Thursday, January 22, 2009

Semangat Yang Hilang




Baru-baru nih ada sambutan Chinese New Year (CNY) kat kolej area aku meniaga.
Happening bukan memain lagi, siap ada mercun lagi bila berdetik ja 12 tghmalam. Memula aku ingat xde ape sangat la pesta yang depa anjur sebabnya sempoi sesangat persediaan diorang. Bila dah makin ditelan larut malam, baru keadaan sambutan diorang tuh makin hangat. Aku yang duk meniaga situ pun rasa macam nak join ja depa tapi nak wat camner, aku bukan Cina. Cakap reti la ckit2 kot…. Kalu aku join pun bukan depa berkira sangat sebab bagi pelajar kat sini, aku memang dah macam Cina gak. Asalnya aku memang ada darah orang Cina. Dan mungkin sebab tu gak aku rajin kerja macam Cina2 kat luar tuh. Kalu nengok muka, sure orang pikir aku nih Cina. Nengok nama ja macam orang Indon. Bila dengar aku bercakap plak sebijik orang Melayu. Bagi yang xkenai aku memang memula akan pikir banyak kali aku ni orang apa. Nak tau sendiri jumpa la,he3…

K, berbalik pada cerita pesta Cina di atas. Apa yang membuatkan aku tertarik dengan diorang nih adalah semangat diorang yang sangat ‘teguh’ dalam ke’cina’an. Kalu dah bab bekerja atau social sesame mereka, memang cooperation tuh padu banget. Diorang buat event tuh untuk sehari dan mereka bekerja jugak untuk sehari (termasuk buat khemah dan persediaan pentas dsb). Habis jer event tu diorang terus clear tempat event seusai majlis itu. Punya komited diorang dan aku memang tabik la pada diorang. Ada apek muda sorang nih nunggu member dia datang to pick him up nih lepak kat depan kedai aku. Aku pun puji cara depa urus dan bekerjasama dalam mengsmoothkan event tersebut. Aku tersentak bila apek tu cakap diorang bukan kisah pasal pujian pun janji tradisi dan adat berjalan. Lagi 1 diorang ni bukan jenis suka buang masa dan duit untuk perkara yang xperlu. Perkara yang xperlu dimaksudkan beliau adalah tenaga dalam settle up everything, duit dalam membayar harga sewa khemah dan tapak dan perbelanjaan lain yang dikira nonsense. Terkejut aku bila muda2 lagi depa dah belajar nilai duit dan manusia jenis begini jarang ditemui dan semalam aku temui satu kelompok spesies sebegini. Menakjubkan…

Menakjubkan bagi aku kerana beberapa perkara yang amat ketara dengan nilai2 dan budaya masyarakat kita. Kalu bumiputra la yang organize event tuh, sure dalam seminggu kena sewa tapak n khemah. Sehari untuk setup khemah, sehari untuk buat pentas, sehari untuk susun meja dan kerusi, sehari lagi untuk rehearsal. Event sebetulnya berlaku pada hari ke-4 dan majlisnya belum tentu grand walau persediaan grand nak mampuih. Hari ke-5 plak kemas tempat dan angkut pasu bunga. Next day bukak pentas dan kemas kerusi meja. Final day bungkus khemah. Bila pikir balik memang membazir sangat2. Kalau komuniti Cina di atas, dah 7 jenis event diorang dah boleh buat dan untung plak 7kali ganda berbanding apa yang orang kita dapat. Haaa…. Lagi satu yang aku salute is bila bekerja depa xpikir pun pasal kategori kerja samada untuk pompuan atau lelaki. Semua depa balun, yang pompuan pun incredible masa tuh, yang lelaki plak korbankan macho p masak sekali. Wow, terpegun gua… Kalu la bangsa kita yang wat kerja, sori la yang jantan nak pi masak dan yang betina plak duk mengekeh dan tersembur air liur mengumpat masa masak2.

Sebenarnya bangsa kita pernah punya sifat seperti orang Cina tersebut tetapi makin hari kita makin lupa ekoran kesenangan yang dikecapi makin meningkat dari generasi ke generasi. Mak bapak plak jenis berkira kalu bersosial dengan sapa. Kalu berkawan dengan orang kampong plak xbleh, nanti jadi malas dan tau tanam sayur ja. Kalu buat kenduri lebih senang upah catering ja. Kalu bergotong-royong ala kampong kononnya kotor la,jijik la... Wei,kena ingat sikit. Katering yang korang order tuh xsemestinya bersih. Sapa yang masak bukan korang kenai pun. Bukan korang tau tangan tukang masak atau tukang potong ada kurang ke x… Pada aku baik kotor hasil dari tangan sendiri daripada kotor dari tangan orang yang kita xkenal. Apa2 pun, pikir la sendiri… Kita kena lebih kenal dan bangga dengan asal usul kita.

P/S : Kawan aku pernah komen, dia kalu makan selain rumah sendiri sure sampai menjilat jari. Dia cakap air tangan orang yang masak sedap dan dia xkira kalu tangan orang tu kurap sekalipun. Yang penting sedap dan dia puas hati membayarnya…ke3…Pada member aku nih, patut la ko segar-bugar…hari2 dapat ‘xtra’ vitamin D….hehehehe….

Thursday, January 15, 2009

Kembali...





Salam semua.... Berhabuk, bersawang dan bertimbun plak dah mende2 kat blog aku nih.. Sori la pada semua kengkawan sebab xbg info berikutan proses pelenyapan yang agak lama...Semua ni tak disengajakan, tetiba datang kerja menimbun dengan bisnes new branch opening baru2 nih dan mengstart bisnes yang cuti seketika. Sekarang aku dah kembali...Bak kata orang seberang; rindu banget sih...he3...

Well, harap2 lepas nih aku dapat maintain mengepost samting kat dalam nih at least twice per week. Harap korang semua sudi2 la singgah k..

Dan hari ini aku nak bercakap sikit pasal isu pilihanraya dalam kampus @ uni la plak. Hari ni aku nengok semua student u dok bz dengan pilihanraya depa. Ada yang pening memikir nak pilih sapa, ada yang duk idung kembang kempis sebab kene calon, xkurang jugak dengan yang merungut terpaksa queue up tengah panas semata2 tuk membuang undi. Dan yang paling aku duk sengeh nengok adalah kategori bakal mak datin yang sibuk melaram baju dengan make up. Kah3, lawak la bila aku nengok manusia perangai macam nih. Bila ada orang2 macam nih, hari mengundi bukan kecoh dengan keputusan menang atau kalah pihak bertanding, duk kecoh nengok perangai depa. Tapi tanpa depa gak sure sunyi proses tu. Tapi yang aku tabik kat mamat apek sorang nih. Dengan selamber kodok je dia datang gne suar tdo dia yang pendek (gamaknya la sebab lusuh n crumple semacam ja...) dengan baju T then padan dengan slipar jamban. Bila aku tanya, jawapan dia pun selamber jer. Gini la lebih kurang dia menjawab aku...

"Latuk aa...aku peduli apa ini pilihanraya, janji aku latang pangkah2,lipat2, masuk2...aku balik sambung tdo maa...ini kija banyak kacau, mau tdo pun kurang senang..."

Kah3...padan muka aku sebab sibuk bertanya...tapi xda orang atau mana2 jentera pilihanraya yang berani datang tegur mamat tuh. Dia pun buat muka toyo ja sepanjang q up tuh. Tu pasal kisah pelik@lucu bab pilihanraya kampus nih. Bab yang xseronok plak bila ada gaduh2 (kat UM kalu xsilap dah jadik petang semalam...) dan xcden... Kat salah 1 u tu aku dengar, ada sorang calon yg xcden sampai nasib tuk idup pun 50-50. Ni isu pro-kerajaan n pembangkang la yang aku dengar...apa nak jadik la kan... tapi aku bersyukur zaman aku dulu2 xda macam tuh. Kitorg berdisiplin giler bila bab pilihanraya nih. Pancing undi dan berkempen cara adil.

Berbalik pada kisah bakal mak datin tadi...Semalam aku terserempak ngan mak datin kot, sebab gaya macam mak datin tapi pakai Proton Wira (buruk plak tu) kat salah sebuah petrol stesen d Bangi. Yang aku duk kecoh pasal 'achik' nih plak sal dia tau bayar harga minyak ja...bila dah bayar, xreti plak nak bukak penutup tangki tuh...ka3...aku nengok achik tu terkial2 carik punat nak bukak tangki dengan tangan kanan dah pegang pump minyak. Dalam dia terkial2 mencarik bawah seat depan, tetiba terpancut plak minyak tuh kene cermin keta blah pemandu. Melompat achik tuh...Aku ketawa bagai nak apa dah dalam keta, nak terkucil pun ada. Tapi dalam pada tu aku pi gak tolong achik tu bila nengok muka dia merah tahan nak nangis kot. Aku ajar dia satu2...Bila dah borak2 ngan dia, baru la aku tau yang dia reti bawa keta ja...Selalunya anak dia yang tolong pamkan...Haru aku dengar...Ada gak manusia cenggini...Wei,dah panjang aku membebel nih, simpan plak tuk post akan datang...