Journey Towards Purification Of Heart And Soul (siri 1)

26 Januari 2010 merupakan hari yang paling bersejarah dan paling bermakna dalam hidup aku..hari yang dinanti setelah sekian lama..alhamdulillah syukur tidak terhingga finally aku dijemput untuk menjadi tetamu Nya. Perjalanan bermula tepat jam 4.00 petang (waktu Malaysia) dan kami tiba di King Abdul Aziz International Airport, Jeddah setelah 8 jam perjalanan...Betapa mudahnya zaman moden ni, tak sampai sehari, kita dah bleh sampai ke tempat yang jauhnya 10,000km..kalau dulu-dulu punye time, ada yang naik kapal, ikut jalan darat merentasi benua..baru la sampai ke Tanah Haram (Makkah Al Mukarammah)...bertapa seksa dan mencabarnya perjalanan manusia pada ketika itu. Alhamdulillah pada zaman yang serba moden ini kita dilengkapi kemudahan yang banyak menyenangkan kita...

Waiting For Boarding


Our Flight To Jeddah

Allhamdulillah selepas 4 jam perjalanan dari Jeddah, kami selamat sampai di Madinah Al Munawwarah...terasa sayu dan pilu bercampur gembira bila dapat sampai disini...Rasa syukur tidak terhingga kerana dapat menjejakkan kaki di Masjid Nabawi dimana bersemadinya jasad insan yang tercinta, Rasullullah S.A.W...finally tercapai jugak cita-cita aku untuk melaksanakan ibadah di masjid suci ini dan melawat Makam Rasullullah S.A.W...Semasa kat sini kami di ketuai oleh Ustaz Kamaruddin..yang telah menetap disini sekian lama kerana beliau menuntut di salah sebuah Universiti di sini...Beliau sebenarnya berasal daripada Jakarta, Indonesia dan telah berhijrah dan menetap di Madinah. Menurut ustaz, Madinah merupakan negeri atau tempat dimana Rasullullah telah mendoakan tempat ini sentiasa dilimpahi rahmat dan jika seseorang yang hadir ke sini, dan mempunyai niat baik, ganjaran yang akan di beri oleh Allah kepada seseorang itu adalah berlipat kali ganda..semua hidupan di bumi Madinah ini sentiasa dilimpahi rahmat..buktinya buah kurma yang terbaik didunia datangnya dari bumi Madinah..dan seseorang yang memakan buah tersebut juga mendapat limpahan rahmat yang telah dipohon oleh Rasulullah S.A.W. ...bertapa bahagianya kalau dapat menetap disini..mudah-mudahan satu hari nanti aku dapat menetap dibumi Madinah ini..amin...(Bersambung...)

Night Scene

Di Hadapan Pintu Masuk Masjid Nabawi





Selamat Tahun Baru 2010

Salam kepada semua... lamanya tak update blog ni...disebabkan bz dgn tugasan di pejabat...last update blog ni bulan nov 2009...Kepada semua, saya ucapkan selamat tahun baru..semoga cita-cita dan impian untuk tahun 2010 ini akan tercapai.








Carbon 84 sekali lagi menjelajahi Pulau Pinang, Pulau Mutiara untuk melaksanakan tugas.


Posted by Picasa




Bertugas Sambil Makan Angin

Assalamualaikum / Salam Sejahtera / Salam 1 Malaysia

Lama nya aku dah tak update blog ni semenjak ditempatkan di Seksyen baru...Kat seksyen baru aku ni, aku punye kerja 10 kali ganda banyak dari unit aku sebelum ni...so faham2 la...bukan setakat nk update blog tak sempat tapi nak makan pun kadang2 tak sempat...tapi apa2 pun aku enjoy dengan tugasan baru di seksyen baru yang menjanjikan aku seribu cabaran dan pengalaman...hehe...i love it.. Diam tak diam dah dekat 3 bulan aku dah bersemayam di takhta baru ku ini...hehe...banyak benda yang aku dah belaja dan banyak benda aku masih kene belaja...tapi syukur alhamdulillah tempat aku bersemayam sekarang ni memang tempat yang sangat sesuai dengan pembangunan kareer dan kerjaya aku..maklumla...tempat ni memang core business la katakan..hehe..itulah sedikit sebanyak gambaran kerja baru aku di seksyen baru aku...

Berbalik pada tajuk utama post terkini aku...Bagi aku, dengan kehidupan baru aku ini memang menarik sebab walaupun aku terpaksa korbankan hujung minggu aku hampir setiap minggu tetapi tugas aku tidak pernah mengecewakan aku kerana aku dapat merantau ke pelbagai pelusuk negeri bagi menjalankan tugas yang diamanahkan. So pendek kata sambil bertugas tu, sambil dapat makan angin kat tempat orang la...bukan senang nak dapat peluang camni...hehe..So, destinasi kali ini ialah ke Miri dan Kuching selama 4 hari 3 malam. So i really enjoy it...hehe

Refueling... and clear for take off



Glory...Glory Man. United...




PORTO, Portugal – Rembatan cantik Cristiano Ronaldo pada awal permainan membawa penyandang juara, Manchester United melangkah ke separuh akhir bola sepak Liga Juara-Juara Eropah selepas menewaskan Porto 1-0 kelmarin.
Bintang Portugal itu melepaskan rembatan dari jarak 36 meter seawal minit keenam yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan sekali gus membantu United muncul kelab England pertama berjaya menang di Porto dan layak menerusi agregat 3-2.
Kemenangan tersebut bakal menemukan United dengan kelab senegara, Arsenal yang turut mara selepas cemerlang membenam wakil Sepanyol, Villarreal 3-0 dan layak dengan agregat 4-1.
“Ia jaringan yang amat menakjubkan, sangat cantik. Pasukan kami bermain baik, bertahan dengan baik dan memberi tumpuan penuh. Disiplin adalah kunci kejayaan kami,’’ ujar pengurus United, Alex Ferguson.
United mengambil kesempatan atas permulaan perlahan yang ditunjukkan Porto tetapi tuan rumah kemudian menggandakan asakan memasuki separuh permainan, malah hampir menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma Bruno Alves pada minit ke-20, yang hanya tersasar beberapa inci dari pintu gol.
Bagaimanapun, amat malang buat kelab Portugal itu apabila ketua pasukan mereka, Lucho Gonzalez terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan lutut dan digantikan dengan Mariano.
Alves sekali lagi mengancam kubu lawan pada minit ke-40 tetapi kali ini tandukannya, yang disambut hasil sepakan bebas Raul Meireles sekali lagi tersasar.
Babak kedua menyaksikan Porto terus mendominasi permainan dan mencipta beberapa peluang, memaksa United lebih banyak berkubu di tempat sendiri.
Kehadiran Rio Ferdinand di benteng selepas terlepas perlawanan suku akhir pertama, yang berkesudahan 2-2 memantapkan pertahanan United dan menyukarkan lawan menembusi gol.
Menuju ke penghujung saingan, Porto memperoleh beberapa lagi peluang tetapi tandukan Lisandro Lopez tersasar dan usaha pemain gantian, Ernesto Farias untuk melakukan sepakan gunting dalam kotak penalti tidak menjadi apabila melepasi palang.
Rekod bersih United dalam enam perlawanan setakat ini menjadikan mereka calon pilihan untuk memburu lima trofi musim ini. – Reuters


Tahniah kepada MU sebab berjaya menumpaskan FC Porto di tanah air sendiri..Jadi pada pasukan lain jaga2...kami tak gentar walau sikit pun..MU kian mengganas..xkira la "meriam" ke...apa ke..MU tetap akan beri saingan.. The Gunners menempah maut...

Berehat Sebentar Sebelum Menghadapi Tugas Baru

Kini tiba masanya untuk menarik nafas panjang...berehat seketika sebelum memulakan tugas dan cabaran baru...Haaa..akhirnya sempat jugak aku berehat setelah sekian lama tak dapat berehat, kerana bz dgn tugasan harian..hahaha...Pas ni 24 April 2009 bermulalah satu lembaran baru dalam hidup aku...hahaha..."prepare for glory"..Are u ready..??? hahahaha...ready punye..xde hal..(ye la tu)...Lepas ni kemana la pulak aku kene campak...adakah masih di putrajaya?, atau akan di campak di daerah-daerah kecil..atau akan terus tercampak ke Borneo...hahaha...debaran kian terasa...Apa2 pun, kene get ready mental n physical untuk cabaran dan pengalaman yang bakal di tempuhi...Dikesempatan ini aku nak ucapakan congratulation kepada PTD batch 1 / 2009 ..n best of luck...jumpe di INTAN Kiara 24hb nnt..hehehe - carbon182 (12 april)


Persediaan rapi di perlukan bagi menghadapi perjalanan yang jauh



Perajalanan yang lancar



Penyudah yang sempurna

Bertugas Lagi Di Sarawak

27 hingga 30 Mac kene gi Sarawak sebab ada tugasan rasmi disana. Actually last minute dapat makluman..tapi xde hal punya..bertugas jauh2 ni best gak..sambil bertugas..sambil makan angin..hehe..so kepada kawan-kawan di Kuching, terima kasih sebab datang saya n bawak saya jalan2 kat bandar Kuching. Terima kasih jugak dekat PPN Sarawak sebab menyediakan pengangkutan dan mengurusakan penginapan sepanjang saya disana.

My Fleet clear for take off to WMKK




Cronicle of My Life

My photo
Currently in Putrajaya, Malaysia
A person who like to travel and observe the behavior of the people

Followers