Kepada Mu ya Allah...

salam'alyk..

lama kita xbertemu..apa khbr iman anda semua? bgaimana ramadhan kali ini? soalan ini juga ditujukan kpd diriku..wahai iman, sedarlahkanlah diri ini...

hari ini...ada seorang insan menghadiahi kata-kata ini.

Sesungguhnya jika Allah S.W.T mencintai hambaNya maka Dia akn tenggelamkn
hambanya itu dalam dugaan dan ujian..barangsiapa yg tidak pernah mengalami
musibah maka ia jauh drpd kasih sayang dan rahmatnya..mana tahu yg diam itu krn
zikir kpd Allah,mana tahu yg senyum itu krn sedeqah,mana tahu yg sedih itu krn
mengenangkan dosa dan mana tahu yg ceria itu krn bersih hati dan mindanya. Pahit
manis dlm memikul tanggungjawab dan amanah Allah ini terkadang memberi jalan
untuk mendapat kemanisan yg tiada terhingga..walaupun yg dtg..air mata sering
bertandang...- Wallahualam



terima kasih sahabat...

bicara hati

salam 2 all..

sesungguhnye..tujuan pnciptaan blog ni adalah utk menympaikan n berkongsi..jauh skali utk menyakiti atau mengadili..serta sama sekali tidaklah utk mnyentuh mne2 pribadi..

sy menulis utk menyampaikan ape yg dihati..maaf n perbetulkan sy jika keterlaluan..sy ingin berkongsi dgn semua yg sy syg di luar sana.....yg baik ambillah utk ikutan..yg jauh jdkn sempadan..

jika sy baik hari ini...ikutlah..jika sy buruk esk hari, tegurlah..bkn menghakimi dan membenci..

" Kamu (umat Islam) adalah umat terbaik yg dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf dan mencegah dari yg mungkar, dan beriman kepada Allah...." (Ali-Imran ; 3:110)

mari kte bersama - sama jd yg tberbaik...krn kte adalah umat terbaik...

kenapa?

salam'alyk..

dh hmpir tghri skrg ni. mgkn rmai yg kepenatan krn pulang lmbt dr girls nite out td mlm.. sbg sahabat, sy sgt menyanjungi kehebatan n kesungguhan kalian merancang, mengadakan, melapangkan wktu, menghadiri, melaksanakan (walaupun bkn sume dpt melakukn sume mnde..tp ade usaha di situ..) progrm yg xprnh kte adakan b4 ni..tahniah kpd sume.

Moge dgn muslimah nite kte 2 dpt mengeratkn lg silaturrahim sesama kte..insyaAllah..

tp ape yg terlintas di benak sy skrg ialah kenapa ade sesetengah org xfhm? kenapa mengasingkan diri jika kte ade similarity? andai ade yg tsilap n mengguris hati..perbaikilah kami..
kte sume same..khalifah Allah, hamba Allah...tujuan hidup hanya utk ke sana, bertemu Allah yg maha Esa..bkn membezakan spe lbh baik n spe lbh buruk..

ya..mngkin dlm pjlnn menuju hakiki, kte diuji dgn pelbagai cubaan dan godaan..xde spe dpt lari dr melakukan kesalahan.. kate seorg ustaz "kte bkn malaikat..wut else to expect?, mmg sume org wt slh"..lg kuat iman seseorg tu, lg kuat dia diuji..

tp..yg mmbezakan kbykn org adalah..bgmna dia berfikir n bertindak..sedar kekurangan diri, cube mencari ape yg perlu diperbaiki..skrg bkn mse utk menunjukkan ego spe lg tinggi..kalau kmu ttp dgn pendirian diri..xde sape yg rugi melainkan diri sndri...

usaha, usaha, usaha...n buktikan sesuatu..keluar dr kepompong yg membelenggu..biar la jatuh utk kali yg ke berape..tp usaha utk bgn dgn baby steps pn xape..Allah xmelihat hasil tp usaha yg kte lakukan.

" Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Meraka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan meraka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Merekan itulah orang-orang yang lengah" (Al-A'raf, 7 : 179)

moga QS tu mengingatkn dri sy n anda...its time for us to prove something...

Renungan...

50 Amalan-amalan Terbaik dalam Hidup

Berikut di antara beberapa perkara yang kadang-kadang kita terlupa untuk mengerjakannya:

  1. Sesiapa yang berwuduk saat ingin tidur dan meminta supaya ALLAH berikan kebaikan dunia dan akhirat pasti akan di kabulkan – Tirmizi. Sunat tidur dalam keadaan berwuduk.
  2. Sesiapa yang berselawat tidak kiralah banyak mana hitunganya setiap hari akan dapat keberkatandalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
  3. Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, insyaALLAH, akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, riak dsbnya dalam dirinya.
  4. Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
  5. ALLAH akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu.
  6. Sewaktu menghadapi hidangan, Nabi membiasakan diri dengan mengambil makanan yang terdekat, kemudian baru di ambil hidangan yang lainnya sebagai simbolik kesopanan.
  7. Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insyaALLAH akandi kurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
  8. Sesiapa yang berniat mandi(untuk solat jumaat) kemudian pakai pakaian terbaik & wangian lalu solat jumaat, dosanya akan diampun hingga jumaat berikutnya-Ahmad.
  9. Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali tiap hari, dengan izin ALLAH dirinya akan lebih dihargai oleh orang lain.
  10. Uthman bin Affan riwayatkan bahawa Nabi SAW apabila berwuduk, beliau membasahi janggutnya-Tirmizi
  11. Nabi tidak pernah mencela makanan. Jika baginda suka, dia makan dan sebaliknya beliau tinggalkan-Bukhari. Apatah lagi jika makanan itu pemberian orang lain.
  12. Sahabat meriwayatkan: Aku lihat Nabi SAW makandengan 3 jari(ibu jari telunjuk & tengah)-Muslim. Jarang sekali beliau makan dengan 4 @ 5 jari kecuali ada keperluan
  13. Menurut Sayyid Ahmad dahlan, sesiapa berselawat walau sekali pada malam jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan ALLAH seperti yang dihadapi oleh para nabi
  14. Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat tujuh kali pada air dan minum. InsyaALLAH, perut yang sakit atau memulas akan sembuh
  15. Perbaharui wuduk tiap kali bersolat krn padanya terdapat banyak fadhilat. Hadith: Sesiapa yang berwuduk dalam keadaan suci, ALLAH catatkan 10 kebaikan baginya-Abu Dawud.
  16. Sesiapa yang mengamalkan membaca selawat tiga kali setiap selepas solat lima waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah
  17. Nabi SAW sering menghadap kekanan sedikit setelah solat berjemaah supaya makmum dapat melihat wajahnya. Sebaiknya imam berzikir dan doa seketika bersama makmum
  18. Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan beselawat sebanyak 11 kali tiap kali selesai menunaikan solat fardu
  19. Nabi tak makan sambil bersandar-Bukhari. Ertinya, baginda makan dengan duduk condong sedikit ke hadapan bagi elakkan dirinya terlalu kenyang & mudahkan penghadaman
  20. Menurut Syihab Ahmad, sesiapa berselawat tiga kali tiap selesai solat subuh, Maghrib dan isyak, ALLAH akan menghindarkannya drp sebarang bencana
  21. Nabi sering beristinsyaq air kedalam hidung dan menghembuskannya. Selain membersihkan, ia juga mengelakkan sebarang penyakit yang berkaitan dengan hidung
  22. Setelah bersolat Nabi memohon ampun ( astagfirullahalaziim) tiga kali-Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  23. Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali tiap hari, ALLAH akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah
  24. Apabila Nabi tidur, ia dahulukan mengiring sebelah kanan – Bukhari. Dari segi kesihatan, cara berkenaan baik untuk jantung (yang berada di kiri badan) mengepam darah
  25. Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan ALLAH segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNYA
  26. Tika Nabi tidur, ia membaca surah Al-Ikhlas,Al-Falaq dan An-Naas lalu meniup telapak tangan serta menyapu keseluruh tubuh)mohon perlindunganNYA) – Bukhari
  27. Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan ALLAH
  28. Wuduk dahulu jika ingin tidur sekalipun dalam keadaan junub. Nabi menyarankan, cukup dengan bersihkan kemaluan dan berwuduk tanpa perlu mandi wajib jika ingin tidur
  29. Munurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipudaya syaitan yang melalaikan
  30. Silangkan kaki jika tidur di masjid. Hadith: Sahabat melihatNabi berbaring di masjid dgn satu kakinya atas kaki yang lain (krn bimbang terdedah aurat) – Bukhari
  31. Sesiapa yang membaca selawat sebanyak tujuh kali selama tujuh Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW
  32. Adakalanya Nabi SAW amat menyukai doa-doa yang ringkas (mudah) – Abu dawud. Baginda mementingkan kualiti doa itu sendiri dengan sedikit tetapi maknanya yang menyeluruh
  33. Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari
  34. Setelah bersolat Nabi SAW mohon ampun (astagfirullahalaziim) tiga kali – Muslim. Dalam riwayat yang lain, Nabi adakalanya beristighfar 75 kali sehari
  35. Nabi seorang yang berpsikologi dalam memberi nasihat. Nabi memilih waktu yang sesuai untuk menasihati sahabat supaya mereka tidak bosan (atau tersinggung) – bukhari
  36. Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat asar pada hari jumaat, insyaALLAH akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang
  37. Menutup mulut dan rendahkan suara tika bersin. Hadith: Apabila Nabi bersin, beliau letakkan tangan atau pakaiannya dimulut (kerana dibimbangi terpercik) – Abu Dawud
  38. Jiwa yang gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana ALLAH itu Maha Luas rahmatNya
  39. Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadakusebanyak 100 kali pada hari jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya – Abu Naim
  40. Nabi tidak pernah menolak hadiah. Hadith: nabi selalu terima hadiah & amat menghargainya – Bukhari
  41. Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, ALLAH akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya
  42. Selalu memilih yang lebih mudah. Hadith: Mudahkan sesuatu & jangan kamu sukarkannya – Muttafaq Alaih
  43. Berdiri apabila melihat iringan jenazah. Hadith: Apabila kamu sekalian melihat jenazah ( yang diusung), maka berdirilah (sbg tanda penghormatan) - Muttafaq Alaih
  44. Ulamak berpendapat, sesiapa yang amalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, InsyaALLAH dihindarkan daripada taun & wabak penyakit berbahaya yang lain
  45. Bersujud syukur jika dapat khabar gembira. Nabi sering melakukannya ketikaberoleh khabar yang menyenangkan sebagai tanda syukur hamba terhadap ALLAH – Abu dawud
  46. Membaca selawat 1000 kali selepas Solat Hajat dua rakaat mampu meenghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan ALLAH akan hajatnya
  47. Beri salam hingga tiga kali sahaja. Bahawasanya Nabi (apabila mendatangi rumah sahabat) beri salam hingga 3 kali – Bukhari. Jika salamnya tak berjawab, beliau beredar
  48. Menurut para ulamak, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah seban yak 10 kali setiap selesai solat Maghrib
  49. Melakukan pekerjaan rumah. Hadith: Bantuan terhadap isterimu itu adalah sedekah-Ad-Dailami
  50. Para ulamak berpendapat, ALLAH sempurnakan hajat yang baik dengan senantiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, di ikuti dengan usaha yang berterusan.

dari admin

salam .
mungkin hnya post pendek dari admin .
hnya mungkin semangat itu datang dari kefahaman dan kemahuan yg tinggi . ini semua mungkin hnya penulis yg mengetahui semngatnya sendiri .

tapi apa yg kita sebagai pemerhati , blog surfers , dan juga admin buleh lakukan ialah dengan memotivasikan penulis . meyakinkan dan menanam semangat.

mungkin semua sebok dengan perancangan , hal2 studi dan juga kehidupan . tapi luangkan masa untuk menulis . sedikit . tapi istiqamah .

diharapkan sesiapa yg lalu2 sini . dapat iklankan , linkkan blog ini . semoga penulis lebih semangat untuk terus menulis walaupun kesuntukkan waktu .

terakhir , hnya mengharapkan yg terbaik untuk penulis , sentiasa dalam ketenangan dan kesabaran . janji Tuhan itu pasti . teruskan doa dan usaha . zahirkan impian dengan usaha

admin

Who is Muslim?

salam..

saya terkesan dgn kata-kata di bawah ni..Islam bkn hanya milik suatu kaum aje...

Do you know the difference between race and religion?
There are such things as Chinese Muslims.
Please be careful with your words and don't cast blanket accusations that will only embarass and tarnish the image of Muslims further.


Tan Chien Liang.

apa impian kita?

assalamualaikum kpd sume.

harap kalian sihat sll. to those yg tgh stdy 4 ur xms..all d besh 2 u.yg dh lps...doa n twakal aje cr yg tbaik utk skrg. apa hasil nya xpntg krn itu adalah hak Allah utk tentukan n maksimum kemampuan manusia hanya sebatas usaha, tp usaha menentukan spe kte harini n esok hari.
dun give up k.

harini 9april 2009, slmt la rakyat indonesia keluar mengundi bmula dr 8 pg till kul 1tgh td. apa hasilnya, kte serahkan kpd Allah, Dia maha tahu.n saudara kte d perak pn dh slmt mngundi.

ok, ape2 pn yg kte hrpkn,xblh hnye duk goyang kaki n mengharapkn bulan jtuh ke riba...Allah pn xkn mengubah nsib seseorg tnpa usaha did sndri..zahirkan impian dgn usaha.

jmpe lagi!

  • blog updated