MUTIARA KATA HARI INI

Monday, May 25, 2009

SANTAI SEKETIKA


Sekadarkan trik aje!!! Kalau dilihat dari dekat, inilah wajah saintis tersohor dunia... Albert Einstein.

Cuba jauh sikit dari skrin monitor. Berdirilah pada jarak 3 meter. Fotonya akan terlihat seperti Marilyn Monroe...artis tersohor dunia...

Amacam???? Ada lega sikit ek?? Alhamdulillah!!! Syukran, syukran..

Baca selanjutnya Kisahku...

Thursday, May 21, 2009

SELAMAT BERCUTI




Minggu depan - minggu akhir semester ini. Cikgu-cikgu tengok balik buku ringkasan tuh...dah di updatekan ke tak??? Menghadap cuti ni rancangkan apa yang patut untuk anak-anak didik kita di semester yang mendatang. Apapun...jangan tension sangat, kesihatan diri kena jaga - jangan memudaratkan diri sendiri...

Kepada semua kerabat guru serta anak didik ..... selamat bercuti.

Baca selanjutnya Kisahku...

Friday, May 15, 2009

PTK - SELAGI ADA


PTK NAK DIUMUMKAN ESOK LUSA.... APAPUN KEPUTUSANNYA...TERIMA JELE. BULAN LAPAN NANTI BOLEH AMBIK LAGI.

KEPADA YANG DAH DAPAT KEPUTUSAN KESELURUHAN IV, TAHNIAH DIUCAPKAN. KEPADA YANG BELUM...SABAR JELE..LEH AMBIK LAGI!!

JOM SEMAK KEPUTUSAN TU ONLINE. KLIK PAUTAN KEPUTUSAN PTK DIBAWAH.

Baca selanjutnya Kisahku...

Wednesday, May 13, 2009

SEJARAH SUNGAI GALAH

Kampung Sungai Galah

Kampung Sungai Galah terletak di daerah kecil Kampung Gajah, Perak. Tempat yang berhampiran ialah Changkat Tin, Chenderong Kelubi, Tanjung Tualang , Kampung Gajah, Changkat Rambai, Pengkalan Nibong dan lain-lain.

Sungai Galah merupakan sungai kecil yang bersambung dengan Sungai Kinta di sebelah timur. Sungai Kinta pula bersambung dengan sungai Perak.

Kampung ini asalnya kawasan penempatan dan perlombongan yang dimajukan sejak zaman Penjajahan British lagi.Teknologi perlombongan dibawa dari England terutama kapal-kapal korek. Rumah-rumah pengurus dan pekerja lombong dibina di kawasan berdekatan. Apabila harga bijih timah jatuh menjunam , lombong-lombong di kawasan ini telah ditutup. Baru-baru ini kawasan ini hendak dimajukan oleh MMC Sdn Bhd.

Kawasan ini dahulunya merupakan petempatan majmuk yang diduduki oleh pelbagai kaum seperti Orang Asli,Melayu,Cina dan India. Ada klinik kesihatan, panggung wayang dan pelbagai kemudahan lain. Tanah di kawasan ini telah diwartakan kepada Penduduk Asal Kg. Sg. Galah iaitu Orang Asli. Kini Orang Asli tersebut menjadikan tanah mereka sebagai Projek Tanaman Risda Fasa I iaitu tanaman kelapa sawit. Kebanyakan daripada mereka telah berpindah dan menduduki kampung baru iaitu Kg. Tangkai Cermin.

Yang tinggal di situ hanyalah kedai runcit dan tapak panggung wayang. Rumah-rumah pengurus dan pekerja lombong telah diubahsuai menjadi Pusat Latihan UiTM. Terdapat pasar pagi pada setiap hari Jumaat.

Kg. Sg. Galah kini diduduki oleh masyarakat Melayu dan banyak rumah dibina di situ. Penduduk asal yang telah berpindah ke Kg. Tangkai Cermin juga telah menikmati kemajuan dan pembangunan sejajar dengan 50 tahun negara kita merdeka. Kg. Tangkai Cermin banyak melahirkan golongan cerdik pandai seperti Bekas Senator Mendiang Itam Wali bin Nawan, Peguambela Kemala, Uda Nago, Dr. Bahari Belaton, Anak-anak mendiang Itam Wali- Elwan Awang,Elwa Lisa,Elwan Ponso dan Elwa Nita dan lain-lain lagi.

Baca selanjutnya Kisahku...
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Saya ingin bersama-sama kalian dalam dunia siber ini. Saya juga mengalu-alukan ulasan saudara-saudari mengenai topik yang saya catatkan dalam blog ini. Bagaimanapun saya memohon saudara-saudari agar dapat menulis secara berhemah supaya perbincangan kita menjadi lebih bermanfaat. Elakkan perkataan buruk, bersifat hasutan, atau fitnah. Jagalah akhlak kita sewaktu berbicara di blog ini. Terima kasih.

  © Blogger templates Inspiration by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP