TABIK
Perang tamat. Kesan tinggalannya masih terlihat. Yang menang pastinya bergembira. Yang kalah terluka.Namun adat dalam berperang, pasti ada menang dan kalah. Menang bermaruah. Kalah pun bermaruah. Usahlah menyanggah.
Maruah dibaratkan segendong tabik yang kita pikul di belakang atau di pinggang kita. Jika gendongan ini tiris, maka tabiknya mengurang. Jatuh satu satu ibarat tinggalan perang pilihan raya yang baru berlalu - sepertinya bendera parti di tepi jalan yang tidak diangkut, jatuh satu persatu. Hayut lalu di air tenang. Atau tenggelam ke dasar samudera. Jika gendongan ini diikat kemas, dan sentiasa dipikul gagah, maka tabiknya tetap padat. Inilah maruah.
Akal berkait maruah. Haiwan tiada akal walau terdapat otaknya. Andai saya seekor lembu jantan dewasa. Tidak berjanggut seperti kambing. Meragut rumput. Saya membesar. Saya juga belajar membaca mengikut cara saya. Saya juga berzikir dengan cara saya. Saya mandi walau jarang. Saya bertarung sesama jantan lain bagi menunjuk lagak kepada bakal isteri. Saya juga bertanggungjawab sebagai suami (kerana sudah punya isteri atau lembu betina) dan bertanggungjawab sekali gus sebagai bapak.
Kita serupa. Tidak jauh beza kalau ikutkan semua itu. Saya lembu. Kau lembu (Betul cow lembu).
Bodoh. Tak berakal. Gila. Insane. Nonsense. Entah apa-apa lagi....
Benar. Kita makhluk Allah. Tepat. Tidak terpesong walau sedikit nanometer. Tetapi hujah sebegini perlukan diplomasi bagi mengurangkan rasa kecil hati saya seekor lembu. Makhluk Allah yang akan menempuh frasa hidup yang sama. Berakhiran yang sama.
Menang dengan maruah. Kalah juga biarlah bermaruah. Tabik spring. Kuat tapi lembut! Jangan berdemonstrasi tak tentu hala.
Baca selanjutnya Kisahku...