Aug 27, 2015

Baby Winter: First Pregnancy Di Perantauan

Salam Perantauan readers~
Masih adakah orang yang lalu-lalang di blog yang dah berhabuk ni? Hehe..
Harapnya semuanya sihat walafiat.
Alhamdulillah I kat sini sihat-sihat sahaja dan sedang menikmati hari-hari terakhir musim panas yang akan melabuhkan tirainya.
Sounds dramatic, isn't it?
Mana tak dramatiknya sebab soon will be autumn and winter.
Cuaca sejuk dan I tak mampulah nak duduk rumah dengan berpakaian tebal.
But still, enjoy and cherish every moment in UK.

Untuk pengetahuan readers, ahlhamdulillah sampai juga rezeki untuk menikmati pemberian Tuhan Yang Maha Kaya ini; rezeki pregnant anak yang pertama.
Soon will be 20 weeks which is half way from my pregnancy.
Lama betul berkira-kira nak menaip di entry tapi sudahnya morning sickness, sibuk dan berbagai lagi alasan yang menarik. Hehe..
Insha' allah, due bersalin pada 15 Januari 2016; in winter.
Yes, in WINTER!
Baby Winter!

Sememangnya pengalaman pregnant di negara orang ni dugaan sangat kuat (bagi I) lagi-lagi tang cravings.
Nangis banyak kali mintak husband nak balik Malaysia sebab nak makan itu dan ini.
Tak mampu nak telan makanan kat sini during my first trimester.
FYI, this pregnancy is something that we didn't expect sebab tak nak kecewa dan so on.
Dahlah tu memang tak percaya diri ni pregnant sampai kena test banyak kali! Lalala~


Belilah pregnancy kits yang dari semurah-murah di Tesco Express.
Sederhana mahal di Superdrugs.
Dan semahal-mahal Clearblue.

Jadi, pengalaman berjauhan di memang mencabar.
Hanya bergantung pada suami dan kawan-kawan kat sini.
Sebab I kuat makan, jadi bila cravings tu, Allah sahaja yang tahu perut ni menahan camne.
Fuh! Second trimester, alhamdulillah pelan-pelan selera bertambah dan bun in the oven ni pun dah mula berinteraksi.
Cravings masih ada tapi kurang.
Badan berangin? Owh! Tak dapat nak elak tapi itulah.. cari alternatif lain iaitu try minum peppermint.


Suatu kelegaan~

Sebenarnya banyak nak I kongsikan di sini.
Rasanya entry yang seterusnya Insha'allah bila kelapangan nanti I akan share.
Ayat carca-merba dah sebab lama dah tak menulis.
Lalala~
 
So, see you then~
Cheers!

May 12, 2015

21:89

"My Lord, do not leave me alone (with no heir), while you are the best inheritors"

Al-Anbiya' (21:89)

Apr 1, 2015

Nuffnang Malaysia

Recently, I buka email dan ternampak ini...


Nuffnang kasi 'amaran' pada saya!
Maaflah Team Nuffnang~
Tahun lepas ceq ada renovate blog sebab nak kasi cantik.
Tahun tu juga ceq sibuk dengan kerja.
Tak dapatlah ceq nak pantau banyak.
Kali ni ceq dah set baik-baik macam hari ni.

To the readers, mehla klik pada iklan-iklan dalam ni atau yang ada dalam box Jangan Klik! tu..
Ceq nak pi beli gula-gula dengan duit Nuffnang nanti.
Harap maklum (>.<)

Mar 20, 2015

Househusband

Atau house-spouse / stay at home father / house dad.
Secara tradisinya atau tipikalnya, lelaki mana boleh jadi suri rumah kan?
He suppose to become the breadwinner and work outside the home to provide the family with income and benefits.

Okay. Untuk context ni, sebagai dependant kepada isteri yang sedang belajar di luar negara.
Dapat biasiswa.
Pada I, sangat cool untuk ini.
Sebab? 
Sacrifice untuk banyak benda, tinggalkan kerja hakiki atau ambil cuti tanpa gaji untuk bersama isteri.

Ada orang kata, sungguh b*d*h tinggalkan kerja (let's say he is an engineer yang berjawatan besar dengan gaji berkepuk-kepuk).
Ye. fikirkan memang dia b*d*h.
Mungkin dia boleh just terus kerja dan biarkan isteri di luar negara.
Bila dia dapat cuti, bolehlah datang jenguk isteri.
Ye, itu pun KALAU dia dapat bercuti.
Ye, itu pun KALAU wife dia atau dia senang nak dapat zuriat.
Ye, itu pun KALAU isteri dia hati memang tak akan pandang pada lelaki lain.
Ye, kalau lelaki ini MEMANG hati kental tak pandang orang lain.
Dan ye juga untuk sebarang kemungkinan yang lain.

I sangat kagum pada orang-orang yang I kenal kat UK dan mereka merupakan kawan-kawan suami I.
Sacrifice yang sangat besar sama ada yang dah mempunyai anak mahupun tidak.
Bukan sesuatu yang senang untuk tinggalkan kerja dan menumpang duit daripada isteri.
Memang I kagum.

Diorang bukan suka-suka nak buat macam ni tapi semuanya ada sebab.
Dan itulah dinamakan kasih seorang suami kepada isteri.
Tinggalkan ego dibelakang untuk dapatkan sesuatu yang lebih baik.

Kalau seorang suri rumah (wanita) selalunya ada benda lain yang boleh dibuat.
Tapi mereka?
Ye, mereka perlukan rutin yang berlainan untuk ini: jaga anak, kerja sementara, attend any classes that fits them, bersukan dan lain-lain.
Menarik kan?

Semoga itu yang terbaik buat mereka. Amin~

From Paris with Love: Surprise in Paris!

Ye.
Entry ni berkurun dah nak tulis tapi tak tertulis.
Perginya Disember 2013 tapi tulisnya Mac 2015.
Jauh bebenor tu!
Hutang entry wajib dibayar! ^^

So, surprise adalah ini...


Disneyland Paris.
Ye. Igauan kebanyakkan kanak-kanak, gadis-gadis, isteri-isteri orang dan mak-mak budak.


Sangat besar. Rasa macam sehari pun tak cukup.
Hotel disediakan tapi mana mampu dengan harga Euro yang mencanak berbanding Ringgit Malaysia kalau convert.
Walaupun hakikatnya suami beli guna Pound.
Silap haribulan, makan maggi je nanti.







Kami enjoy hampir semua roller coaster dan ini yang paling I suka:
Hollywood Hotel.
Kalau tak kerana perut lapar.
Belum makan sejak pagi, lama dah naik second round.
Tak mampu nak beratur panjang.


Ye. Tak banyak yang mampu I tulis sebab memang I speechless without facial expression yang sesuai.
Hadiah honeymoon dari dia.
2013 sememangnya tahun yang sangat sedih.
Kehilangan arwah ayah bila lagi 10 hari nak menikah. Al-Fatihah.
Tahun yang sama kami bertunang dan melangsungkan perkahwinan.
Merasa juga hidup tanpa Mak mentua. Al-Fatihah.
Tahun yang sama I dapat posting ke Sarawak.
Tahun itu juga suami terpaksa tinggal jauh beribu-ribu batu untuk mendapatkan segulung ijazah.
Dan pengakhiran 2013 dengan hadiah ini.

Untuk 2015, dengan perjanjian, alhamdulillah tinggal bersama walaupun hidup di perantauan.
Doakan kami untuk yang terbaik. Amin~

Mar 5, 2015

Shaw and Crompton, Oldham

Assalamualaikum~
Winter masih belum melabuhkan tirainya.
Tak sabar tunggu spring sebab tak tahan sejuk memanjang.
Nak keluar rumah tak sah kalau tak pakai winter coat with one or 2 pieces of long shirt!
Pergi kedai belakang rumah jangan harap nak pakai cam yang I biasa buat kat Malaysia.
Menangis kesejukkan la nampaknya. Huuu~

Well, a few weeks ago snow turun dengan banyak tapi tidak lebat di luar rumah I.
Yang peliknya, tak jauh (lebih kurang sejam dengan menaiki tram) boleh dapat snow.
Oh! Sangat menarik jalan-jalan cari snow.
Of course excited sebab mungkin sekali dalam seumur hidup ada peluang macam ni.

Untuk bermain dengan snow, 2 kali juga I keluar bandar 
Gigih jugalah dengan menahan kesejukkan.
Paling dekat adalah di Oldham.
Kali pertama datang, enjoy lebih kurang je...








Gumpal-gumpal hingga mampat.
Lalu, letak susu cair, sirap, kacang dan jagung.
Owh~! ABC kepal!

Tak puas hati dan wheather prediction kata the following nye ada lagi snow turun.
Dan kali ni kami pergi dengan kawan husband I.
Cuma yang kurang best nye adalah semua kawasan yang dipenuhi snow yang tebal adalah private area.
Maknanya ke semua tanah yang kosong ada pemiliknya dan sebenarnya kami dah 'ceroboh' masuk.
Memang bedal je main sampai kena sound dengan pakcik dan makcik yang lalu-lalang kat situ.
Nasib sempat buat snowman :p




Peperangan bermula!





Berat - Sederhana - Ringan


Rose among the thorns *I tak taulah nape selalu dikelilingi lelaki :p*



Meet my Olaf~


Muka ketakutan sebab ceroboh tempat orang :p

Dan mana boleh lupa part yang ni.
Jantung berdebar-debar sebab buat salah :p


In the end, semua happy.
Bukan setiap hari dapat rasa snow.
Bukan setiap hari juga dapat peluang yang baik.

Feb 25, 2015

Tips Menjaga Tudung

Assalamualaikum..
Okay. Kali ni I nak bagi tips sikit macam mana nak jaga tudung dengan baik. 
Nak-nak kalau pakai tudung yang kita sayang or susah nak beli seperti Fareeda ke Aidijuma ke Sincerelybyyours ke dan lain-lain yang tidak dinyatakan.
So, just scroll down dan baca sepenuh hati ye (^.^)

  1. Kalau mampu, pakailah kerongsang macam Ozel or Zhulian or buatan emas. Sebab? Pinnya tajam dan taklah tudung kita tertarik benang. Macam I, pakai je yang murah-murah sebab kerongsang I senang hilang dan cepat bosan kalau pakai kerongsang jenis yang sama setiap hari.
  2. Cuci tudung guna tangan dan bukan mesin. Tapi, untuk orang macam I yang jenis tangan sensitif dan alahan dengan sabun pencuci, I pakai laundry net je. Beli kat mana-mana kedai pun boleh. Yang I tunjuk ni adalah yang I beli kat Daiso sebab ada secure lock pada zip.

  1. Letak manik kecil pada kerongsang seperti dalam gambar di bawah untuk kurangkan benang tertarik. Yelah, orang macam I ni ganas bila pakai tudung. Tau-tau bila balik, berlubang besar or tertarik benang. Sedih (T.T).  Manik kecil tersebut hendaklah mengikut saiz pin. Karang beli besar, tak menjadi pin tudung.


  1. Dan tips yang terakhir, kalau berlubang, gosok dengan duit syiling pada lubang tersebut. Gosok dengan PERLAHAN dan jangan lupa untuk TERBALIKKAN tudung bila tenyeh tu. Nanti tak pasal-pasal hilang warna atau corak tu. Gosok je dengan lembut. Jangan ganas-ganas yer~


So, diharapkan agar 4 tips ni berguna untuk readers dalam ni.
Good Luck!



Kehidupan Sebagai Suri Rumah Sementara

Assalamualaikum..
Sihat ka? Hehe..
Alasan yang sama tapi kali ni dikira ambil mood nak update blog.
Bila dikira dan dihitung, sebulan secara rasmi memegang jawatan Suri Rumah Sementara. 
Jawatan yang nampak ringan tapi berat sebenarnya.

Hmm.. pada tahun lepas bila jawapan muktamad untuk bercuti tanpa gaji selama 2 tahun ni, soalan yang pertama orang tanya adalah: "nanti cuti panjang nak buat apa?"
Memang mencabar nak jawab soalan tu.
Dulu, bila orang dok tanya "kenapa tak ikut je laki ke UK? tak payahlah kerja", I hanya menjawab tak apalah sebab okay je kot macam ni dok berjauhan. 
So, memang dok jauh nak kena naik flight berjam-jam tu memang tak ok. Tak OK.
Hati dan emosi terduga.
La ni dah dapat kembali ke pangkuan suami *ececece~* soalan lain pulak.
I pun jawab jela belum tau lagi. 
Padahal plan banyak dah. Hehe..

Orang lain itu suggest soh la kerja or buat charity kat UK nanti.
Kerja? Not eligible for working sebab Visa status bukan untuk itu.
Tak nak buat illegal sebab selalu sangat tengok cerita UK Borders kat TV sini yang selalu tangkap pekerja haram.
Ye. Tak nak masuk TV UK mahu pun dihantar pulang ke negara asal buat sementra ni.
Siapa rela nak tinggal berjauhan dengan suami lagi selepas setahun 3 bulan berstatuskan Perkahwinan Jarak Jauh.
Dan Encik Suami pun dah berjanji *bukanlah berjanji sangat pun..* in the middle of weekdays dia akan bawa berjalan-jalan or spend time with me at home 



Sabtu Ahad tak dikira sebab dia ada je di rumah but sometimes dia keluar ke lab atau gi siram pokok di botanical grounds.




Well, harapnya bukan setiap minggulah ye, Encik Suami.. :p


My ultimate planning adalah berkarya dan berkraflah sampai I puas.
Masa belajar dulu sempat sikit je.
Bila dah kerja, lagi sibuk.
La ni... rezeki bercuti panjang termakbul...
Alhamdulillah~




Baru dapat start sikit demi sedikit.


Lagi? Tolong suami jaga pokok kat rumah.
Haish! bolehlah juga setakat petik pokok mint buat air bolehlah.
Sambil tu jenguk-jenguk tingkap sebab sebelah rumah I ni hotel.
Ye. Orang keluar masuk hotel dan cleaning the rooms bila depa dah check out.
Interesting. Ngeee~

Then, hang out with my husband's friends dan juga merangkap anak kepada kawan ibu I.
Kebetulan juga secara tak sengaja rupanya dia anak kepada kawan ibu.
Kecil kan dunia ni?
They're all nice and warmth to get along our journey in UK.
*doakan lelaki-lelaki ini berjaya dapat title bila dah habis kelak. And my husband too*





*maaf Puan Nad, I terpaksa lupakan Zaheen kerana adanya Naurah :p*


Dan.. yang paling penting, perjanjian I dengan suami untuk pandai memasak, mengemas rumah, menghias rumah serta jaga makan minum suami.
Lebih kurang begitulah list nye.

So, refleksi untuk selepas sebulan tukar status ni, well, not bad at all.
Even though before this I had in mind that it will be tough for a working wife like me, to be a fulltime housewife.
Not bad at all. Really. I mean it.