Sunday, July 22, 2012

The Meaning Behind It


Assalammualaikum !

Yeah. Lama tak menaip disini. Sorry kind a busy lately.

Seminggu sebelum berpuasa, abah got admit at hospital putrajaya. Kind of serious. Well, biasalah bila parents dah berumur ni kan. Dah sampai la masanya untuk kita menjaga dia pulak. Abah admit bout a week and 3 days, sort of. Aku pun berkampung la di hospital. Hampir semua nama nurse ngan doc aku tau heee. Doctornya muda, hensem dan cantik belaka. Ada doktor hazwan, doktor najwa, doktor achdiat (in charge of abah) , doktor tan, doktor sharina..eh tu takde. angan semata-mata kekeke.

Actually ni kali ketiga abah dah admit. Redha je lah. Bayangkan seminggu aku duk tidur meringkuk atas kerusi. Bukan nak merungut...cuma semua ni aku rasa macam luar biasa. So special holidays. For four months, i have unique holidays. Susah nak terangkan macam mana. Kesian gak kat kawan-kawan yang nak ajak jumpa tu sampai diorang dah balik U, tak dapat jumpa. Takpe lah takde rezeki. Kita pun takleh memaksa sangat diri kan. Insyaallah nanti ada peluang lebih baik untuk kita berjumpa kan.

Selama seminggu berkampung kat sepital, aku pandang hikmah disebaliknya. Waktu tu takde full internet kan, so focus on abah and books that i bought. Life feel meaningful.  Muhasabah diri. Disitu juga aku menyelami kehidupan para pesakit yang hidupnya lebih mencabar dari aku. Sungguh aku bersyukur sesangat berbanding apa yang aku alami. Aku harap aku setabah pesakit2 tersebut. Ada aku citer kat twitter haritu pasal pesakit yang dah lumpuh 30 tahun dan isteri yang setia menjaga. Tapi nak diceritakan semula, insyaalah di lain post eh. Okay, why this post so serious in sudden? lol

Namun kan.... aku rasa bersalah ngan angah sebab aku dah tinggalkan telekung dia kat surau T-T masa discharged aritu. Maapkan ambo... Mintak-mintak lah ada lagi Ya Allah. so bila-bila boleh pegi amik. Jadi ceritanya aku di sepital sana, rutin bermula pada pukul 5 pagi. Pukul 5 je lampu dah terbukak. Masa mula-mula jaga abah rasa nak menangis jugaklah. Pukul 6 boleh terima lagi...ini idok..pukul 5 woo.. Lepas tu dia edarkan air suam, suruh lap2 badan abah. Dengan muka baru bangun tu, aku lap la badan abah. Uruskan everything. Then, aku kat sana jadi anak dara melayu terakhir, sebab mandi pukul 5.50 gitu. Nasib air panas..berbalas dengan kesejukan air-cond yang sampai ke tulang.

Aku mandi awal gila sebab nanti makcik-makcik yang jaga para suami nak mandi pulak. Pukul 8 dah bukak tirai langsir. So malu lah diorang tengok kita pegi mandi =.= . Doktor pun ke hulu ke hilir..jatuh saham nanti wakakaka. Oh ayah aku dapat bilik yang 4 orang. Mujurlah aku dapat tepi tingkap. Kadang-kadang tu aku bukak dan biarkan angin panas dari luar masuk. Abah sampai menggigil sejuk, selimut pun 2-3 lapis. Dapat la aku perasan overseas sikit dengan memakai sweater tetiap hari hadewwww haahhaha.

Setiap petang, mak akan datang bawak makanan untuk abah dan aku. Tak tau la faktor ekon ke buat aku makan banyak haha. Hampir setiap hari akan ada pelawat terdiri dari anak-anak dan orang luar. Jadi waktu petang tu terisi. Jadi itu je lah cerita dari sepital. Moga-moga tak admit lagi. Jaga kesihatan wahai awak-awak semua. Bila nikmat itu ditarik, bersabarlah kerana mungkin itu salah satu cara tuhan nak kita ingat semula pada-Nya dan juga menggugurkan dosa yang mungkin susah untuk dimaafkan. Ingat Allah dan mintak supaya diringan kan kesakitan yang dialami. Doa hamba pasti Allah tunaikan cuma bezanya cepat dan lambat je. #notetoself amboi, hashtag. ingat twitter ke???

Bila aku imbas kembali, ada hikmahnya. Bila terjadinya macam ni, barulah sedara mara 'jauh' datang melawat. Aku bersyukur kerana silaturrahim itu diperketatkan kembali. Aku bersyukur kerana masih ada yang prihatin rupanya dari yang jauh tu. Terima Kasih saya ucapkan kerana sudi melawat abah. Harap berkekalan. Aku terharu atas sesuatu peristiwa itu. Terharu sangat. Hope abah cepat sihat. Doakan ye :)

Well, agak lambat... Selamat Menyambut Bulan Ramadhan ! Selama ni aku hanya berpuasa tapi kali ni dengan bantuan twitter, mereka tweet apa yang perlu direbut ketika bulan ramadhan iaitu 'Pahala yang berganda-ganda'. Insyaallah, sama-samalah kita beramal ibadat yang lebih2 sikit dari bulan-bulan biasa. Aku pun nak buat tapi kena slow lah. Memandangkan baru permulaan berpuasa ni masih nak adapt lagi situation dari yang lepas solat terus nak online ke lepas solat baca quran. Insyaallah, kita usaha sama-sama. Harap amalan ini berterusan kan. Aku rindu jugak life di matrik dulu. Kita menguruskan diri sendiri sahaja jadi masa untuk recite quran tu sentiasa ada lepas solat. Bila di rumah, memang home sweet home la ek. TErrr-honeymoon. Jadi, Bulan Ramadhan nak mengajak kita ke rutin tu semula :) Bismillahirrahmanirrahim....

p/s ; panjang? tahniah kerana berjaya menghabiskannya.

Trivia kalau korang baca habis : Siapa nama sedara mara jauh tu?
Kalau dapat jawapan, maknyanya korang baca sampai habis hehe. :p


Monday, July 9, 2012

Monologue #1


Assalammualaikum...dan aloha~~~ *buat tarian hawaii sikit haha

Aku nak bermonolog kejap :

Mulanya,
Aku mintak maaf
aku tak kuat
masih banyak berfikir
aku cuba
tak mau terleka
ampun
aku cuba
apa yang aku kata pada kau orang
aku cuba
namun sampai disini
hati berbolak-balik
marah pada diri
cuba untuk mengotakan janji diri
namun lemah
aku mengharap
tuhan beri aku kekuatan
aku tak nak sia-sia kan nya
namun sekarang
hatiku lemah
tuhan, utuskan seseorang yang boleh
menolak ku
untuk berani
melakukan perubahan
yang ku impikan
mengapa?
aku fikirkan kau orang
tanggapan kau orang
tak perlu sepatutnya
kerna
yang disoal nanti
aku

aku berasa belum layak
masih goyah
tak seutuh dia
tak sekuat dia
adakah aku layak?
ah
bingung
apa yang aku tunggu lagi
niat.
sudah ada.
lakukan?
mengapa masih teragak
pasti mereka tertanya-tanya
masih ingatkah lagi kata-kata dia
kata mereka
aku ingat wahai kawan
tersemat rapi di jiwa
namun
ragu-ragu dijiwa hadir
hasutan si penghasut itu barangkali
melakukan kebaikan pasti dihalangi
Ya Allah
aku mohon
Kuatkan hambaMu ini
Jauhi ku dari hasutan si penghasut
Maafkan aku kerana raguku

Marah pada diri
tiada guna
sayangi diri
itu wajib
betulkan kesilapan
istiqamah dalam kebaikan
itu hajat ku
tak usah kau teka apa maksud ku
kerna ini kias
untuk kau tau
dari luarannya
dalamannya
antara aku dan Allah

sekian~

p/s : acewah ;p hahaha.saja taip panjang-panjang. mesti korang skip-skip kan hehe. Dulu aku suka tulis benda-benda camni dalam notebook. luahan hati yang tak straight forward sebab aku tak nak amik risiko in case ada orang terbaca notebook aku tuh. naya. kalau berkias, macam ni, certain people je tau cerita sebenar. kalau terkantoi pun takpe, some of them mesti clueless. u can guess anything, because it have thousand possibilities meaning. woot2! feel like winner lol *poyo XD

Sunday, July 8, 2012

Mengaum satt..


Assalammualaikum...

Di suatu petang, tersebutlah alkisah... budak perempuan  memandu kereta bersendirian..tidak berteman..ok. stop. haha..tak dramatik langsung.

ekceli..gambor2 berikut adalah hari kedua aku training driving. Abang yang tukang ngajo dah bosan tengok aku bawak selow je, dia pun suruh aku self-drive dalam pusat memandu tersebut. Aku pun ape lagi...vroom vroom..

Erm, yes. Aku sempat meng-candid sebab buhsan duk buat benda sama. *ceit, nak cakap dia dah terer la tu. Terer mende nyee...balancing minyak ngan cluctchhudf or whatsoever ejaan dia pun menggagau lagi. Sesekali tu mengaum gak laa haha...AUMMmm...hahaha

pinky tak henset i?awwww....


okay. cau cin cau~

sekian sesi merapu~ ^^

Thursday, July 5, 2012

Harini sup tenggiri pulak


Assalammualaikum and holla~

Harini aku buat sup ikan tenggiri untuk abah ngeee~

Sometimes aku dah rasa macam nak tukar title blog,
"do you semeeellll(smell) what sharina is cooking tonight???"
Sila buat gaya 'the rock' sekali..haha

Mulanya aku tak tau nak masak apa.
Yelah, tetiap hari cenggitu kan. Aku pun godek2 almari..eh celah mana almari..aku godek2 la peti ais. Nampak la ikan tenggiri yang dah berpotong tu..macam slice '0'
tak nampak lagi potongan chaner tu? -.- takpe lah..haha

Tangan aku pun dah gatal nak menggugel hehe, BUT!
aku call mak dulu..

tooot...toot.... eh itu bkn caller ringtone mak aku
'kau ilhamku.....' by manbai..

Mak : ha..goreng ikan tu dulu...pastu masak kicap..
Adik ;P : oh kk..

Ye ye je aku ni..sokmo ok..lalu aku menggugel..aku mendapati sup ikan tenggiri lebih mudah, senang dan simple. Ha..hamekaw. Mudah sokmo je aku cari haha. Itu pun lama duk kat dapur -.-

Dan...walllaahh! Shiap! 'h' tu disengajakan..comel shikit haha

credit to owner resipi.
Lebih kurang camni la ghupenya. Cuma delete daun sup tu sebab takdo dalam peti ais..

Abah pun suka ^_^ macam ni rupanya perasaan bila orang berpuas hati dengan masakan kita. That is why kalau tak suka sesuatu lauk, jaga la hati si pemasak tu ye...komen menggunakan bahasa yang mesra macam ;

"erm..kurang garam ni.rasa dah okay..kalau tambah, mesti bertambah umpph :)"

bukannya

"apo tawar ni?? ko letak garam sikit sangat ni..air kosong pun tak tawar camni"
-.-" don't please..itu menipu sangat dah tu hahaha

Okay sekian.. kawan 'the rock' Sharina melaporkan~





Wednesday, July 4, 2012

Masak Singgang Saya


Assalammualaikum! and Hell0!

Pic : Live while typing
Rajinnya la kan..mood agak baik harini seiring dengan cuaca yang sejuk dan nyaman harini. Alhamdulillah for the rain Ya Allah..

So tadi aku dengan berani matinya masak sensorang without guidance. Takkan abah pulak nak guide kan. Abah tengah sakit. So bila tengah ke hulu ke hilir kat dapur tak tau nak buat ape kan... Mak pun call...

Mak : dik...buat ape?
Adik ( ;p ) : baru lepas basuh pinggan..
Mak : Abah makan apa pagi ni?
Adik : cam bese..roti bakar ngan susu.. (sounds so english style lol)
Mak : ouh...masak singgang tengahari ni.. (mak pun terangkan la instructions..which is tak masuk kepala aku langsung..how am i supposed to ingat all the ingredients by seimbas lalu tu)
Adik : ouhhh k... -.-" (achano nie...)

-Toooot-

Ok. Achano nie. Then, seperti yang selalu aku lakukan. GuGel! Pakcik gugel sangat baik kerana sanggup share macam2 resipi ngan aku. Ye, mesti pandai masak kan pakcik gugel hehehe.



wuuu creepy eyes there~ haha. background twittah.

Jadi website ni lah yang membantu aku untuk memasak lauk singgang dengan jayanya walaupun tak berapa jaya sangat haha.

http://resepi.mesra.net/Detailed/1629.shtml

Maklumlah amatur. Ingredient yang simple pun nak kene gugel.

Alhamdulillah siap as imagined.




The taste?
Something..i tell u...i really dun kno what it is..guess i wait for my mom to tell it haha.
mcm terlebih halia..haha. selalu orang terlebih garam, aku terlebih halia HAHA. hadoi..

sorry my future husband, i will improve my cooking skilll. just hold on dulu lah hehe. I'm working on it! lalalalala~~~

wow..my stomach making sound asking for food. got to go, readers... i'm hungry..hehe enjoy ur lunch too!

ratata!

Pissszzaaa!