Tuesday, August 12, 2008

Ikan Yang Dijala,Biawak Yang Ditangkap (18SX)

Seperti biasa selepas selesai sesebuah persembahan,ahli ahli produksi akan melepaskan lelah dengan aktiviti seperti berkelah,meredah hutan,berkemah atau setidak tidaknya makan besar.Kali ini Batu Feringgi menjadi destinasi perkemahan kami.

Setelah kenyang menjamah ayam panggang segar dan golekan sosej diatas bara,hampir kesemua kaum adam meredah gelombang laut dikala bulan terpacak diatas kepala untuk memukat.Memang ramai pakar dalam bab menangkap ikan didalam kumpulan kami,jadi aku pun agak yakin diri untuk meredah air yang gelap itu memandangkan ramai ahli hukum alam berpengalaman disitu.

Selepas melabuhkan jala,kembali pula kami kepantai untuk melahap sisa sisa yang tertinggal untuk membunuh masa sebelum mengutip hasil.Seketika kemudian,alangkah malangnya nasib kami apabila kesemua ikan besar yang tersangkut cuma tinggal kepala bahana sang memerang.Dengan hati yang luka,kami pun melangkah longlai menuju ke persisiran.Kaki yang luka terpijak batu batu tajam mula terasa bisanya.

Sedang kesemua kaum adam hampa itu meredah air yang keleher parasnya,kesemua mata terpandang sepasang merpati malam berpegangan tangan ditepi pantai menuju ketempat gelap,maka terdengarlah bunyi syyyyy syyyyy dikalangan kami.”Jangan bising,ada show malam ni” ujar ahli yang paling berusia.Maka yang lain pun tersenyum dan mengambil tempat masing masing sambil menahan diri untuk ketawa dengan perlakuan masing masing.Memang kelibat kami tidak langsung disedari pasangan itu kerana terlalu gelap dicelah celah batu,walhal kami dapat melihat mereka dengan amat jelas sekali,lagipun siapa sangka didalam air,gelap dan jam hampir pukul 2 pagi itu ada 14 pasang mata memerhati.Jadi pasangan itu pun melabuhkan punggung dibalakang batu besar dan memulakan kerja over time mereka.Tudung gadis itu dicampakkan ke atas batu dan mereka hanya fasih bertutur dengan menggunakan bahasa insyarat tangan ketika itu.Agak lama mereka berinteraksi dengan tangan dan bahasa bibir yang cuma mereka saja yang faham. hihihi.

Oleh sebab terlalu lama menjala,rakan rakan di darat mula risau,dan datang seorang rakan,Kulup bersama lampu suluh untuk mencari 7 sahabat yang hilang.Menyedari kehadiran Kulup,pasangan itu dengan pantas menjauhkan diri dan pura pura memasang unggun api,tetapi Kulup tidak menghiraukan mereka mungkin kerana lebih bimbangkan kami.Mungkin disangkanya kami ditelan hantu laut.Bagi mengelak dari disedari pasangan itu yang mereka diperhati,kami menyembunyikan diri pula dari Kulup.Semakin risau dibuatnya Kulup,lalu dia beredar untuk mendapatkan bantuan.Setelah dia hilang dari pandangan,pasangan itu pun menyambung kerja mereka yang tertangguh.

Kemudian datang pula Kulup dengan 4 lagi rakan untuk misi mencari kami.Tersentot lagi pasangan biawak pantai itu.Setelah terpandang mereka,salah sorang rakan lagi seolah olah dapat mengesyaki yang kami bukanlah ditelan hantu laut,rupanya kamilah hantu laut itu.Mereka mula menyuluh dicelah celah batu yang agak jauh dari pasangan itu.Barulah lega hati si Kulup setelah tersuluh 3 kepala hantu laut didalam air.Hantu laut yang tua itu pun tersenyum dan memberi isyarat kepada Kulup “hahaha blah,nanti kantoi” dan dengan hati yang lega dan menahan ketawa,mereka pun pulang ke khemah.Sekali lagi biawak pantai menyambung kerja mereka.

Ombak mula memukul badan kami dan beberapa kali juga terhentak ke batu tajam.Azab mula terasa.Si pemegang jala pula mula risau kerana ada beberapa ekor sembilang berbisa yang terlekat dijala beberapa kali terkena dadanya lalu dia berenang ketepi pantai berhampiran tapak projek dan berlabuh di tepi sebuah batu.Mungkin inginkan tempat yang lebih selesa,ataupun terasa mereka diperhatikan,pasangan itu tiba tiba berpindah dan duduk diatas batu yang sama.Tanpa mereka sedar ada seekor hantu laut dibawah kaki mereka lalu terus menyambung kerja.Maka sahabat kami itu tidak dapat bergerak dan cuma terpaku dibawah kaki pasangan sejoli itu.Kami yang mengecut kesejukan itu mula risau.

“Ini tak boleh jadi,aku dah tak tahan dah ni,sejuk,marah,jijik.OK,hampa jadi ustat nak?”Kata hantu laut paling otai.

Bersambung…………………

Jangan lupa ikuti “Happening Theatre” serta kisah selanjutnya,dapatkah Sahabat kami itu diselamatkan?Apakah kesudahan sepasang biawak pantai itu?Apa pula tindakan 6 lagi hantu laut yang kesejukan itu?

37 comments:

@xiM said...

wowww rugi nih aku tak turut serta...ko pun bukan ajak aku kan..huhu

Pegawai Khalwat said...

Happening teater tu apa bang?

pjoe said...

wat dvd la!!!

artsoul said...

bak cni password,aku sambung kesudahan cite ni...ish,ish,ish,hantu besaq n bapak hantu!

Butaseni@Wan Raja said...

axim............
hmmm tu lah hang hehehe

pegawai khalwat.........
haaa bagi aku sambung cerita dulu pastu aku cerita pasai tu plak :D

pjoe.............
eee tak nak nanti tak laku,pelakon tak komercial hahahahaha

artsoul..........
tak boleh!hahaha orang yang merada ditempat kejadian cerita lebih real :D

Anonymous said...

oooo ni cerita skodenglah ni?
apesal barsambung lak?sahabat tu sure kena belasah hahaha

tegezoot said...

Astarghafirullahalazim!!!(dgn muka perongoih)

Anonymous said...

LOVL..(Ha ha ha) (Laugh Out VERY Loud..)
Talented people.

crunchyahcock said...

weih!!! x ajak aku pun!!! xtvt riadah ni kan aku suke!!!

artsoul said...

memang depa ni semua tak reti nak ajak orang,sbb depa nak buat project maut!

KAMATO said...

kesia hantu pantai tu, hilang konsentrasi......

Butaseni@Wan Raja said...

anony........
ni bukan sengaja nak skodeng.kami terjebak,tersekat tak boleh keluar dari laut tu.

tegezoot..............
hahahahahah in character maaaa

hots..............
hahaha tu belum dengar cerita kesudahan lagi haha
rugi tak ikut kami

chrunchycock.............
aktiviti last minute.

artsoul...........
ni projek tidak dijangka,pompuan kena duduk kat pantai panggang ayam kat kaum adam hahaha

kamato...........
hahaha yang sorang tu ja hilang kosentrasi,yang lain tengah focus haha

Bunga Rampai said...

Aiseyymaaan, awatlah ci abang buat suspen! Cepat sambung ...

Salam :)

Mak Su said...

hahahhaha! pengalaman yang sweet dan siut

Anonymous said...

butaseni
maaf lama benar tidak singgah

Butaseni@Wan Raja said...

bunga rampai...........
1 sebab panjang cerita ni,nanti orang malas nak baca.
2 sebab lepas ni ceritanya memang best hehehe

mak su.............
hahaha siut tu tidak dirancang,improvisasi melampau.

coffeholic..........
faham bz,budak2 Uitm memang efficient.bagus kerja lagi kuat,jangan bagi 10% tu masuk u kita.

jinggo said...

kesiannn......
kesiannnn........
hahahahaha......
hahahaha.......

Rasha_rz said...

bersambunglah pulak.. kan baik kalau sudahkan je nvl awak tu?
p/s terima kasih ke blog kak ila.

blackpurple @ jowopinter said...

Cheh! Cerita ada sambung-sambung yang aku pantang nih! He he he!

wanie_agk said...

wah, best ni. cepat sambung!

Butaseni@Wan Raja said...

jinggo........
hang kesian kat sapa?
kat sahabat yg tersekat tu ka,atau kat biawak pantai tu?

rasha.........
hehe nanti panjang sangat orang malas nak baca

jowopinterr...........
hahahahaha saja bagi suspend.eleh kau pun buat series jugak dulu :P
hehe

wanie.............
coming soon,next change...

PuTeRi CaHaYa said...

ader plak smbung2.. herm..mcm2.

muadzlife said...

huhuu..

tragis dan sadis..

artisticklytouch said...

syukur Alhamdulillah aku dijauhkan dari tempat kejadian...

pandagumuk. said...

bile nak sambung ni.haha.lawak gile.

PrincessAnnA said...

hahaha... nak buat suspen lak tu...

Nurbaya Hassan said...

ha...ha...ha...

syok nye skodeng!!!

Butaseni@Wan Raja said...

puteri cahaya........
macam macam addaaa

muadzlife..........
dramatis hehehe

art..............
ya lani hang kata alhamdulillah,nanti aku sambung cerita hg akan menyesal tinggalkan pulau pinang hahaha

pandagumuk..........
sabarrr,lepass ni lagi lawak.

ann............
ya that is the idea.

nurbaya..........
ya,syok.tunggu cerita selanjutnya.laagi best.

Mimiamilia said...

weh..ada sambung2 la pulak..
ehehehhe...sabo jer la

Anonymous said...

mmm...menarik..menarik...tapi LPF kena tolak nih..hehe

Danisha said...

Mengucap aku.......

Cepat sambung....
Tak sabo nak baca nih...
heheheh

Butaseni@Wan Raja said...

mimi amilia........
tunggguuuuu

amirahsyuhada..........
takde ape pun,gimik je lebih

danisha..........
hehe

m i n e r a l . . . said...

wakakakakaka... teringat sesuatu :)

Butaseni@Wan Raja said...

apa tu bro?hehehe

ANNA NUR said...

hah hah.. hebat hang & rakan2 ye!

Khutub Kannah said...

wooo...tiba2 teringat sesuatu...ekekek

Butaseni@Wan Raja said...

k kannah...........
ayat sama macam mineral.apa yg hampa ingat ni hah?