Sunday, January 17, 2010
aku pernah dengar kawan aku cakap.. hidup tak berkat kalau kita meniru dalam peperiksaan.. tapi kalo kita guna kabel msok institusi pendidikan.. tu kira berkat x??
tapi aku rsa hanya tuhan yang menentukan berkat atau tak hidup kte.. xbole na cakap ap.. kte hanya bole agak.. segalanya tuhan yang menentukan..
p/s: kena cuba jgak walaupon tak boleh...
Monday, January 11, 2010
Monday, December 28, 2009
zoo negara..
Sunday, December 27, 2009
jakgi da bermula alam baru..
aku perlukan life aku balik..
aku xde life.. hoho.. bosan..
xboleh tidor..
laha btol..
tapi xpe.. aku akan cuba pergi kelas walaupun..........
Monday, December 21, 2009
hati aku bercakap dowh.. aku na wat cam mane..
hari ini aku sgt letih.. letih nak pkir macam2.. aku pon da xde idea ngan idop aku ni.. aku buntu bak kate bunkface.. sepanjang aku duk kat ktn.. macam2 hal berlaku..
kat ktn aku pergi kenduri kawen kawan aku.. aku cam sgt teruja tgk deaorg da kawen.. aku seronok tgk deaorg bahagia.. amin.. buat mase ni aku tnk kawin.. sbb.. aku masih lagi mencari jalan untuk luruskan kehidupan aku.. aku tnak lagi menjage anak dara org.. sbb diri sendiri aku pon x terjage..
tapi aku sgt seronok tgk deorg da kawen.. at least aku dapt lihat member aku da kawen..
tgk deorg kawin la buat aku terpikir sal kehidupan aku.. aku kat ktn.. aku meluah kan persaan aku kat parents aku.. mmg hati kering la aku.. bak kate aku sendiri.. selambe maut..aku cerita kat parents aku.. aku mungkin da tersasar jalan.. aku tidak sangka dgn reaksi deaorg.. deaorg hanya tersenyum melihat aku menceritakan kegagalan aku.. tapi aku tahu dalam hati deaorg.. deaorg sgt kecewa dgn aku.. parents aku sgt memahami aku.. deaorg selagi idup.. deorg akan tolong aku smpai termampu.. mereka memberi jalan penyelesaian kat aku.. aku menerima..
aku seronok meluahkan perasaan kat parents.. sbb mereka cuba sedaya upaya ntuk memahami aku. tapi aku ckp kat mereka.. aku akan selesaikan dgn care sendri.. sampai aku mati aku akan cuba.. tapi itu hanya impian.. impian tidak akan jadi kenyataan kalau sekadar kemalasann. aku perlu usaha lagi..
aku mungkin akan keluar dari upm.. mencari kehidupan yang baru.. aku akn ttp berusaha walau aku menganggap di aku telah gagal.. aku akan menuntut kegagalan aku.. aku akn cuba.. walau aku terpaksa meninggalkan kawan-kawan yg aku sayang.. terutama si dia.. tapi na buat cam mane.. aku terpakse.. aku akan tggal kan dea selama 2 tahun.. aku sudah menceritakan kepada dia masalah aku.. dea memahami.. aku bernekad.. jika dalam masa 2 tahun aku masih gagal.. aku akan lepas kan dia.. kerana aku tidak mahu dea gagal bersama2 dgn aku.. aku ingin lihat dea bersama org yg berjaya..aku terus akan berusaha dan jika aku berjaya aku akan kembali bersama dia.. kerana aku sgt syg kan dia.. aku akan menjadi kan dia sebagai pemangkin untuk terus berusaha mencari jalan yg benar.. kerana aku sgt syg kan dia.. tetapi pemangkin utama aku adalah ibu bapa aku.. itu dah tentu.. dan aku harap dalam tempoh 2 tahun.. tuhan akan menguatkan semangat aku.. dan semangat si dia.. aku akan cuba untuk kembali walaupun jodoh telah ditentukan..
dan mungkin selama 2 tahun ini.. aku akan mendiamkan diri.. aku akn kurangkan berhubung dengan kawan2.. kerana aku mahu menyumbang sesuatu kepada kawan2.. setakat ini aku rse aku hanya dapt menyumbangkan gelak tawa yang ilang selepas beberapa saat.. selepas 2 tahun berdiam diri. aku akn cuba tuk membuatkan kawan2 melihat aku berjaya..sekurang-kurangnya aku dapat melihat mereka bahgia melihat aku berjaya.. itu kalau aku berjaya. aku rse itu sudah menyumbang.. seorang kawan pernah berkata.."ko bahgia.. aku pon bahgia.. pan" walaupun ayat itu seolah-olah hanya kata-kata.. tapi aku tau dalam hati kecil. ad sedikit makna.
jika aku pergi aku.. aku akn berdiam diri.. tapi aku masih akn mengucapkan selamat tggal kepada kawan2 aku.. aku harap mereka berjaya... aku tidak mahu mereka menjadi seperti aku.. yg telah gagal.. jika mereka gagal.. aku akn tetap mendoakan mereka bangkit semula..
kepada sesiapa yg membaca blog ni.. mungkin akan aku ckp aku sembang.. hahahaha.. mulut org bkan boleh tutup kan..peduli hapa aku.. tapi ni mmg aku tulis adalah sekadar menceritakan segala-gala.. sekurang-kurangnya aku berani bercerita..dan aku tulis ni.. tidak ada niat ntuk melukakan sesiapa dan juga bkan untuk membuat org terharu.. ia adalah hanya kata-kata di dalam hati... aku akn tetap akan cuba...
Monday, September 28, 2009
tdo dalam lena
aku memikirkan masa depan aku. aku bukan meminati bidang yg aku ambil sekarang ni. tetapi keadaan telah memaksa.. kenapa aku tidak fikir sewaktu aku mula-mula masuk kat sini. aku hanya terpaksa mengikuti isi hati orang lain. tapi masa depan aku bukan kat tangan orang lain. nak buat cam mana. nasi dah jadi bubur. da jadi basi dah bubur tuh. bila la nak jadi sesuatu yang indah dalam hidup aku. aku melihat orang lain berjaya. tapi aku hanya mampu cemburu. kenapa aku tidak boleh paksa hidup aku cam dulu. , mungkin sebab aku ni degil. tapi memang la aku degil. kawan-kawan dah ramai nasihatkan aku. tapi macam aku kata. aku ni seorang yang degil. degil boleh ubah ke??
sekarang aku hanya tidur dalam kehidupan aku. melihat kawan aku celikkan mata. tapi aku masih menutup mata. tidak mampu membuka minda. kawan seronok membuka mata memulakan hari-hari yang bermakna. tapi aku hanya tidur bermimpi yang ngeri. ditinggalkan oleh kawan-kawan yang asyik melayan permulaan hari mereka. aku hanya takut melayan mimpi .