
Salam semua....salam sejahtera, salam bahagia buat semua...Sesungguhnya semua tahu dan arif apabila disebut tarikh 14 Februari - Valentine Day.. Pada masa itu munga2 ros terutamanya akan menjulang naik berlipat kali ganda, coklat pun setinggi Gunung Tahan, bantal berbentuk hati bertebaran di kedai2 dan di tepi jalan... Restoran2 pulak berebut2 dengan promosi menu dan seat terhad untuk customer pada hari tersebut. Sejauh mana sambutan ini dalam masyarakat kita dan wajarkah kita menyambutnya....Ikuti selanjutnya seperti di bawah:
Beberapa ulama Islam mengutarakan perkara menyambut Valentine sebagai haram dan tidak sepatutnya dilakukan kerana ia bukan perayaan orang Islam...bila kenyataan ini keluar pasti majoriti menyokong kenyataan ini. Tapi bagaimana dengan sambutan hari Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas? Memang perayaan2 ini ada perbezaan seperti amalan ziarah-menziarahi tapi adakah itu boleh dikategorikan sebagai tidak haram untuk dilakukan...dan mengapa Valentine ini diharamkan ulama2? Ini berikutan dalam salahtafsiran oleh muda-mudi sekarang ini yang menganggap hari Valentine adalah hari yang mana semua orang mesti mempunyai teman (walau teman tapi mesra) pada hari tersebut. Lebih2 lagi apabila sambutan ini disertai dengan aktiviti yang boleh menimbulkan perasaan ghairah dalam setiap pasangan.
Pada aku, hari Valentine ni xsalah untuk kita sambut asalkan xmelampau...tafsiran kita kena positif dan masih mempunyai nilai2 yang elok...xsemestinya hari ni kita sambut dengan pasangan masing2... Pada yang masih single, inilah masanya untuk keluar berhibur bersama rakan2, minum kopi kat rumah ke sambil nengok citer movie, pi main bowling ke... Dan pada yang dah berumahtangga, elok diluangkan bersama masa tersebut untuk keluarga tersayang...bawa anak2 kuar jenjalan ke, pi rumah tok ngan wan ke...yang penting niat kita. Kalu aku, masa tu nanti aku wat macam biasa ja...sepertimana aku spend masa ngan family aku pada kebiasaan di hujung, bawa p taman or pi main bowling. Kalu bab beli hadiah ni aku xgalakkan sangat, tapi kalu larat dan mampu membeli apa salahnya....yela, kalu Valentine korang beli hadiah, mana nak harijadi lagi (bukan setakat laki atau bini jer; anak2 pun nak jugak), ulangtahun perkahwinan lagi,raya lagi... Baik simpan duit tu dalam bank jer, at least ada gak tabungan tuk semua. Nak2 lagi masa ekonomi xmenentu nih...
Semalam aku ada gak tanya partner kesayangan aku tuh, Valentine nanti nak p mana? Selamber ja dia jawab "malas nak sambut" atau "xpenah sambut"...tu yang sayup2 aku dengar...Bila aku bagitau nak ajak orang lain p Valentine, muncung panjang sedepa...ke3,padan muka xbertapis ayat.... Member2 aku sedari minggu lepas lagi dah sibuk cari hadiah, ada yang saja nak menyakat pasangan masing2 dengan hadiah ntah pape tu...siap bli spender kat kedai RM1.99, pastu lekat manik2...apa kejadah perangai macam tu....Tapi dalam pada tu seronok gak nengok kerenah depa dok menyiapkan 'present' tersebut...Pastu aku lak sengeh2 sendiri mengimagine pasangan depa dapat hadiah cam tu...
Apapun, saja aku nak ucap pada yang nak terima ucapan nih..Selamat Hari Balentain buat semua dan harap ceria2 jer hujung minggu nih....