Friday, February 24, 2012

Update Anak Budgie

Assalamualaikum... lama dah tak update blog ni... :) alhmdulillah baby budgie pon dah besar... daripada 5biji telur,smua menetas tapi 2 ekor je survive...sekor mati sehari lepas lahir, 2 ekor lagi mati sebab patah kaki..mgkn sebab kena pijak.. sayang betul,dah tumbuh bulu dah..tp,nak wt macam mne takde rezki...:)

ni photo mereka...:)




Sekarang mak mereka tengah mengeram lagi..hehe. kali ni 6 biji telur pulak. rancak betol pasangan bahagia ni..hee~ semoga semua survive kali ni...insyaALLAH....

Sekian... wslm~

Saturday, January 14, 2012

Budgieku Bertelur Lagi~

Kali ni tak nak tulis banyak... nak tunjuk gambar je..hehe












Sekian~

Wednesday, January 4, 2012

New alternative to Shoutmix!!

Off-topic sikit..hehe

Hari ni aku nk kongsi satu berita, iaitu ada alternatif baru untuk sembang2 @ chat kt blog ni..

Tapi nama dier cam kurang best sikt kot iaitu SHOUT BUSUK~

ni aku copy paste dari website shout.busuk.org

Apakah ciri-ciri yang ada pada shoutbox busuk?
Antara ciri-ciri yang kami sediakan pada shoutbox kami ialah :

1. Real-time chat - Maknanya anda tak perlu lagi nak refresh shoutbox anda setiap kali nak tengok mesej baru

2. Custom smilies - Kami menyediakan hampir 100 bentuk emoticon smilies untuk anda. Bukan itu saja, anda juga boleh menggunakan smiley anda sendiri dan boleh pilih sama ada ingin menggunakan bersama smilies kami ataupun menggunakan smilies anda sahaja.

3. Customizable - Anda juga boleh customize color shoutbox anda mengikut color yang anda sukai atau bersesuaian dengan laman web anda.

4. Word filter - Tak suka dengan sesuatu perkataan? Anda boleh filter perkataan tersebut dan menggantikannya dengan perkataan yang lain.

5. Ban system - Anda boleh menggunakan ban system kami untuk menghalang sesiapa sahaja daripada menggunakan shoutbox anda.

6. Online user counter - Memaparkan bilangan user online yang sedang menggunakan shoutbox anda.

7. FREE! - Dan yang paling penting sekali, shoutbox yang kami sediakan ini adalah percuma!


screenshot~ baru try, xde komen lg

So, cmne nk guna shoutbox ni?

1. daftar kt sini.
2. customize bg cantik2.
3. copy code.
4. paste la code tu kt blog widget.

Selamat mencuba~

^_^

Monday, December 19, 2011

Penghuni Baru Zoo Bawabat-UROMASTYX

Update untuk hari ni..hehe.. bagi sesiapa yang tak pernah tengok dhob , cam ni ler ghupenye binatang dhob...:) atau nama saintifiknya : UROMASTYX.. ni anak lagi... kalau yang besar saiznye same besar ngan biawak liar..huhu

dhob ada pelbagai jenis... ikut tempat.. kalau kat mesir, ni la antara jenis yang ada.. sekor yang biasa(warna kelabu kekuningan) dan sekor lagi yang bercorak... kalau yang bercorak ni amat susah untuk dijumpai.. dalam seratus ekor yang ditangkap hanya sekor atau dua ekor je yang bercorak..

dhob makan sayur sahaja... ianya adalah haiwan herbivor sepenuhnya... sebab tu dhob boleh dimakan... dan satu lagi fakta menarik,dhob tidak minum air. ia hanya bergantung kepada air dalam tumbuhan sahaja.. sebab tu ia boleh survive kat padang pasir..:)

dhob ni tak mengigit walaupun giginya amat tajam..huhu

tgh berjemur.. bila panas kaler badannya akan bertukar kekuningan..

nyenyak tido kat situ...bajet duduk bawah batu je... :p

sekian... tq for reading~

Saturday, December 17, 2011

UPDATE BUDGIES

Update sikit pasal budgie-budgie ku... hehe... alhamdulillah, semua budgie-budgie yang ade telah disatukan dalam sangkar yang lebih besar sikit. punya la susah nak jumpa jaring kat Mesir ni.. dah dekat setahun cari,akhirnya jumpa jugak.. kesian kat diorang duduk dalam sarang yang kecik sebelum ni... nak kepak sayap pon tak muat... huhu








ni la 'adik'... burung yang ak citer ak tetaskan dgn inkubator dan handfed sendiri tu... istemewa sikit dia ni... hanya dia je dibenarkan bersiar-siar kat luar..kikiki

sedang menikmati sayuran 'khos' (sawi je sbnrnya)

sekian..tq for reading..hee~

Thursday, November 24, 2011

-aYaM sERamA-

Ayam serama milikku..hehe.. time blk beraya haritu sempat beli sepasang... alhmdulillah tengah mengeram sekarang... harap2 ada la rezki nak anak ayam.....:)







-comel betol spesies ayam ni... kecik dan cute... huhu..

sekian_

Monday, November 21, 2011

HANDFED BUDGIE~

Ni cerita yg dah agak lame... tp sekarang bru ade masa nk update blog..

alkisah cmni ceritanya... ade spsg budgie aku yg bertelur 7 biji.. alhmdulillah 5 daripadanya berjaya menetas hasil eraman si ibu.. dan 2biji lagi telur di tiggalkan..mungkin sebab byk sgt kot..:P

dipendekkn cerita kawan ak dan aku pon ambil telur ni sbgai telur angkat (btol ke 'telur angkat'??).. xkn anak angkat pulak kot..hehe.. saje je nk try nasib.. mane la tahu ade benih..

lepas tu kitaorg try la buat inkubator sendiri...haha... guna mentol ngn bekas plastik je..:p

- ini lah inkubat0r rekaan sendiri..hehe~


-ini telur2 tu ...2biji..




-tanpa disangka2 ,xsampai setengah hari telur tu diletakkn dlm 'inkubator' tu... tiba2
tgh ak dok baring2 tdgr bunyi chirping anak burung... terkejut giler rase...:) first time
tgok anak burung tetas secara live... kalau anak ayam tu memang dah biasa...hehe
gambar kat atas ni gambar 'baby' kitaorg yg pertama :p



-3hari kemudian,telur kedua akhirnya menetas jugak...


-dah besar ckit..seminggu kot time ni..penat betol time ni.
2jam sekali bagi makan.. tidur pon kejap2 je..huhu

- yg sebelah kiri ni,anak yg diabaikn si ibu... jumpa2 dah kebulur dah dalam
nestbox.. nasib baik xmati ... terpaksa la di'angkat' jugak...:)
-tp yang sedihnya baby dari telur kedua tu survive selama seminggu je..:(



- umur 3minggu( anak dari telur partama)


-makanan penuh dalam tembolok... baru lepas dinner ni..hehe



-dah besar dah cikit


- sekarang kedua2 dah pandai terbang dah... jinak sangat2.. tp xbunyi mcm burung sgt.. hehe.. mungkin sbb xpenah jumpa burung2 lain kot..

nanti ada masa aku upload gambar diorang yang terbaru...:) sekian...