Bagaimana untuk Membiak Budgie

Semua orang boleh buat kerana burung budgie sangat mudah dibiakkan. Berikut saya akan terangkan langkah2 yang perlu untuk anda memelihara budgie dan mendapat banyak anak budgie yang sihat.

Permulaan



Sepasang budgie dengan satu nestbox dalam satu sangkar adalah tidak memadai untuk memulakan pembiakan budgie.

Dari pengalaman saya, elok dimulakan dengan 2 pasang budgie yg matang umur diantara 10 bulan dan 2 tahun. Anda juga perlu 3 sangkar berasingan, dua sangkar utk breeding dan satu sangkar untuk anak budgie nanti bila mereka sudah mula wean.


Anda juga memerlukan nestbox untuk setiap pasang budgie. Saya cadangkan anda sediakan 3 nestbox, biar lebih... nanti senang nak bersihkan kalau ada spare. Nestbox yg dijual di petshop yg bentuk rumah tu x berapa sesuai untuk budgie.. saya cadangkan buat sendiri - ukuran 4 segi ( 9 inci tinggi x 8 inci panjang x 6 inci lebar)



Disebabkan nak buat lekuk pada tapak nestbox macam matsalleh buat tu susah, saya cadangkan guna habuk hamster saja.. letak lebih kurang satu cm tebal pada dasar nestbox. Tujuannya untuk mengelakkan telur berselerak selain menyerap lembapan supaya nestbox kering.

Memilih Burung Budgie



Budgie banyak dijual di Petshop tapi lagi bagus kalau dapat beli terus dari breeder. Di sana anda berpeluang melihat sendiri induk asal burung budgie dan biasanya breeder mempunyai maklumat tambahan yg Petshop takde.

Di ruangan sebalah kanan blog ni ada senarai breeder budgie. Hubungi mereka untuk maklumat lanjut.


Jantan atau Betina



Selain warna albino, lutino dan resrsive pied, jantina budige mudah ditentukan dgn melihat cere (bhg hidung). Cere biru menandakan budgie jantan, cere yg tidak biru ialah betina.


Membiak Budgie

Sangkar, nestbox dan burung dah sedia, jom kita mulakan membiak budgie.

Budgie mati


Seperti biasa saya akan membuat rondaan dalam aviary memeriksa setiap nestbox selepas memberi burung2 makan. 

Ketika budgie lain berebut2 melahap makanan , tapi tidak seekor budgie ini
.
Ini ialah Lily. Salah seekor budgie senior yg tak pernah gagal menjaga anak dgn baik. Seperti biasa lily tidak akan berganjak dari anak2nya sedangkan lili bukanlah budgie yg jinak. 

Seolah-olah saya takde di situ..lily dgn selamba menyuap makanan kepada 2 ekor anaknya yg telah menetas. Kali ini lily ade 9 telur , 2 dah menetas. Musim2 yg lepas lily biasa hasilkan 8 hingga 10 biji telur semusim. Ini ialah musim keenam bagi lily.

            Sedang saya teruskan rondaan memerikasa nestbox yg lain tiba2 terdengar jeritan burung. Terperanjat melihat lily tersungkur kaku di atas lantai. Terus saya angkatnya dan dapati lily dah tak bernafas lagi. Tiada sebarang kecederaan fizikal atau luka pada Lily….

             Saya biarkan bangkai Lily yg masih panas di atas lantai seketika dan sebak melihat temannya memanggil2 nya… Setelah sejam berlalu badan lily telah pun kaku keras (regor mortis) dan saya tanam ni di laman rumah.

           Sedih mengenangkan teman Lily dan lebih sedih lagi mengenangkan anak2 lily yg tak sempat mengenali ibu mereka.

Warna Budgie

 Budgie Liar


Budgie di dalam gambar di atas adalah warna asal budgie. Budgie liar mempunyai warna asas kuning dgn bulu biru menjadikannya kelihatan hijau (kuning + biru = hijau). Perhatikan juga corak belang hitam pada budgie tersebut adalah corak asal pada budgie liar.

Semua warna budgie selain daripada hijau normal adalah dihasilkan dlm kurungan.

Warna Asas


Budgie cuma ade dua ketogori warna asas iaitu putih dan kuning. Budgie asas kuning biasa mempuyai bulu biru pada badannya menghasilkan warna hijau. Budgie asas putih juga mempunyai bulu biru tapi cuma menghasilkan warna biru sahaja.




Fakto Penggelap

Faktor penggelap menyebabkan warna budgie menjadi lebih gelap. hehehe.. Bagi budgie hijau yg tiada faktor penggelap dipanggil Normal Green, 1 faktor penggelap dipanggil Dark Green dan 2 faktor penggelap dipanggil Olive.


Budgie biru yg tiada faktor penggelap dipanggil Sky Blue, 1 faktor penggelap dipanggil Cobalt dan 2 faktor penggelap dipanggil Mauve





Faktor Kelabu

Sama seperti faktor penggelap, faktor kelabu ibarat warna kelabu dispray atas warna asal budgie tersebut.  Budgie hijau akan kelihatan hijau kekelabuan manakala budgie biru kan lebih nampak jelas warna kelabunya. Di bawah adalah gamabr budgie yg mempunyai faktor kelabu.



Faktor Ungu

Satu lagi warna tambahan pada warna asas. Faktor ungu senang dikesan pada budgie biru tetapi sukar pada budgie hijau. Budgie biru yg ade faktor ungu kelihatan lebih terang dgn warna yg lebih menonjol kebiruannya.


Lutino & Albino

Budgie ini cuma ada warna asas sahaja sama ada putih atau kuning. Lutino warna kuning dan Albino warna putih. Mudah untuk dikenalpasti pada matanya yang bewarna merah.




Opaline

Opaline ialah mutasi pada belang budgie. Budgie opaline belangnya terbalik menjadikan belang hitam lebih nipis dan belang putih lagi nampak tebal. Budgie yg normal (tidak opaline) mempuyai belang hitam kunig/puith pada leher dan kepak. Budgie yg opaline mempunyai warna hijau atau biru boleh dilihat pada bahagian leher dan kepak. Opaline nampak berkepala cerah





 Spangle

Spangle mempunyai corak belang yg terbalik..Pada kepak budgie biasa belangnya ialah hitam dgn putih sedikit dihujung tetapi spangle hanya ade belang putih atau kuning dgn hitam sedikit dihujung.


Pied

Pied ialah budgie yg berwarna tompok. Ada dua jenis Pied iaitu Dominant dan Resesive. 

Pelihara banyak budgie, jangan bela seekor sahaja

Selaku breeder dan utk melariskan lagi burung2 ni dipasaran.saya galakkan beli lebih dari seekor, malah lebih elok jika beli lebih dari sepasang. Budgie antara burung yang masih murah dijual dipasaran sekarang ini. Jadi tidaklah terlalu beban jika membeli lebih dari sepasang.


Sebenarnya bukan itu tujuan utama memelihara lebih dari sepasang. Ada sbb lain. Budgie secara semulajadi hidup berkumpulan. Semua aktiviti dibuat secara kumpulan. Makan berkumpulan, terbang berkumpulan dan membiak pun berkumpulan.



Saya selalu memerhatikan aktiviti burung2 ini setiap hari. Makanan diatas lantai tidak terusik jika tiada seekor budgie yg makan dahulu. Tetapi bila seekor sudah turun makan, yg lain pun akan ikut turun makan. Malah jika ade seekor yg hinggap di tangan saya, yg lain pun akan turut mengerumuni saya.

Perkara ini memang remeh, tetapi tidak jika anda hendak mula membiak budgie. Selain nestbox, budgie yg hendak dibiakkan mestilah berasa selamat. Lagi byk budgie kita ada lagi selamat burung itu rasa dan lagi cepat dia akan mula membiak.

Walaupun  budgie suke dgr burung budgie lain utk berasa selamat, tetapi budgie sgt territorial bila mula bersarang. Budgie betina terutamanya akan bergaduh berebut nestbox dan kalanya menyebabkan kecederaan serius.

Jadi Bagaimana?

Kebiasaannya breeder mengasingkan sepasang budgie utk setiap sangkar. Selain asingkan anda boleh juga meletakkan budgie anda dlm aviary yg luas. Apa pun pilihan anda... budgie yg matang akan cepat membiak dlm keadaan begini. Selamat berjaya..

Nestbox - Sarang Budgie


Ramai antara kita yang memelihara budgie. Saya pasti budgie anda diberi makanan yang baik dan mendapat penjagaan yang sempurna. Tahukah anda dengan hanya meletakkan nestbox di dalam sangkar, ia akan merangsang budgie anda untuk membiak.

Budgie berasal dari benua Australia. Benua ini kering dan jarang menerima hujan. Purata hujan 10 tahun sekali menyukarkan burung budgie untuk membiak. Apabila hujan turun, makanan semujadi budgie bertambah. Pada masa inilah budgie akan mula membiak dengan banyak sekali.  Selepas menghasil kan anak purata 5 ekor sepasang, budgie akan mula bertelur semula selepas itu. Budgie akan terus menghasilkan anak tanpa henti selagi makanan mencukupi. Di benua gersang seperti Australia, entah bila pula hujan akan datang sekali lagi. Jadi budgie akan biak selagi keaadan terus baik.

Malaysia tidak pernah kering. Air sentiasa ada. Budgie anda boleh membiak sepanjang tahun. Sekarang masalah anda bukan untuk membiak budgie tapi bagaimana nak mengawal pembiakan budgie. Setelah menghasilkan anak 2 -3 kali berturut-turut adalah dinasihatkan budgie anda direhatkan daripada membiak untuk sementara. Mengeluarkan nestbox dari sangkar adalah cara terbaik.

Maximumkan Survival anak Budgie



Bagi anda yang biasa menternak budgie, pasti survival anak budige menjadi masalah utama. Memang benar budgie mudah membiak, tapi menghasilkan anak yang hidup dan sihat tidak semudah yang disangkakan.




Melepaskan burung dalam aviary yang besar dilengkapi nestbox yang banyak tidak menjamin penghasilan anak yang baik setiap bulan. Tanpa pengurusan biasanya lebih banyak anak budgie yang mati sebelum ia boleh terbang.


Kebiasaannya budgie akan bertelur purata 6 biji semusim. Tetapi ada yang juga yang bertelur hanya 3 biji dan ada juga yang bertelur sehingga 14 biji. Telalu banyak telur tapi tidak semua yang menetas. Telur tidak akan menetas jika tidak subur (tidak disenyakawan oleh sperma jantan). Telur yang terlalu banyak tidak muat utk betina duduk mengeramkan semuanya. Hadkan telur kepada 6-7 biji sahaja, asingkan telur berlebihan kepasa ibu lain atau letak dlm incubator. Telur yang tidak dieram masih boleh hidup sehingga 20 hari.

Tidak semua telur menetas serentak. Budgie menghasilkan telur sebiji selang sehari. Penetasan anak juga begitu. Ini menyebabkan anak pertama yg menetas berbeza umur sehingga seminggu daripada anak yang keenam. Tengok pada saiz anak budgie kita boleh tahu yg mana menetas dulu.


Pasangan budgie akan cuba jaga semua anaknya sebaik yg boleh. Yang paling kecil akan diberi makan dulu dan diakhiri dgn yg paling besar. Namum persaingan mendapatkan makanan dari parents biasanya meyebabkan anak yang paling kecil terabai, dipijak dan mati kebuluran atau di sbb kecederaan fizikal.




Asingkan anak mengikut saiz


Hadkan anak setiap pasang kepada 6 ekor maksimum. Lagi sedikit anak lagi besar peluangnya untuk hidup. Asingkan anak mengikut umur. Tidak mengapa jika anda menukar anak budgie yang masih kecil kepada ibu budgie lain yang juga mempunyai anak. Dia akan menjaga anak budige ini seperti anaknya sendiri. (Awas jgn letakkan anak kepada pasangan yang masih mengeram )

Najis anak yg sedang membesar boleh rosakkan telur yg belum menetas... Keluarkan telur yang belum mentas sekirangnya najis anak budgie sudah mula membasahi lantai nestbox. Tumpangkan telur tadi kepada ibu lain yang masih mengeram. Tukarkan bedding atau habuk kayu sekerap yang perlu jika ini berlaku.

Tidak semua anak hidup


Menjadi lumrah, tidak semua anak hidup, sgt penting kita periksa nestbox sekurang2nya sekali sehari. Anak yang mati perlu lah dikeluarkan, elak dari jadi bangkai dan rosakkan anak-anak yang lain. Terlalu banyak sbb budgie boleh mati. Penyakit, pergaduhan, pemakanan, pemangsaan dan macam2 lagi, itu semua kita akan bincang dlm tajuk lain.

Melepaskan Budgie adalah kejam

Ramai antara kita, setelah bosan memelihara budgie adalah disangkakan baik jika dilepaskan sahaja. Bolehlah ia terbang bebas dan hidup gembira.

Pasangan Budgie dan anak



Budgie biasa berpasangan utk membiak. Tidak mustahil sekirangnya ade budgie yang berpoligami ( lebih dari satu pasang ) Dua jantan untuk satu betina atau sebaliknya. Ini akan menjamin survival anak yang tinggi. Tetapi ini amat jarang berlaku. Sebaik2nya lebihkan jantan dari betina. Sekiranya pergaduhan berlaku sesama jantan, ia tidak begitu serius, tetapi pergaduhan sesama betina boleh menyebabkan kecacatan atau kematian.

Jika anda mendapati anak budgie anda masih mati, walaupun berbagai langkah telah diambil, kemungkinan besar pasangan tersebut mmg tidak pandai menjaga anak. Seperti manusia juga, ada budgie yang lebih berbakat jaga anak , namun ada juga yang langsung tidak tahu. Asingkan anak kepada ibu lain dan biar pasangan yg tidak pandai tu bertelur dan mengeram sahaja.

Feeding Time





English Budgie atau Normal bugie?

Menjadi masalah bagi sesiapa yg baru meminati Budgie utk membezakan English atau normal budgie.

English atau normal ia tetap spesis budgie yg sama. Budgie biasa dikenali dgn banyak nama, American bugie, Australian Budgie, wild budgie, normal budgie. Pendek kata kalau tidak ade perkataan English dlm nama budgie tu bermakna ia cuma budgie biasa.

Jadi ape perbezaan English dan Normal budgie ini selain dari namanya?

Saiz badan adalah yang paling mudah utk membezakan English dari normal budgie. English mempunyai saiz badan yg lebih besar iaitu hampir 2x ganda dari normal budgie.

Kepala yg lebih besar. Bulu mask dan jendul nya lebih tebal dan panjang dari budgie biasa. Lebih dikenali dgn lionhead.

Harga English budgie rm100 - rm300 seekor manakala budgie biasa cuma rm25 -rm40 seekor.

Namun ramai mendengar org menyebut Budgie A, Budgie B dan Budgie C. Sebenarnya pengelasan A,B atau C tak wujud bagi budgie. Sistem pengelasan ini sebenarnya ditiru dari sistem pengelasan ayam serama. jadi hanya di malaysia aje kita akan dgr Budgie kelas A,B dan C.

Apa yang saya lihat dari pengamatan saya Budgie A ialah English Budgie, Budgie C ialah normal Budgie, Budgie B ialah perantaraan biasanya hybrid keduanya atau English yg takde lionhead.