Sabtu, 28 Disember 2013

Vitamin C & E + Whitening by Dian'z Health and Beauty Care



Assalammulaikum dan selamat sejahtera.



Vitamin C & E + Whitening  

Vitamin C & E ni ada 60 biji kapsul dalam satu botol. Boleh bertahan selama satu bulan. Mudah dimakan, senang dibawa ke mana-mana terutama time travel, letak dalam handbag dah settle, tak perlu pening-pening nak bancuh ke apa. Boleh dimakan seawal usia 16 tahun lagi, lelaki perempuan, tua muda boleh makan. Ibu megandung, ibu menyusu boleh makan. Ibu dalam pantang tidak digalakkan makan, sebab masa pantang banyak ambil herba kan, bercampur-campur jadi apa pulak nanti.

Kandungan Vitamin C + E :

Pure Collogen - collagen dari ikan talapia, alergic seafood pun boleh makan, kecuali hang ada alergic dekat ikan talapia tak boleh makan.
Vitamin  C & E.
Glluthatione- Satu dunia tahu kebaikan gluthatione ni kan.
Maquiberry - Memang buah yang bagus, jadi bila makan rasa perisa berry lah.

Kebaikan Vitamin C + E.
* Memutihkan kulit wajah dan badan.
* Merawat jerawat kronik.
* Mengurangkan maslah resdung.
* Memberi kesihatan dan kecantikan dari dalam.
* Mengecilkan pori pada wajah.
* Vitamin lengkap untuk tubuh anda.
* Sesuai untuk Lelaki dan Wanita

Ini Nurul Diana owner Dian'z Vitamin. Nak jual apa2 owner harus lah mencuba dulu, baru orang lain percaya kann. Dian dah makan Vitamin ni 1 tahun lebih. Tengok hasil dia, sure aku tak tipu ya. Memang tanpa apps camera apa pun ni.

Ini pulak Fara kawan stokis aku. Bride to be. Fara dah makan Dian'z Vitamin dekat setahun jugak. Fara mula-mula kulit dia sensitif, bila makan suppliment bukan2 akan naik jerawat. Tapi lepas makan Dian'z Vitamin, kulit dia alhamdullilah ok sangat.


Testimoni aku sendiri :
Aku baru makan sebulan. Awal2 aku makan tu dia naik jerawat lah kan. Aku buat relax je. Sebab aku memang tahu mula2 akan naik jerawat punya. Yela jerawat naik sebab dia buang toksin dekat badan kita. Air masak aku minum banyak jugak. Tapi kekadang je. haha kekadang 1 botol pun tak habis. mihmih. Apa aku rasa kulit aku jadi lembut dan anjal, gituuu. Nak kata kulit putih tu belum lagi, take time lah kan. Kulit dah kurang berminyak. Aku selalu berminyak bahagian tepi2 hidung tu. Tak selesa aku rasa. Aku memang dah jatuh hati lah dengan Vitamin ni. Sebab aku rasa selamat nak makan. Ada KKM kan, plus aku tahu siapa owner dia tu. Nak gambar aku sebelum dan selepas nanti aku upload yoo. Tunggu aku makan dua bulan nanti. 



Lagi Testimoni ====> TEKAN

Question and Answer :

Q : macam mana nak makan ?
A : Ambil 1 biji sebelum sarapan, dan 1 biji sebelum makan malam. Ada gastrik ambil selepas makan sarapan and selepas makan malam.

Q : Berapa lama boleh tengok kesan.
A : Ikut kepada tahap metabolisme badan kita, ada yang satu hari makan dah nampak kesan, ada yang 3 bulan makan baru nampak kesan, jangan give up kalau baru satu atau tiga bulan makan belum nampak kesan. Metabolisme badan kita berbeza setiap orang.

Q : Ibu mengandung dan menyusu boleh makan ke ?
A : Boleh, tiada masalah, sebab dia vitamin. Kalau masih ragu-ragu boleh bawa Vitamin ni dan semak dengan Doktor anda.

Q : Halal ke ? Ada KKM tak ?
A : Dikilangkan bertaraf GMP, disahkan HALAL oleh JAKIM, keluaran bumiputera dan ada KKM.

Q : Ada effect kalau stop makan.
A : Ada, kulit yang cerah and cantik masa makan ni, mungkin akan kusam balik sebab dah tak ada vitamin dalam tubuh, kalau serasi bagus kenapa stop ? vitamin ni akan cair dan  mengalir ikut darah dalam tubuh, kalau kita tak ambil tiada vitamin dalam badan kita, tak ada vitamin macam mana kulit nak cantik ?

Q : Harga mahal tak ?
A : Sangat berpatutan RM 80 ( not include postage ) postage RM6 semenajung RM9 sabah srwak.



SMS ke : 0177492503.

Untuk kawan-kawan blog, aku kasi diskaun RM5 ya. PM aku kat facebook dan cakap, saya baca Vitamin dari Blog, ha dah dapat diskaun RM5.




Selasa, 10 Disember 2013

Kawan

Assalammulaikum.

Staright to the point. kawan, manusia kan, bukan hantu. kalau dah manusia perangai usah kata, macam-macam. kadang-kadang boleh terima akal, kadang-kadang tak boleh. tapi nasihat untuk diri aku sendiri, jadi manusia jangan fikir kau paling bagus, pandang atas ramai lagi bagus, jangan fikir diri kau saja. jangan. bahaya. kawan tak semestinya luar baik dalam pun baik. tapi kau yang matang cuba terima, mungkin ada silap dalam diri kau jugak. aku lagi faham, yang solat cukup belum tentu dia boleh jadi kawan yang baik, faham jiwa, maksud aku perangai dia, belum tentu baik, yang free hair belum tentu dia jahat, abaikan kau. aku ada dua, satu bab solat memang jaga, taat, aku yang dulu lompang-lompang solat alhamdullilah terpengaruh ikut cukup. bagus lah kan. tapi manusia mesti ada lemah, mesti. sebab memang allah cipta kita bukan sempurna. tak perlu sebut buruk dia, tapi aku pun manusia tak sempurna, kadang-kadang terasa, sakit hati, tapi konsep aku mudah, sabar, sabar, sabar. tak rugi apa pun, biarkan dia buat kita, jangan kita buat dia, kita ada kawan jangan tahu minta tolong, minta teman ke mana-mana. tapi bila kawan minta tolong kadang-kadang kita bagi beribu alasan, minta teman sentiasa tak sempat. jangan kesian kawan. masa susah kita dia ada, masa susah dia kita ? tapi aku tak pernah berkira, jujur aku cuba buang semua rasa yang tak betul, sebab syaitan suka kalau kita bergaduh sentap. aku cuma ingat baiknnya kau pada aku, walau kadang-kadang banyak yang aku makan dalam hati. sebab aku nekad kau kawan dunia akhirat.

yang dua, mungkin persekitaraan buat dia jadi macam tu, bukan jahat, bukan. tapi bab agama mungkin kurang dari yang satu. tapi aku respect bab kawan, dia tak pernah berkira, kawan susah dia ada, aku tahu dia orang yang sangat menghargai kawan, aku tahu itu. mata coklat aku boleh tengok, boleh baca. terima kasih ada waktu susah senang, teman ke mana saja. selalu kau bilang, kau skalau rasa malas, kau ingat masa susah kau, kawan kau tolong. sesungguhnya lepas tiga tahun ini aku sumpah, rindu dengan kalian.

bergaduh biasa. tahu mungkin gurau aku melampau, tapi tolong lah fikir kadang-kadang kau bikin kawan makan hati sampai menangis dalam hati kawan. jangan jadi jadi orang terlalu berkepentingan. jangan. 

Ahad, 1 Disember 2013

My Own Story- M.O.S

Assalammulaikum and hai. selamat hari minggu.apa khabar..aku tak tahu nak start macam mana lah. ishh.ishh. gedik kau ni. menyampah. aku kan suka kan dengar lagu. alah engko orang pun suka kan dengar lagu kan. tapi jangan sampai lagha ya adik-adik. tak boleh. hari tu jalan-jalan dekat youtube. boleh ea jalan-jalan. lepas tu kan. berapa banyak nak guna kann.kann ni. tengah hits lagu sandiwara cinta sekarang ni, aku suka dengar cover lagu-lagu ni daripada the real lagu, sebab kadang-kadang cover lagi sedap dari the real lagu. mihmihmih aku jumpa cover sandiwara cinta cover by M.O.S ni. hoii aku cakap dengan kau best lagi dari penyanyi asal dia tahu. hahaha jahat aku. video yang cantik, menyanyi tepi pantai. oh my cair iolss. mihmih lagha ni lagha. nah tengok sikit.



band ni popular jugak rasannya. tapi aku je baru tahu kot. kot lah. M.O.S standing for my own story. tiga orang ahli own,remy and kim. hoii siap tahu nama ahli dia. nampak sangat stalker terhebat aku. mihmih tak adalah dah dia orang bagi discription iolss baca lah kan. tapi tak tahu lah dekat telinga engko orang best ke tidak sebab telinga lain-lain kenss. cukup lah. ni pun rasa dah panjang menulis ni.



macam mana nak contact dia orang :
fb page : M.O.S
twitter : M.O.S
youtube : M.O.S

terima kasih sudi baca ;)

Jumaat, 29 November 2013

Diam. Fikir. Pangkah

Assalammulaikum.

hari mengundi mahasiswa/i sini
aku sudah,
aku yakin apa aku pangkah,
aku faham apa aku pangkah,
sebab aku sudah jadi
mahasisiwi pertengahan,
sudah faham politik kampus.

aku pangkah pakai doa,
pakai otak,
pakai akal,
aku fikir,
bukan aku terpengaruh,
dengan cakap jerit-jerit,
mereka yang bertanding,

aku tak minta banyak,
yang menang, cuba
penuhi manifesto,
tak dapat semua,
separuh pun sudah,
sebab,
aku faham,
kalian juga mhasiswa,
kadang-kadang di pandang rendah
oleh mereka yang lebih tinggi.

yang kalah,
jangan rasa sudah kalah,
kalau niat benar ikhlas,
kalah bukan masalah.
kalau kalah bukan tidak boleh berjuang.
teruskan jangan berhenti.

aku suka, gembira,
aku pangkah mereka,
dan,
mereka menang.
alhamdullilah,

ingat kemenangan itu ujian,
ada amanah besar atas bahu itu,
aku hanya pemerhati senyap,
aku bukan diam tidak ambil tahu,
aku sokong kalian,
dengan cara akau sendiri,
tahniah sahabat.
moga bawa perubahan untuk kami.


#hari mengundi UM.

Ahad, 27 Oktober 2013

#Semester 2 Part 1

Assalammulaikum. Hai.

Ehe orang dah masuk semster 3 dah ni, dah nak cuti mid sem dah ni. kau baru nak update pasal semester 2. kau tahu aku malas nak menaip, minggu depan dah midsem untuk sem 3 ni. dah sem 3 aku, lagi 3 sem grad. kejap sangat rasa. lepas grad buat apa ya ? mihmihmih kenapa kau gigih sangat nak update citer kau kat uni nih ? kau tahu lah aku rasa hidup kat uni best, macam2 benda baru kau boleh explore, kau rajin dengan tak je. kalau ada rezeki sambung master ke apa, feelig lain tak sama macam fisrt degree nih. sebab tu gigih nak taip, esok2 sampai ke anak, cucu cicit aku boleh baca. semeter 2 dia macam pendek sikit, lepas tu aku banyak ambik subjek praktikal kan. lepas tu macam busy sikit, tak sikit tapi banyak jugak lah. ada dua projek besar, haha besar la sangat, aku join. satu minggu ilham seni, satu lagi kembara seni. ni semua program fakulti,dekat kolej kediaman aku memenag ta aktif ea, masuk bilik untuk aku tidoq je. muhehehe entry ni banyak gambar.


ni semua masa pameran seni. aku kena buat tiga projek and aku totally terlibat 100% dengan pameran nih. aku kena buat topeng, anyaman, tembikar dan batik. amek kauu. penat tok sah citer, serabut dia tok sah citerr. aku kan jenis tak percaya tau, tak percaya macam mana ea, macam masa stress2 nak buat semua binatang ni aku macam, wat lex, wat cool je. tapi bila siap dah semua, aku macam tak percaya, eh aku siap semua benda2 nih. eh wat lex, wat cool aku pun siap semua nih. hahaha kau adik-adik jangan amalkan sangat wat lex, wat cool gini, nanti kalau siap tak pe, kalau tak siap, kau nak repeat paper, takkan. pameran ni berlangsung seminggu, tapi preparation dia dalam sebulan lebih jugak aku tak ingat. dah lah sem ni pendek, kena buat gini, waduh sebab tu aku tak percaya aku boleh siap gini. dalam sebulan tu aku kena buat topeng tu, kena buat batik lagi, kena buat tikar anyaman lagi, kena buat tembikar lagi lepas tu untuk seni persembahan kena berlakon lagi. memang betul2 hambik kauu. dalam seminggu start ahad ada dinner kolej, dalam tempoh tu jugak ada pameran, ada lakonan. dah la berlakon praktis tiap2 malam. penat tok sah cite, sebab partner aku sorang best friend aku nisa, sorang lagi student dari china. faham2 je lah, nak ajar dia cakap melayu lagi. huehehe aku macam dah malas taip je. sambung nanti boleh. sambung bab lakonan, kembara seni, dengan dinner kolej. eh aku tak percaya aku boleh taip panjang gini. eh. eh. eh

Sabtu, 19 Oktober 2013

La Tahzan

Assalammulaikum and hai.

lama tak update blog, rasa lain. dua bulan macam-macam boleh jadi. hari ini 19hb genap sebulan nenek aku meninggal dunia. sejujurnnya aku tidak pernah bersedia menghadapi kematian ini. aku lagha, leka sehingga lupa hidup pasti mati. nenek sangat rapat dengan aku. terlalu rapat. sesungguhnnya aku sangat merindui dia. sangat. alhamdullilah allah beri aku kekuatan untuk redha, redha dengan kematian ini. walaupun perit, pahit, sakit. janji allah pasti. hidup lawan dia mati. aku entah bila, esok, lusa, atau mungkin malam ini. bersediakah aku ? aku dan allah sahaja tahu. al-fatihah untuk nenek.

alhamdullilah semester baru bermula sudah. mungkin selepas ini aku akan aktif berblog semula. mungkin. blog mengajar aku menjadi manusia, untuk kenal kawan dan lawan. oh ya, blog ini sudah berubah kah ? nak drop link tak boleh short cut dah. tahu macam mana ? kalau tahu bantu aku.

untuk giveaway itu, aku mohon maaf, penyertaan hanya tiga orang, jadi aku putuskan untuk batalkan giveaway itu. in syaa Allah ada rezeki aku akan buat lagi lain kali. sudah sampai sini saja, nanti aku tulis lagi. asslammulaikum.

Sabtu, 13 Julai 2013

SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  



  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "



  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 



  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini



Jumaat, 12 Julai 2013

Floral Mask by Dian Pixy.

Assalammulaikum.


Cer pegang hidung, ada rasa apa ? ketul-ketul, itu namanya whitehead dan blackhead. cuci muka je tak cukup nak buang whitehead blackhead. cara paling berkesan guna peel of mask. lekat dan tarik. selalu comman mask putih hitam, bau arang tak best. ni cuba pakai floral mask, bau lavender, colour purple, penting sangat ni, halal ada kkm. org malaysia punya. kau pakai terus falling in love. nak pakai hari-hari.








nampak tak betapa banyak nye testimoni, ramai dah pakai, semua cakap ok, tak ada pun negatif feed back yang kami terima. Ada lagi, yuyu pun pakai mask ni tak percaya..? tengok SINI, tak cukup testimoni lagi, tengok pula review dari Fatin Liyana the famous amos blogger tu dekat SINI. Mask ni boleh dipakai oleh lelaki dan perempuan tau, mask ni boleh dipakai untuk umur 12 tahun ke atas. Tak percaya lelaki boleh pakai, tengok Abang Benn pakai, dekat SINI.



Apa superb sangat mask ni sampai semua blogger pakai kan..? baca ni ya :)






Rugi sangat la kalau korang tak cuba satu, rugi..? tak rasa rugi pun, kalau mask biasa yang pek kecik-kecik tu berapa kita kena spend untuk sebulan..? Floral Mask pakai seminggu sekali je tau, boleh tahan berbulan untuk satu tiub ni. Ainan Tasneem pun pakai,anda bila lagi..?



NAK ORDER :

PM aku di sini : www.facebook/floralmask.com
SMS FM : 0177492503.
Email : hahabeauty3@gmail.com

Rabu, 10 Julai 2013

GA Ramadhan Raya by Emas Putih.

assalammualaikum

Hadiah
Top Referral - RM50
84 Hadiah untuk dimenangi

Tarikh Mula 10 Julai 2013- 24 Julai 2013 (11:59pm)



NAK JOIN : TEKAN SINI.

Selasa, 9 Julai 2013

Cara Nak Kurus dengan Berkesan.

Assalammualaikum.

Apa khabar..? lama tak update blog, busy katannya. Akhirnya i have finished my lastt paper 2 weeks ago. 2 weeks go baru nak akhirnya sekarang. motip sangat kann kau. sekarang tengah golek-golek dari tangga rumah sampai dapur rumah, heaven gila mak nokk. yang tak heavennya masih ada short sem dan assgment yang harus dibuat, eh bukan harus tapi wajib, wajib. tapi tak apa, buat assgment dekat rumah, kira cuti jugak la kan. ye anak-anak apa topic kita hari ni, kurus..? siapa tak nak badan cantik macam cik ta, macam nelopa, siapa tak nak, habaq mai. semua orang nak kurus bermacam produk ada kat pasaran online atau offline, tapi berkesan ke..? pada aku berkesan ke tak kena tengok pada produk yang kita ambil, dan keistiqomahan kau mengambilnya, kalau kau ambi hari ni, dua tahun lagi baru makan semula, mintak maaaaap la sangat ye nok. memang takk la kau kurus. kau teringin tak makan banyak-banyak tapi still kurus solid gituu, teringin tak..?

sebenarnya my online shop baru je launching satu produk pemakanan untuk kuruskan berat badan dengan cara berkesan. selama ni kau pening cari produk pemakanan + boleh kuruskan badan dengan harga murah, tapi hasilnya, memang tak berkesan langsung. tapi lepas makan Qaisya slimming nurition ni, in syaa Allah semua masalah kegemukan kau berjaya diatasai dengan jayannya, ya jayannya. Produk ni akan launching pada 10hb 7. 2013. hari pertama kita berpuasa. bulan puasa ni lagi sesuai untuk kuruskan berat badan. nak tengok ke Qaisya Slimming Nutrution tu. mempersembahkan.

_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_
_

tadaaaaaaaaaaaaaaaa

Qaisya Slimming Nutrition.

Qaisya merupakan satu jenama produk kesihatan dan kecantikan di bawah syarikat Qaisya Beauty Enterprise, yang mana ia merupakan anak syarikat Startup Sifu Group. Produk pertama keluaran Qaisya adalah Qaisya Slimming Nutrition . Produk ini menggabungkan dua perisa iaitu Raspberry dan juga Lemon. dua agen penting pemecah lemak. Antara isi kandungan yang terapat dalam Qaisya Slimming Nurtition ni adalah Gluthatione, gluthatione fungsi utama dia, adalah untuk mencerahan kuit mua, dan membuat muka kelihatan lebih muda dari usia sebenar. kandungan kedua adalah collogen, macam yang ramai tahu kewujudan collegen dalam badan kita akan membantu mencerahkan ajah, menganjalkan kulit dan banyak lagi yang korang boleh search tentang kebaikan cologen, terdapat juga oat fibre di dalam Qaisya Slimming Nutrition ini, oat fibre membantu memberi kesan kenyang pada perut, minum ni anda rasa cepat kenyang, memang bagus untuk puasa-puasa ni. and adalah beberapa kandungan lagi, yang baik untuk badan.


Berat bahan mentah ( tidak termasuk packaging ) adalah 500,000 mg. Pengambilan 1 set cukup untuk sebulan. Setiap set dibekalkan dengan shaker dan scoop. Produk ini terbukti selamat, tidak mengandungi bahan terlarang. 

Lulus ujian makmal oleh pihak kilang, dan sedang menunggu kelulusan dari KKM. Produk ini juga dihasilkan oleh kilang yang bertaraf GMP ( good manufacturing practices ). 

Qaisya Slimming Nutrition dipakejkan dalam kotak. Di dalam kotak tersebut mengandungi 1 botol yang berisi serbuk minuman. Shaker dan scoop juga akan diletakkan dalam kotak. Harga pasaran untuk Qaisya Slimming Nutrition Set adalah RM150 sahaja.

Kelebihan utama Qaisya Slimming Nutrition ini :

1. Hanya minum 1 kali sehari selama 25 hari, tidak membebankan pengguna.. (RM150 Sebotol, Kalau compare dengan produk slimming lain lebih RM200 perlu di belanjakan untuk penggunaan 1bulan).

2. Badan tidak akan ‘menggelebeh’. Kebanyakan produk, memang terbukti mampu
kuruskan badan, tapi bentuk badan tidak cantik. Ada kesan lemak berlebihan.

3. Mengenyangkan. Produk ini diminum setiap hari seeloknya pada 6 hingga 7 malam.
Pengguna akan berasa kenyang dan tidak akan makan makanan berat pada waktu
malam.

4. Formula produk yang terbukti berkesan ( ujian makmal )

5. Perisa sedap ( campuran raspberry dan lemon )

Produk ini menjalani ujian makmal, dan erbukti berkesan. Tak susah kan nak kurus, harga sangat la affordable, RM150 sahaja, cuba bandingkan dengan slimming produk lain, mana dapat harga ni adik oi. :) berminat PM aku laju-laju, produk ni bakal menjadi fenomena, jangan terlepas ya. 

Cara Order :
atau email ke : Ssyahirah72@yahoo.com

Order cepat sebab produk launching esok, takut-takut stock habis nanti. :)

Rabu, 26 Jun 2013

Adat dan Ibadat. masalah..?

Assalammulaikum yoo.

apa khabar. jerebu dekat tempat korang ok dah..? kl more better. i have two paper before i merdeka for this sem. wish me luck guys. bapak la skema ayat. phuii sikit. mungkin entry aku kali ni agak sensitif sikit. mungkin. tapi kau kena percaya, tolong percaya ia ikhlas datang dari lubuk hati gua yang paling dalam.paling dalam. hiperbola. and what i want to say it just my opinion ok, my own opinion. kita sebagai orang melayu memang berpegang kuat dengan adat right. biar mati anak jangan mati adat. dulu cikgu dekat sekolah aku bilang, pepatah ni dah cukup bagi tahu, betapa besar kuasa adat dalam masyarakat orang melayu. dan aku sangat setuju pasal benda ni.

masalahnya hari ini ialah, adat ini kadang-kadang mengatasi agama. percaya..? mari aku buktikan. aku pun tak tahu adakah salah adat itu, atau sifat manusia sendiri. aku ambil satu contoh, perkahwinan. dalam islam, perkahwinan itu cukup sekadar nikah sahaja. dah sah dah jadi husband, wife. dah boleh swett-sweett dah boleh post gambar sweet dah boleh makan sweet sampai kencing sweet. dah boleh dah semua tu. but guess what. dalam adat perkahwinan bukan sahaja bernikah tapi mesti bersanding, mesti. kalau mampu, tak ada masalah besar pun, tak ada. kau boleh bersanding sampai 7hari 7malam. boleh. tapi apa akan jadi kalau tak mampu.

bergolok bergadai, sebab nak sanding. eh aku rasa ni bukan salah adat, tapi manusia tu sendiri. kalau tak mampu jangan dibuat, tak ada masalah pun. sah kau kahwin kalau tak ada adat bersanding tu. tapi orang sekarang, kalau tak sanding macam tak lengkap, ya memang tak lengkap. pelamin, mak andam, bla..bla..bla.. kau ingat  limaratus cukup..? aku tak rasa cukup. buat la sekadar mampu. belum cerita hantaran. kalau kerja biasa-biasa lepa tu mak ayah mertua mintak sepuluhghibu. pengsan la kau. tak ada sepulhghibu kau tak boleh kawin. tak boleh. bukan ke islam cakap, perkahwinan yang berkat adalah perkahwinan yang rendah maharnya. mungkin kau lupa, sebab kau dah terikut dengan adat. eh bukan adat, tapi nafsu, ya nafsu. disebabkan tak boleh kumpul duit hantaran, jadi pulak masalah lain. mereka dengan sendiri meghalalkan hubungan mereka tanpa nikah. yang nanti keluar pula anak-anak kecil cute miut yang tak ada dosa tu. masa tu tahu pula malu. aku memang tak faham dengan benda cenggini.

kau takut orang sekeliling keji kau, pandang rendah sebab hantaran rendah. chill beb. kau takkan boleh hidup kalau dengar cakap tak berfaedah orang sekeliling kau. percaya dan yakin la dengan diri kau sendiri. pensyarah aku pernah bilang, kahwin cukup la dengan nikah, buat kenduri kecil-kecil, nak sanding letak dua kerusi meja makan dan sanding lah kau. apa yang penting adalah hidup lepas kahwin bukan. lepas kahwin nak bina keluarga perlu duit juga. kahwin bukan setakat hari nikah, sanding. tak. kadang-kadang aku kesian dengan orang-orang lelaki yang perlu kerja mati-mati semata nak bagi hantaran berpuluhghibu dekat bakal bini dia. ustaz azhar pernah kata, kalau isteri tu solehah berbaloi la beghibu tu. 

kalau kau mampu, tiada satu masalah pun untuk kau. bersanding lah. buat lah majlis sebesar mana kau nak takkan ada yang halang. sebab kau mampu. ukur baju dibadan sendiri. yang wajib dahulukan. jangan terlalu nak ikut adat nafsu kau tu. nanti kau juga yang parah. adat tak pernah salah, dan adat tak pernah mewajibkan pun, semua letak pada manusia tu sendiri. apa aku tulis adalah pendapat aku sendiri, melalui pembacaan aku, tak ada kaitan dengan siapa pun. esok exam doakan aku. tido dulu. bye-bye.


Ahad, 23 Jun 2013

Cara Nak Dapat Like yang Banyak di Fan Page

Assalammualaikum

Rajin pula nak update blog dengan kerap. Bosan tahap apa entah, exam tak habis lagi. Sem ni sakit sikit sebab exam habis lambat. Orang lain dah sibuk tarik beg roda masing-masing balik rumah kita dapat tengok je lah, sambil lambai-lambai. Penyiksaan jiwa yang sangat kronik. Yes, si penulis, menulis kembali. hiperbola. kau ada fb page, tak kira la, fan page ke, online bisnes page ke. Susah nak dapat like yang banyak..? yela aku faham bukan senang nak suruh orang like page kita kan. Aku pun mengalaminya, gituu. 

kau nak tak kalau aku bagi kau rahsia macam mana nak dapat like yang banyak untuk fan page kau, online bisnes kau. Nak..? mestila kau nak kan. Ini bukan autolike, yang lebih banyak buruk daripada baik. Orang masuk laman fb kau ke, blog kau ke, dia kena like dulu, so yang like ni orang la kan, bukan robot, bukan sama sekali. Untuk online bisnes, kau jangan tak guna benda ni. kau rugi la jawabnya. Kau taknak ke dapat like beribu-ribu dalam masa 1 jam. Ulang sekali lagi, 1 jam sahaja untuk dapat like beribu-ribu tu. bila like banyak, peluang kau dapat customer lagi cerah daripada lampu suluh. cakap banyak pun tak guna, ye dopp. KLIK SINI untuk daftar. KLIK SINI TAU.

Sabtu, 22 Jun 2013

Handbag Gucci Inspired

Assalammuaalikum.

apa khabar. sihat. alhamdullilah aku masih lagi diberi nikmat sihat walaupun jerebu sedang melanda Malaysia. Guest what, aku terasa hidup dibawah tempurung bila lambat benau tahu pasal jerebu. bila mak telefon bagi tahu, baru kau terkejut. berlagak macam duduk nun jauh kat USA je. hahaha. Ok aku tak nak banyak berbicara, cehhh. aku ada jual handbag gucci inspired, jangan risau harga sangat affordable. yang aku tunjuk ni separuh je lah kan. nak tengok lagi pergi sini, jangan lupa like tau. House of Beauty









Ada banyak lagi. Hari raya nanti pakai la beg baru. Tak rugi pun beli. Harga murah, mampu milik lah. like sekali ya adik-adik. House of Beauty. ok ni saja untuk hari ni. pm di fb ya kalau nak. rugi kau tak ambik satu wey. hehe terima kasih, jumpa lagi yaaaa!! (:

Ahad, 16 Jun 2013

I Have A Reason Why I Read Them.

Assalammualaikum.

yayy . i dont know why semangat sangat nak hupdate blog, biasannya sebulan sekali, seminggu sekali pun kadang macam payah. macam la. dalam mood exam pulak tu, sempat saja update blog. Kau tengok la senah kemainn panjang lagi tajuk entry dia, kalau boleh memang nak letak panjang lagi, takut pulak ada yang lari nanti. mihmih aku start blogging tahun 2011, kalau tak silap la. masa tu aku form 6, buat blog sebab reason yang aku pun tak tahu. tapi sekarang mula faham, dan mula tahu why i have a blog. sepanjang dua tahun aku jumpa macam-macam jenis blogger, and apa yang manis bila dapat kawan baru. Aku ada la juga blog-blog kecintaan aku, yang aku suka baca, suka stalk. Dekat bawah ni, antara blog yang aku mesti baca bila aku blogwalking, tak pun bila online mesti baca.


aisyah huamira, blogger muslimah yang sweeet sangat, sangat. Muka dia kan baby face, kami sebaya. Dia belajar dekat USIM, Nilai. Kalau kau baca blog dia, fan page dia kau dapat motivate, macam aku lah. Aku akan termotivate nak jadi macam dia, berserah hidup sepenuhnya pada Allah. Dah kahwin, dia sangat tekankan dakwah bercinta selepas nikah, dia jadikan diri dia sendiri sebagai contoh, sebab dia bercinta selepas nikah. Sangat baik, tak sombong, kalau kau inbox dia dekat fanpage, dia balas. Kalau aku cerita banyak tak guna, tengok sendiri la. 



Nurul Badiah. she really special for me. Hidup penuh dengan prinsip, dia tak kisah apa orang nak cakap pasal dia, yang penting di tahu, dia ada orang-orang yang sayang dia. Blog dia best , apa dia tulis, is come from heart. Dah lama aku kenal dia, sejak mula-mula ada blog lagi. Seorang yang sangat kuat pada aku, hidup dia pakai motif, faham. Nak lagi faham baca la sendiri ya.


Kak Fyna. as a perempuan mesti kau minat benda yang cantik-cantik, nak pakai tudung cantik. Kalau bab tutorial semua, aku suka la tengok blog k.fyna, untuk beautiful stuff memang ke blog dia saja lah. Aku dah lama kenal dia, sebelum ada blog lagi dah kenal dia. Sangat peramah, tak sombong. serius. Aku jenis, yang kalau aku nak tanya aku tanya, aku inbox dia untuk tanya apa je, dia akan balas, pergi dekat fanpage dia, nak tanya apa pun in syaa allah dia balas, sekarang dia jadi mak adam, aku kenal dia before dia jadi mak andam orang kahwin lagi. 

Ifa athirah, lama dah tak connect dengan awak ifa, sebab dia agak lama juga tak update blog. Seorang yang simple, cool, semua lah. Suka buat fesyen dia sendiri, cantik sangat lah. start kenal dia bila dia comment one of my entry masa mula-mula blogging dulu. sejak tu terus jadi kawan, add dia di fb. aku lah yang minta fb dia. bahahaha. belajar dekat adelaide. sporting and suka photograpy .



The beautiful shazwani othman, kekasih hati Lee Dong Wook yang sekarang dah curang dengan Song Seung Hun. Seorang yang sangat freindly dan cool wa cakap lu, kau jangan terpengaruh dengan ayat serious heart dia, sebab dia bukan lah seorang yang serius duapulohempatjam ya. Aku tak ingat macam mana boleh kenal dia, dia selalu datang ke blog aku, aku selalu pergi blog dia. We have a good connection, gituuu. So cik serious you have a facebook, can i add you as a friend. bhahaha. kau nampak tak, tulis pasal dia je, punya la friendly. haha. 


selain kak maria, kak patingg, kak yuyu yang famous, yang memang aku baca blog dia orang, orang-orang di atas, adalah antara orang rapat dengan jiwa aku as a blogger. aku rasa macam tak rugi kenal dia orang, i have learn something from them, aku takkan jadi suka dekat suatu blog tu, kalau dia tak tulis something yang menarik perhatian aku sendiri, yang mana boleh jadi bermanfaat pada semua orang. hokeyy dah panjang dah entry ni. nak study. wish me luck on my final exam. bubye. 

Selasa, 11 Jun 2013

Pure Marine Collogen.

Assalammualaikum.

Apa khabar..? sihat..? mood update blog on. bila on ni la cepat-cepat update kalau tak. hampehh berbulan, berminggu belum tentu update lagi. pure marine collogen, penah dengar. jakun lah kau tak pernah dengar. bhahaha pure marine ni rumpai laut. ala yang duduk dalam laut, yang cantik tu, yang warna dia putih ada hitam ada.. alaa susah la cite, bagi gambar bulehh. 


cenggitu la rupa dia. Kalau kau susah nak telan dia, boleh campur dengan sunquick, ke dengan air apa pun yang kau suka. Kalau nak juga boleh sapu saja dekat muka. Rumpai laut ni kau bukan terus makan macam dalam gambau tu, tercekik pula kau nanti, aku tak tanggung la an.. an.. an.. kena masak dulu. ala tak susah pun lah. senang je. kau tengok, abang dengan kakak ni minum cantik dah kulit.



cantik an.. an.. an.. kau nak cantik kau kena lah beli. kat mana nak dapat. kau pergi House of Beauty, beli dekat situ. Rumpai laut ni bukan untuk kulit cantik semata, boleh juga bagi kesihatan dalam dan luar. cehh macam pakar kecantikan. kau nak tahu lebih baca sini aku malas lah nak cakap banyak. ada orang kata rumpai laut tak berkhasiat. aku percaya setiap benda allah cipta ada manfaat sendiri. tahu. kau kalau taksub makan tak baca bismillah pun tak boleh. kau nak makan ni, kena juga doa. kau ingat makan collogen cenggini tak kena doa, minta disembuhkan penyakit dengan allah ea. kau lupa ea, kita boleh usaha, pengharapan kita tetap pada allah. kau lupa ea. ok nak order boleh pergi page tak di tu ya. bye-bye.

Isnin, 10 Jun 2013

Hidup.

Assalammualaikum readers.

sihat..? hope sihat lah ye. mencuri-curi masa mengupdate blog yang usang banyak habuk. hiperbola terlebih. you know what aku tengok blog aku ni tak cantik, aku memang tak pandai sangat la nak edit-edit bagi cantik. boleh tolong suggest macam mana nak bagi blog nampak kemas lagi..? edit blog murah ke..? ho yeahh minggu ini adalah minggu peperangan bersama-sama pen dan kertas. wish me luck guys. mihmihmih. nak minta toloeng bulehh tak. like sikit page ini. do like and do buy. bulehh.? update pendekk di kala boring study. mihmih macam kartun pulop. nak sambung study. do leave your comments. :)

Isnin, 27 Mei 2013

Went Sometimes.

Sometimes we need to think carefully, what we need what we want.
Sometimes, you have to things what you feel, not what people feel about you.
Sometimes, you need to look at yourself first, before you look people.

Sometimes, your self make you cry, not pepople make you cry.
Sometimes, you must be hipocrit, you dont want to smell, but you need to smell.
Sometimes, you forget what you promise to your self.

Sometimes, you think you are great, but at the time your look idiot.
Sometimes, I DONT KNOW WHAT I FEEL,
Sometimes, you feel failed.

But  sometimes you must remember something,
Whatever or whenever happen in your life, in your feel.
You have someone that never leave you alone. NEVER.

Allah, always accompany you whenever you go,
Even you always leave Allah.
What you feel Allah can feel to.
Stop trust what people say, but trust what Allah say.
You will never disappointed.


Sabtu, 25 Mei 2013

Fynn Jamal.

Assalammualaikum,

Hey pepople. gitewww. macam hot-hot sentap je kan. Ya rasanya semua orang tahu siapa Fynn Jamal, penyanyi indie yang a bit popular dekat malaysia ni hah. Daripada dokter dekat hospital, sampai nurse, sampai abang bawa ambulans semua kenal dia. apa kaitan dengan semua ni..? Nak kata aku crush dekat dia tak juga, macam adik-adik selalu update twitter.. kita rindu nak tengok crush kita..?? lempang senget budak-budak ni.menyampah kita tengok. ok tak ada kaitan lagi. aku layan la juga lagu-lagu dia, di waktu tak ada idea nak taip assigment, buat-buat dengar la lagu dia. apa yang aku pandang dekat Fynn ni, she being her self, dia tidak hipokrit, tidak menunjuk-nunjuk, sederhana sungguh hidup dia. If korang tengok masa dia kahwin, tak ada pelamin cantik-cantik sangat, kenduri kecil-kecil je pon. yang ni sila la jadikan contoh, kau dah besar kan, dah boleh fikir kan, yang baik ikut yang tak baik sila benci. a site dia buat tak baik, jangan ikut. dia pakai baju seksi, tak pakai tudung tu semua, jangan ikut faham. doakan dia dan kita sama-sama dapat hidayah ya. amboi kalah mak membebl dekat anak dia. Lagu paling aku adore la kan 150 juta, yang dia nyanyi bukan ainan. ainan nyanyi pon best, tapi yang original mesti lebih sikit. suka sebab lirik dia, sesuai untuk suami isteri. 

Buat apa dicerita,
Bahagia kita rasa,
Biar tak dipercaya,
Peduli orang kata,

Baju ronyok tak apa,
Asal pakai selesa,
Berkilau tak bermakna,
Kalau hati tak ada.

Fynn yang kata. :)


Juna sangat comel hokeyy.

Khamis, 23 Mei 2013

Artist You Know..?

Assalammualaikum, hai people.


teaser dulu boleh..?
nanti aku cite kenapa aku jadi gini..?

Isnin, 13 Mei 2013

Game 11 things abou me.

Assalammualaikum and hai...

Apa khabar. Malas nak menaip. tetapi disebabkan kegigihan ezzati and cik syazwani mengtag aku membuatkan aku terharu, sambil menagis tergolek-golek. dan disebabkan aku rasa chill gila game ni, nak main tanya-tanya orang. gila cool. kau dah kenapa..? malas cakap banyak. sediaaa. lariii.. -____-

tapi ada syarat tau. ala syarat senang je. tak susah macam soalan tamadun en kimi. hoho.

syarat-syarat :
1. Post this rules.
2. Write 11 things about yourselfs.
3. Answer the queation  the tagger set for you.
4. Create 11 question for those you want to tag.
5. Chose 11 bloggers that you want to tag, and link them to that post.
6. You are not allowed to tag back.
7. tag dekat orang-orang cool je (ok ni tipuu.)

11 Things About My Self.

1. Tak pernah berpisah dengan mak, abah sampai umur 20 tahun. bila masuk uni, seminggu first nangis sampai banjir UM. hahaha
2. Suka gila tidur. nasib tak gila lagi.
3. Sayang gila kat family, boleh buat apa je untuk dia orang. fuyoo terharu kalau abah baca ni. haha
4. Geli gila dengan ULAR.
5. Semua benda refer dekat pak cik google.
6. Pendek, tak tinggi-tinggi.
7. suka makan. makan. dan makan. mampu?
8. susah nak small talk dengan orang baru kenal. (tk peramah sbb malu) tapi sekarang dah ok laa.
9. kalau dah ketawa tak ingat dunia.
10. Tak suka orang gedik. aku gedik tak pe. haha
11. suka cakap perkataan gila. tapi aku tak gilaa lagi.

soalan dari Cik Syazwani 

Apa yang korang suka tentang berblog ?
dapat kawan baru, boleh mematangkan fikiran dan boleh dapat info. 

Binatang yang paling ditakuti ?
Kat atas dah cakap. ULAR. acc tak la takut tapi geli tu lagi lebih. hehe

Apakah rutin paling unik korang buat sebelum tidur ?
Apa eaa. tutup telinga kot sebab takut ada benda masuk. wakaka tak unik pun.

Suka fesyen tak ? kalau suka, suka fesyen macam mana ?
gila tak suka :P suka fesyen yang simple but nice. kalau nak over pun biar kemas. sekali lagi kemas.

cadangkan blogger mana yang paling banyak ayat humor.
selain maria elena, FL, opkoss la cik serious, nama je serious tapi macam tak je. hehe.

target kawen masa umur korang berapa ?
tak pernah target. sampai jodoh kawen la. hee

lagu yang menjadi favourite tahun ni.
lagu negaraku. mampu?

berapa kali putus cinta( cik serious soalan mintak kaki)
tak pe tak bagi kaki bagi cili je. tak pernah bercinta -_- percaya..?

korang rasa korang jujur tak terhadap diri sendiri dan orang lain.
kalau terhadap diri sendiri selalunya tak jujur. kalau orang lain, jujur la. even kadang-kadang tak jujur. pahamm tak..?

Apakah pesanan korang dan harapan terhadap blogger di Malaysia.. ?
sekarang ni blog tubuh bagai cendawan selepas hujan . saya pernah tengok, adik darjah 4 pun ada blog. nasihat saya cipta blog kalau untuk diari tepulang dekat anda. tapi ingat bertanggungjawablah terhadap pengisian blog anda kerana apa. for muslims apa yang anda tulis, baik dan buruk akan di tanya di sana nanti. be careful. 

cuba teka tinggi dan berat kita berapa ?
tinggi : gaya galah. ok tak. hee eer 163cm..? berat : 50..?

soalan dari adik ezzatie pula. adik ke..? suka hati aku je.

Anak ke berapa dalam keluarga.
anak sulong. tapi paling pendek. tak tahu kenapa. hehe

Cara atasi kemarahan.
diam.esok saya tak ingat dah. 

kalau awak crush dekat someone awak buat apa..?
saya buat bodoh macam tak ada apa-apa. 

Antara blogger famous yang awak admire..?
Yuyu Zulaikha. tak boleh blah dengan tahap kecomelan yuyu.

Barang wajib bawa bila keluar tonton wayang..?
Nak bagi tahu sikit tapi jangan bagi tahu orang lain tau. saya tak pernah tengok wayang. tak tahu kenapa. tak minat kot. nanti la cuba. hehe

Kalau korang ada magic putarkan masa apa yang korang nak betulkan..?
simpan duit sejak dari darjah satu. tapi.. bukan simpan dulu-dulu. perhabis duit adalah.

If ada orang luahkan perasaan reaksi korang.
aku tak percaya dengan apa dia cakap. itu semua tipu. wakakaka

girls. shawl or tudung bawal.. ?
dua -dua prefer. tapi tudung bawal kot.

Pernah pergi dinner ? formal ?
malam semalam baru pergi dinner kolej. ada la dala tiga kali seumur hidup ni pergi dinner.

Korang pakai apa ? formal.
soalan ni tak faham, pakai baju masa dinner ke guano..? kalau dinner ikut tema lah. hehe

kalau aku buat 1st segmen korang nak join tak.
Nak. kalau awak bagi saya menang. kalau tak saya tak nak. hehe
ok gurau. Nak kalau awak invite.


ok soalan dari aku untuk mangsa keadaan seterusnya.

1. Suka pakai baju colour apa? kenapa ?
2. Blogger yang rapat dengan kau ? ( yang selalu balas komen dekat cbox or wtever)
3. Soalan exam mana paling susah kau rasa dalam hidup kau? kenapa?
4. Pernah makan budu ? sedap tak ?
5. Apa pandangan korang tentang akhlak anak muda sekarang ?
6. Pandangan tentang Malaysia sekarang..?
7. Kenapa marah tu bhaya ?
8. Suka makan ? makan apa ?
9. Kenapa buka blog? untuk apa ?
10. Takut ular tak ? kalau tak ktakut, kenapa tak takut ?
11. Benda paling berjaya kau buat yang paling bermakna dalam hidup kau. apa rasa bila berjaya tu ?

mangsa-mangsa keadaan :

1. atiqah
2. sitijamilah
3. budakberkasutmerah
4. syahira ishak.
5. wanny
6. namiqa
7. anis farhana
8. cikdonut
9. liyana
10. misznoni
11. farah

ohh tidakk aku tak percaya aku boleh buat semua ni. penat ok penat. tapi tak pe chill je lah. suka-suka kan. kepada yang di tag please make sure korang link back dekat aku bila dah jawab sebab aku nak bagi markah and nak tengok dapat A ke tak.. -__- ishh tak adalah, cuma nak tengok jawapan korang je. sorry leerr kalau soalan tu sengal. aku pun tak tahu kenapa.. cik serious and ezzatie. makasih la tag kita. esok tag lagi tau. tau. yang ditag takdak paksaan la. enjoy je. nak buat its ok, tak nak buat pun ok je. ok bubye. penat tangan aku dah hoho. assalammualaikum.


Selasa, 23 April 2013

USAHA.

Assalammualaikum bebeh.. ho yeahh.

ok sengal tahap apa entah. apa khabar (senyum) strawberry, oren ,coklat ke guano :P kita nak cerita apa hari ni uollssssss *jerit sikit ea* lol. usaha, apa kahh itu, adakah ia kerepek pisang yang masin-masin sedap dimakan begitu saja urmmm, atau dia strawbery yang dicicah pula dengan coklat. apa kau merepek mokcik !! ok lets go. usaha adalah sesuatu kerja luar biasa yang anda kerjakan untuk mendapatkan sesuatu. kamus dewan edisi ke 200. *hokey kita tipu* tak adalah pandangan sendiri je tu. sepanjang hidup kau berapa banyak usaha dah kau lakukan. ok tak nak cerita korang tapi cerita aku la.


sepanjang hidup aku, berapa banyak dah usaha aku buat, lets talk usaha dalam part belajar la ea. upsr, usaha jugak, tapi aku tahu usaha tak kuat mana, pmr, sampai ke spm pun usaha jugak tapi tak sekuat mana. ala kadar je. sampai la ke stpm, konon-konon usaha lebih la tapi sebenarnnya usaha yang aku buat tak cukup. serius tak cukup. maybe sebab doa abah, mak doa aku juga dan doa orang sekeliling dapat la masuk uni ni. tapi aku puas, puas bila stpm, aku dapat buat apa yang tak dapat buat masa form 1 sampai form 5. bila sampai uni baru aku tahu apa itu USAHA . betul tak tipu dekat uni tanpa usaha awok akan tinggal jauh, jauh dan sangat jauh ke belakang. usaha dekat uni sangat la penting. semua orang akan berebut-rebut nak jadi yang paling berjaya. adik-adik kalau awak bijak dekat sekolah dulu, jangan ingat dekat uni awak akan bijak juga, sebab awak akan bersaing dengan lebih beribu orang bijak. yang nak masuk uni sila la bersedia fizikal mental ya.



Sedangkan dalam hidup mesti ada usaha, hidup dan usaha mana boleh pisah, bak aur dan tebing, bak motosikal dan jalan raya, bak durian crepe dan pavlova. ok hiperbola melampau nih !! nak hidup sesuap nasi sehari pun mesti ada usaha kan. kena cari duit. macam aku sekarang. aku rasa sampai masa aku mesti usaha untuk cari side income. belajar bukan halangan. sekarang tengah cuba bisnes downline. berminat..? pm aku please. please. please. ok mintak tampar ni. tapi ingat as a muslim usaha sahaja tak cukup, lepas usaha, doa , lepas tu tawakal. doa jangan pernah putus. walaupun lambat in syaaAllah yakin dengan allah dia akan bagi yang terbaik untuk kita. usaha jangan sekerat jalan. usaha sampai berjaya. in syaaAllah sem depan nak start berniaga online . tengah buat research and cari modal sekarang. nak cari idea juga nak jual apa. any idea please..? nak berjaya bukan senang tapi tak susah. usaha ya, lain la mama, papa. awok datuk, datin, tan sri, boleh tumpang dua-dua kaki ye dak. masing-masing ada impian kan, nak capai impian kena usaha. usaha. usaha dan usaha. mari lah maju untuk negara. cewahhh kau senah tak boleh bla langsung. ok cukup la satu jam nak karang ayat cenggini tahu dak. jumpa lagi. assalammualaikum and bye.




p/s : selamat mengundi untuk yang dah boleh undi. aku lagi 5 tahun nak mengundi. sekarang tak daftar lagi.
p/s lagi : nak pilih suami pakai istikharah, nak pilih pemimpin pun istikharah lah. salah pilih nanti Allah tanya nak jawab apa?
p/sss lagi dan lagi : jom join downline. berbaloi tau. usaha jugak nak cari duit lebih :) pm aku tau. :)