Sambungan
Part 9: Cambodia-Thailand Overland Project: Maeklong Railway Market
Setibanya di Stesen Keretapi Wong Wian Yai, kami menuju ke King Thaksin Monument kira-kira 15-20 minit perjalanan dengan berjalan kaki. Berpandukan peta yang ada dan Google Maps di telefon, kami berjaya menemui King Thaksin Monument ni. Monument ni berada di tengah-tengah bulatan besar dan untuk sampai ke sini perlu melalui laluan pejalan kaki bawah tanah. Di sekitar King Thaksin Monument ni boleh nampak kelibat orang beriadah dan berjogging pada malam hari.
Tujuan utama ke sini sebenarnya untuk mencari bas berhenti-henti untuk ke Sai Tai Mai (Southern Bus Station). Mengikut panduan, ada bas dari sini yang menuju ke Sai Tai Mai. Kena lintas ke jalan besar untuk tunggu bas. Boleh semak di
Transit Bangkok untuk mengetahui pengangkutan awam mana yang boleh dinaiki untuk bergerak di sekitar Bangkok.
Dengan kadar tambang 14 Baht seorang, kami menaiki bas mini ke Sai Tai Mai. Perjalanan lebih kurang setengah jam ditambah dengan sedikit kesesakan jalaraya. Kami tiba di Sai Tai Mai lebih kurang jam 9.30 malam dan keadaan stesen bas sudah agak lengang. Kami naik ke tingkat atas untuk mencari tiket bas ke Hat Yai. Beberapa kaunter yang kami tanya menyatakan tiket bas dari Bangkok ke Hat Yai telah habis dijual dan kalau nak jugak esok hari baru ada bas lain. Salah seorang petugas kaunter memberi cadangan supaya menaiki bas dari Bangkok ke Surat Thani dan kemudiannya tukar bas ke Hat Yai.
Kami sebulat sura menerima cadangan itu. Kalau nak tunggu esok pun dah pasti makan kos nak cari penginapan untuk menginap malam tu di kota Bangkok. Tiket bas ke Surat Thani berharga 413 Baht seorang dibeli dengan jayanya. Turun ke platform bawah cari bas dan bas dah nak pun bertolak. Bas dua tingkat berwarna biru nampak agak menarik dari luar. Masuk dalam bas dan seat kami ditempatkan di tingkat bawah. Duduk-duduk, terus tarik seat cari setting. Awat ni tak boleh tarik. Ah sudah ! Rosak rupanya !
*sepanjang malam dlam perjalanan duduk dalam keadaan 90 darjah.
Bus memulakan perjalanan jam 10.00 malam. Bulan cerah pada malam itu. Brader sebelah gua senyap semacam. Tidur kot. Aircond pulak tak berapa nak sejuk. Sekejap On sekejap Off. Berpeluh tak henti-henti gua. Tak cukup dengan tu, belakang gua ada pulak toilet ! Sekejap-sekejap ada orang masuk. Dia punya bau lepas orang keluar, Allah, semerbak !
Dalam bas ada pramugari wanita. Tugas dia ke sana ke mari entah tak tahu buat apa. Nak kata serve makanan pun tak. Yang gua nampak dia hulur satu tin sparay perfume dekat penumpang depan di tingkat bawah bas. Jadi lepas orang keluar toilet makcik ni akan spray lah perfume tuh. Lega la sikit gua kat tepi toilet ni.
Bas berhenti sekali di hentian rehat lebih kurang jam 3 pagi. Hentian rehat Thailand lebih kurang macam RnR di Malaysia. Ada la orang jual makanan dan minuman kat sini. Gua tak beli apa pun, cuma turun ke toilet dan main internet sebab ada wifi percuma kat sini. Tak masuk pun gua toilet dalam bas tu.
|
King Thaksin Monumument, Bangkok berdekatan dengan stesen Wong Wian Yai. |
|
King Thaksin Monument ni ada di tengah-tengah bulatan besar. Nak sampai ke bulan besar ni kena melalui lintasan pejalan kaki bawah tanah. |
Jam 6 pagi gua tersedar dari lamunan tidur. Hari dah cerah rupanya. Drebar bas memberhentikan bas di tepi jalan dan menyuruh kami turun. Katanya dah sampai di Surat Thani. Dia menunjukkan tempat di mana kami boleh membeli tiket van untuk ke Hat Yai. Cakap Inggeris dah tak boleh cuma isyarat bahasa tangan dan badan sahaja yang digunakan. Gua ingatkan bas tadi akan membawa kami ke stesen bas Surat Thani tapi rupanya tidak.
Tempat menunggu van ada seorang penjual tiket yang jaga. Macam tempat transit je sini dengan kemudahan kedai dan toilet di sebelah. Pagi tu kami berlima ditemani dengan beberapa orang penduduk tempatan yang juga menunggu di situ tapi berlainan destinasi. Pejual tiket pun tak boleh berbahasa Inggeris, kalau tak boleh diajak bersembang.
Van yang dijanjikan membawa kami ke Hat Yai tiba lebih kurang jam 8 pagi. Dalam tu dah ada dah mat saleh 3-4 orang. Mungkin dari Koh Samui kot. Kami naik cari port masing-masing. Van tidak terlalu padat dan agak selesa. Masuk dalam van lena lagi. Drebar van boleh tahan laju dengan aksi cilok mencilok di lebuhraya tanpa tol Thailand.
Menghampiri Hat Yai baru gua sedar dari lamunan mimpi di tengahari. Ada roadblock rupanya. Van yang dinaiki menghampiri pemeriksaan polis Thailand. Pakcik polis suruh van berhenti di tepi untuk pemeriksaan. Apa yang kami terkejut drebar terus memecut laju meninggalkan roadblock tadi. Tengok muka drebar gelabah dan cemas semacam. Cilok sana cilok sini polis hilang dari pandangan.
Drebar van menurunkan kami di Stesen Bas Hat Yai. Di stesen bas kami diserbu dengan motor teksi yang menanyakan kami mahu ke mana. Disebabkan kami berlima, kami mengambil keputusan menaiki tuk-tuk berwarna merah ke Lee Garden Plaza. Puas tawar menawar bayar la tambang 10 Baht seorang.
|
Menunggu van di Surat Thani. Bas dari Bangkok berhentikan kami di tepi jalan berhampiran stesen van yang entah di mana. Beli tiket van untuk ke Hat Yai. |
|
Dalam van menuju ke Hat Yai dari Surat Thani. Ada la Mat Saleh 2-3 orang dalam van ni. |
|
Kakak-kakak yang bertugas di pejabat Konsortium Bas Ekspress cawangan Hat Yai. Depa boleh cakap Melayu dan juga Siam. Nak tanya apa-apa boleh saja tanya akak-akak ni. |
|
Konsortium Bas Ekspress Hatyai. Dalam ni jugak ada khidmat pengurup wang. |
|
Perjalanan Kuala Lumpur - Hat Yai dengan bas Konsortium Ekspress menjadi pilihan kerana mudah dan cepat. Tak payah tunggu jauh-jauh di stesen bas Hat Yai, tunggu di depan Lee Garden Plaza sahaja untuk menaiki bas pulang ke Kuala Lumpur. |
Sampai di Lee Garden Plaza, kami menuju ke pejabat Konsortium Bas Ekspress. Tujuannya nak beli tiket balik ke Kuala Lumpur. Tanya kakak yang bertugas ada katanya tapi kena check balik sebab kami berlima. Entah macam mana dia adjust dapat la kami tiket balik ke Kuala Lumpur jam 7 malam dengan harga tambang sebanyak 430 Baht seorang. Kalau guna duit Malaysia pun boleh tapi kena RM45 seorang. Tapi seat asing-asing. Bas dua tingkat, ada yang duduk atas dan ada yang duduk bawah.
Dah selesai urusan beli tiket, uruskan hal perut pulak. Mana nak makan ni. Dah lama tak makan nasi sejak mendarat di Cambodia. Teringat Restoran Kelantan yang pernah gua lepak makan masa buat solo trip ke Krabi dulu. Tak jauh pun dari Lee Garden Plaza. Pusing-pusing Lee Garden Plaza tu jumpalah.
Ada macam-macam pilihan lauk boleh dipilih di Restoran Kelantan ni. Harga pun boleh tahan. Rasa pun ada. Pelayan pun ramah dan mesra belaka. Boleh la rekemen kalau sesiapa yang berhajat nak cari makanan muslim di Hat Yai ni.
|
Restoran Kelantan di kota Hat Yai. Pekerjanya pernah bekerja di Malaysia dan boleh kecek Melayu. |
|
Lama tak makan sedap woo!. Seminggu menghadap Maggi dari Cambodia sampai lah ke Hat Yai. |
|
Selera sudah mari bila berada di kota Hat Yai. Menu masakan Kelantan menjadi pilihan. |
|
Restoran Kelantan di Hat Yai menyediakan nasi berlauk macam kita di Malaysia. Harga lebih sikit. |
|
Nasi kukus Kelantan di kota Hat Yai. Jemput makan ! |
|
Boleh tanya kakak di pejabat Konsortium Bas Ekspress cara nak ke Resoran Kelantan ni. Tak jauh pun. Kawasan Lee Garden Plaza jugak. Kami pun melilau je cari sebab dulu gua pernah makan di sini masa Solo Escape ke Krabi dulu. |
|
Dari jalan besar boleh nampak signboard besar Restoran Kelantan. |
|
Kawasan Restoran Kelantan yang bersih dan selesa. |
|
Tuk-tuk merah di kota Hat Yai. Naik ramai-ramai untung lah. Kami naik dari stesen bas Hat Yai ke Lee Garden Plaza untuk ke pejabat Konsortium Bas Ekspress. |
Perut dah penuh, tenaga pun dah ada. Masa untuk berjalan pulak sementara menunggu bas ke Kuala Lumpur malam nanti. Hari terakhir kami di Thailand hari ni. Kami jalan tanpa arah tuju. Ada geng yang tahu sikit-sikit pasal Hat Yai ni, dia yang bawa. Antaranya Masjid Pakistan dan Kim Yong Market. Memang panas sungguh berjalan waktu tengahari ni.
Sempat la beli magnet fridge seketul dua buat kenangan. Ada jugak geng yang beli T-Shirt. Singgah di Masjid Pakistan untuk menunaikan solat jama' sebelum sambung berjalan. Lepak di Mcdonald's Lee Garden Plaza main internet sejam dua. Nak masuk Lee Garden Plaza ni sekuriti agak ketat selepas peristiwa pengeboman dulu. Kena punggah beg tunjuk barang apa yang dibawa masuk.
Kalau nak mandi dan solat boleh jugak di pejabat Konsortium Bas Ekspress ni. Toilet pun bersih dan selesa. Ada jugak perkhidmatan money changer dan travel agent di sini. Petang tu sebelum balik kami lepak depan Lee Garden Plaza. Ada banayak warung-warung kecil dibuka setiap petang. Nasi goreng seafood ada, laicikang ada, pulut durian ada. Dulu ada nasi lemak dan teh tarik, sekarang dah takda.
|
Pemandangan bandar Hat Yai. |
|
Tak paham bahasa Siam. |
|
Persimpangan jalan besar di Kota Hat Yai. |
|
Mainan kanak-kanak banyak dijual di kota Hat Yai. |
|
Cuaca lebih kurang sama seperti di Malaysia di bandar Hat Yai ni. |
|
Sekali sekala nampak la kendeaan dengan plat Malaysia di Hat Yai ni. |
|
Boleh jumpa banyak orang Malaysia yang shopping di Pasar Kim Yong di bandar Hat Yai ni. |
|
Kami melilau tanpa beli apa-apa. Kerepek banyak dijual di Pasar Kim Yong, Hat Yai. |
|
Pusat servis Honda, Hat Yai. |
|
Beli fridge magnet di sebuah kedai di Hat Yai buat kenangan. |
|
Bermacam pilihan souvenior menanti pelancong di kota Hat Yai. |
|
Gua tak ingat nama tempat ni apa, tapi orang selalu beli kain baju dalam ni kalau tiba di kota Hat Yai. |
|
Melepak depan tangga sat ambik angin aircond lepas penat berjalan pusing Hat Yai. |
|
Macam-macam boleh tengok di Hat Yai ni. |
|
Meronda tengah-tengah panas di Hat Yai. |
|
Airasia Thailand buat promosi. di tuk-tuk. |
|
Tuk-tuk menjadi pilihan rakyat tempatan kerana murah. |
|
Antara restoran halal yang boleh ditemui di Hat Yai. |
|
Tahu ni apa? Ni la ATM bergerak. Nak ambik duit sinilah tempatnya. |
|
Masjid Pakistan. Hat Yai. |
|
Masjid Pakistan, Hat Yai. |
|
Masjid Pakistan, Hat Yai |
|
Lepak sat lepas solat di Masjid Pakistan, Hat Yai. |
|
Nenas. |
|
Tembikai. |
|
Jalan pulang ke Lee Garden Plaza. |
|
Pening jugak cari jalan balik lepas meronda pusing Hat Yai. |
|
Kraftangan yang dijual di hadapan Lee Garden Plaza di waktu petang.. |
|
Kreatif ! |
|
Dibuat dari dawai. |
|
Kandaq ! |
|
Nak masuk dalam Lee Garden Plaza kena melepasi sekuriti dulu ekoran kejadian bom di sini suatu ketiak dulu. |
|
Nasi Goreng Seafood Hat Yai Style. |
|
Perabih duit dulu sebelum keluar dari Thailand. |
|
Makan dulu sebelum menaiki bas kembali ke Kuala Lumpur setelah mengharungi perjalanan dari .Phnom Penh, Cambodia. |
|
Sarang burung ada, Laici kang ada. |
Jam 7.30 bas yang akan menuju Kuala Lumpur tiba betul-betul di bahu jalan temapt kami melepak berhampiran Lee Garden Plaza. Biasanya dia kan parking betul-betul di hadapan pejabat Konsortium Bas Ekspress untuk ambil penumpang. Penumpang pun kebanyakan rakyat Malaysia jugak yang bercuti di kota keriangan Hat Yai.
Beg yang kami tinggalkan siang tadi di pejabat Konsortium Bas Ekspress digalas kembali menuju ke bas. Gua dapat seat atas betul-betul depan sekali depan cermin. Setiap orang mendapat sebotol air mineral dan sehelai selimut tebal. Bas sangat selesa dan betul-betul sejuk.
Rasa sayu pulak dah lama berjalan nak tinggalkan bumi Thailand ni. Bas bergerak perlahan-lahan meninggalkan kota Hat Yai menuju ke Sadao-Bukit Kayu Hitam Border. Selesai urusan imigresen bas berhenti rehat sebentar di pekan Changlun sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.
Setelah mengharungi hampir 2000KM perjalanan darat dengan pengangkutan awam bermula dari Phnom Penh, Cambodia tibalah kami di Kuala Lumpur jam 4.00 pagi di Puduraya atau dikenali sebagai Pudu Sentral. Seminggu perjalanan dengan pelbagai pengalaman dan cabaran.
Cambodia-Thailand Overland Backpacking Project done !!
Bajet
Tambang bas Bangkok - Surat Thani : 413 Baht
Tambang van Surat Thani - Hat Yai : 230 Baht
Tuk-Tuk Hat Yai : 10 Baht
Tambang bas Hat Yai - K.Lumpur : 430 Baht
Jumlah keseluruhan : 1083 Baht