Oct 11, 2014

Fly Away

Assalamualaikum bloggers~
Rindu dengan blog and as usual, busy penyebabnya.
Well, sejak ada Instagram, hampir semua update ke dalamnya. 
Dah jadi pemalas nak menulis.
Penyakit kronik untuk Ruzanna Rahman.
Owh! Rindu nk menulis.
So, kali ni, wajib tulis sesuatu.

A year ago, I choose to be in Miri, Sarawak.
Mengajar dan belajar tentang budaya lain.
Tentunya I sukakan pengalaman itu.
But unfortunately, ini adalah keputusan tudak rasmi.
Masih menunggu hitam putih tapi tak sabar nak bagi tahu.
Insha'allah by Januari 2015, I akan fly ikut suami.
Cuti tanpa gaji selama 1 tahun 8 bulan dan 16 hari.
Dan pengetua bagitau bahawa I mungkin tak akan kembali ke sekolah yang pertama I di hantar.
JPN juga kata begitu.
Kalau ikutkan memang I tak boleh buat macam tu tapi pengetua tak sanggup nak biarkan kekosongan jawatan sebagai guru bimbingan dan kaunseling di sekolah ini terbiar dengan jangkamasa yang sangat lama.

Sesungguhnya mana hati ini tak girang.
Tapi fikirkan balik, masa setahun lebih tu sangatlah panjang untuk jadi suri rumah.
Mati kutu duduk rumah.
Hari-hari belajar resepi baru.
Pagi-pagi hantar husband ke pintu dan tunggu dia balik menjelang petang.
Mengadap laptop dan tv.
Kalau berkemampuan, ke library pinjam buku.
Bila rajin, boleh ber zumba dengan husband.
Kalau boring, berkraf atau hias rumah.
Sounds like typical housewive.

I dah biasa mental dan fizikal bergerak.
Mungkin dengan perjanjian I dan husband ini adalah salah satu cara untuk I menikmati alam berumahtangga yang sebenar.
Bezanya adalah berada di UK.
I dah buat perjanjian bahawa kalau I tak pregnant selama 2 kali visit ke UK, maka I wajib berada disisinya.
Well, janji tetap janji.
Family first.
Harapnya keputusan ini adalah yang tepat walaupun disepanjang perjalanan itu taklah sebaik dan semanis yang diidamkan.

So, wait for me Mr. Husband.
Bulan depan you balik kita boleh uruskan visa sama-sama ye.
Miss you~


Aug 9, 2014

Random Wishlists: End of 2014

Happy Saturday, readers!
Saturday I selepas cuti raya adalah berada di sekolah.
Hah! Ogos yang mencabar untuk tahun ni.
Campur gaul dengan kerja yang bertimbun-timbun.
But then, never mind~
Secara logiknya mana ada pekerjaan yang tiada stress mahupun emosi yang terganggu.
Alhamdulillah masih mampu untuk berfungsi lagi.
Well, cakap pasal wishlist, I scroll entry lama-lama seawal tahun ini.
Nampaknya wishlists tersedia ada, kena peram lagi.
Bila tengok balik, terasa macam budak kecil pulak.
Mungkin I dah jadi matang kot.
Haha..
So, wishlist yang akan I senaraikan kali ni, Insha'allah untuk masa terdekat ini.

Wishlists Jangka Pendek
1. Insha'allah dapat tinggal bersama Mr. P by Januari. Hanya tinggal pengesahan hitam putih. Cuma nak sampai ke garisan itu, agak menduga. Ehem! *pray for both of us*
2. By the time tinggal bersama, wajiblah I belajar memasak, mengemas, menjaga rumah, menjaga hati suami dan yang seangkatan dengan ciri-ciri suri rumah yang pandai serba-serbi. Mencabar.
3. Wajiblah juga untuk I kekalkan otak ini berfungsi sehinggalah I kembali bekerja semula, wajib cari  tempat-tempat yang I boleh akses buku-buku ilmiah seperti ke kedai buku mahupun library. Sounds like I ulat buku. Hehe... Tapi seperti keperluan sebab I dah merasa beberapa bulan tidak bekerja dan bila kembali bekerja, otak jem. Yes, jem. Kerajinan itu perlu.
4. Wajib juga untuk I tingkatkan kemahiran art and crafts sebab itu hobi I. Kegilaan I. Juga mengatasi ranking kegilaan membeli atau mengumpul pinggan mangkuk dan periuk belanga. Hehe.
5. Meluaskan pemandangan dan pemahaman di negera orang lain seperti melawat tempat-tempat orang. Paris (checked!), Bath (checked!), York (checked!), Miri Sarawak (checked!), Kuching Sarawak (checked but not satisfied). Next month yang terdekat, Gua Mulu dan Labuan. Brunei? Tak sempat merasa nampaknya. 
6. Mencari apa-apa short courses or kelas-kelas menjahit. Hehe.

Well keinginan typical human sentiasa akan berbeza-beza.
Hoping that my August will end with a sweet outcomes.
*menangis dalam hati je*

Aug 3, 2014

Email Lama

Salam Muhibbah bloggers!
Ayat yang sama, "lama sudah tak update entries!"
Typical Ruzanna!
Hehe..
Selalu je sebenarnya buka blog tapi mood menulis tu tiada.
Atas tuntutan kerja, mana nak sempat menulis atau update blog.
Selalu juga usha member bloggers kot-kot ada yang update sesuatu especially Cik Puan Nadiah.
*sekarang beliau dah bertukar status*
Rindu dulu-dulu yang berlumba-lumba update entries.
Suatu kegilaan pada ketika itu.

What's make me updated my entry for today? 
Alasan: spring cleaning my old email.
Gara-gara emosi facebook I yang tak dapat nak di akses sejak pagi tadi.
Back to the topic.
Bila mana I dok sibuk upload Apple Apps, terpaksa upload mobile yahoo mail.
Sekali tengok, mak aih!

*maaf. Tiada gambar. Baru bertatih nk upload gambaq guna Ipad.*

Rupanya memori lama kembali.
Kini dah berstatus bini orang.
Wajiblah erase the old memori.
Memadam email-email lama bukan bermaksud memadam siapa diri kita dalam sejarah lampau.
Macam dalam cerita Kungfu Panda yang part 2.
Sejarah lampau bukan bermaksud tak penting.
Tapi yang lebih penting adalah siapa diri kita pada masa hadapan.
Kita yang pilih nak jadi siapa pada masa akan datang.
Kalau kita pilih untuk jadi yang lebih baik, bertambah baiklah.
Kalau kita memilih sebaliknya, itulah diri kita kelak.

So, agak kelakar juga baca email lama-lama.
Zaman nak kenal orang.
Dan ranking tertinggi dan paling banyak email dalam inbox adalah: 
Arek Kof a.k.a. Mohd Kadri Azmi.
Kawan lama, penpal di zaman sekolah dulu.
Juga penggemar Komik Kreko.

Haha...
Arek, remember that?
Dan terima kasih sebab menemani saya di KLIA semalam.
Ngelat kerja! :p

So, remember that, your past will never determine who you are in the future.
You choose and it's your choice!

Sekian, Selamat Hari Raya.
Maaf Zahir dan Batin.
Daripada: Ruzanna dan sekeluarga :)

Jun 23, 2014

A Promise

Hello June!
Too long 'leaving' this entries.
Well, enjoying the process of learning.
Learn to be a good teacher, be the best daughter and try to serve my husband better.
Improving all these kind of relationships makes me wiser and behave like what I suppose to be.
Try to not to be childish since this year I'm in the 'late' of 20's!
Ehem! Yeah... Tu pun tak sedar diri lagi.
*big grin*

Dan dalam banyak-banyak perjalanan hidup 2014 setakat Jun ni, dan genap setahun sebulan jadi wife orang, the main issue is trying hard to have a baby.
Masa bujang, thinking too hard about my future Mr. Knight.
Well, sometimes get jelous those yang PJJ hanya merentasi Laut China Selatan.
But for me, merentasi benua.
Bukan Sabtu Ahad boleh senang-lenang naik flight sejam dah sampai.
I try not compare. Not even to get jelous.
But then, I'm just a human.
In the first place, I choose not to stay by his side.
But in the end, I surrender.

Dan semestinya kaunselor, hari-hari rasionalkan pemikiran. 
Dan hari-hari juga emosi tercuit.
Tapi hanya Dia Maha Mengetahui.
I never regret for staying in Miri.
I never blame the fate.
I never fail to ensure that everyday I try wake up early in the morning and skype with him.
I never fail to say 'I love you, abang' in every conversation.
And I never fail to believe that I aim to be his side by next year.

And I hope I choose the correct path.

P/s: wait the final entry from Paris!


Apr 4, 2014

Tips Kecantikan: Vitamin E

Hello Monday~!
Kali ni I nak share tips kecantikan? 
Err.. Since when?
Hehe... Ada je I post sebelum ni but then only just now teringat nak share.
So, la ni nak share tentang Vitamin E.
Recently I mulakan balik pakai Vitamin E versi moisturizing cream.
Teringat zaman I umur 6 tahun hinggalah tamat sekolah rendah I gunakan pure Vitamin E.
Likat, pekat, odourless and transparent in a botol kaca.
Pakai je tentu tak selesa.
Dulu I pakai lepas kena Steven Johnson Syndrome.
Masa tu habis satu badan macam melecur.
Tak taulah nak kata rupa macam mana...
Jadi, ibu dan arwah ayah usahakan pakai ini...


Alhamdulillah kulit kembali normal...
Tapi kena usaha lebih!
Cuma yang ni memang pure dan dalam versi oil.
So, Organic Aid ada jual dalam bentuk moisturizer cream 10,000 i.u.
 Tapi I dah stop pakai ni sebab kurang selesa tapi sebenarnya bergantung pada keserasian dan keselesaan kulit.
So, kalau sesuai, why not just proceed?

So, recently, like almost 4 months, I pakai yang ni dan alhamdulillah sesuai untuk I.
It is Body Shop: Moisturizer Cream.
Smells good and it is in pink!
Well, I'm not a pink maniac, anyway~
Dan lagi satu sebab adalah kulit tangan I yang kasar dan sensitif dengan sabun cuci pinggan mahupun cuci pakaian.
So, pagi-pagi sebelum nak ke sekolah, wajib apply benda ni di muka sebelum make up!
Yup! I make up untuk ke sekolah so that I look more presentable at school.
Cuma bila di luar hari sekolah, tak ada harapanlah nak ber-make up.
Prefer to let my face free from cosmetics.
Yes! Say NO to make up!
^^


So, terpulang pada keserasian anda.
Yang penting cuba dulu pada kulit sebelum membeli sebab takut ada alahan.
Susah nanti~
Harap review ni dapat membantu anda ye~!
Good Luck!

Mar 2, 2014

Petua Perkahwinan Jarak Jauh a.k.a Long Distance Marriage

Happy Sunday peeps~!
Well, my Sunday means being a couch potato.
My Main Sunday rountine is skyping with Mr. Hubby and telling you the truth, it is never enough.
Bila kita pagi, dia dah malam.
His bedtime but not mine.
Recently, I ada terbaca few tips regarding this issue dan I tak jumpa mana link nya but more or less, it is like this.
I bukan pakar but since almost 7 months my husband and I are in long distance marriage, banyak yang kami belajar berdasarkan pengalaman dan pembacaan.
So, I hope that this sharing is worth to be read...
Well, let's start:

  1. Sentiasa mendoakan yang baik dan terbaik dalam hubungan: I percaya tidak kira apa-apa agama yang dianuti sekali pun, mendoakan yang baik-baik dan memohon doa daripada Tuhan ada dalam setiap kepercayaan agama masing-masing. Doakan agar hubungan sentiasa terpelihara daripada yang buruk-buruk dan mohonlah hubungan suami isteri sentiasa kuat serta hati tabah bila kita diduga. 
  2. Fahami perbezaan karekter: Manusia ni berbeza dan I percaya Tuhan satukan suami isteri itu untuk saling lengkap-melengkapi. Contohnya, I orang yang berpersonaliti seorang guru manakala my husband berpersonaliti orang Sains. I banyak mengomel berbanding dia. Tidak dinafikan itu. *hehe..* Kami masih lagi mengambil masa untuk kenal diri masing-masing tetapi jarak yang menjadi penghalang. So, bila ada masa yang terluang, bila terlintas nak tahu sesuatu, on the spot I akan tanya my husband. *even though I know that he's a bit slow to reply my text due to several reasons*. So, jangan terlalu berfantasi bahawa suami / isteri anda seperti yang anda kenali semasa couple dulu-dulu *jika ada*. Karekter mereka mungkin akan berbeza dan tidak juga I seperti nak jadi batu api. Dengan perkataan lain, jangan malu atau segan nak bertanya. Bak kata pepatah, kalau malu bertanya, akan sesat jalan. :)
  3. Selalu berhubung: Teknologi sekarang canggih sangat. Jika berkemampuan, selalulah call suami / isteri anda. Tapi lagi sweet kalau husband yang call wife. Dan nak surprise, wife buat surprise call to your husband. Sebagai contoh, merujuk kepada kami... Kami berhubung melalui phone call, whatsapp, skype, instagram dan facebook. Macam mana? My husband amik pelan unlimited international call di UK dan bila I ada kelapangan, I missed call dia lalu dia akan call I balik. Bila ada keperluan untuk I tanya sesuatu yang kurang urgent, I akan whatsapp. Kalau malas nak taip, record voice dan hantar kepadanya. Kan mudah :).. Dan almost everyday, before I go to school, almost become our daily routine, skype is the best method. During weekends, skype lah puas-puas. Tak nak tidur pun tak apa. Hehe... Do always share pictures with him / her. Selalunya wife yang rajin share pictures berbanding lelaki. At least let him know that you are sweet and never forget about him / her.
  4. Set a date for a date!: Well, yang ni adalah yang paling I ingat masa baca di satu laman web / blog ni. Dia fokuskan orang yang berjauhan yang paling jauh antara Sabah Sarawak dan pasangannya ada si Semenanjung. Owh! Paling tak relevant untuk orang yang jauh antara benua ni... Bezanya kos triple mahal... Eh. Bukan triple tapi entah berapa lagi mahal untuk tiket flight je. Cari suatu masa yang sesuai untuk date dan semestinya bukan 1-3 hari tapi mungkin 2 minggu... Mungkin anda akan kata kalau cikgu cutinya senanglah. To tell you the truth, tak boleh samakan cikgu dulu dan sekarang. Hanya cikgu yang tau betapa sibuknya cikgu sekarang. Anyway, plan percutian sebaik mungkin dan enjoy your holidays with your love one.
  5. Keep the most memorable item with you: Yang ni bukan setakat suami isteri je tapi untuk anak yang rindukan parents pun boleh. Or ibu yang rindukan baby nya bila perlu berjauhan. Tipsnya:  simpan baju yang dia selalu pakai dan ada bau dia. Sila baca lebih lanjut disini ye... Maklumat tambahan, his / her favourite perfume pun boleh. Yang dia selalu pakai. 
  6. Jujurlah: Sebagai isteri, minta izin dulu tapi kadang-kala kita terlupa kan? Same goes to me. Masih in adjustment. Sebenarnya sama je macam kita minta izin dengan ayah or ibu untuk keluar ke mana- mana. Jujurlah kalau kita ke mana-mana dan dengan siapa. Suami juga perlu bagi tahu supaya isteri tak jelous membuta tuli dan akhirnya ada yang terluka. 
So, diharapkan tips ni berguna untuk sesiapa yang relationship seperti kami. 

Feb 27, 2014

Reasons I'm Blogging

Morning peeps~~
I update blog pag-pagi buta with reasons and PLUS, I'm sleepy!
Hehe...
So, berdasarkan tajuk di atas, memang ada beberapa point yang I nak tekankan.
Recently I received komen yang menyenangkan.
Padahal I bukannya famous nak bagai dan I tau I menulis for the sake of my pleasure.
I dah lama menulis sebenarnya dan bermula daripada diary yang menggunakan buku-buku tebal.
I still keep them and one day, masa I first year di universiti, kami diperkenalkan dengan blog.
Masa tu tengah gila-gila dengan kemuncak blogging.
Pada asalnya my friends and I buka 1 blog with the purpose of assignment.
Then, my BFF, Cik Nad suggest to have own blog like her.
Since then, I selalu blogwalking dan sangat admire dengan  bloggers yang sudah famous dan gaya penulisan depa yang sangat relax dan sempoi.
So, I rasa sekarang dah 4 tahun I berbelog and I'm still enjoying it!
Dan sekarang juga I boleh list down kenapa I berbelog...
Meh kita tengok kenapa I berbelog with my current situation...

  1. I dah jarang menulis diary melainkan I modify diary bertulis kepada diary bergambar. Tak sempat nak menulis setiap malam sebelum tidur lebih-lebih lagi dengan keadaan sekarang. Penat bekerja dan balik hanya nak berdating phone dengan Mr. Hubby :p
  2. I tertarik dengan Cik Nad pernah cakap dengan I dulu. I menulis untuk menyimpan memory yang indah untuk anak-anak dan cucu-cucu I kelak. Insha'allah~ Sebagai preparation untuk depa kenal I macam mana. I nak share sweet memories yang I pernah alami even though they might not really 'feel' it but at least they do read it. Kalau nak bercerita secara verbal, 1 hari 1 malam pun tak habis dan I tau yang my memory box is not really good. "Demanding" me to forget and just burry it very deeply. My past is something for share and bila kita tengok dan baca balik, disitulah refleksi diri berlaku. So, that's how I see the purpose of blogging.
  3. Blogging as a medium to connect with my Mr. Hubby. As you know, currently my husband and I are in long distance relationship atau nama saintifiknya adalah perkahwinan jarak jauh. Hehe... I know that when I update entries, he definately will read it. I akan bagi tau dia yang I dah update or sometimes dia macam dah tau je I dah update especially if I write something about him. Hehe... So, that's one way I "connect" with him. Connecting our thoughts and feelings. That is another purpose...
  4. Next, yang telah dinyatakan dan dicerikan seperti perenggan pertama tadi. Hehe...
Well, that is my purpose. Hoping that I tak menerima any negtive comments from readers. Do hate me as you wish if you think that I'm showing off my real of me.
So, keep on read my entries and I would love to read comments from you...
Input yang baik dari blog I, dipersilakan ambil dan abaikan apa yang tak baik dari I.
So, enjoy your day~! ^^


Feb 26, 2014

From Paris With Love: Another Surprise!


Second Night at France

Well, sepanjang siang hari kedua, kami travel dengan bag pack.
Sebenarnya I insist nak pakai small lugage but Mr. Hubby says NO.
But then, I dah faham kenapa ^^
Perlu tidur ditempat lain rupanya...
First night, hotel yang kami tidur, quite uncomfortable and insecure. 
And definately, bila transfer ke second hotel, superb feelings in there.
Campanile Hotel yang ala-ala Tune Hotel.
Comfortable berbanding di hotel yang pertama.




Rasa secure sangat-sangat sebab ada 2 pintu dan asing daripada bathroom.
And that night sebenarnya kami bantai makan pringles je.
No halal food and not even kebab!
Rasa menyesal ketika itu I tak beli roti Perancis masa di Versailles.
Tempat I singgah beli meringue.
So, berlapar dan nasiblah I bawa 3 in 1 cappucino.

Dan malam tu, ada another surprise...
Dulu masa kecik-kecik I hanya boleh bermimpi je.
Tengok TV dah cukup.
Tapi tak sangka realisasikan yang impian itu...

- bersambung... -

Feb 25, 2014

From Paris With Love: Day 2

*Unforgettable Honeymoon~*

Tour Paris

It was our second day in France.
Woke up in the morning and just having our breakfast with Pringles. Tak tau nak makan apa sudah. Well, avoiding myself from having any kebab sebab masa kat Edinburgh asyik bantai kebab je. Famous jugak kebab ni kat UK dan Paris. Huhu... Dan pagi tu juga kami checked out siap-siap sebab akan tidur di hotel lain. Maka, I kena angkut beg pack kami kemana-mana sahaja untuk hari ini...

That morning, we took train, again! Owh! Hatiku berdebar-debar lagi! Bila jejak kaki je, I sense bahaya disitu. Huhu.. Memang mencabar. So, Mr. Hubby terus beli tiket dan disebabkan sistem train bawah tanah ini agak mengelirukan, maka terpaksalah bertanya. Ada seorang pekerja train (barangkali) approach dan explain kat kami. Dan masa nak pergi ke tempat yang sepatutnya, tiba-tiba security menahan kami. Dengan muka garang dan tegas, dia tanya kami. Tapi... sepatah pun tak faham sebab dia cakap bahasa Perancis. Adoi! Cuak jugak sebab dia macam marah-marah. Dan pekerja tadi datang kat kami. Dia kata orang tu tanya kami beli tiket dari mana. So, kami cakaplah dari kaunter. Agaknya memang depa takut kami beli tiket haram dari pekerja tadi. Memang ada isu penipuan sebab banyak orang gypsy kat sini. Alih-alih, dia escort kami ke tempat yang sepatutnya. Owh! Hanya Dia je yang tau hati kami ketika itu.

So, perjalanan kami menggunakan train tersebut memang pening. Even orang yang kami jumpa tu pun kata memang susah sikit nak faham servis train disini. Dan pada I, hati meronta-ronta untuk keluar dari station train ini!

Dan... tiba juga tempat yang menjadi idaman kalau berkunjung disini. Eiffel Tower. Well, hatiku dah berbunga-bunga. Mata bersinar-sinar *tapi cover-cover sebab silau matahari*. Macam dalam mimpi! Eiffel Tower depan mata! Dulu-dulu tengok gambar je. Dan sekarang...

Tapi...
Someone made my day bitter. Ada 2 orang girl approach kami. Depa cakap, "Can you speak English?" My instinct says NO. Depa tunjuk kami kertas dan minta sign kat situ. I pun tarik lengan Mr. Hubby untuk tak menghiraukan diorang tapi Mr. Hubby agak sukar nak bergerak. Tau-tau sorang girl ni bengang agaknya lalu cucuk I dengan sebatang pen ditangannya. She pokes me! Arggh! Terus mati perasaan excited. I felt like wanted to slap her badly. Seriously! 

En. Suami tak berkata pe. Dia pun tergamam. So, untuk menenangkan jiwa ini, kami jalan-jalan sekitar Eiffel Tower.


Dan Mr. Hubby reward me with this!

Nutella Crepe!

Okeh! Baru sejuk hatiku dengan crepe berharga "beberapa" Euro itu. I tak bayar sebab tulah I tak berapa tahu harga dalam matawang Malaysia. Hehe... So, disebabkan perut tak berapa nak berisi makanan sangat. Maka, memanglah bantai aje makan apa. Janji tak kebulur. So, mengharapkan ada makanan. Huhu~

Dan next station, Ke Versailles! Well, I tak tahu ada pe sebenarnya kat sana tapi Mr. Hubby sangat excited sebenarnya nak pergi dan Subhanallah~ Cantiknya~





Whatever it is, I still love this picture most.

Namanya terkenal sebagai Kota Cinta.
Eiffel Tower 

Jan 30, 2014

Kreativiti

Pre-cut Felt (Flower)
10 pairs = RM7.50
50 pairs = RM36.00

Simple Brooch
RM2.50 / piece
Buy more to get less!

Jan 27, 2014

Tips to reduce Homesick~!

Morning peeps~
Ber-hari Isnin di sekolah and No More Monday Blues for me!
*applicable for this week only!*
Can't wait for Wednesday.
Menantikan flight yang pertama untuk 2014.
I wish it will be my flight to Manchester but unfortunately, only to Kuala Lumpur.
My home sweet home~
Homesick to UK actually and same goes to Mr. Hubby.
Dia homesick-kan I.
Sila mengaku yer Mr. Hubby :p

Well, cakap pasal homesick, hampir sebulan dah berlalu untuk awal tahun ni.
Nak masuk Februari pun.
How time flies this fast~~
So, untuk permulaan ni, ramai je budak-budak form 1 yang homesick.
Sekolah I ni half harian and another half tinggal di Asrama 1 Malaysia.
So, untuk bulan ni, klien yang datang dan berulang adalah daripada form 1.
How naive and pure heart they are...
Crying for their parents.
Tak nak tinggal asrama but what to do...
I kena pujuk dan bagi kata-kata semangat so that they could stay here.
So, bermacam-macam teknik I gunakan dan harapnya lepas cuti Raya Cina ni depa dah okay.
I tetapkan masa sebulan je untuk cool down sebab by the end of February, they need to get focus.
Exam nanti.
So, mesti target sesuatu.

So, kepada sesiapa yang homesick, jangan segan-segan nak menangis because it is part of therapy.
Ini cadangan je dan keputusan di tangan anda.
For me, it is therapy but might not a therapy for you.
*kantoi sudah I menangis~ :p*
DAN, I dapat petua dari beberapa orang cikgu kat sekolah ni...
Katanya, kalau berjauhan, wajib simpan pakaian yang dah disimpan seminggu dan JANGAN basuh.
Kalau rindu, boleh hug ke pe ke...
I baru je tau last week dan adakah I buat?
Errr.... *blushing~*
Sila abaikan :p

So, all the best~!
Jangan lupa mencuba!! ^^

Jan 20, 2014

Counsellor's Child

Morning peeps~!
It's raining outside and at this moment I'm thinking about an issue regarding my occupation currently.
School Counsellor.
I dah belajar 4 tahun sebagai kaunselor di UIA.
7 minggu praktikal.
3 bulan internship.
At this moment, 5 bulan bekerja sebagai kaunselor sekolah.
Terfikir bila I dah ada anak nanti *dengan rezeki Allah~*
Dengan "mama"nya bekerja sebagai kaunselor sekolah.
Bila ada situasi yang dia dirujuk dengan kaunselor sekolahnya kelak.
Agaknya macam mana bila I berhadapan dengan sesi konsultasi keibubapaan dengan kaunselor sekolah tersebut kelak?

Mesti menarik bukan?
Dan untuk seorang anak, mesti sudah bosan dengan pelbagai teknik kaunseling yang "mama"nya selalu apply dalam kehidupan seharian dirumah.
Huhu~
Dan lagi mencabar bila anak I nanti sudah berada alam remaja.
Dunia yang mahukan kebebasan.
Tiada kongkongan.
Dunia bersama kawan-kawan.
Alam keseronokan.
So, how am I going deal about it?

What makes me come out with this issue?
Reason: Contoh sudah ada didepan mata.
Memberontak hingga seperti kuasa guru-guru itu tiada.
Ada hukuman pun seperti angin lalu sahaja.
Bapanya seorang kaunselor dan guru tidak dapat mengawalnya.
Looking at him makes me wondering how this child grow up in this conditio/ situation that his father is a counsellor?
And I wonder how's mine, one day...?
Hoping that I will be able to raise up my children in the best ways and condition with my husband in the future.
I know that you'll say that I'm NOT thinking here and now.
Am I correct?

Well, I'm just sharing with you, people out there.
To raise a human is not that easy and happiness is not always been there.
For me, happiness is about sweet, bitter, sour and tears are included.
So, to be a good parent need to read a lot, asking the right person and always understand the current environment.
And as a soft reminder for us too~

Happy Monday!

Jan 13, 2014

Iklaneka

Morning peeps~!
Well, just nak share my feeling currently.
Hari-hari I buat search through internet dan apa yang buat I stress adalah ini...


Arghhhh!!

March~ silalah cepat so that I can book the tickets!
Rasa macam nak klik "BOOK NOW" je! 
(>.<)

Jan 12, 2014

Natural Beauty

Happy Sunday peeps!
Hari ni I nak cerita 1 cerita kat readers...
Last week was our Form 1 Orientation Day at school.
So, we collaborated with students Form Six Community (FOSCOM).
Jadi, kami bagi peluanglah kat budak-budak upper 6 untuk collect markah ko-kurikulum atau dengan perkataan lain, markah bonus.
Dan pada hari terakhir tersebut, I pun borak-borak dengan girls ni.
Dan soalan yang paling biasa adalah ini dan meleret-leret jadinya...

Student A: Cikgu dari mana ye?
Cikgu: Cikgu dari KL.
Student B: O... Tak macam dari semenanjung.
Cikgu: Hmm... tu la.. ramai teka cikgu ni dari Sabah atau Sarawak. Agak-agaknya kenapa ye?
Student A: Selalunya cikgu-cikgu dari Semenanjung ni ber-make up. Tak macam orang sini. Kami jarang make up dan pakai pun setakat eyeliner je. Jarang bha.
Cikgu: Eh.. Cikgu pun make up jugak pe...
Student B: O... sebab cikgu tak berapa nampak sangat make up. Yang lain make up tebal-tebal.
Cikgu: Kenapa orang sini tak make up?
Student B: Entahlah cikgu. Tak biasa itu dan tak perlu rasanya...
Cikgu: So, kamu nak kata orang-orang di Sarawak ni natural beauty. Macam tu?
Student A: Ha! Betullah tu cikgu! *dengan nada proud gitu dan gelak-gelak*
Cikgu: So, kalau macam tu, kamu kata cikgu muka macam orang Sarawak kan? Maknanya cikgu ni memang natural beauty lah! *nada mengena*
Student A & B: Haaaaaa!!!! Bukan macam tu cikgu! Haha... *sedikit menjerit dan gelak besar*

Well, they made my day! Haha... Seronok kalau dengan budak-budak sekolah ni because their way of thinking memang out of box! Masa diorang nak bagi jawapan tu, I'm expecting kata I ni berkulit cerah or muka tak macam Melayu ke. But then, wow! Rupanya orang Semenanjung ni suka make up tebal-tebal. At that moment I realized that memang sejak ke sini jarang I nampak orang localber make up bagai. Mungkin contoh-contoh cikgu di sekolah tu membuatkan mereka nampak obvious berbanding orang local. 

Natural beauty! haha!

But for me, I tak kisah sangat tapi tak bermaksud ke sekolah dengan selekeh. Janji letak bedak-bedak, blusher and lipstick / tint Moly / lipbalm berwarna. Dan paling penting, kecantikan I adalah milik Mr. Hubby seorang~ wnk! wink!

Jan 9, 2014

Bahasa itu Bangsa

Hye peeps~
Menjengah blog sekejap and it's been a while since my previous entry. 
Busy dengan budak-budak Form 1 berorientasi.
Form 1? Owh~! They are really naive and too adorable too!
Dah macam rasa rindu ketika zaman mengajar di daycare dulu.
So, masa nilah proses "pembesaran suara" berlaku.
Lama bha sik pakei suara lantang tokkk~~
Well, baru tersedar yang masuk tahun kedua di sini.
And my biggest concern is language.
Palau palak kamek!
Klaker bahasa Sarawak, kamek paham lagik tapi klaker Iban, Bidayuh, Melanau atau apa sahaja termasuk loghat pekat buatkan kamek sik tahan, bha~
Dengan rasa tak malunya, cikgu ini dok bertanya banyak kali.
Terpaksa sebab depa ni nangga kamek macam nya orang Sarawak jak.
Double palau palak~!
*realized that I'm using too many longhat / bahasa*

Well, this will take many year for improving my bahasa Sarawak.
And before I forget, last Wednesday we had our perhimpunan day.
Just click this to listen this...
I'm half Selangor and KL...
Just sort of tiny mini confusing.
Fuh! hard to say it but I fall in love with Sarawak, anyway~
Dan I merasai pe yang you rasa, Cik Nad ^^


** palau = pening
palak = kepala

Jan 5, 2014

Random Wishlists 2014

Wishlists yang dah tercapai:
  1. Laptop Vaio (checked!): Pink gitew~~
  2. Manchester (checked!): Planning tahun ni tapi rezeki tahun lepas. Siap ke paris lagi! Alhamdulillah~
  3. Sizzix Bigshot (checked!)
Wishlists yang belum tercapai (adds on):

  1. Experiencing baby bump
  2. Honda Jazz (postponed): Tunggu beli bila dah transfer di Semenanjung
  3. Travel ke mana-mana sahaja selagi mampu ^^ *hoping that next trip will be London, Venice or Bath. Take note ya Mr. Hubby~ wink, wink!*
  4. Mobile phone android: Mampu cuma perlu fikir berjuta-juta kali
  5. Ibadat umrah atau Haji
  6. Barbie doll
  7. Pancing-pancing ikan
  8. Rumah corner lot (postponed): Lagi 3 tahun Insha'allah~

Bloglist 2014 MsRed

Okeh. I gila nak berbelog walking dan sertai benda gini.
Layout sudah kacak, kamek sik mok kalah bha...!


http://msredcheesecake.blogspot.com/

p/s: I memang pening-pening sket macam mana nak culik banner ni letak kat entry! My~~

So, Selamat Maju Jaya!

Jan 4, 2014

Cinta Halal

Assalamualaikum...
Okay, masa untuk I menulis entry official yang pertama untuk tahun ini.
Seperti tahun-tahun sudah, I taklah menetapkan azam baru sebab nanti tak tercapai.
Memang betul kita mesti ada azam atau pun perancangan tapi tidak bagi I.
Tapi tak bermakna I tak ada impian.
Cumanya... yelah.
Takut tak terkejar.
Huhu...

Anyway, tahun ni I bakal menerima geng-geng baru yang berstatus kepunyaan orang atau isteri orang.
Can't wait for that! ^^
Bila bercakap pasal status ini, ramai yang memberi pendapat masing-masing.
Ada yang prefer untuk bercinta dahulu baru bercinta cara yang halal atau cinta yang halal selepas berkahwin tanpa bercinta dahulu.
So, apa pun yang anda pilih, itu semua ditangan anda.

Kalau I?
Well, frankly speaking, kami berkawan hampir 3 tahun tapi meletakkan hati didalam keadaan yang moderate.
Tiada yang lebih.
Mungkin takut kecewa dan hubungan sebelum kahwin sememangnya bukan sesuatu yang pasti.
Pada ketika itu masing-masing berjaga-jaga dalam hubungan supaya tiada yang terluka.
Tapi apa yang telah tertulis dan doa I dulu-dulu, I mahukan nikah itu secara yang baik dan cepat.
Dan siapa tahu I dapat apa yang I nak.
Juga sebagai orang Muslim, solat istikarah itu penting sebab perkahwinan bukan sesuatu yang boleh dipandang enteng.
Besar tanggungjawabnya.
Lain juga "treatment" nya.

Selama masa yang tidak berapa banyak ini,berkecimpung dalam dunia sebagai kaunselor, memang selalu deal dengan parents.
Mencabar dan tercabar.
Disitu I nampak hubungan suami isteri itu penting untunk masa akan datang lebih-lebih lagi dalam pemilihan pasangan.
Kaca? Cantik? Pandai? Kaya?
Tepuk dada, tanya hati...
Pada I, I perlukan seseorang yang memahami I lebih-lebih lagi I ni jenis yang agak "fragile".
Perlukan suami yang sanggup melayan kerenah dan kekurangan I itu.
Alhamdulillah masih lagi dapat kekal.
Cuma kadang-kala termakan juga kata-kata orang, "Ala... baru kahwin... Lama-lama nanti tahulah."
Memang mencabar hati ini takut-takut kalau... *tak dapat nak teruskan ayat ini*
Alhamdulillah diatas nikmat mengurniakan I seorang suami walaupun kami terpaksa PJJ dan Cinta antara benua.
Mana ada situasi yang I tak menangis sebab berjauhan.
Opps! Bocor sudah.
Hehe...

Kadang-kala agak cemburu tengok rakan-rakan update status rindu dengan suami yang berjauhan negeri atas urusan kerja.
Dekat je pun tapi hakikatnya I tahu macam mana perasaan itu.
Cuma jarak, keadaan kewangan dan masa yang jadi penentu.
Dan untuk tahun ini, kalau I ada azam pun, mungkin ini je matlamat yang I nak; experience pregnancy.
Agak stress sebenanrnya.
Mulut orang tak boleh nak ditutup daripada bertanya.
Dulu sibuk tanya bila nak kahwin.
Sekarang?
Rezeki belum tahu lagi...
Cuma masih boleh cover sebab alasan suami jauh atau I yang jauh.
Bila fikir umur, perempuan ni ada limit umur untuk pregnant.
Berdoa agar rezeki itu ada ^^
So, itu sebab I sukar untuk berazam untuk tahun ini.
Sesuatu yang tak pasti ^^

Jadi, apa azam anda?

Pencarian Bloglist Bulan Februari / Mac 2014

Assalamualaikum...
Well, I start entry 2014 dengan entry sebegini.
Just past my free time while online dating with Mr. Hubby.
Just try my luck.
Mana tau kot-kot rezeki selepas tukar layout ni berubah...?
Hehe...
So, I copy paste je syarat-syaratnya...

Syarat :

1. Follow blog Syira.
2. Follow twitter Syira [KLIK] *bagi yang ada twitter
3. LIKE page [KLIK]
4. Share gambar [KLIK] di facebook anda - setting > public


Cara mudah :

1. Buat entry bertajuk "Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014."
2. Letak banner Pencarian Bloglist Bulan Februari/Mac 2014 dekat entry. (klik banner,bawa banner ke entry anda & paste)
3. Backlink kan ke sini.
4. Publish!
5. Tinggalkan URL entry anda di ruangan komen entry ini sahaja.


So, all the best, Ruzanna~!
^^