MUTIARA KATA HARI INI

Monday, May 21, 2012

JALAN PILIHAN

Lebuh sempit kuda penyepak, jalan licin tebing berkelok. Begitu sulitnya meneruskan kehidupan. Nafas terus dihela. Degup jantung terus dirasa. Terasa perkasa di ajar alami. Tidak sedar sebenarnya yang bahawa aku telah menulis banyak perkara. Tiada cela sedari mula aku merengek hingga kini mata kabur, kulit kendur, uban bertabur, gigi gugur dan menghampiri kubur. Apakah buku yang kunukilkan ini akan diserahkan dengan tangan yang kanan ketika ceremony penyerahan buku karangan sendiri nanti.

Hari ini bukan semalam. Sehari lagi umur meningkat. Masih terasa legit sakar. Semalam adalah hari yang penuh dengan sebab musabab yang mengundang kecewa. Hari ini bukan semalam. Ya. Kalau hari ini aku berjanji untuk menyudukan sup ke mulutmu, jangan kau kata esok, tetap akan kusuapkannya ke mulutmu. Aku tidak berjanji untuk itu. Terkadang aku terlepas kata. Hari ini 1 Rejab. Maha kasih Tuhan yang menciptakan alam, diberikanya aku pilihan. Aku masih berpeluang.
"Ihdinassiratalmustaqim". Tuhan binakan satu lebuhraya untuk kita dan sudah siapkan sekali bersama had lajunya, kawasan angin lintangnya, kawasan tanah runtuhnya, kawasan cerunnya, kawasan gajah lembu melintasnya. Dan berjuta lagi papan tanda biru, hijau, kuning telah Tuhan sediakan. Begitu kasihnya Tuhan. Apa kau suka? Lautan atau daratan? Pohonan atau tanah galian? Angin atau api? Kiri atau kanan? Utara atau selatan? Yang kau suka, kau pilihlah. Tetapi jangan sesekali abai papan tanda Tuhan. Ahlan wasahlan wamarhaban.....aluanku buatmu Rejab 1433 Hijriah yang mulia. Masihkah berkesempatan bagi kita mengimarahkan ramadan yang bakal tiba.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, May 2, 2012

MAKHLUK HALUS

Makhluk halus. Jahatkah ia. Tidak dinafikan kejahatannya. Namun diperakukan juga kebaikannya. Sama juga pada manusia. Sempurna pada setiap penciptaan. Makhluk Allah yang baharu. Anakku diganggu oleh makhluk halus. Semester ini. Sibuk pula dia dengan berurusan dengan mereka. Diberinya ayam golek dan pulut kuning. Kerana dia membelanya. Makan dan minum secukupnya.

Kesiannya. Tiada masa cuti. Belajar mikrobiologi. ......uuuuuhhhh halusnya makhluk. Terpaksa dilihat dengan bantuan mikroskop! ....belajar rajin-rajin ye! Moga berjaya dengan cemerlang.

Baca selanjutnya Kisahku...

Monday, April 23, 2012

Mengingatkan Diri Sendiri

Aku kurang memahaminya. Maklum dah ketinggalan. Blogger.com dah ada gaya baru. Patutla kebanyakkan blog sudah berubah wajah.Salah aku jugak. Haiiihh. Bila aku rasa ok, aku tenang. Rileks. Tak peduli pada blog. Tidak endah pada perubahan semasa. Terlepas pada banyak perkara. Mengucapkan syukur pada tuhan, terkadang terlepas jua. Sembahyang. Tapi selalu terlepas maknanya. Aku salahkan syaitan. Tapi hakikatnya, salah aku juga. Hanya kembali berdoa pada tuhan bila rasa tak ok. Aku kembali berblog. Bertemu kawan-kawan maya. Agak jarang mengupdate. Tapi terasa ingin berkongsi sesuatu. Ahhh... Aku tinggalkan kerja yang sepatutnya dibereskan terlebih dahulu. Ini semua salah blog. Salah entri yang dikongsi. Salah komputer...... Salahkah mereka? Ermmmmm.....jangan bersikap suka menyalahkan orang lain... Salah diri sendiri, salah kamu humairi.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, April 15, 2012

ANAK SETAN


Tiba-tiba aku terngat
Pada Anak-Anak Setan ini
sangat daif
Sungguh kasihan
Kuziarahi mereka
Di Pondok kecil
Di ruang tamu yang gelap
Anak-anak bertelanjang bulat
Masih ditemui di zaman ini
Di kampong ini
Di Malaysia merdeka ini

Anak-anak Setan ini kami ajar
Kami didik, sehingga selepas UPSR
Kini entah ke mana

Khabarnya sudah berumah tangga
Menjadi manusia.

Benar
Mereka memang anak Setan
Yang perlukan guru penyayang
Serta masyarakat penyayang

Apa khabarmu?
Isyaratkanlah kehadiranmu.

Baca selanjutnya Kisahku...

Saturday, March 10, 2012

JELAGA


Jelaga.

Juga sinonim kepada MB Perak.
Jelaga dan jegela. Dua-dua ada. Namun janganlah membuat perbandingan secara total.

Sepertinya perbandingan ini.
Lembu makan. Kita pun makan.
Jadi. Kita samalah seperti lembu.

Dalam jegela ada jelaga.
Tanpaku duga lilin menjadi bara.
Gurauanku menjadi dilema prasangka.

Baca selanjutnya Kisahku...

Sunday, March 4, 2012

Jegela




Menteri Besar Perak yang aku temui. Di Chenderong Kelubi. Seawal 8.30 pagi. Memakai kostum ala pelangi. Kanak-kanak mengelilingi. Dapat belon mereka pergi. Kemudian datang lagi. Minta satu lagi. Dia beri. Sambil menampakkan gigi. Ori. Dia badut yang kutemui. Tapi Yang Berhormat Dato' Seri belum sampai lagi. Dah tengah hari........selamat tengah hari Dato' Seri Di Raja Dr Zambry.

Dia kata...duduk kat bawah khemah ni gelap...bimbang pengunjung tak nampak.

Badut memang lucu, tapi Dato' Seri tak kurang jegela.





Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP