Selamat Menyambut Kemerdekaan
Hari ini merupakan hari ulang tahun Kemerdekaan yang ke 53. Rakyat negara ini sudah 53 tahun merdeka. Adakah kita sudah bangga dengan pencapaian negara ini? Tentu sahaja ramai yang berkata,"Kita belum mencapai sesuatu yang boleh dibanggakan." Kita melihat hari ini, perpaduan rakyat semakin goyah (kata pemimpin UMNO). Adakah dulu ketika masyarakat Cina menyokong BN, perpaduan kaum baik tetapi kini apabila Cina dan India menyokong PR dikatakan perpaduan semakin merosot? Yang pastinya, masyarakat mula menghargai kepelbagaian tersebut. Pemimpin negara patut menghargai rakyat bukan menghentam rakyat. Pemimpin BN cuba menyalahkan rakyat dengan segala kejadian yang berlaku. Jadilah pemimpin negara untuk semua rakyat, jangan menyusahkan rakyat terutama di negeri yang diperintah oleh PR. Jadi, selamat menyambut kemerdekaan ke 53, semoga kita akan menjadi sebuah negara yang dihormati.