Kata-kata yang Baik
Assalamualaikum. Hari ini, sering sahaja kita melihat tulisan-tulisan yang ditulis yang tidak cantik di mata. Sekalipun, cantik itu subjektif, tapi pastinya jelas kata-kata yang baik dan sebaliknya. Misalnya, seseorang berkongsi cara menyimpan pakaian solat dengan betul. Lalu hadir pengkritik hebat dengan pelbagai kata-kata seperti ; "Mana dalilnya?" "Rumitkan buat apa, Islam kan mudah." "Dia je bagus." "Tak sah ke kalau tak simpan macam tu." Kemudian seorang wanita berkongsi menu hariannya. "Ini antara menu harian saya, saya tak amalkan makanan bergoreng terutamanya untuk anak kecil." Lalu ditikam pula bertubi-tubi ; "Dia je jaga anak bagus." "Kita bagi makan bergoreng tak sayang anak agaknya." Dan pelbagai kata-kata lain. Jika dibaca dengan santai dan hati terbuka, sebenarnya tiada isu menidakkan atau menghentam cara orang lain. Sebaliknya, komen yang tidak baik itu menunjukkan bahawa kita 'terasa' meskipun...