umat yang lain.”
(Muslim)

Huraian
Allah SWT berfirman yang maksudnya:” Pada hari ketika kamu melihat orang Mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): Pada hari ini ada berita gembira untukmu, iaitu syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang banyak (al- Hadid:12). Sesungguhnya bekas-bekas basuhan air wudhu’ di wajah kita menjadi penyeri kepada wajah. Begitu juga setiap amal soleh yang kita lakukan adalah penyeri kepada akhlak. Semua himpunan cahaya ini adalah lambang keserian iman yang akan menerangi hidup seseorang di dunia dan akhirat. Syurga indah sedia menanti mereka di sana. Maka alangkah ruginya jika kita terkecuali daripada golongan yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w di dalam hadis di atas. Namun manusia lazimnya selalu leka dalam mengejar nikmat dunia yang sementara di hadapan mata mereka berbanding nikmat akhirat yang indah dan kekal abadi. Sesungguhnya janji Allah SWT tetap benar dan hanya orang yang sabar sahaja akan dapat mengecap nikmat kebahagiaan yang dijanjikan-Nya itu.


-Hadis sisipan Iluvislam...

Kata ust Sofi, kalau boleh, pastikan kita sentiasa dalam keadaan berwuduk, suci walaupun ketika waktu tidur. Hikmahnya, wuduk penghalang gangguan syaitan.
Teringat satu kisah seorang sahabat (aku tak ingat nama dia). Beliau seorang yang sangat menjaga wuduk, dipastikan dirinya sentiasa dalam keadaan suci. Setiap kali mengangkat wuduk, beliau akan mengerjakan solat sunat dua rakaat. Kalau tiba-tiba terbangun tengah malam, terus berwuduk, solat sunat 2 rakaat. Apabila dibangkitkan kelak, mukanya sentiasa bercahaya.
Cuba reflek pada diri kita, adakah kita benar-benar memastikan diri sentiasa dalam keadaan suci?

Wallahu a'lam

Monday, January 11, 2010

... apa nak kata ...

Isu ini bukan isu biasa, tapi sejujurnya aku tak berani nak berkata lebih lanjut memandangkan pengetahuanku lebih sekadar senipis kulit bawang.
Tetapi yang pasti, aku tak setuju, sama sekali tidak.
Apa isunya? Pada pandanganku, umum mengetahui ...

ISU NAMA ALLAH

Di bawah merupakan petikan kata2 Dr. Asri mengenai isu ini,

” Jika keputusan mahkamah mengenai penggunaan nama Allah itu hendak dipakai, garisan panduan dan peraturan hendaklah dibuat.

Ya, manusia memang patut memanggil Tuhan dengan panggilan Allah. Itulah Tuhan yang sebenar. Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW pun, nama Allah telah digunakan untuk memanggil Tuhan. Namun meletakkan nama tersebut dengan tujuan menghina adalah patut ditentang. Ini seperti jika menulis nama Allah pada berhala.

Namun jika mereka berkata ” Allah Tuhan semesta alam”, itu tidak menjadi masalah, kerana itu kenyataan yang benar. Kuffar Quraish pun memanggil tuhan Allah, tetapi tidak menamakan berhala mereka Allah.

Maka peraturan mesti dibuat. Elakkan perbalahan kaum tanpa melihat kepada penyelesaian terlebih dahulu. Saya akan mencadangkan beberapa garis panduan selepas ini.”


Teringat sewaktu aku menghadiri satu usrah, seorang ustazah berkongsi pengetahuannya.

Orang2 Kristian di Malaysia bukan seperti orang2 Kristian di Lubnan atau Mesir yang mengamalkan aliran Ortodok. Kebanyakan penganut Kristian di Malaysia mengamalkan aliran Katolik yang mana mereka mempercayai falsafah Trinity, iaitu adanya anak dan isteri Tuhan selain tuhan itu sendiri.

Bismillahirramanirrahim…

“Katakanlah ( Muhammad), ” Dialah ALLAH Yang Maha Esa. ALLAH tempat meminta seegala sesuatu. (ALLAH) tidak beradak dan tidak pula diperanakkan . Dan tidak ada sesuatu yang setara dengan Dia .”

Konklusinya, wajar jika aku mengatakan bahawa seluruh umat Islam di Malaysia seharusnya menentang keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang meluluskan penggunaan kalimah Allah ini dalam utusan Herald Catholic Weekly. Aku tersentuh apabila menonton satu video perarakan di Masjid Kampung Baru yang mana jemaah Jumaat ketika itu melontarkan ketidaksetujuan mereka atas isu ini. Semoga istiqamah dalam perjuangan menegakkan kesucian Allah...