Short Vacation in Penang 2017
Assalamualaikum. Alhamdulillah, cuti ni berkesempatan bercuti di Pulau Pinang bersama yang tersayang. First of all thanks dear husband for spending the whole holiday with us, wifey and son 😊 So nak share sedikit mengenai bajet kami. Sambil-sambil blog jadi diari untuk rujukan masa hadapan. Sebelum travel, isi siap minyak full tank. Kami bergerak seawal 7.30 pagi. Awal? Well, berjalan dengan anak kecil, banyak yang perlu diambil kira. Di rumah breakfast ala kadar sahaja. Then dalam 9am begitu kami stop di rnr, makan spageti yang dimasak pagi tadi di rumah. Hero makan licin, jarang jumpa spageti agaknya. Oh ya, tak lupa, kami sudah bersedia dengan snek, air mineral, air sarsi dan air Minute Maid sebagai bekalan perjalanan. Jam 1.30 tengah hari, kami tiba di Kepala Batas. Singgah untuk melawat geng cikgu dan baby barunya. Alhamdulillah, rezeki dapat makan lunch sedap lagi free. Hihi. Memang sedap baq hang.. Makan tak cukup pinggan. Hihi.. Tq kak tpah and family....