Photobucket

Wednesday, August 26, 2009

Pasti ada jalannya..

Kuda KemenanganSegala puji hanya bagi-Mu ya Allah, Engkau Maha memberi kemenangan bagi siapa saja hamba-Mu yang berjihad dijalan-Mu dan berkorban demi tegaknya kalimat-Mu dengan penuh kesabaran. Ya Allah…Ya Naashiru.. tsabat kan kami dalam memikul amanah Mu, ampuni kelemahan kami dan sikap kami yang melampaui batas…

“Huffatil jannatu bilmakarih wahuffatinnaaru bissyahawat…” syurga dikitari oleh sesuatu yang tidak disukai oleh nafsu, sebaliknya neraka dihiasi dengan hal-hal yang memanjakan syahwat. Maka hanya hamba-hamba yang sedar tentang hakikat syurga saja yang mampu memikul beban perjuangan dan pengorbanan untuk dakwah.

Saudaraku…

Setiap kita hendaknya bertanya pada diri ini, akan kejujuran perjuangan dan pengorbanan kita. Benarkah kita telah berjuang? Berjuang untuk apa dan siapa? Bersabarkah kita dalam perjuangan untuk tetap dalam manhaj-Nya? Untuk tidak tergoda oleh dunia? Atau terpujuk rayuan wanita? Atau terlena dengan harta dan tahta?

Sudahkah kita berkorban untuk taat? Berkorban untuk tegaknya nilai-nilai Deenullah? Berkorban untuk menghentikan atau mengurangkan kezaliman? Berkorban untuk membantu saudara-saudara kita yang tertindas? Berkorban dalam dakwah di jalan-Nya? Berkorban untuk menyelamatkan moral anak-anak muda di negera ini? Berkorban…dan berkorban?

Masih terdengar kalimat Allah Swt di relung hati kita yang paling dalam, kita yang sedar, kita yang sensitif akan kebahagiaan, kita yang senantiasa merindukan syurga, kita yang berharap untuk berjumpa dengan-Nya, kita yang merindukan untuk menatap wajah-Nya,”Am hasibtum ‘an tadkhulul jannah ?”… apakah kita mengira akan mendapat surga dengan begitu mudah?

Setelah kita teliti perjuangan dan pengorbanan kita dijalan Allah untuk tegaknya dakwah ini, kita menjadi tahu…, sedar…dan insaf…Ya Allah sesungguhnya kami belum berbuat apa-apa untuk Islam, kecuali sedikiiit! Ya Allah… janganlah Engkau hinakan kami…jangan Engkau azab kami, Ya Allah…ampuni kami…rahmati kami, kurniakan kekuatan kepada hamba-hamba-Mu ini Ya Rahman…, agar kami mampu bangkit memperbaiki kelemahan kami … untuk meraih kemenangan dari sisi-Mu…

Masih ingatkah kita akan perjuangan dan pengorbanan pemimpin agung Muhammad Saw? kala tekanan dan permusuhan mendera dirinya untuk sebuah risalah besar dakwah yang di pikulnya, hampir-hampir tak sejengkal bumi Mekah yang bisa dipijaknya, pulang dari Thaif tiba-tiba sebuah pertanyaan dari Zaid bin Haritsah r.a. terlontar; “Ya Rasulullah bagaimana engkau akan kembali ke Mekah sedang mereka telah mengusirmu? Jawab Rasulullah saw. dengan pemberian harapan besar pada kita dan umat yang besar ini: “wahai Zaid, sesungguhnya Allah akan menjadikan apa yang saat ini anda lihat adalah jalan keluar dan solusi…."

Semoga kemenangan itu dekat. Semoga kita adalah orang-orang yang terpilih untuk menjadi pelaksana kemenangan dakwah ini. Ya Allah ampunilah kelalaian kami, jadikanlah kami orang-orang yang siap berkorban apa saja untuk jalan ini… Ameen Ya Robbal 'Alamin..


Source : Dakwatuna

Tuesday, August 25, 2009

Tag again? huh..

Salam..

Firstly, a big thanks to Mr. Microsoft 1 (adik PRODUCE GEN4) for the bouquet of tag.hehe.. As not to dissapoint you, i'll do, walaupun hakikatnya diriku sudah menjadi ahli kelab anti-tag, ade ke? ^_^ answer in malay ya? Lemah xbijak english kot..huhu


1. WOULD YOU GET BACK WITH YOUR LAST EX IF YOU COULD?
  • kalau beliau dah soleh wa musleh..huhu. sape la tu. only on the halal way k..

2. WHAT COLOR SHIRT ARE YOU WEARING?
  • rainbow colors.. (bayangkanlah adik2ku..)

3. WOULD YOU KISS ANYONE ON YOUR FRIENDS LIST?
  • Girls only. boys? agak kurang sopan disitu..

4. DO YOU HAVE A "THING" FOR SOMEONE ON YOUR FRIENDS LIST?
  • Hmm...

5. HOW MANY PEOPLE ON YOUR FRIENDS LIST DO YOU KNOW IN REAL LIFE?
  • 70% kot.. (kot = kurang yakin dgn jwpn tersebut)

6. HOW MANY KIDS DO YOU WANT TO HAVE?
  • sebanyak mana yg dikurniakan Ilahi.^_^ only Allah knows.

7. DO YOU HAVE A GOOD RELATIONSHIP WITH YOUR PARENT?
  • Of course. InsyaAllah..

8. WHAT NAME WOULD YOU WANT BESIDES THE ONE YOU HAVE?
  • i already have a nice name.. Alhamdulillah (bukan riak tp 'izzah dgn nama sendiri) ;)

10. WHAT DID YOU DO FOR YOUR LAST BIRTHDAY?
  • i can't remember.. oo, dah ingt dah.. all the KBMKL team's celebrating my birthday together at DEEN's Seafood.. terharu beb! (TQ so much! luv u all..)

11. WHAT'S YOUR MAIN RINGTONE ON YOUR PHONE?
  • Depends on my mood.. Now, Allahu Robbi.

12. WHAT TIME DID YOU WAKE UP TODAY?
  • around 5 am.. (ibuk2..bapak2.. bangun sahur...) :p

13. WHAT WERE YOU DOING TWO NIGHTS AGO?
  • xingt dah.. LTN btol la korang ni.. (LTN = Late Two Night..hihi, mcm en.microsoft 1 ajar)

14. DO YOU LIKE HAVING YOUR HAIR PULLED?
  • haha, ade pulak org suke cmtu.. mestila tak.

15. NAME SOMETHING YOU CAN'T WAIT TO DO.
  • Solat.. (maka terimalah jwpn yg menginsafkan dariku..)

16. LAST TIME YOU SAW YOUR MOM.
  • Now.. she's just in front of me. (tadi la, skrg dh hilang plk..huhu)

17. WHAT IS ONE THING YOU WISH YOU COULD CHANGE ABOUT YOURSELF?
  • Terlalu byk..

18. IF YOU HAD $250 000, WHAT WOULD YOU DO WITH IT?
  • hm.. melabur utk saham akhirat (ok ke jwpn tu?huhu..)

19. HOW LONG HAVE YOU WORKED AT YOUR CURRENT JOB?
  • Hampir setahun.. P.O oh P.O..

20. HAVE YOU EVER TALKED TO TOM?
  • TOM and JERRY ke? never n ever..

22. LAST THING YOU ATE?
  • mee goreng masa b'buka td

23. WHAT'S YOUR FAVORITE MONTH?
  • Ramadhan.. ^_^ (ade pesta ibadah!)

24. YOUR LEAST FAVORITE MONTH?
  • Ade ke? hm.. xde kot.. (dimana dan dibulan apapun kamu berada, kamu pasti berpijak dibumi Allah, so nk lari mana?)

25. WHAT'S THE LAST PIECE OF CLOTHING SOMEONE BORROWED FROM YOU?
  • tudung labuh purple.. dh bg je terus kt dorang. segan nk mintak blk..haha, blh plk!

26. WHO IS GETTING ON YOUR NERVES NOW?
  • The One who's created me n also you. Our Khaliq.

27. MOST VISITED WEBPAGE?
  • yahoo mail ( blh dikatakan setiap hari)

28. LAST PERSON YOU TEXT MESSAGED?
  • kNina n yatt la.. sape lg kalau bukan mreka2 yg daku sayangi.. ^_^

29. LAST PERSON TO MAKE YOU MAD?
  • malas jwb kot..

30. WOULD YOU TAKE A BULLET FOR YOUR BEST FRIEND?
  • ape punya soalan ni? lalala..

31. FAVORITE KIND OF DRINK?
  • sky juice

32. FAVORITE FOOD?
  • Hmm.. susah nk explain ni. pnjang citenye..

33. FAVORITE DESSERT?
  • Jambu Pakchu 919.. hak3 (fav kNina jgk..)

34. HAVE YOU BEEN TO EUROPE?
  • x..
35. IF SOMEONE YOU HATE DIED, WHAT WOULD YOU DO?
  • doakan jela.. bukankah memberi maaf itu lebih baik? :)

36. YOU WOULD LIKE TO TAG
  • xnk tag sesape dah.. hihi, boleh kn? sorry eh..

sekian..

Thursday, August 20, 2009

Madrasah Ramadhan..


::Ramadhan Dua Zaman::

Ramadhan satu nasib tak serupa
Peluangnya sama natijah berbeza
Ramadhan mereka gemilang cemerlang
Mukmin berasa di awal zaman
Ramadhan kami malang terbuang
Muslim berdosa di akhir zaman

Mereka gembira kerana kedatanganmu
Kami gembira dengan pemergianmu
Malam mereka meriah disimbah nur al-Qur’an
Tapi malam kami muram berkabung dengkur

Mereka berlumba mengejar ma’rifat
Tapi kami lesu diburu nafsu
Hati mereka bercahaya digilap taqwa
Jiwa kami gelap didera dosa

Takbir mereka takbir kemenangan
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan
Takbir kami lesu tak bermaya
Tanda kalah lemah tak bermaya

Puasa sekadar lapar dan dahaga....

Monday, August 17, 2009

Semarak Ramadhan..

Sunday, August 16, 2009

Seputar program 'Boycott Israel Walkabout'..

In the Name of Allah, Most Gracious and Merciful


Alhamdulillah, sabtu lepas, sebaik sahaja dikembalikan nikmat kesihatan itu, kami (kNina, kYatt n me) terus merancang langkah seterusnya. Perancangan Allah sememangnya yg terbaik. Minggu ni 2 KBM ditunda lagi, makanya bercutilah kami dari KBM yg hampir setiap minggu dilalui. So what's next?

Check2 email, tengok ada prgram yg cam best! Boycott Israel Walkabout, anjuran COMPLETE.


Sebenarnya perkara yg paling menarik perhatian kami adalah car/bike convoy tu.. So dengan semangatnya pagi tu kami bergerak ke Menara DBKL. Masuk je dewan tu, terus cari tempat utk register car convoy. Xjumpa pun, yg ada hanya kaunter utk t-shirt boycott. Lepas amik tshirt tu terserempak dgn pakcik zun arif (slh sorang wakil jim dlm Complete). Pkcik cakap konvoi xjadi sebab xdapat permit. Huh, kaciwa sungguh kami masa tu. Tp cool je, masih ada aktiviti lain. Patutla masa kami masuk tadi ada polis standby kt depan bangunan tu. Huh.. benar2 tidak memahami!

Lepas tukar tshirt boycott tu kami pun jln sana sini, duduk jap, pastu bangun balik. Adeh, sungguh xreti keadaan mcm tu. Bosan menunggu. Mata melilau-lilau melihat peserta yg hadir. Kot2 la ada yg kenal. tp xnampak pun. Semua muka2 baru. Terus bangun dan jumpa pakcik balik.. " Pakcik, xde keje ke utk kitorang, ktorang tgh boring ni? "
Pakcik yg cool tu pun senyum dan ajak kami ke kereta beliau utk angkat buku2 PACE utk dijual. Waah! best3!

Maka terbukalah lagi satu booth yg menjual buku-buku, car sticker dan button badge Palestin. Gerai kami agak mendapat sambutan terutama badge sebab masa tu xde pun mana-mana gerai yg jual buku n badge.

Sempat jugalah berbual-bual dgn beberapa orang pelanggan yang datang silih berganti sementara menunggu acara bermula. Kebanyakkannya student dari IPT-IPT yg ada di KL. Ada UTAR, UM, CUCMS, MAHSA College dan banyak lagi. Majoriti peserta adalah golongan remaja. Yang datang bersendirian pun ada. Nampak 'peluang' besar disitu. Tapi hati tertanya-tanya, dimana orang-orang kita? Para da'ie yg patutnya lebih alert dgn acara-acara sedemikian? xjumpa sorang pun. atau mungkin sy sendiri tak perasan kewujudan sahabat-sahabat seangkatanku ini. Allahu A'lam..

Tengok lagi kiri kanan, masih xputus2 mengharap supaya adalah sahabat-sahabat atau pkcik makcik yg ku kenali. nampak la En. abu dzar (sahabat seJOMers) dan anak2 buahnya di UTM KL. Tu jela pun yg ada. Abu Dzar ckp konvoi xjadi salah satunya sbb xcukup orang utk handle program tu. Pelik jugak, mana perginya 'orang2 muda' ni? cuba jugak utk berbaik sangka, agaknya minggu ni banyak program kot.

Tapi hakikatnya agak terkilan, dalam net ramai yg tukang iklankan program ni, tapi.. [sendiri jawab la]. Sayang sgt sbb program ni dah berjaya menarik golongan muda utk turut serta, tapi kekurangan para daie utk menyantuni dan bermu'ayasyah dgn mereka. Nampak pelbagai golongan ada, dr yg skema hingga ke xbape nk skema pun hadir sama.

Acara diteruskan dgn ucapan dari bebrapa orang penting. Xdapat nk fokus sgt dgn ucapan tu sebab tengah jaga gerai. Tapi yg paling menarik perhatian adalah perkongsian pengalaman dari seorang remaja Palestin, Mohammed Moussa Al-Hajj yg hilang kedua kakinya akibat terpijak bom dr israel laknatullah. Diteruskan dgn ucapan yg penuh semangat dari Louisa Chong dan beberapa orang lagi tetamu undangan.

Selesai majlis perasmian tu, para peserta pun menikmati sedikit jamuan dan dilepaskan ke beberapa lokasi yg telah dikenalpasti yg menjadi tumpuan utama seperti Suria KLCC, MidValley, KL Sentral dan lain2. Kami pun bersiap2 utk tutup kedai dan selepas berkemas, kami terus bergerak ke KLCC dan melepak sebentar di Kinokuniya. Balik tu singgah di rumah baru Bazilah sebab ada kenduri.. ^_^


Thursday, August 13, 2009

Irhamna Ya Allah..


Tinggi menggunung dosa-dosa kami
Bertambah tinggi semakin hari
Berjuta kesalahan berlapis kesombongan
Selalu saja datang menghampiri

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita

Segala puji hanya bagi-Mu
Lautan ampunan kasih sayang-Mu

Engkau yang pemurah
Engkau yang pemaaf
Hanya pada-Mu hati ini berharap

Irhamna ya Allah ya Rahman ya Rahim
Irhamna ya Allah ya Rahman ya Rahim
Irhamna ya Allah ya Rahman ya Rahim
Irhamna ya Allah ya Rahman ya Rahim

Kasihanilah kami
Ampunilah kami
Selamatkanlah kami

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita

Irhamna ya Allah ya Rahman ya Rahim
Irhamna ya Allah ya Rahman ya Rahim
Irhamna ya Allah ya Rahman ya Rahim
Irhamna ya Allah ya Rahman ya Rahim

Ya Allah ya Rahman ya Allah ya Rahim
Ya Allah...