MUTIARA KATA HARI INI
Monday, March 29, 2010
Sunday, March 28, 2010
BUDAYA BUDI
untukku bertegas,
tiada cas,
ianya automatik bingkas.
jangan melulu menuduh,
sepertinya,
kau amat sempurna.
Kurang budi teraba-raba,
tidak ilmu suluh padam,
jangan nanti kerana laba,
siar bakar berpuntung suluh.
TAHNIAH SK SUNGAI GALAH
Target ke perlawanan akhir telah tercapai.
Kalah di final.
Bermakna anda naib juara.
Terima kasih kepada Manchester United
kerana telah menaja jersi pasukan.
Tuesday, March 23, 2010
HERBARIUM
Dedikasi buat Abang Temuk
Herbarium bermaksud :
1. koleksi spesimen tumbuh-tumbuhan yg dikeringkan yg disimpan dan diklasifikasikan secara sistematik;
2. tempat mengawet dan menyimpan spesimen tumbuh-tumbuhan tersebut.
Saya tidak tahu sistem sebenar mengawet tumbuhan ini, cuma hanya ingat bagaimana saya ditugaskan untuk melakukannya ketika di bangku sekolah :
2. Catat tarikh ambil serta lokasinya.
3. Letakkan spesimen tersebut di dalam naskhah surat khabar dan ditindihkannya di bawah tikar, tilam, buku atau sebagainya.
4. Biarkannya di tindih begitu selama 2 minggu atau lebih supaya ianya benar-benar kering.
5. Letakkan spesimen di atas kertas dan ianya sudah siap untuk dikoleksikan. Sampulkannya di dalam plastik agar tidak mudah patah bila bergesel.
Senduduk - Melastoma malabathricum
Paku sorok-sorok - Lycopodium spp
Kini kerja-kerja ini saya peturunkan buat anak-anak didik saya dalam projek kelas. Koleksi herbarium yang lama telah di tinggalkan di Bilik Sains sekolah lama. Baca selanjutnya Kisahku...
Sunday, March 21, 2010
RAHSIA PEMAKANAN ILMUWAN ISLAM
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktiraf ia 'shifa' iaitu penyembuh penyakit. Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit dan boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang, bermesyuarat serta melayari internet.
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang nencukupi untuk disalurkan ke otak.Adab memakannya ialah mengadap kiblat, membaca bismillah dan selawat tiga kali diikuti doa penerang hati.
Susu berguna untuk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal.
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya.
Ia sangat mujarab untuk menghindar masalah lupa. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halwa.
Mujarab untuk penerang hati seperti sabda nabi Muhammad SAW : "sesiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."
Baca selanjutnya Kisahku...
Wednesday, March 17, 2010
SKETSA EARTH HOUR 2010
Nama nya Atub.
Ibu dan bapanya menamakannya begitu kerana sebab tertentu.
Dia dilahirkan ketika bulan mengambang terang.
Namun hingga sekarang tiada cahaya pernah menembus matanya.
Aku berjumpa Atub.
Kubacakan kepadanya entri terkiniku mengenai earth hour 2010.
.....betullah tu kata Atub.
Usahkan 60 minit earth hour tuh.
Aku dah 60 tahun bergelap.
Aku boleh berjalan.
Aku boleh membaca.
Aku boleh membeli belah.
Tengoktu kraftangan yang aku hasilkan, cantikkan?
Anak-anakku 8 orang semuanya.
6 orang dah kahwin pun.
Aku telah lalui kesemuanya.... dalam gelap.
Aku tak boleh lalukannya di dunia terang.
Aku bimbang.
Aku tak boleh lakukan semua itu, dalam terang!!!
Tabik kat Atub.
60 tahun dalam gelap, banyak yang telah dilakukannya.
Friday, March 12, 2010
EARTH HOUR 2010
Berilah peluang kepada bumi untuk sembuh.
27 Mac 2010, 8.30 malam...ayuh bergelap!!!
Dalam gelap pun kita boleh buat kerja!!!
Monday, March 8, 2010
KEBERSIHAN CUCIAN WASHING MACHINE DIRAGUKAN
Teringat cerita ketika Pak Dollah (orang tua kampong) telah kembali ke rahmatullah (17 April 2009). Al Fatihah khas buat allahyarham. Saya turut menziarahinya.
Ketika menanti jenazah diuruskan...seperti biasa, ramai yang bersembang - bertanya khabar serta berbual mengenai pelbagai isu. Saya duduk bersama kumpulan Pak Aji Mat dengan Pak Aji Saie. Mereka berdua 'bertengkar' mengenai masalah kebersihan pakaian yang dicuci dengan "washing machine".
Aji Mat kata pakaian yang dicuci itu bersih dan boleh dipakai bawak sembahyang. Aji Saie kata pakaian itu tidak benar-benar bersih. Mereka berdua lantas menoleh kepadaku untuk meminta pendapatku. "Ce tanye cikgu tu....camane...bersih ke tak...?"
Aku cuba bercerita berdasarkan pengalaman....
Pakaian tu bersih dan berbau harum apabila selesai dicuci... kataku. Pak Aji boleh pilih untuk cucian otomatik sepenuhnya atau cucian 'manual'. Kita yang kawal mesen tu... Bila pusingan pertama cucian tamat... air akan di buang dan kemudian di ganti dengan air baru...air bersih.
"...Ha..tula tak caya kata Aji Mat. Pastu air bersih bilasan terakhir akan diganti pula sebelum di 'spin' untuk dijemur...kan gitu cikgu??? Bersih ke tak bersih???...", tanya Aji Mat kepada Aji Saie.
Aji Saie tak puas hati. Kasihan aku melihatnya. Aku meneruskan cerita...
"Sebenonya orang yang 'canggih' yang tahu kebersihan, memang tak mengakui kebersihan cucian dari mesen basuh ni... kataku. Ini kerana apabila berada di tahap terakhir cucian mesen, air 'bersih' itu akan di 'gerodak' - diulang-ulang menjadikannya air yang tidak mutlak lagi, yakni air yang sudah digunakan berulang kali... - bukan 'air lalu'. Ini yang Pak Aji Saie ragukan kataku sambil memandang kepada Aji Saie.
Aji Saie nampak gembira. Betul tu cikgu katanya...
Aku menyambung lagi...kita bukan tak boleh guna mesen tu.....boleh.... bila peringkat terakhir...gunalah 'air lalu' kataku.
Aku teringat pada arwah ayah....dia mencuci semua pakaiannya sendiri. Dia membilas dengan 'air lalu' pada semua pakaian yang dicucinya. Apabila menyidai di ampaian ayah akan terlebih dahulu mencuci dawai ampaian tersebut. Aku tengok je...ade taik burung kat dawai penyidai ni... kata ayah. Aku tak nampak pulak taik burung tuh.....
Al-fatihah jua buat arwah ayah...
Tuesday, March 2, 2010
KONSIDERASI
sakit bergendangan,
ditelinga ini,
kerana bahasa yang kaututurkan,
bahasa indah,
tajam menghiris,
bahasa pinjaman dari iblis,
teramat indah,
lalu kau zikirkan seharian.
kutanyainya,
sepantas reaksi kimia kaujawab,
...jujur ingin kukongsikan,
...cuma kau hati sensitif.
hati terhiris,
parah berkecai.
jangan kata apa,
diam sahaja,
jujur itu perlu,
begitu juga konsiderasi.
(...mr kay...tak kisah kan?)