Assalammualaikum semuaaa
Merenung ke luar jendela
Bayu pagi meniup lembut
Lihat bintang di angkasa
........
Aku tanya apa khabaaarr
Aku tanya apa khabar
Semuaaaaa
*pang sikit haha
Abang aku suka betul nyanyi lagu ni. Sebelum lagu ni menang lagi tau haha. Gaya dia tu sabo je lah haha
Tahniah Joe flizzow dan sonaone! Lambat nye aku haha.
Well, hamba disini bukan nak berbicara pasal Award win song hahaha. Rosak english. Bukan juga pasal award star fofular. Pun bukan bukan.
Hamba nak bercerita faedah kalau kita amalkan minum atau pun makan madu. My mom and my late father suka sangat madu. Madu tu benda wajib mesti ada atas meja makan. Seperti kita yang tau madu ni antara sunnah Rasulullah. Kalau sunnah semestinya sangat baik untuk badan kita untuk tempoh masa yang pendek dan juga panjang. Jadi, apa lagi kebaikan dia yang kita tau?
So, I decided to google and share kat sini dengan korang:
- Menghilangkan balqham (kahak/lendir).
- Mencuci perut.
- Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal di dalam perut yang tidak dicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besar.
- Menghapuskan sekatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu.
- Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati. Rasulullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman di dalam suatu bekas.
Haaa itu dari blog http://kongsakongsi.blogspot.com/2013/01/khasiat-madu-adab-minum.html?m=1
http://madu-lebah-nida.blogspot.com/2012/06/10-sebab-kenapa-anda-patut-amalkan-madu.html?m=1
Setelah dah tahu khasiatnya, macam mana pulak ye nak amalkan?
Semua benda ada tatacara dan tertibnya kan. Lagi bagus ikut sunnah rasulullah SAW
- Pertama – makan madu sahaja, tidak dicampur dengan bahan lain
- Kedua – bancuh dengan air masak
- Ketiga – paling berkesan, makan ketika baru bangun tidur sebelum makan apa-apa yang lain.
- Keempat – amalkan 2 sudu pagi/malam
- Jika makan madu, perlu minum air dengan banyak (min. 2 liter) kerana air akan membantu menggerakkan madu ke seluruh badan.
- Boleh campur makan madu dengan ubat-ubat lain, kecuali jika ada alahan pada madu
- Jika ingin beri pada bayi – beri sedikit sahaja
- Tip untuk mula amalkan madu – bancuh madu dengan air kosong dan jadikan minuman seharian.