Hari Raya Aidiladha.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.
Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]
Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Makkah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian bersih dan ceria dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Hari Raya Aidiladha dalam hadis


  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
  • Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
  • Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

~ AidilAdha Dan ....... ~



ASSLAMUALAIKUMMMM KUM KUM KUM...
(over)
okay rasenye la kan lame tak update blog purple yang ala ala comel ni
kuikuikui...

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA!!!
SELAMAT HARI RAYE HAJI!!
kepada semua umat ISLAM!!



okay pejam celik pejam celik raye haji dah,cepat betol mase berlalu.
ni aku update untuk hari raya yang ke-dua.. (lambat update)
first raye busy tu yang tak update hahahaha (alasan)

raya tahun ni best sgt walaupun tak meriah kan,tapi best lah, best sebab balik awal and semua family
abang, akak and akak aku balik so kirenye ni satu family balik yang jauh balik yang dekat balik wowww
seronok dan masenye untuk aku pau mereka hahahaha (gelak jahat)!

bile dah balik seminggu dapat makan masakan mak sendiri dapat luangkan masa dgan yang lain bile nak balik kuantan ,giler punye sedih la... kalau xd class mmg aku balik lambat,ni ada class so terpaksa la balik kuantan yang tak ada ape ape ni.... (boring)

kat rumah okay setiap hari berjalan, walaupun tak bawak si wira,akak aku setia ada bersama aku, okay akak aku yang suke layan aku, akak aku no 3!! fiza, dah ada family suami and anak 2 orang.
walaupun dah berfamily, aku dia tak penah abaikan. okay cakap je nak pegi mane and makan ape
dia yang selalu aku pau makan pizza hahaha

akak aku no 2!! wani, dah berfamily suami and 2 nak masuk sorang lagi anak, haaa dia suke memasak. (suke memasak ke?? hurmm boleh lah) dia pun tak penah abaikan aku haaa... yang ni pun aku suke pau dia makanan hahaha. dia stay perak so bile balik jarang jarang ni abis lunyai la duit dia (bukan selalu) jummat ni dia balik and mak and ayah aku yang anta... sumai  keje tak dapat cuti.

haa pasal abg aku ni, dah berfamily and ada 3 orang anak.. always busy sorang askar sorang polis, keje keje and keje.. jumpe kejab kejan tapi family abg aku nie selalu jmpe sbb dia satu family ddk melaka rumah 5 minit je dari rumah aku and anak anak dia pulak mak aku jge..

paling seronok jmpe mak and ayah aku lah.. hurmmm seriously raye kedua dah balik kuantan. sampai kuantan teringat orang kat kg.. hurmmm sumpah aku rindu... hurmm balik kali ni aku tukar phone (opss lupe nk bagi tahu) haha yup tukar phone BB aku tu aku tukar SAMSUNG TREND gempak!! ayah aku yang belikan thank you ayah....

okay, nak cakap raye haji tibe tibe keluar cerita pasal family (bagus amira)
hahahaha
macam lari tajuk la.. lari tak??
hurmm dah la rasenye nak ngatok lagi esok ada class,assingment tak siap lagi sooooo
haa
okay whatever aku merepek kat atas ni sory.. hilang arah dan tujuan.

selamat malam





aku pening dgn ape yang aku taip ni.
aku hilang arah dan kata kata.
aku rase tak betol.
selamat malam.

- No Title -

Now tepat pukul 12 malam and aku still tak tido lagi..........
haaa nak update panjang menjela semestinye la tak kan, *otak tepu malam gini*
okay update dengan berteman kan lagu NOAHH and banyak lagi la,
malam ni nak cite pasal semalam punye cerita,! *dah pukul 12 so 1/10/13 tu semalam rite*
haaa semalam okay la,cuba ceriakan diri sendiri,tersenyum,ketawa,tergelak and senang cite
now aku cube buat diri aku ni bahagia yeahhh.

yeahhh kuat dan kne kuat, *mak aku cakap lawan and kuatkan semangat, diri! jge solat*
yess i'll do it mommm.
mybe cume bagi aku mase untuk semua ni.. pasal makhluk yang ada dekat pharmacy ni
setakat ni tak kacau aku lagi,tapi panggilan dan suara suara tu masih kedengaran.
nak cakap suara tu macam mane pun aku pun tak tahu nak cakap macam mane,
yang aku boleh cakap'ada orang bercakap tapi sebenarnye tak ada orang"
yeee tu yang aku dengar dan itu yang aku abaikan...
ada satu lagi, aku sekarang asik terbayang orang berdiri,macam semalam,mase aku jge counter sorang,kak nadia and amalina ddk bilik belakang and aku nmpk ada orang berdiri dekat counter hujung and dekat sane sini and bila pandang xd orang pun.
hurmmmmm entah la *bayangan mybe*
muke semakin pucat macam orang sakit nak mati je rasenye...
ya allah
lindunglah aku dari sebarang bndw yang tak baik hurmmmm.. now jauh kot dari family
hurmmmm rase susah sangat,sekarang harapkan kawan kawan hurmmmmm harapkan amalina,kak nadia,kak kinah and bos pharmacy.... hurmmmm yang penting diri sendiri jge diri sendiri tu je..
 okay lah nak tido esok ada class pagi.
 selamat malam..