Posts

Showing posts from 2010

Aku, Kau & Mereka - 2010

Image
Assalamualaikum. Random. Blog Aku, Kau & Mereka ini tidak punya niche tersendiri. Berbicara tentang semua tidak kira perihal kehidupan, manusia, hati, dan semuanya. Wujud sejak 2008 lagi sekadar memenuhi syarat subjek yang diambil ketika itu. Mula aktif berblogging pada Feb 2010. Justeru maCy menjadikan Feb 2010 sebagai permulaan kelahiran blog ini. Tema Tidak punya tema tetap. Paling lama menggunakan tema Ladybird. Tema warna tetap hitam-merah-putih. Sebahagian header lama boleh dilihat di Sini . Jumlah Entri 209 setakat ini. Jumlah Folower 895 setakat ini. Entri Pertama Wahai Kamu - Cukup sekadar maCy katakan maCy meluahkan sedikit kekecewaan. Blogger yang memberi semangat ketika itu kebanyakannya tidak lagi aktif berblogging. Entri dengan View Tertinggi nasihat dari seorang abang surat untuk seorang blogger Entri dengan Backlink Terbanyak karma - Beberapa sahabat blogger yang quote dan membuat entry tambahan bagi entri ini. Entri Terbaik karma a story behind two large cokes ha...

cinta@2010

Assalamualaikum. Menjawab soalan seorang gadis blogger mengenai hint kisah duka maCy di alam maya ini. "Sebenarnya penting untuk mendapatkan seseorang yang sangat memahami kita" adrinaqamarina : Sini Content entri ini hanya dipublish sehari sahaja. Terima kasih atas segala pandangan, doa dan sokongan semua. [edit] Dengan ini. 2011. Diharapkan tamatlah kisah maCy dengan semua mereka. Entry ini bakal didelete nanti. p/s : permintaan seorang sahaja yang mahu tahu, tapi disini juga maCy bercerita.

roti canai dan seorang jejaka

Image
Assalamualaikum. Kereta dimatikan. Beberapa orang jejaka sedang duduk-duduk tanpa kerja. Kemas, tapi melepak pula kerjanya. Salah seorang sedang berbaring di atas kereta. maCy melanglah keluar. Dia yang di atas kereta memandang, membuka cermin mata gelapnya dan berkata " Hai, maCy." . Cis maCy perasan dia tahu nama kamu ya. Hai kosong sambil mengenyit mata. maCy tunduk. Kaki segera melangkah meninggalkan jejaka berkereta sport putih itu. Berlari anak mengejar abah dihadapan lalu terus memeluk erat lengannya. Biasa. Juga biasa dipandang pelik oleh para manusia. Abah maCy sukahati maCy la. Ingat maCy ni bini muda apa? Biarkan, biarkan mereka. Berjalan terus menuju ke sebuah restoran. Duduk. " Roti canai 12" , kata maCy. Mereka memandang serentak dengan riak terkejut. "Oh, bungkus. 2 makan" , tambah maCy. Mereka kembali meneruskan tugas-tugas mengisi perut di pagi hari. Duduk. Menghirup teh tarik yang terlebih manis. Tudung pink ditiup kipas angin. Sejuk. Sep...

.

Image
p/s : cz i hate you.

Arsenal 3-1 Chelsea

Image
Assalamualaikum, Pagi ini... Abang Lon : Aduh, Arsenal kalah semalam. maCy : Hah? Mane ade. Menang la. Abang Lon : Yeke? Kawan abang Lon mesej kate kalah. maCy : Tak la, menang.. Abang Lon : Berapa? maCy : 3-1.. Abang Lon : Biar betul. Pegi check. Lalu maCy pun layankan Abang Lon maCy, tengok highlight, tengok video kejap. Hooray! Tidak salah lagi. rasanya dah lama Arsenal tak menang dengan Chelsea. Terpujuk lah hati maCy dari kisah semalam. Tapi bila baca balik kelakar pula macam mana lah maCy boleh ter'emo. Haha Back to the story, scorer pagi tadi ialah Alex Song, Cesc Fabregas and Theo Walcott. Song bagus betul sejak akhir-akhir ni. Apa pun sekarang Arsenal di tangga kedua di bawah Man Utd. Pagi tadi masih di tangga ketiga. Akhir kata, majulah Arsenal untuk semua ;D p/s : kenyang makan bubur lambuk. huhu

entry emo untuk blogger

Assalamualaikum. Okay. Today i spend most of my time visiting all the blogs i followed. 400 something setakat yang maCy sempat tengok tadi. Just now maCy try my best nak visit all, i repeat all the blogs i followed. I repeat, ALL. But just now my mood memang spoil sedikit kena marah dengan a blogger, saying that i just commented suka hati. She said i should read whole story first or atleast read partially. maCy malas nak approve komen tu sebab betul-betul spoil my mood. I am so sorry maCy admit maCy buka tab banyak-banyak sangat. Terlalu banyak sebab nak cepat and almost buat lappy hang. But i did read all. I am so sorry if maCy tersalah komen but i really did read all. I am sorry if maCy tersalah komen but dont expect that your blog have stories that totally differ from the other blogs sampai tak tersalah langsung. Like just for today berapa banyak yang cerita pasal bola, berapa banyak yang cerita kisah hati yang lebih kurang sama. Berapa banyak yang cerita pasal ikhlas tak ikhlas. ma...

Tahniah Malaysia!

Image
Assalamualaikum.. Tahniah Malaysia! maCy baru sahaja selesai duduk mengadap tv tengok bola dengan abang-abang. Tapi second gol maCy sorak sorang-sorang rasa tak yakin je sebab abang di dapur abang lagi sorang belum sampai. 3-0. 3 gol yang meledak malam ini hasil jaringan si kacak tampan Harimau Malaya menentang skuad Indonesia hari ini benar-benar menggegarkan tingkap-tingkap di rumah. Apa pun Safee, Ashari dan Khairul Fahmi si golkeeper dan lain-lain amat kacak malam ini. Tapi rasanya maCy banyak usha Muslim lah. hee. maCy malas nak komen banyak. Biar rossenori yang bebel banyak tentang bola. Err, rina tengok ke bola sini? ;p Tiba-tiba rasa nak football player sebagai bakal suami. hahahaha. Ok. Maaf, sangat happy ;D Tahniah skuad bolasepak Malaysia. Pergi dulu jangan rindu-rindu! ;) p/s : alhamdulillah segalanya berjalan lancar hari ini. maaf lama tak update di rumah ada event sendiri :)

artikel disiarkan di iluvislam

Image
Assalamualaikum, Maaf semua kerana sudah beberapa hari menyepikan diri. Laptop maCy baru pulang dari klinik kesihatan. Ditambah pula dengan kesibukan di rumah. Semalam dapat maCy mengarang seperenggan, kakak maCy pula datang buat onar. Beliau ketuk-ketuk papan kekunci maCy ni menghasilkan perkataan tiada makna lalu maCy menggigit tangan beliau sepuas hati. Haha. Yelah, suda h lah kurang masa mahu menulis, sengaja pula diusiknya. Kemudian dicuba mengarang semula sudah lari idea lalu maCy terus off laptop. huhu Pada 22hb Disember baru-baru ini artikel pertama maCy yang dihantar ke web iluvislam telah disiarkan. Mahu baca? Klik Sini Sangat gembira! Sebenarnya karya tersebut pernah di post di teratak Aku, Kau & Mereka ini sebelum ini di Sini . Melihat penerimaan yang amat positif dari kalangan pembaca maCy, maCy cuba kongsikan pula di web iluvislam itu. Ini adalah percubaan pertama, karya kedua maCy menerima respon "Harap maaf, artikel anda tidak memenuhi kriteria yang dikehend...

Kisah Lina dan Jaja

Image
Assalamualaikum, Di suatu petang yang hening.. Lina : Jaja.. tengok rambut aku ni cantik kan.. Jaja senyum sahaja.. Lina : Jaja, kenapa kau pakai tudung. Tengok aku, semua puji kata rambut aku cantik, lurus. Dapat pulak pakai shampoo yang ada Macy Humaira yang tengah hot tu. Memang wangi lah. Tak kisah la even model shampoo tu bertudung pun, aku nak cerita pasal produk dia je. Rugi tau kau pakai tudung. Tak boleh buat style rambut itu ini. Style aku sekarang ni memang trend tau. Baik kau cuba. Jaja : Tak apalah Jaja, aku selesa macam ni.. Lina : Tak cantiklah Cik Jaja oi, tak cantik. Taknak aku pakai, nanti orang kata aku hodoh. You should try Jaja. Aku sanggup sponsor kalau kau nak rebond ke ape.. Ok? Jaja : Tak apalah Lina, biar tak cantik di mata manusia asal aku cantik di mata-Nya. Cut! Entry kali ini sebenarnya menyahut seruan tag cik Dya Adriza sempena Kempen : Mari Menutup Aurat . Kali ini maCy tidak mahu menulis panjang tetapi maCy mahu rakan-rakan blogger dan bukan blogger u...

an apple a day keeps the doctor away - TIPU

Image
Assalamualaikum, Biasa dengar quote di atas? Hari ini maCy secara rasmi mengatakan bahawa quote tu tipu. Last night i vomitted for 9 times dari jam 9 malam sehingga jam 3 pagi. Lalu jam 3 pagi itu abah dan abang bawa maCy ke klinik. Food poisoning, calon faktor utama ialah sebiji epal. huk huk. maCy mahu rest. Malam ini baru rasa segar sedikit. maCy tidur sepanjang hari. Tapi tidur tak tidurlah sebab badan sakit-sakit. Terlalu banyak kali muntah. Doa maCy cepat sihat. Sebab sebenarnya maCy amat lapar. Tapi takut mahu makan. babai~ *** Jemput singgah blog schoolmate maCy yang baru berusia sehari. Warning, Mr.LineKlear ini mempunyai masalah kuat perasan hensem dan kuat merapu. Sekian ;D p/s : tak tahu nak cakap apa~

eh ade jugak follower macam ni?

Image
Assalamualaikum, Sebenarnya semalam maCy fikir nak hibernasikan teratak Aku, Kau & Mereka ini sekali lagi, tapi malam semalam tiba-tiba mimpi Robin Hood maCy kata "jangan!" terus sudah tak jadi. hehe Back to the topic, follower ada macam-macam follower. Pertama, follower seperti di bawah ini : rindu tak shoutbox maCy ni? ;p Look at the 3rd shout, jadi apa maCy buat? maCy reply baik-baik kata yang maCy tak kisah sebab maCy lebih sukakan loyal reader dari follower. Tapi tak apa, sebab bukan ini yang maCy nak cerita sebenarnya, sebaliknya yang ini : aik, follower 864? Siapa tak kenal Asada Ryutaro ? maCy mula-mula recognize dia sebab dia ni suka bagi komen yang kelakar dan mempunyai hobi pelik iaitu perasan hensem. isk isk. Sejak petang semalam lagi maCy tidak berpeluang online, tiba-tiba malam ini maCy online dan tengok si Asada ni baru follow maCy. Jadi apalagi maCy yang tengah moody malam ni pun merajuk-merajuk lah sebab ingatkan dia memang baru follow. Memang sengal la ...

Hari Ini Aku Menangis

Image
Assalamualaikum Ditenung wajah anak kecil itu. Lama. Senyum tawar dilirik. Cuba. Payah. Akhirnya gugur juga airmata~ Pagi ini maCy menangis. Kenapa? Sebab anak saudara maCy dah nak balik rumah dia. Haha. Rindu. Entahlah. Padahal minggu depan dia akan pulang lagi ke kampung dan bertemu mak su nya ini. Biasanya anak saudara maCy bila maCy berpeluang jumpa semua sudah besar, tapi si kecil ni lahir semasa maCy ada di rumah. Menangis dia, ketawa dia, senyum dia, tidur dia. Semua maCy sudah rindu. Sangat manja. Selalu mahu didukung sahaja. Muhammad Siraj Rayyan. Nak tidur mak su boleh dodoikan. Nak main mak su sanggup layan. maCy nak mandikan dia mak tak izinkan lagi. Puas dipujuk tak diizin juga. Kecil lagi, baru 3 bulan katanya. Budak kecil perasan besar Baru lepas tukar pampers Si hensem ni tengah ketawa pun boleh diam bila jumpa camera Siraj, cepat balik kampung kita main-main lagi ya~ p/s : diam bukan merajuk~

Blogwalking di Bloglarian

Image
Assalamualaikum, Sedang maCy enak makan cikedis, tiba-tiba terbaca komen Asada Ryutaro si busy cari calon, "Asada tag maCy dekat bloglarian." . Tidak! Bukan tidak apa, rasanya benda ni baru yang agak lama tapi sejak awal kemunculannya maCy tak faham-faham apa fungsi dan caranya. Jadi siapa rasa yang tag maCy tu pandai tag pandai la ajar ye? hehe Err, macam mana nak mula ni? 1. Letak banner ini di dalam satu entry (seperti saya buat ni-fuh sebijik dari entry Asada. hehe) dan link terus ke http://bloglarian.blogspot.com 2. Lengkapkan slogan "Saya suka berblogwalking kerana..." (tidak melebihi 30 patah perkataan). "Saya suka berblogwalking kerana melalui blogwalking saya berpeluang bertemu dengan pelbagai perspektif pemikiran manusia yang pastinya berbeza disamping menambah koleksi rakan dalam album kehidupan saya." (25 patah perkataan) 3. Follow BlogLarian. 4. Tag 3 orang atau lebih rakan. Dekat sini maCy mengumumkan, orang yang maCy tag adalah : zaizax ...

askar-askar bermain

Image
Assalamualaikum, Maaf tiada update seharian. Sangat tiada masa mahu mengarang kata. Jadi maCy kongsikan gambar kenangan cuti menjaga askar sahaja ya? ~pengsan habis semua gambar kalau tiap kali tak sempat buat entry je upload gambar. huhu Acu, da abis.. ~deena buat muka kesian minta gula-gula si comel pantang jumpa camera si hensem pun lebih kurang sama. huhu Petang ni mereka tak main lari-lari Selepas maghrib Sekian. Harap esok lusa dapat berkongsi cerita lagi. Pergi dulu jangan rindu-rindu ;) p/s : tawar dan semakin tawar..

pengalaman di wad

Image
Assalamualaikum, Perkongsian kali ini merupakan sorotan idea dari entry Iqbal Syarie mengenai pengalamannya dimasukkan ke dalam wad akibat denggi baru-baru ini. Perkongsian maCy tidak lah sehebat perkongsian beliau. Cuma, maCy mahu berkongsi sedikit pengalaman maCy semasa dimasukkan ke wad pada bulan Jun 2008 dan 2009. Pada tahun 2008 maCy dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan membuang tumor di telapak tangan manakala pada tahun 2009 maCy dikejarkan ke wad akibat appendix. Naik ambulan nenoneno itu juga satu pengalaman. huhu Apa pun, selama 2 kali maCy dimasukkan ke hospital itu, dilihat senario sama yang berlaku. Si sakit mahupun si kurang sakit jarang sekali melakukan solat 5 waktu. Solat itu tiang agama, tiada tiang maka runtuhlah agama. Diakui, untuk pembedahan pertama pada 2008, sepanjang hari setelah keluar dari bilik pembedahan, maCy tidak mendirikan solat. maCy mabuk sungguh-sungguh dengan bius yang diberikan. Rasa puluhan bintang terbang di depan mata. Pembedahan...

lagi mengenai Cikgu Shida

Image
Assalamualaikum. maCy tertarik dengan entry Linda Bulan di Sini . Mengenai Cikgu Shida. Ya, siapa yang tidak kenal Cikgu Shida? Seorang guru yang dengan beraninya ... bla bla bla. Semua tahu maCy tidak perlu huraikan lagi. Kisah ini barangkali dirasa sudah lapuk, tetapi percayalah di wall beliau kata maki menjengah tanpa henti. maCy tahu entry ini barangkali mencetuskan kontroversi. Tetapi cuba lapangkan dada dan terima pendapat dengan hati yang tenang tanpa prasangka. Beliau merupakan seorang guru. maCy merupakan bakal guru yang akan berkhidmat dalam tempoh masa 3 tahun lagi. Justeru maCy mempunyai sebab yang munasabah untuk tidak bersetuju dengan tindakan beliau. Kerana satu individu yang membawa lumpur, pastinya semua yang termasuk dalam kumpulan itu akan tercalit sama. Namun, sejak awal lagi maCy tidak pernah pula mahu membuat satu entry khas untuk mengutuk beliau. Dan secara jujurnya, berapa banyak pun video yang telah video upload untuk tatapan umum, tidak pernah satu yang maC...

luka suka

Image
Assalamualaikum, Saat itu aku memandang ke langit biru. Sekadar memandang tanpa emosi. Ya, aku tipu. Sebenarnya ada cecair jernih yang mengalir di hujung mata. Perbualan di telefon yang mulanya ceria mula dituruti dengan suara yang tersekat-sekat. Air mata segera diseka. Aku kembali mengumpul tenaga seraya berkata, "korang nak layan plot cerpen ke cerita maCy?" . keh3 kalaulah hati bisa dijahit dan dirawat begini Salam satu blogger! Apa khabar? Lama sudah maCy tidak bertanya khabar atau bermukadimah sebelum memulakan cerita. Bla bla bla bla. Ok itu mukadimah. Done. Mood agak ceria. Walhal banyak lagi yang bermain di minda juga hati. Tapi proses untuk reheal dan restart tetap diteruskan. Hidup mesti terus, kerana alang sedang menanti di hadapan. Eh salah. Alang itu adalah jejaka yang tidak memandang maCy selaku sebagai seorang gadis mungkin. Jadi maCy mahu menggunakan 'arjuna'. haha. Tengok, merepek lagi. Bila maCy merepek bermakna? Something is bothering me. maCy tida...

kalau sakit sila check dengan segera

Image
Assalamualaikum, Semalam maCy dan dua orang sahabat blogger iaitu Cik Linn dan Asada Ryutaro ada lah berbincang sedikit mengenai blogger yakni juga dikenali sebagai penulis, Iqbal Syarie yang sudah beberapa hari tidak online, empat hari rasanya. Sudah tentulah risau, kerana sebelum itu beliau ada menyatakan bahawa beliau demam sedikit tapi degil tak mahu ke klinik. Rupa-rupanya setelah hujan petir mencari jalan untuk menghubungi beliau (hiperbola je ni) maka diketahuilah memang benar beliau masih kurang sihat. Tu lah. Degil. isk isk. Tapi itu kisah semalam, hari ini beliau semakin baik nampaknya :) Maka di kesempatan ini maCy mahu menyeru kepada semua yang rasa ada demam-demam sakit-sakit itu segeralah ke klinik. Almaklum sekarang ada banyak kes denggi terutamanya. Usah ambil ringan ya. Sayangi diri, keluarga dan sahabat anda ;D Kepada saudara Iqbal Syarie dan si sakit batuk selsema di luar sana, moga sembuh sepenuhnya segera. :) Sekian, pesanan khidmat masyarakat dari Kementerian K...

ads dan widget widgeo

Image
Assalamualaikum, maCy yakin mesti ramai blogger yang experience masalah yang sama iaitu tidak suka apabila keluarnya pop-up ads semasa sesi blogwalking. Ads itu sebenarnya keluar apabila kita melawati blog yang menggunakan widget widgeo. Jadi di sini maCy menyarankana agar para blogger menukar widget yang mereka gunakan seperti online counter kepada widget lain selain dari widgeo. Tambahan pula, mengikut pengalaman awal maCy, widget tersebut kurang mampu untuk membuat kiraan secara tepat. Anda akan mendapati count pada widget tersebut biasanya adalah jauh lebih rendah berbanding count di nuffnang yang sememangnya lebih tepat. Jangan bimbang sekiranya anda sayangkan kiraan pada widget sedia ada anda kerana kebanyakan widget yang ada biasanya membolehkan blogger memilih starting point sendiri. Happy birthday dear Poyaty :) p/s : hari ini tak sehat~

renew semua

Image
Assalamualaikum, maCy berhasrat untuk : 1. Tukar no lagi Rimas. Contoh, 3 days ago maCy ter'answer someone's call. Okay dah 2 tahun kot maCy tak reply mesej and tak jawab call, but that day tak sengaja terjawab maCy tukar phone jadi tak ada no dia. And it is really annoying seriously. Act maCy sudah tukar no baru tapi manakan sama dengan upax yang murah. 2 minggu guna xpax maCy sudah rasa senak poket. 2. Buat FB baru Act maCy mahu lari dari orang. Lari sampai tak dapat dikesan. Tapi sampai bila mahu berlari. Lari-lari nanti maCy makin kurus macam mana? Ye tak? hee bila teringat mahu tergelak pun ada. tapi time mula-mula stress juga~ 3. Buat blog baru Act this one pun maCy pernah buat. Close blogger tahu la rasanya. Since i don't feel really comfortable to share some personal stuff sebab orang yang dimaksudkan walaupun jarang sekali sekala terjenguk juga blog maCy ni. kantoi. padan muka maCy~ 4. Buang shoutbox Rasanya sudah tidak mampu untuk membalas semua jejak blogger yang...

ucapan ala-ala malam gala

Image
Assalamualaikum, Mahu update. Tapi kepala masih belum mampu menjana idea yang bernas lagi bijaksana. Aliaa, maCy sorry date ym kita not happening, you can see my mood last night macam mana. Cik Linn yang blur-blur. Juga lain-lain yang tahu tapi buat tidak nampak sahaja. Asada Ryutaro, terima kasih kerana jaga tepi kain batik maCy. Abang Afiq yang tahu cerita sipi-sipi almaklum sejarah salasilah yang dekat sahaja. Peja yang ambil berat, terkena tempias dek lagu yang maCy sharing di entry bawah ini. Terima kasih. Layanlah maCy buat ucapan ala-ala malam gala hari ni. Layan je la ye. Kepada yang kena ignore semalam, maCy minta maaf. Hari ni maCy buat supersaver versi celcom maCy bayar gantirugi call sorang-sorang. Tapi maCy tak janji. erk. Kepada blogspot team, maCy perlukan method baru untuk elak blog dari di-stalk. Kerana rambut walau merah, yang hitam itu juga perlu untuk dihantar masuk ke liang lahad dengan selamat. ~Ape ni? Sebenarnya tidak larat mahu bergaduh 'manja' fi FB ...

Marit Larsen-Only a Fool

Assalamualaikum, Let's listen to this song. maCy jarang share lagu di blog. Therefore, once I share it, it must be really cool ;p This song is actually related la juga dengan my current situation. Credit to Peja yang introduce lagu ni pada maCy, last 2 month kot~ "Only A Fool" So you say I need to consider this Yours were the face that I couldn't resist Yours was the fuel to the flames in my heart Mine were the words that would tear us apart Well I say I found the letters you wrote Mine was the smile and the life that you broke Mine was the story that you told your friends Yours were the demons you couldn't defend Understand me, as of lately I've learned a thing or two There is just no way that I'll be coming home to you [Chorus] 'Cause only a fool would do this again Only a fool would let you back in There is no you left to embrace There is no word would make it feel safe Love was a gift, stubborn and wild I was armed with the faith of a child And y...

dear 2011

Image
Assalamualaikum, company maCy pun harapnya makin maju ye. hehe Dear coming 2011, Please be nice. I gonna turn 21 very early of the year. I am small but im one of the elder among 1990's. isk isk. As the past years, i dont have any specific wishes for new year. Just hope for a better tomorrow~ Happy new year in Hijrah and happy coming 2011~ *** Thanks for both the awards Alya . I love you so much! :) [edit] p/s : most of my family members was born on january too. tapi amat busy tak sempat nak buat entry besday dah. huhu

milo panas

Assalamualaikum. Kesejukan hujan renyai diluar memeluk tubuh. Tapi pastinya tidak mampu menjangkau sejuknya di UK sana. Saat mereka barangkali berhadapan situasi suhu paling sejuk dalam tempoh masa 45 tahun seperti beberapa hari yang lepas. Milo panas dihirup perlahan. Cukup untuk membekalkan haba sementara, juga cukup untuk membolehkan mitokondria bekerja menghasilkan tenaga untuk bekalan esok hari. Teringat kisah petang tadi. Saat itu, langit kian gelap. Segelap semangat yang mengendur sejak semalam. Parang ditangan tetap digenggam. Bukan. Bukan untuk mencederakan. Cuma untuk dihayun saat semak samun menghalang perjalanan. Abah bercekak pinggang sebentar melepaskan lelah. Abah baru sudah merebahkan pohon besar yang bertindak ibarat parasit mengganggu tanaman. Segera kuhampiri abah dan kuletakkan kepala dibahunya. Lemah. "Dah penat? Nak balik?" , tanya abah. "Tak abah, cuma penat mencari semangat." , jawabku di dalam hati. "Macam ni la. Bukan senang nak cari r...

30 minutes at ... .

Image
Assalamualaikum.. Takmo tulis-tulis. Ini cerita lewat petang tadi. My 30 minutes at.... ~ maksu and damia maisara :) purple is nice ;D green and cream? but i do love red. huhu or sweet pink Adoi. Semua sangat nice! :) Ni kedai barangan hantaran lah. Ape kes kate taman bunga. Apa la korang ni. Haha p/s : telefon berbunyi kring kring kring. huhu

malam pertama

Assalamualaikum.. Siapakah yang menjadi teman untuk seorang pengantin yang memakai helaian kafan? Ditinggalkan sendirian menanggung nasib, meratapi kepergian orang yang menghantar ke kuburnya. Jangan pergi! Mana anakku, isteri dan saudara mara yang dulu mengasihiku? Semua hartaku, siapa yang menghabiskan segala jerih payahku selama ini? Lubang itu terlalu sempit, tempat cacing dan ulat menggigit-gigit. Malam pertama di sini sungguh berat ditanggung sendiri. Ada malaikat yang datang membawa urusan amat penting. Persoalan yang bukan senda gurau kekasih pada malam pengantin. Bahkan, gertakan yang mengecutkan hati dan kekerasan yang memadamkan kegembiraan. Siapakah yang mahu menolong aku, menemani dan membela diriku? Di mana sembahyang, puasa, haji dan sedekahku? Datanglah selimuti aku daripada kepedihan seksa ini. Di mana bacaan al-Quran, zikir dan kelembutan lidah yang pernah mengeluarkan kata-kata yang baik? Datanglah semua segala kebaikanku dari atas kepala, di sebelah tangan,...